1 / 24

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMINIKASI TAHUN 5. TMK Tahun 5. MODUL 3 – SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET UNIT 3 3.0 MENGENAL INTERNET STANDARD PEMBELAJARAN 3.6 Menyenaraikan kebaikan dan keburukan internet kepada pengguna. KEBAIKAN INTERNET. TMK Tahun 5.

Download Presentation

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

  2. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMINIKASI TAHUN 5 TMK Tahun 5 MODUL 3 – SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET UNIT 3 3.0 MENGENAL INTERNET STANDARD PEMBELAJARAN 3.6 Menyenaraikan kebaikan dan keburukan internet kepada pengguna.

  3. KEBAIKAN INTERNET TMK Tahun 5 • 1.Perkongsian Maklumat • Pelbagai maklumat dapat dikongsi dan diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan had masa. Maklumat yang diperolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk grafik. Pelayar sesawang hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka inginkan same ada digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya. Di internet, terdapat banyak enjin carian dan google.com, search.com dan yahoo.com adalah beberapa contoh enjin carian yang lazim digunakan.

  4. KEBAIKAN INTERNET • 2. Alat Komunikasi • Internet telahdijadikansebagai platform untuk berkomunikasi. Internet merupakanalatkomunikasi yang amatmudah dan tanpa memerlukankos yang tinggi. Penggunaanmessengerseperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telahmemudahkanlagikomunikasiantarapelbagaipihak dan penggunaanyaamatmeluas. Selainberkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannyatelahdipertingkatkanlagi dengan penggunaansuara dan video yang membolehkankitaberkomunikasi dengan menggunakan suarasambilmelihatwajahmasing-masing hanya dengan menggunakan internet. Alatkomunikasiini juga amatbergunakepadasyarikat-syarikat yang mempunyaicawangan di seratadunia. Komunikasiantarasetiapcawanganseluruhdunia dapat dijalankan hanya menggunakan Video ConferencingatauTele-conference. TMK Tahun 5

  5. KEBAIKAN INTERNET • 3. JimatkanKos danMasa • Penggunaan internet inisecaratidaklangsungtelahmenjimatkankossepertikospanggilantelefon dan kospengangkutan. Bagipenjimatankospanggilanmisalnya, kebiasaannyakospanggilankeantarabangsa dengan menggunakan telefon analog amatmahaljikadibandingkan dengan penggunaanskype yang tidakmengenakan sebarang caj. Manakalapenggunaanvoice over internet protocol (VOIP) ternyatacaj yang dikenakan jauhlebihmurahberbandingkospanggilanbiasa. Penjimatankospengangkutanketara dapat dilihat di syarikat-syarikatbesar yang mempunyaicawangan di seluruhdunia. Mesyuaratatauperbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conferenceatautele-conference. Mereka tidak perlu mengembarakeseratatempat untuk bermesyuarat. TMK Tahun 5

  6. KEBAIKAN INTERNET • 4. BeritaTerkini • Penggunaan internet telahmemudahkanberitaterkinidisampaikandengancepat. Kebanyakansuratkhabarmempunyailaman web sendiriseperti The Star dan CNN. Laman web inisentiasadikemaskinidanmemaparkanberitaterkini yang berlaku di seluruhdunia. • 5. Promosi • Internet dijadikanalat untuk mengiklanproduk untuk sesebuahsyarikat. Internet bukan sahaja murahmalahlebihberkesankeranabolehdiakses di seluruhdunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program berkembar yang amatberkesan dan murah untuk mengiklankanproduksesebuahsyarikatatau orang perseorangan. TMK Tahun 5

  7. KEBAIKAN INTERNET • 6 Hiburan • Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh dinikmati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton secara dalam talian dengan hanya melayari pelbagai laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain itu, terdapat juga permainan (games) yang boleh dimainkan secara dalam talian bersama-sama dengan gamers dari serata dunia. Melalui internet terdapat juga hiburan lain seperti mendengar muzik dan berinteraksi dengan kawan-kawan baru di alam maya. TMK Tahun 5

  8. KEBAIKAN INTERNET • 7. Pendidikan Secara Dalam Talian • Pada masa kini terdapat banyak universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh yang memerlukan perkhidmatan internet. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakukan secara dalam talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara dalam talian, kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Disamping itu, keputusan peperiksaan juga boleh diperolehi secara dalam talian. TMK Tahun 5

  9. KEBAIKAN INTERNET • 8. Perkhidmatan • Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Contohnya, Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan, para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa. TMK Tahun 5

  10. KEBAIKAN INTERNET • 9. Sosial • Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia secara maya. Antara laman sosial yang popular ialah Facebook, Twitter, Google+ dan Instagram. Melalui laman sosial, pengguna dapat berhubung dengan rakan-rakan lama, mewujudkan kumpulan-kumpulan pengguna daripada minat dan hobi yang sama dan mengemaskini aktiviti-aktiviti semasa dengan cepat dan berkesan. TMK Tahun 5

  11. KEBURUKAN INTERNET • 1. Ketidaktepatan Maklumat • Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet. Namun demikian, adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita hendak memastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk menabur fitnah bagi tujuan menjatuhkan pihak tertentu. Oleh yang demikian, kita mestilah bijak menilai kesahihan sesuatu maklumat yang diterima. TMK Tahun 5

  12. KEBURUKAN INTERNET • 2. Virus/Malware/Worm/Trojan • Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala virus, malware, worm atau trojan. Pengguna internet perlu mempunyai pengetahuan tentang serangan virus, malware, worm atau trojan untuk memastikan komputer yang digunakan selamat daripada serangan virus dan data selamat daripada diceroboh. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer kita daripada serangan virus akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Virus, malware, worm atau trojan ini bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini akan menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer seterusnya akan menganggu prestasi komputer dan juga rangkaian. TMK Tahun 5

  13. KEBURUKAN INTERNET • 3. Bahan-Bahan yang Tidak Bermoral • Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang tidak bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Bahan-bahan ini memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah didapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau laman-laman web yang diakses oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, perisian penapisan internet seperti Norton Family, DNS Angel, Bitdefender, Parental Controls, Family Safety dan lain-lain, perlulah dipasang di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang diakses oleh anak-anak mereka. TMK Tahun 5

  14. KEBURUKAN INTERNET • 4. Isu Keselamatan • Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, universiti, jabatan-jabatan kerajaan selamat daripada diakses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam pelayan-pelayan yang menyimpan data-data kita? Pelayan yang mudah digodam oleh para penggodam boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan dalam mengakses ke pelayan dan sistem sekuriti rangkaian haruslah dipertingkatkan serta dikemaskini dari semasa ke semasa. TMK Tahun 5

  15. KEBURUKAN INTERNET • 5. Pembaziran Masa dan Melalaikan • Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain permainan dalam talian, sembang maya dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mestilah dihadkan. Laman sosial facebook sahaja mempunyai pelbagai aplikasi yang boleh diguna seperti permainan dan sembang maya. Sesetengah syarikat menyekat akses ke laman tersebut kerana boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka. TMK Tahun 5

  16. TMK Tahun 5

  17. TMK Tahun 5

  18. TMK Tahun 5

  19. TMK Tahun 5

  20. TMK Tahun 5

  21. TMK Tahun 5

  22. TMK Tahun 5

  23. TMK Tahun 5

  24. LATIHAN 1. ……………………… …………………………………………………….. 1. ……………………… …………………………………………………….. TMK Tahun 5 2. ……………………… …………………………………………………….. 2. ……………………… …………………………………………………….. KEBURUKAN INTERNET KEBAIKAN INTERNET 3. ……………………… …………………………………………………….. 3. ……………………… …………………………………………………….. Berikan dua etika ketika menggunakan internet; ………………………………………………….. …………………………………………………..

More Related