1 / 18

Perakaunan Antarabangsa

Perakaunan Antarabangsa. Kesan Budaya dan Agama. Tiga Cara Perakaunan Antarabangsa Boleh Didefinisikan. Sejagat @ Perakaunan Dunia -mempertimbangkan isu-isu berkaitan perlaksanaan keseragaman set peraturan perakaunan seluruh dunia. Perbandingan @ Perakaunan Antarabangsa

toki
Download Presentation

Perakaunan Antarabangsa

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Perakaunan Antarabangsa Kesan Budaya dan Agama

  2. Tiga Cara Perakaunan Antarabangsa Boleh Didefinisikan • Sejagat @ Perakaunan Dunia -mempertimbangkan isu-isu berkaitan perlaksanaan keseragaman set peraturan perakaunan seluruh dunia. • Perbandingan @ Perakaunan Antarabangsa - perbezaan-perbezaan amalan perakaunan kewangan oleh negara-negara yang berbeza. • Induk- Perakaunan Subsidiari (anak syarikat) Asing -amalan yang digunakan dalam menggabungkan penyata kewangan entiti induk dengan subsidiari luar negara.

  3. Dua Model Utama Bagi Perakaunan Kewangan. • Model Anglo-Amerika - sangat kuat dipengaruhi oleh badan-badan perakaunan profesional berbanding kerajaan, menekankan kepentingan pasaran modal, menekankan ‘adil dan saksama’,menekankan substance over form. • Model Benua Eropah - Pengaruh daripada profession perakaunan yang agak kecil, sedikit kepercayaan terhadap ‘adil dan saksama’, pengaruh yang kuat daripada kerajaan.

  4. Alasan-alasan Perbezaan Perakaunan Antarabangsa. • Asas undang-undang dan sistem politik • Sistem cukai • Tahap pendidikan • Tahap pembangunan ekonomi • Sifat milikan perniagaan dan sistem kewangan • Warisan penjajahan • Percukaian • Budaya • Sejarah • Bahasa • Agama

  5. Kesan Budaya Kepada Sistem Perakaunan • Budaya memberi kesan kepada sistem perundangan, sistem cukai dan cara perniagaan di bentuk dan dibiaya dll. • Budaya digunakan untuk menerangkan perbezaan-perbezaan dalam sistem sosial. • Budaya merupakan satu ungkapan tentang norma-norma, nilai-nilai, dan adat-adat yang menggambarkan ciri-ciri kelakuan/gelagat yang diamalkan.

  6. Samb-Kesan daripada Budaya • ‘Budaya’ merujuk kepada masyarakat secara keseluruhan atau bangsa. • ‘Sub-budaya’ digunakan di peringkat organisasi, profesion dan keluarga. • Perbezaan sistem perakaunan antarabangsa berlaku salah satunya adalah disebabkan oleh faktor budaya.

  7. Dimensi budaya Hofstede’s • Empat asas dimensi masyarakat yang menetapkan kedudukan sesebuah negara: • Individualisme • Jurang kuasa • Mengelak Ketidakpastian • Kemaskulinisme / Kegagahan

  8. Individualisme vs Kolektivisme • Menunjukkan darjah kebergantungan sesama individu dalam sesebuah masyarakat - individualisme- merujuk kepada kecenderungan mengekalkan ikatan hubungan sosial yang longgar, yang mana individu hanya mementingkan diri sendiri dan keluarga terdekat sahaja - kolektivisme menunjukkan ikatan sosial yang kuat dimana ahli keluarga, puak, dan kumpulan- kumpulan dalaman saling memerlukan satu sama lain.

  9. Jurang kuasa • Jurang kuasa ialah sejauhmana ahli-ahli sesebuah masyarakat menerima bahawa kuasa dalam institusi-institusi dan organisasi-organisasi dibahagikan secara tidak sama rata. • masyarakat dengan jurang kuasa yang besar menerima susunan kedudukan hirarki yang mana setiap orang mempunyai tempatnya sendiri. • masyarakat dengan jurang kuasa yang kecil berjuang untuk mendapatkan kesamaan kuasa.

  10. Mengelak Ketidakpastian • Darjah dimana ahli-ahli masyarakat merasa tidak selesa dengan ketidakpastian dan keraguan. - masyarakat yang mempunyai darjah mengelak ketidakpastian yang kuat; mengekalkan kod kepercayaan dan tingkah laku yang rigid (tetap). - masyarakat yang mempunyai darjah mengelak ketidakpastian yang lemah; mengekalkan atmosfera yang lebih relax dimana praktis lebih diambil berat berbanding prinsip.

  11. Maskulinisme vs Femenisme • Menunjukkan cara masyarakat meletakkan peranan-peranan sosial: - maskuliniti menunjukkan kecenderungan kepada pencapaian, sifat kepahlawanan dan sifat mendesak, dan mementingkan kejayaan material. - feminiti menunjukkan kecenderungan untuk mengekalkan perhubungan, kesopanan, mengambil berat pada yang lemah, dan mementingkan kualiti hidup.

  12. Dimensi sosial dan sub-budaya perakaunan • Sistem nilai para akauntan terhasil daripada nilai-nilai masyarakat yang berada di sekelilingnya. • Nilai-nilai sub-budaya perakaunan akan memberi impak kepada perkembangan sistem perakaunan tertentu pada peringkat nasional pula. -bolehkah sistem perakaunan dibangunkan dengan pendekatan ‘satu saiz untuk semua’?

  13. Kesan agama terhadap sistem perakaunan • Agama menjangkaui sempadan antara negara. • Agama memberi kesan ke atas pengharmonian global standard perakaunan. • Hamid, Craig dan Clark (1993) menyelidik bagaimana budaya-budaya Islam gagal meliputi praktis perakaunan Barat. - Memenuhi kepercayaan Islam memberi kesan kepada struktur perniagaan dan kewangan. - Kebanyakan praktis perakaunan Barat tidak sepadan dengan prinsip-prinsip Islam.

  14. Kesan agama terhadap sistem perakaunan – samb… • Agama memberi kesan kepada bagaimana manusia menjalankan perniagaan dan bagaimana mereka membuat keputusan, seperti: - Islam membenarkan hutang tetapi mengharamkan pembayaran faedah atas hutang atau pinjaman. - Objektif Barat yang mengamalkan pembuatan keputusan ekonomi yang rasional (rational economics) mungkin bukanlah objektif yang sesuai bagi sesetengah negara.

  15. Kesan agensi antarabangsa • Contoh agensi atau badan-badan yang memberi kesan kepada polisi perakaunan sesebuah negara: - syarikat-syarikat multinasional. - firma-firma perakaunan antarabangsa. - organisasi kewangan yang besar eg:Bank Dunia - Pertubuhan Standard Perakaunan Antarabangsa (IASC).

  16. Pengharmonian Perakaunan • Pengharmonian merujuk kepada suatu proses yang diusahakan bagi menjadikan standard-standard perakaunan yang diamalkan oleh negara-negara yang berbeza seperti seserupa yang boleh/ menjadi sama. -Tidak termasuk standard mutlak. • Australia adalah salah satu negara yang memulakan program untuk pengharmonisasian standard-standard dengan standard IASC.

  17. Halangan-halangan Kepada Pengharmonian • Kesan perbezaan standard: - persekitaran perniagaan - sistem undang-undang - budaya - persekitaran politik di negara-negara yang berbeza • IASs adalah sangat kuat dipengaruhi oleh Anglo-Amerika • Kesesuaian IASs kepada sesetengah negara dipersoalkan.

  18. Hujah yang menyokong keharmonisasian perakaunan • Mempromosikan tarikan modal asing. • Lebih murah bagi negara-negara membangun untuk mewujudkan sistem perakaunan kebangsaan. • Mengurangkan kos bagi syarikat-syarikat yang mendaftar di bursa saham antarabangsa. • Meningkatkan kebolehbandingan antara entiti-entiti yang beroperasi di negara-negara yang berlainan. • Membolehkan syarikat multinasional mengkoordinasikan usaha mereka dan penggabungan penyata kewangan yang lebih efisien.

More Related