1 / 106

PERAKAUNAN KOS SEJARAH

PERAKAUNAN KOS SEJARAH. Disediakan oleh: Ms. Narimah Hashim Jabatan Perakaunan & Kewangan Fakulti Ekonomi & Pengurusan Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor. KOS SEJARAH.

stian
Download Presentation

PERAKAUNAN KOS SEJARAH

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PERAKAUNAN KOS SEJARAH • Disediakan oleh: • Ms. Narimah Hashim • Jabatan Perakaunan & Kewangan • Fakulti Ekonomi & Pengurusan • Universiti Putra Malaysia • Serdang, Selangor NHashim...UPM...12.2.2007

  2. KOS SEJARAH • Ulasan karya yang paling berpengaruh = Paton & Littleton (1940) ‘An introduction to corporate accounting standards’ • Objektif perakaunan: Untuk memenuhi fungsi pengawasan (stewardship function) • Berlandaskan kepada perhubungan kontrak di antara firma dengan mereka yang menyumbangkan sumber NHashim...UPM...12.2.2007

  3. PENGENALAN • Paton & Littleton: • Pelaporan korporat bergantung kepada andaian bahawa pihak pengurusan diberi mandat untuk melapor kepada pelabur tanpa hadir (absentee investors) & tidak ada cara yang bebas untuk mengetahui bagaimana wakil-wakil mereka menunaikan mandat tersebut NHashim...UPM...12.2.2007

  4. PENDAPAT PENGKRITIK (I) Melapor EKUITI tanpa perekodan mengenai perubahan nilai harta dan tanggungan akan mengelirukan dan mengakibatkan penetapan dasar dividen yang salah • Penentuan ‘nilai bersih’ pemilik tidak penting. Pemilik seperti pemiutang telah menyumbang sumber kepada enterprais. • Status mereka sebagai pemilik adalah kukuh di sisi undang-undang. Pada sudut pandangan perakaunan, mereka hanyalah pembekal dana. NHashim...UPM...12.2.2007

  5. PENDAPAT PENGKRITIK Paton & Littleton mendakwa: • Teori perakaunan mestilah menerangkan konsep hasil dan belanja dalam konteks perubahan harta enterprais bukan pertambahan dan pengurangan ekuiti pemilik NHashim...UPM...12.2.2007

  6. PENYOKONG KOS SEJARAH • Mengikut kos sejarah nilai bersih tidak relevan • Pemegang saham ingin tahu mengenai hasil pelaburan mereka dalam syarikat, maka penentuan pendapatan bukan nilai bersih merupakan fungsi terpenting bagi akauntan • Namun demikian, prestasi operasi mesti berkaitan dengan harta bersih yang wujud • Maka isu penting dalam sistem kos sejarah adalah pengukuran dan pelaporan pendapatan bersih yang ada kaitan dengan harta bersih yang digunakan NHashim...UPM...12.2.2007

  7. Pendapatan • Paton & Littleton: • Perakaunan wujud sebagai satu cara untuk menghitung lebihan, baki, perbezaan antara kos (usaha) dengan hasil (sebagai pencapaian) bagi sesuatu enterprais • Perbezaan ini mencerminkan kecekapan pengurusan dan maklumat ini penting kepada penyumbang modal dan pengurus mesti bertanggungjawab NHashim...UPM...12.2.2007

  8. KEPENTINGAN KONSEP PENDAPATAN • Sudut pandangan tradisional ini melihat hasil, belanja dan pendapatan sebagai ukuran ciri gelagat • Hasil menunjukkan pencapaian firma bagi sesuatu tempoh • Belanja mewakili usaha yang telah dibuat dan pendapatan berkait dengan • Keberkesanan beroperasi sebuah entiti perniagaan NHashim...UPM...12.2.2007

  9. Pendapatan • Firma memang tidak dapat bertindak dengan sendirinya • Yang membuat keputusan bagi firma mestilah pihak pengurusannya • Maka pendapatan adalah pengukuran prestasi pengurusan terhadap penggunaan sumber-sumber yang dimandatkan dalam jagaan dan kegunaan mereka NHashim...UPM...12.2.2007

  10. Kepentingan Penyata Pendapatan • Penyata untung dan rugi merupakan laporan kewangan yang terpenting sekali kerana is menunjukkan pencapaian operasi sesuatu enterprais NHashim...UPM...12.2.2007

  11. KUNCI KIRA-KIRA KOS SEJARAH • Kunci kira-kira tidak begitu signifikan, ia hanya menjadi rantai penhubung menyambung beberapa penyata pendapatan agar memberi gambaran gabungan mengenai aliran pendapatan • Aliran pendapatan ini mencerminkan kuasa perolehan sesebuah firma • Dan kuasa perolehan (earning power) ini lah dalam analisis terakhir menjadi asas bagi penilaian sesebuah firma NHashim...UPM...12.2.2007

  12. Teori Sangkut Kos • Para ekonomi mendakwa ukuran kos cara perakaunan selalunya tidak sesuai terutama bagi penentuan kos barang dikilang • Contoh: • Andaikan satu syarikat membeli 100 unit bahan A dengan kos RM2.00 seunit dalam bulan Januari yang akan digunakan untuk pengeluaran barang X NHashim...UPM...12.2.2007

  13. Teori Sangkut Kos • Katakan 50 unit A telah digunakan dalam pengeluaran bulan Mac, di mana kos gantian (replacement cost) bahan masih RM2.00 seunit • 50 unit lagi digunakan dalam bulan Mei, di mana kos gantian telah naik kepada RM3.00 seunit • Kos lepas dalam bulan Mac = RM2.00 NHashim...UPM...12.2.2007

  14. Teori Sangkut Kos • Dalam kes ini kos sejarah sama dengan pengorbanan semasa dan merupakan amaun yang sesuai digunakan bagi penentuan kos barang X • Tetapi bagi Mei, apabila 50 unit lagi digunakan, pengorbanan telah menjadi RM3.00 seunit, maka kos pengeluaran barangan X mestilah RM3.00 seunit bukan RM2.00 seunit • Bagi Januari, apabila kos unit dibeli RM2.00, pengorbanannya adalah amuan tunai tersebut, tetapi bagi Mei, pengorbanan seunit yang syarikat patut terima = RM3.00 jika seunit bahan dijual daripada digunakan NHashim...UPM...12.2.2007

  15. Teori Sangkut Kos • Ahli ekonomi mendakwa: Tidak sesuai jika kos sejarah RM2.00 seunit digunakan bagi Mei • Akauntan tradisional mempercayai: Ia sesuai dan kos sejarah boleh dijustifikasikan dan amaun tersebut boleh diperuntukkan walau pun kos gantian telah berubah NHashim...UPM...12.2.2007

  16. Teori Sangkut Kos • Akauntan mengubal ‘teori sangkut kos’ bagi menyangkal dakwaan ahli ekonomi dan memberi rasional untuk apa yang digunakan dalam perakaunan • Teori ini menyarankan 2 jenis kos: • Kos pindah (displacement cost) • Kos tersirat (embodied cost) NHashim...UPM...12.2.2007

  17. Teori Sangkut Kos • Kos Pindah: Apa yang mesti dilepaskan atau dikorbankan sama dengan kos lepas • Kos Tersirat: Berkait kepada faktor pengeluaran dan ada hubungan dengan input bukan apa yang telah terlepas atau dilepaskan sama seperti kos serapan NHashim...UPM...12.2.2007

  18. Teori Sangkut Kos • Contoh: • Anda bayar RM4.00 untuk seorang mencuci kereta anda. RM4.00 itu = kos pindah • Masa dan tenaga orang tersebut gunakan untuk membersihkan kereta anda = kos tersirat NHashim...UPM...12.2.2007

  19. Teori Sangkut Kos • Andaian akauntan: • Nilai barangan, perkhidmatan atau keadaan yang digunakan dalam pengeluaran berpindah kepada objek atau produk di mana tujuan asal item di atas dibelanjakan dan akan tersangkut kepada objek atau produk itu untuk memberikannya nilai NHashim...UPM...12.2.2007

  20. Kos Sangkut Kos • Saranan ini menjadi asas keperluan bagi kerja akauntan kos, dan tanpanya, tidak perlu ada pengekosan • Amaun ringgit itu boleh diasingkan dan dijadikan 2 kategori. • Penjelasan Paton & Littleton: • “Seakan kos itu ada kuasa penyatuan apabila dibawa berdekatan dengan produk atau perkhidmatan”. NHashim...UPM...12.2.2007

  21. Teori Sangkut Kos • Kos diperuntukkan dan dikumpulkan semula untuk dijadikan sebahagian daripada jumlah usaha yang diperlukan untuk membuat jualan • Jika syarikat mengilang produk X dan setiap unit X memerlukan 1 unit bahan mentah A, dan syarikat membayar RM10 untuk seunit A, maka RM10 akan bersangkut kepada unit A itu. • Apabila A digunakan dalam pengeluaran, RM10 itu akan bersangkut pula kepada unit X. Jadi untuk menentukan kos seunit produk X, kita hanya perlu jumlahkan semua kos yang bersangkut kepada X NHashim...UPM...12.2.2007

  22. Teori Sangkut Kos • Item bahan mentah, buruh dan overhed kesemuanya mempunyai amaun ringgit tersangkut kepadanya • Apabila item tersebut menjadi sebahagian daripada produk, amaun kos itu akn bersangkut pula kepada produk yang dikeluarkan • Jumlah semua kos yang tersangkut kepada setiap unit produk mewakili usaha yang digunakan untuk menbuat produk itu bukan nilai produk tersebut • Maka teori sangkut kos bukan sahaja menjadi asas kepada perakaunan kos, ia menyokong amalan peruntukan kos NHashim...UPM...12.2.2007

  23. Teori Sangkut Kos • Ahli teori perakaunan tradisional kerap mendakwa bahawa perakaunan bukan satu proses penilaian tetapi satu proses peruntukan kos • Adakah teori sangkut kos ini boleh diterima pakai? • Ahli ekonomi tidak menerima teori ini. • Mereka mempercayai hanya ada satu kos sahaja ia itu kos lepas atau kos yang dikorbankan. NHashim...UPM...12.2.2007

  24. Teori Sangkut Kos • Mengikut pendapat mereka, tiada bukti empirkal bagi menyokong tanggapan bahawa amaun ringgit kos seunit item boleh dipindahkan secara fizikal kepada objek atau perkhidmatan • Paton mengakui: • Sememangnya tiada perhubungan yang jelas atau sempurna antara item kos dengan produk berdasarkan premis yang akauntan gunakan itu NHashim...UPM...12.2.2007

  25. Teori Sangkut Kos • Walau pun produk hanya merupakan gabungan fizikal semua item yang digunakan dalam pengeluaran, ini tidak bermakna semua nilai asal item itu telah berpindah kepada produk berkenaan • Paton menggunakan contoh kaedah terendah kos atau pasaran yang digunakan untuk menilai inventori - ini menyangkal teori sangkut kos • Teori tidak menerangkan mengapa kos dengan tiba-tiba sahaja menanggalkan dirinya apabila kos pasaran produk itu lebih rendah NHashim...UPM...12.2.2007

  26. Aliran Kos • Akauntan mesti memantaukan aliran kos, kerana kos bersangkut dengan produk • Dalam lain perkataan akauntan mesti menyimpan akaun mengenai operasi perniagaan • Apabila firma membeli barangan dan perkhidmatan, tugas akauntan untuk memantau pergerakan kos, yang tersangkut kepada barangan dan perkhidmatan dalam syarikat • Untuk menghitung untung, amaun kos yang sesuai yang mesti ditolak daripada hasil, mesti ditentukan NHashim...UPM...12.2.2007

  27. Aliran Kos • Maka akauntan perlu tahu mana kos yang telah habis digunakan (expired) dan perlu dipadankan dengan hasil dalam akaun untung dan rugi, dan • Mana-mana kos yang tidak habis digunakan perlu ditunjukkan di Kunci kira-kira sebagai harta • Kiasan Paton & Littleton: • Inventori dan loji adalah timbunan kos dalam suspen seakan menunggu nasib – nasib mereka sudah tentu untuk habis digunakan dan akan berada dalam akaun untung & rugi NHashim...UPM...12.2.2007

  28. Aliran Kos • Maka prinsip pemadan amat penting dalam perakaunan kos sejarah • Prinsip ini membantu akauntan bagi menentukan kos yang perlu diambilkira sebagai belanja • Maka peruntukan kos adalah jantung bagi perakaunan konvensional dan istilah ‘kos belum habis digunakan’ atau ‘kos belum dilunaskan’ bagi harta bukan kewangan wujud akibat teori ini NHashim...UPM...12.2.2007

  29. Hujah Menyokong Kos Sejarah • Relevan bagi membuat keputusan ekonomi • Pengurus membuat keputusan untuk komitmen masa depan maka mereka perlu data mengenai urusniaga masa lalu • Mereka mesti boleh ‘mengulangkaji usaha masa lalu dan mengukur usaha ini perlukan kos sejarah’ NHashim...UPM...12.2.2007

  30. Hujah Menyokong Kos Sejarah • Littleton: • Kos bagi pengurus adalah satu pelaburan & risiko telah diperhitungkan • Pihak pengurusan takut jika mereka tidak tahu apa yang berlaku terhadap pelaburan tersebut - ada risiko-kos. • Jika berlaku juga, asas penilaian mereka akan tergugat, bermakna mereka tidak arif membuat pelaburan tersebut NHashim...UPM...12.2.2007

  31. 3 sebab mengapa kos sejarah relevan - Ijiri • Ia memberi kesan kepada penilaian dan pemilihan peraturan keputusan (decision rules) • Bagi menentukan apa peraturan keputusan yang akan digunakan, pengurus perlu maklumat mengenai mutu keputusan masa lepas • Kos sejarah berkait secara langsung dengan keputusan masa lepas. • Tambahan pula, bagi proses membuat keputusan, ramalan harga masa depan juga diperlukan. Harga masa lepas menjadi asas bagi ramalan tersebut NHashim...UPM...12.2.2007

  32. 3 Sebab Kos Sejarah Relevan - Ijiri 2. Menjadi input bagi tanggapan ‘memuaskan’ (satisficing) • Sebahagian pengurus bukan mencari tahap optimum tetapi tahap memadai memuaskan • Isu penting bukan berapa banyak perolehan (earnings) telah mereka capai tetapi berapa banyak akan mereka dapat lagi • Maka kos sejarah menjadi input dalam kes seperti ini NHashim...UPM...12.2.2007

  33. 3 Sebab Kos Sejarah Relevan - Ijiri 3. Pengkritik mengatakan ianya digunakan kerana paksaan terhadap pembuat keputusan oleh sekitaran. • Penyokong Kos sejarah - digunakan dalam banyak keadaan seperti pendapatan boleh cukai dan kontrak campur- kos • Perkara begini berlakud alm bunia benar & tidak dapat diabaikan NHashim...UPM...12.2.2007

  34. Hujah Menyokong Kos Sejarah 2.Kos sejarah berasaskan urusniaga sebenar, bukan urusniaga yang mungkin berlaku • Bagi kos sejarah, satu rekod mengenai urusniaga yang sebenarnya berlaku mesti disimpan agar rekod menyokong semua angka-angka di kunci kira-kira wujud • Ijiri menunjukkan bagi perakaunan kos semasa atau harga jualan, kunci kira-kira boleh disediakan berdasarkan harga pasaran akhir tahun, tanpa merujuk kepada urusniaga sebenar NHashim...UPM...12.2.2007

  35. Hujah Menyokong Kos Sejarah • Kos sejarah memberi bukti bagi menentukan betapa cekapnya pengurus telah menunaikan tanggungjawab mereka • Rekod mengenai urusniaga masa lepas diperlukan untuk akauntabiliti • Ijiri mengakui selagi akauntabiliti dianggap penting - ini menjadi objektif utama bagi fungsi pengawasan – maka kos sejarah mesti digunakan NHashim...UPM...12.2.2007

  36. Hujah Menyokong Kos Sejarah 3. Dalam sejarah, penyata kewangan berasaskan kos sejarah telah didapati berguna • Mautz: • Jika mereka yang membuat keputusan merasakan laporan kewangan berasaskan kos sejarah tidak berguna bagi masa-masa lalu, tentulah perubahan terhadap perakaunan telah lama dilakukan NHashim...UPM...12.2.2007

  37. Hujah Menyokong Kos Sejarah • Littleton mendakwa bahawa amalan perakaunan pengurusan dan industri moden, merupakan warisan langsung daripada percubaan dan kesilapan yang dibuat bertahun-tahun oleh operator-pemilik bagi membangunkan data yang akan berguna untuk mengendalikan perniagaan mereka NHashim...UPM...12.2.2007

  38. Hujah Menyokong Kos Sejarah • Konsep untung yang paling difahami adalah lebihan harga jualan atas kos sejarah • Tanggapan untung ini diterimapakai sebagai ukuran prestasi. NHashim...UPM...12.2.2007

  39. Hujah Menyokong Kos Sejarah • Mautz: Dalam usaha mengejar untung, penggunaan masa, tempat & bahan yang mencukupi diperlukan untuk ditambahkan kepada bahan mentah, produk dan perkhidmatan yang dibeli agar boleh dijual lebih tinggi daripada kos • Keputusan samada untuk menghapuskan lini produk atau bahagian bergantung samada perbezaan memuaskan antara hasil dengan kos • Manusia faham konsep ini. Perakaunan tradisional dengan penggunaan kos sejarah berasaskan idea untung ini NHashim...UPM...12.2.2007

  40. Hujah Menyokong Kos Sejarah 5.Akauntan mesti menjaga integriti data daripada modifikasi dalaman • Ramai yang mendakwa kos sejarah susah untuk dimanipulasikan berbanding dengan kos semasa atau dengan harga jualan • Littleton merujuk kepada kos semasa: ‘ini masih diluar keputusan yang telah diambil dan diluar rekod pengalaman enterprais dan susah untuk menerima penilaian harta yang optimistik? NHashim...UPM...12.2.2007

  41. Hujah Menyokong Kos Sejarah • Mautz: • ‘Siapakah harus dipercayai untuk menilai harta satu syarikat besar? • Bagaimanakah kos semasa ditentukan? • Bagaimana akauntan akan menentukan nilai bagi pembentangan yang saksama? • Bolehkah akauntan tahan tekanan pengurus NHashim...UPM...12.2.2007

  42. Hujah Menyokong Kos Sejarah 6.Bagaimana berfaedahnya makluamt berasaskan kos semasa dan harga jualan? • Adakah berguna untuk menunjukkan tambahan nilai bagi sesuatu harta jika tiada niat untuk dijual? • Andaikan syarikat melabur dalam sekuriti jangka-panjang sebuah syarikat bagi menjamin bekalan bahan mentah. • Jika harga pasaran sekuriti itu turun naik, syarikat masih tidak ada keinginan untuk menjual sekuriti tersebut. NHashim...UPM...12.2.2007

  43. Hujah Menyokong Kos Sejarah • Berapa berfaedahnya untuk pengguna ditunjukkan perubahan harga pasaran sebagai pendapatan? • Penyokong kos semasa mendakwa pengurus mesti dipertanggungjawabkan terhadap perubahan nilai kerana sekuriti itu mungkin boleh dijual NHashim...UPM...12.2.2007

  44. Pembelaan Kos Sejarah • Mautz: • Sejauhmana kita patut mengmbilkira mengenai apa yang mungkin berlaku? Bukankah ini khayalan semata-mata? • Jika harga harta pada akhir tahun lebih rendah daripada sepanjang tahun tersebut, ini akan mendorong pemegang saham mencaci pihak pengurusan kerana tidak menghapuskan harta itu terlebih awal NHashim...UPM...12.2.2007

  45. Hujah Menyokong Kos Sejarah • Perakaunan kos semasa dan harga jualan mementingkan sudut pandangan untung dalam jangka pendik • Ada banyak sebab lain mengapa harta dipegang daripada tujuan untuk mendapatkan untung • Dalam banyak keadaan, menghapuskannya bukan merupakan alternatif yang terbaik NHashim...UPM...12.2.2007

  46. Pembelaan Terhadap Kos Sejarah • Ijiri: • Mengapakah penting jika nilai penghapusan loji telah berkurang daripada RM5 juta kepada RM4 juta jika pengurusan menjangka akan memperoleh RM10 juta dalam usia ekonominya? • Mengapakah prestasi pengurusan didenda atau diberi ganjaran akibat perubahan sekitaran wal hal perubahan sedemikian (harga) sangat terasing (diluar kawalan) daripada pembuatan keputusan semasa? NHashim...UPM...12.2.2007

  47. Hujah Menyokong Kos Sejaran 7. Perubahan harga pasaran boleh dinyatakan sebagai data tambahan (supplementary data) • Penyokong kos sejarah mendakwa kos sejarah tidak berbeza secara material daripada kos semasa NHashim...UPM...12.2.2007

  48. Pembelaan Kos Sejarah • Data tambahan mengenai harga semasa adalah cara yang praktikal dan mencukupi bagi maklumat tersebut tanpa perubahan asas kos sejarah kepada kos semasa. • Ada usulan SAP 1 agar dua set penyata disediakan tetapi amalan terhad kerana kekangan kos • Kajian mengenai hubungan data perakaunan dengan reaksi pasaran, hipotesis pasaran cekap (bentuk separa kuat) harga sekuriti sentiasa mencerminkan maklumat umum yang sediada NHashim...UPM...12.2.2007

  49. Hujah Menyokong Kos Sejarah • Dalam lain perkataan, apa jua maklumat yang diistiharkan kepada umum oleh firma akan serta merta diperakaunkan dalam pasaran dan dicerminkan dalam harga pasaran sekuriti berkenaan NHashim...UPM...12.2.2007

  50. Pembelaan Terhadap Kos Sejarah • Ini bermakna kaedah pendedahan maklumat termasuk nilai semasa samada ditunjukkan dalam teks penyata kewangan sebagai nota kaki atau data tambahan, tidak akan memberi perbezaan kepada pasaran. NHashim...UPM...12.2.2007

More Related