1 / 43

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. PENGAJIAN PERNIAGAAN. STPM. KERTAS 2 946/2. BAB 2. DISEDIAKAN OLEH. ISMAIL CHE NGAH – SMK TG INDERA PETRA 1 W.AMRI FAIZAL - SMK BACHOK RAZANI HUSSIN - SMK KUALA KRAI AHMAD YIROMEEZAN - SM K DABONG MOHD NORDI MAHMOOD - SMK KUBANG KERIAN 2

tyler
Download Presentation

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM KERTAS 2 946/2 BAB 2 DISEDIAKAN OLEH ISMAIL CHE NGAH – SMK TG INDERA PETRA 1 W.AMRI FAIZAL- SMK BACHOK RAZANI HUSSIN- SMK KUALA KRAI AHMAD YIROMEEZAN- SMK DABONG MOHD NORDI MAHMOOD- SMK KUBANG KERIAN 2 ROHANI ABD RAHMAN – SMK BATU GAJAH TAHIIAH CHE YAAKUB – SMK TANAH MERAH 2

  2. 2.Keusahawanan. 2.1 Pengenalan keusahawanan I) Definasi - Usahawan - Keusahawanan Ii) Peranan usahawan dalam -masyarakat. - Usahawan - Perniagaannya 2.2 Teori keusahawanan I) Teori dan model keusahawanan mengikut: - bidang ekonomi - Bidang psikologi - Bidang sosiologi Ii) Adakan usahawan dilahir atau boleh dilatih? 2.3 Ciri-ciri keusahawanan Sifat-sifat pribadi usahawan yang berjaya 2.4 Mencari idea perniagaan I) sumber idea baru Ii) kaedah menjana idea Iii) proses merealisasi idea 2.5 Strategi memulakan perniagaan I) memulakan sendiri ii) mengambil alih perniagaan sedia ada. Iii) francais Iv) pendekatan strategik 2.6 Pembiayaan dan sumber modal i) Konsep modal - kewangan - bukan kewangan ii) sumber modal - formal - tidak formal 2.7 Kemudahan dan bantuan. i) Jenis-jenis kemudahan - bantuan kewangan - Tapak kilang - Khidmat nasihat dan perundingan - Pembangunan usahawan ii) Pihak-pihak yang memberi kemudahan dan bantuan. - Agensi kerajaan - Badan-badan berkanun - Pihak swasta. 2.8 Rancangan perniagaan. i) Definisi ii) Tujuan iii) Sasaran iv) Format utama rancangan perniagaan

  3. KEUSAHAWANAN 2.1 Pengenalan dan Peranan Usahawan Definisi Keusahawanan ialah mengikut Hisrich dan Peter ialah melihat keusahawanan sebagai proses menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai dengan memperuntukkan masa dan tumpuan serta tenaga yang diperlukan, menggung bersamanya risiko kewangan , psikik, sosial dan memperoleh ganjaran daripada usaha tersebut dalam bentuk kewangan dan kepuasan sendiri serta kebebasan.

  4. Perbezaan diantara usahawan dan pengurus tradisional.

  5. Peranan Usahawan • Dari aspek mikro • 1. Dilihat sebagai sumber idea dan pembaharuan idea. • 2. Menambahkan nilai nilai dan ciri ciri tertenti. • 3. Mewujudkan peluang yang boleh ditukarkan kepada idea perniagaaan yang bernas. • 4. Melaksanakan perancangan strategik yang mengambil kira apa yang ada, yang tiada dan yang perlu bagi merealisasikan idea dan peluang dalam bentuk gerak kerja. • 5. Mengembeleng faktor faktor pengeluaran. Rumusan Peranan Keseluruhan • Memberi peluang pekerjaan. • Penggunaan sumber tempatan • Pengerak ekonomi yang sihat. • Membangunkan industri sokongan • Meningkatkan taraf hidup masyarakat. • Menghasilkan pelbagai produk dan perkhidmatan. • Model/ aspirasi kepada masyarakat. • Melaksanakan tanggungjawab sosial. • Dari asperk makro • 1. Mewujudkan peluang perniagaan. • 2. Meningkatakan taraf hidup rakyat. • 3. Membangunkan industri sokongan. • 4. Mempelbagaikan barangan di pasaran seiring dengan peningkatan teknologi. • 5. Menggunakan sumber sumber dengan cekap. • 6. Perniagaaan turun temurun yang boleh diwarisi.

  6. 2.2 Teori Keusahawanan Teori berasaskan pendekatan ekonomi. • Penulis francais yang menyumbang pandangan tentang kepentingan peranan usahawan dalam pembangunan ekonomi negara.antaranya cantilon melihat usahawan sebagai kelas masyarakat yang penting dan merupakan pelaku ekonomi yang utama. • Israel kirzner menyokong sistem perdagangan bebas melihat usahawan sebagai seorang yang peka kepada peluang-peluang keuntungan melalui proses pertukaran. • Antara ahli ekonomi yang banyak memberi sumbangan dalam kajian keusahawanan ialah joseph a. Shumpeter.model keusahawanan yang diperkenalkan oleh shumpeter melihat inovasi sebagai teras keusahawanan.pengertian inovasi yang dimaksudkan oleh shumpeter ini merangkumi semua kegiatan yang membawa kepada satu pembaharuan termasuklah pengenalan kapada proses tekno;ogi baru.shumpeter melihat seorang usahawan sebagai pencetus inovasi yang tidak akan membiarkan sistem ekonomi berada dalam suasasana statik.shumpeter membincangkan soal keseimbangan dimana beliau menimbulkan persoalan siapakah dan apakah yang menyebabkan keseimbangan berlaku dalam ekonomi.beliau mengaitkan keadaan ini dengan tindakan usahawan melalui daya inovasinya.tindakan usahawan diibaratkan sebagai tindakan membina.shumpeter berpadangan bahawa pemusnahan satu ttitik keseimbangan lain pada tahap yang lebh tinggi seperti ombak yang semakin membesar. • usahawan dilihat sebagai ejen yang membawa pemusnahan kepada ekonomi.walaupun usahawan dilihat sebagai pemangkin kepada perubahan ekonomi usahawan hanyalah sementara sahaja bagi shumpeter.beliau meramalkan kemerosotan peranan usahawan dimasa akan datang.

  7. Teori Pendekatan Psikologi • Diantara ciri yang paling kerap dibincangkan ialah keperluan kepada pencapaian , lokus kawalan dan kecenderungan untuk mengambil risiko. • Keperluan kepada pencapaian bagi seorang usahawan adalah sifat personaliti yang pertama yang dikenal pasti oleh mc celland dala kajiannya terhadap pembangunan ekonomisesiapa yang mempunyai keperluan pencapaian yang tinggi biasanya akan mempunyai kehendak yan kuatuntuk menyelesaikan masalah dengan sendiri, suka meletakkan dan mencapainya melelui usaha sendiri dan suka menerima maklumbalas terhadap apa yang dilakukan.mereka merupakan seorang penanggung risiko yang sederhana. • Lokus kawalan terbahagi kepada dua jenis manusia iaitu manusia luaran iaitu seseorang yang percaya bahawa apa yang dilakukan keatas mereka adalah secara kebetulan nasib atau disebabkan oleh desakan desakan yang diluar kawlan mereka.yang kedua ialah manusia dalaman iaitu seseorang yang percaya mereka yang mengawal sebahagian besar masa depanmelalui usaha mereka sendiri.ianya seterusnya mengjangkakan bahawa seseorang yang bersifat lokus kawalan berpotensi untuk menjadi usahawan berbanding dengan manusia yang bersifat lukus kawalam luaran. • Kecenderungan mengambil risiko.ianya berkait rapat dengan keperluan pencapaian.memandang usagha penerokaan baru ini berisiko tinggi dan pembiayaan penerokaan baru juga biasanya dikenali sebagai modal berisiko maka ramai pengkaji yang cuba untuk menentukan sama ada seorang usahawan membuat keputusan yang kebih berisiko jika dibandingkan dengan lain lain perniagaan.kajian yang dijalankan oleh brockhaus dengan membandingkan sampel usahawan dengan pengurustidak menunjukkan sebarabg perbezaan antara kedua dua kumpulan.

  8. Teori Pendekatan Sosiologi Faktor faktor sosial yang mempengaruhi kemunculan seorang usahawan • Pengalihan negatif bermaksud penyisihan seseorang individu atau kumpulan individu daripada masyarakat terasing.ianya tiada sesiapa untuk bergantung dan mereka berkecenderungan untuk menjadi usahawan. • Tempoh peralihan dimana seseorang yang berkedudukan tertentu biasanya menjadi usahawan.antaranya pendatang asing yang dilihat sebagai orang luar dalam masyarakat. • Tarikan positif dimana ianya boleh datang dari bakal rakan kongsi,mentor,keluarga,pelabur atau pelanggan dan pembekal. Bakal rakan kongsi menggalakkan seseorang individu dengan tawaran untuk berkongsi pengalaman,membantu kerjadan penyebaran risiko. Selain itu terdapat perkaitan kuat diantara keluarga dengan pemilihan kerjaya usahawan. • Tolakan positif iaitu kategori terakhir yang memberi dorongan dan momentun untuk seseorang itu menjadi usafawan.ianya termasuklah laluan kerjaya yang menawarkan peluang peluang kegitan keusahawanan atau pendidikan yang menyediakan seseorang individu itu dengan pengetahuan yang diperluakan untuk menjadi usahawan dan mengenal erti undang undang.

  9. Ciri-ciri keadaan situasi yang dapat membantu sama ada sesuatu usaha teroka baru seseorang uasahawan • Persepsi Dorongan. • Budaya/ nilai/ sikap • Keluarga • Rakan sekerja • Mentor • Rakan sebaya • Masyarakat Acara Aktiviti Keusahawanan Mengambil inisiatif Pengganbungan sumber Pengurusan organisasi Menanggung risiko Membuat perancangan • Persepsi kebolehlaksanaan. • Sokongan / bantuan • Demonstarsi • Model • Mentor • Rakan kongsi • Peluang

  10. Model sosiologi kemunculan seseorang usahawan Dorongan Kepada Keusahawanan Ciri-ciri Situasi Anjakan Negatif Status imigran Diberhenti kerja Bosan, Marah Krisis pertengahan umur Bercerai, kematian pasangan. Persepsi Dorongan Budaya/nilai/sikap Keluarga Rakan sekerja Mentor Rakan sebaya Masyarakat. Tempoh Peralihan. Militari Sekolah Penjara Persepsi Kebolehlaksanaan Sokongan/ bantuan Demonstrasi Model Mentor Rakan kongsi peluang’. KEUSAHAWANAN Tarikan positif Daripada rakan kongsi Mentor Pelabur Pelanggan Acara Aktiviti Keusahawanan. Mengambil inisiatif Penggabungan sumber Pengurusan organisasi Menanggung risiko. Membuat perancangan Tolakan positif Daripada rakan kongsi Mentor Pelabur Pelanggan

  11. Pendekatan Islam berkaiatan dengan keusahawan • Kegiatan usahawan boleh dikaitkan dengan konsep ibadah dalam Islam • Aqidah mestilah betul-umat Islam mesti berkeyakinan bahawa amalan dalam sistem ekonomi Islam adalan satu satunya sistem yang mendapat pengiktirafan Allah. • Niat mestilah betul-ianyaberkait rapat dengan kesucian hati dan segala kegitan ekonomi mestilah diniatkan untuk Allah dan tidak bertujuan selaiannya. • Cara melaksanakan kerja yang sesuai dengan ajaran Islam –meliputi tekun , sabar , amanah dan tanggungjawabdan terhindar daripada amalan penipuan dan penindasan. • Natijahnya betul dan membawa faedah kepada orang ramai-ianya mestilah dibelanjakan kearah jalan yang betul dengan syariat Islam. • Tidak meninggalkan ibadat wajib yang khusus-kegiatan perniagaan yang berbentuk ibadat umum yang tidak seharusnyamenjadi alasan untuk meninggalkan ibadat yang khusus.

  12. Adakah usahawan boleh dilatih atau memang dilahirkan Semangat usahawan boleh dipupuk atau dilatih dimana melalui pendapat Peter Ducker iaitu sesiapa sahaja boleh menjadi usahawan daripada mana mana organisasi samada dilatih atau belajar.ianya berikutan dengan terdapat banyaknya organisasi organisasi seperti adanya sistem pendidikan disekolah, dimana ianya menekankan kepada memberi galakan kepada bidang keusahawanan sebagai alternatif kerjaya. Selain itu melalui usahasama dimana Wilson Harell iaitu seorang perunding perniagaan dari amerika syarikat mencadangkan supaya ibu bapa mula memberhentikan pemberian duit poket kepada anak anak mereka dan mengikut dimana contoh pengalaman semasa beliau masih berusia enam tahun dimana bapanya mempunyai gerai jus liamau dan Harell membekalkan tenaganya dengan membantunya bapanya nemjual jus limau dan hasil yang diperolehinya diagihkan sama rata dan disitulah maka wujudlah satu faktor pendorong kepada usahawan yang dilatih. Di Malaysia kebanyakkan usahawan memang dilatih hasil daripada institusi pendikan yang bermula dari peringkat menengah rendah sehinggalak keperingkat pengajian tinggi dimana ilmu keusahawanan khusus diajar di semua peringkat di atas. Seseorang individu yang menjadi usahawan memang dilahirkan dengan sifat sifat yang mendorongnya untuk menjadi uasahawan antaranya ialah:- Kerana mereka memiliki persoanaliti yang khusus Mewarisi sifat usahawan daripada ahli keluarga yang menceburkan diri dalam usahawan

  13. 2.3 Ciri-Ciri Usahawan Sifat-sifat peibadi seseorang usahawan yang berjaya 1. Komitmen dan nekad Sikap ini merupakan satu bentuk personaliti yang amat penting dalam menentukan kejayaan usaha teroka seseorang usahawan dan ianya memerlukan usahawan itu untuk melibatkan diri mereka sepenuhnya dalam perniagaan. 2. Berinisiatif Mempunyai inisiatif yang tinggi, mempunyai kecenderungan untuk melihat dan menganalisis sesuatu situasi dan mengambil tindakan secara proaktif sebelum sesuatu berlaku 3. Berkeinginan kepada tanggungjawab Kesanggupan untuk menerima tanggungjawab terhadap natujah yang dihasilkan melalui usaha teroka mereka adalah berkait rapat dengan keinginan usahawan untuk mengekalkan lokus kawalan. 4. Sentisa melihat dan merebut peluang Memikirkan pencapaian matalamat dan matlamat yang diteteapkan datang dari keupayaan melihat dan mengambil peluang yang terdapat di luar sana. 5. Bertolak ansur terhadap risiko kakaburan dan ketidakpastian Mereka hidup dalam dunia yang dicirikan sebagai dunia yang mempunyai kadar perubahan risiko dan kekaburan yang tinggi

  14. 6. Berkeyakinan diri Mempumyai keyakiana diri terhadap keupayaan diri.percaya apa yang mereka capai adalah keupayaan mereka sendiri.memandangkan dunia ini penuh dengan cabaran dan halangan maka mereka percaya apa yang mereka lakukan adalah keupayaan mereka sendiri.selain itu usahawan juga melihat bahawa [roses mencari ilmu pengetahuan adalah proses yang berpanjangan.dengan itu usahawan hendaklah membaca yang dapat membantunya mmembuat keputusan dan melihat peluang peluang yang ada serta malibatkan diri dalam persatuan dan banyak lagi. 7. Berfikiran kreatif dan anjal Usahawan mestilah menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa keanjalan usahawan agak sukar untuk terus mempertahankan perniagaan yang ditubuhkan dalam dunia hari ini yang mengalami perubahan dalam ekonomi.terdapat beberapa cara yang dapat dipelajari dalam meningkatkan keupayaan kreativiti. 8. Keinginan kepada maklumbalas Seorang usahawan yang berjaya suka untuk mengetahui tahap pencapaian mereka.mereka memiliki keinginanyang kuat untuk menggunakan pengetahuan yang mereka ada bagi memperbaiki prestasi mereka.usahawan selalu dirujuk sebagai pendengar yang cemerlang dan dapat mempelajari sesuatu dengan cepat. 9. Tahap tenaga yang tinggi Tenaga dalaman dan luaran menjadi faktor yang kritikal untuk melancarkan usaha teroka yang dilakukan memandangkan usahawan perlu bekerja jeras dan jangka waktu kerja yang panjang.ianya diperlukan bagi menangani masalah yang bakal dihadapi dengan lebih matang dan tidak berputus asa.

  15. 10. Menitikberatkan mutu kerja yang cemerlang Sentiasa menitikberatkan mutu kerja dan sentiasa memastikan standart penghasialan barangan atau perkhidmatan mancapai tahap cemerlang. 11. Berorientasikan masa depan Mempamerkan keprihatinan terhadap masa depan jika dibandingkan dengan usahawan yang memegang teraju usaha teroka yang pertumbuhannya rendah dan sederhana. 12. Kesanggupan untuk belajar dari kesilapan. Menumpukan seluruh tenaga kearah usaha kejayaan.membezakan kegagalan dalam perniagaan dan kegagalan seorang usahawan. 13. Berkeupayaan memimpin Merupakan seorang yang memiliki pengetahuan tentang teknologi dan keadaan pasarn dimana dia beroperasi 14. Berwawasan Pembentukan matlamat dan wawasan memerlukan perancangan dan penelitian yang rapi serta pemikiran yang cemerlang.

  16. Ciri-ciri usahawan yang berjaya menurut perspektif Islam:- • 1. Menjaga dari segi halalnya barang yang diperdagangkan. • 2. Menjauhkan penipuan tidak mengurangkan timbangan dan tidak merosakkan timbangan. • 3. Memilih mereka yang mengamalkan perniagaan secara islam untuk urusan hubungan perniagaan dan perdagangan. • 4. Faham bahawa harta yang mereka perolehi adalah dari allah milik mutlak-nya. • 5. Rajin dan tekun. • 6. Jujur dan Amanah • 7. Layanan yang baik • 8. Adil • 9. Berurusniaga tanpa riba.

  17. 2.4 Mencari idea perniagaan i) Sumber idea baru Pengguna Ia dilakukan dengan cara tidak formal iaitu dengan mengawal selia idea idea yang bakal dihasilkan agar menjurus kepada keperluan pengguna akhir.cara yang lebuh formal lagi ialah dengan memberi peluang kepada pengguna untuk melahirkan pandangan mereka terhadap produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan kepada mereka. Syarikat sedia ada/ produk sedia ada Bakal usahawan hendaklah membentuk kedah formal iaitu untuk mengawasi dan menilai produk atau perkhidmatan yang kompetetif di pasaran. Saluran pengedaran Merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan idea perniagaan kerana mereka ini dekat dan sudah biasa dan peka dengan perniagaan. Dasar- dasar kerajaan Merangkumi aspek peraturan dan undang undang yang dilaksanakan oleh kerajaan dan apa apa bentuk perancangan kerajaan. Penyelidikan dan pembangunan Adalah melalui usaha penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan oleh usahawan samada secara formal dan tidak formal.melalui usaha amal seseorang yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan. Pergaulan harian dan bacaan. Kemahiran yang dilimiliki.

  18. ii) Kaedah menjana idea • Menjana idea melalui kaedah berfikir • Kumpulan fokus. • Sekumpulan individu yang menyumbang maklumat dalam format yang berstruktur. • Menggunakan individu yang terdiri dari mereka yang datang dari pelbagi latar belakang sosioekonomi. • Kaedah yang bukan sahaja untuk penjanaan idea semata mata malah kaedah yang terbaik untuk menyaring idea dan konsep baru. • Sumbangsaran • Kaedah kumpulan yang mendapatkan idea dan penyelesaian baru. • Ia berasaskan kepada kenyataan bahawa manusia boleh dirangsang untuk menjadi lebih kreatif. • Sesi sumbangsaran ini menyeronokkan kerana ia tidak didominasi oleh seseorang individu tertentu sahaja. • Analisis inventori masalah • Kaedah mendapatka idea dan penyelesaian baru dengan memfokuskan masalah masalah. • Kaedah ini lebih berkesan kerana ianya mangaitkan produk yang telah dikenal pasti dengan masalah yang dicadangkan dan seterusnya memperolehi idea produk baru.

  19. iii) Proses merealisasi idea Peoses iini dikenali sebagai perancangan dan pembangunan yang memerlukan kepada penilaian kreteria yang menyeluruh bagi setiap peringkat pembanggunan produk. Kretiria penilian termasuklah peluang pasaran, persaingan, sistem pemasaran, faktor kewangan dan faktor penegeluaran. Proses perancangan dan pembangunan produk Peringkat idea Peringkat Konsep Peringkat Pembangunan poduk Peringkat Ujian Pemasaran Peringkat Komersialisasi

  20. 2.5 Strategi memulakan perniagaan i) Memulakan sendiri Perkara-perkara (faktor-faktor) yang harus dipertimbangkan dan diberi perhatian sebelum seseorang usahawan itu memilih perniagaan yang ingin diceburinya secara sendiri ialah: • Lain-lain keperluan yang harus dipertimbangkan: • - Perlu ada keperluan yang jelas terhadap produk tersebut dan masa untuk memperkenalkannya mestilah tepat.walaupun produk yang diperkenalkannya amatlah baiktetapi jika masa untuk memperkenalkannya tidak tepat ini akan menghindari peluang pelaburan yang menguntungkan. • - Perniagaan yang dicadangkan perlulah berupaya mencapai kelebihan persaingan yang bertahan lama.kegagalan untuk memahami keadaaan dan kepentingan memiliki kelebihan persaingan menyebabkan banyak perniagaan baru mengalami kegagalan. • - Margin keuntungan dan pulangan atas pelaburan mestilah cukup tinggi supaya perniagaan meampu menanggung sebarang kesilapan dan masalah dan seterusnya mencapai kelebihan ekonomik yang signifikan. • - Peluang mestilah diterokai sepenuhnya.oleh itu seseorang yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang diperlukan. • - Hendaklah tidak terdapat keadaan atau pembangunan yang boleh menyebabkan perniagaan menjadi rugi. • Kemampuan diri dan minat • Modal dan kedudukan kewangan • Lokasi perniagaan • Persaingan • Bekalan bahan mentah • Peraturan dan undang-undang.

  21. Langkah-langkah dan Pertimbangan Untuk Memulakan Perniagaan Baru • Mencetuskan idea perniagaan. • Menyediakan rancangan perniagaan. • Berunding dengan pakar perunding. • Menentukan bentuk organisasi • Jenis bantuan kewangan dan modal • Pilih lokasi • Pendaftaran • Menjalani latihan • Penyediaan tenaga kerja. • Teknologi

  22. Kebaikan Dan Keburukkan Memulakan Perniagaan Sendiri.

  23. ii) Mengambil alih perniagaan sedia ada. Faktor-faktor yang harus dipertimbangkan memilih perniagaan sedia ada: 1. Mengurang ketidak pastian. Perniagaan yang sdah berjaya telah menunjukkan keupayaanya untuk menarik pelanggan,mengawal kos dan membuat keuntungan 2. Memperolehi operasi dan perhubungan yang berterusan. Pembeli perniagaan yaang sedia ada biasabya akan mendapat bersamanya personel, inventori,kemudahan fizikal perhubungan dengan pihak bank telah terjalin dan perhubungan dengan pembekal.satu usaha yang menyeluruh dilakukan untuk mewujudkan semua ini jika sekiranya memulakan sendiri dari asas. 3. Harga yang boleh ditawar Untuk mendapatkan perniagaan yang masih berterusan operasinya pada harga yang boleh ditawarkan iaitu kos pengambilalihan adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kos untuk memulakan perniagaan sendiri. 4. Reputasi Perniagaan 5. Pasaran sasaran yang sedia ada. 6. Kedudukan Kewangan Syarikat 7. Peralatan dan kelengkapan dalam premis perniagaan. 8. Potensi Berkembang.

  24. Teknik yang digunakan bagi menilai sesebuah syarikat sedia ada untuk diambil alih selain dari teknik menilai laporan atau penyata kewangan 1. Pendekatan penilaian berasaskan aset Membuat andaian bahawa nilai syarikat nilai aset syarikat ditentukan dengan mengjangkakan nilai aset syarikat. 2. Pendekatan berasaskan nilai pasaran Pendekatan ini menetukan nilai perniagaan berasaskan harga jualan syarikat yang lebih kurang sama dan telah di juall.pendekatan ini boleh menggunakan formula untuk menilai starikat. harga pasaran pendapatan perolehan= pendapatan selepas cukai 3. Penilaian berasaskan pendapatan Menetukannilai perniagaan berasaskan pendapatan yang diperolehi pada masa akan datang. Pedekatan ini mengambilkira pendapatan ternormal dan kadar permodalan. nilai syarikat= pendapatan ternormal kadar permodalan 4. Penilaian berasaskan faktor faktor bukan kuantitatif. Persaingan-bakal pembeli hendaklah melihat darjah dan keamatan persaingan dan lokasi perniagaan dengan lokasi pesaing. Pasaran-mempunyai pasaran yang mencukupi untuk mempertahankan semua unit perniagaag. Penbamgunan masyarakat pada masa hadapan-sesuatu pembangunan masyarakat yang mempunyai kesan secara tidak lansung keatas sesuatu perniagaan.komitmen undang undang-ini termasuklah hutang hutang syarikat yang belum dijelaskan seperti gaji pekerja , saman makhamah dan yang berkaitan. Bangunan-kualiti bangunan dan premis perniagaan hendaklah dinilai.ini termasuklah sistem dan penyelengaraan alat alat keselamatan. Harga produk-bakal pembeli juga hendaklah menyemak dan membandingkan harga produk penjual dengan pemborong agar perletakan harga yang adil dapat dilakukan.

  25. Kebaikan Dan Keburukkan Mengambil Alih Perniagaan Sedia Ada.

  26. iii) Francais Definisi Francais: boleh didefinisikan sebagai kaedah pemasaran produk atau perkhidmatan dimana sebuah syarikat induk memberi hak kepada syarikat lain atau individu untuk memasarkan produk atau perkhidmatan tersebut berlandaskan suatu kaedah tertentu dilokasi atau kawasan yang ditetapkan dalam jangka masa yang ditentukan. Francaisor: Ialah tuan punya , pengeluaratau pengedar yang mempunyai hak istimewa terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan atau orang yang memberi francai kepada francasi. Francaisi: Ialah merupakan individu atau organisasi yang mendapat hak francais ke atas produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh francaisor.

  27. Jenis-jenis Perniagaan Farancais. 1. Pemegang francais berformat Merupakan kaeadah francais yang paling penting dalam kaedah ini fancaisi mendapat lesen untuk membuat dan memasarkan barangan daripada francaisor. Francaisor turut menawarkan pekej yang lengkap kepda francaisi. Terdapat 5 princip 5c yang digunakan dalam kaedah ini. 2. Francais pengilangan produk Mendapat lesen daripada francaisor untuk mengilangkan barangan mengikut formula, resepi atau rekabentuk yang disediakan oleh francaisor dan memasarkan barangan tersebut dengan menggunakan mesin pemasaran yang disediakan oleh francaisor. 4. Lesen bertanda dagang jenama Francaisi diberi lesen untuk menjualbarangan dan diberi ganjaran biasanya dalam bentuk komisen. 5. Francais wakil pengedar Francaisi diwajibkan memasarkan barangan keluaran francaisor secara eksklusif mengikut peraturan dan kaedah yang ditentukan.diwaktu yang sama francaisi diberi monopoli memasarkan keluaran didalam keluran geografi tertentu. 6. Penganjur Francaisi bertindak sebagai penganjur kepada francaisor.barangan ini dibeli kepada francaisor dan nama syarikat francaisi adalah sama

  28. Prinsip 5c dibawah kaedah perniagaan francais berformat- 1. Consistency Merujuk kepada keseragaman yg diamalkan oleh francais jenis ini.ianya tidak mempunyai imej yang sama disetiap negara.contohnya mc donald yang mempunyai produk dan keseluruhan sistem pengrusan perniagaan adalah seragam. 2. Competetiveness Sistem ini juga memberi kelebihan kepada pengguna kerana bahan mentah , mesin dan peralatan dapat dibeli secara pukal oleh francaisor.ianya melayakkan francaisor mendapatkan diskaun belian yang besar dan seterusnya dapat menjualkannya kepada francaisi. 3. Convenience Format perniagaan francais juga menawarkan keselesaan kpd pelanggan dengan ciri reka bentuk premis yang menarik. 4. Cleanliness Aspek kebersihan juga menjadi amalan utama perniagaan. Bukan sahaja pada imej premis tapi juga pada penyediaan produk sehinggalah kepada persekitaran premis.terdapat manual penjagaan kebersihan yang sistematik dimana pekerja dilatih cara yang betul untuk urus premis agar imej kebersihan dapat dikekalkan. 5. Courtesy. Kesopanan dan layanan mesra adalah antara imej yang boleh memberi kelebihan kepada perniagaan francais berformat. Pekerja di ajar cara melayan dan menjaga kesopanan apabila berurusan dengan pelanggan.

  29. Kebaikan Dan Kelemahan Perniagaan Francais

  30. iv) pendekatan strategik Definisi Satu ikatan secara sukarela antara dua syarikat atau pekongsi dalam tempoh tertentu yang bertujuan untuk mencapai objektif ekonomi, iaitu mendapat keuntungan dengan lebih cepat dan lebih cekap daripada melakukannya sendiri. Faktor-faktor yang menggalakkan berlakunya perikatan starategik • Kemasukkan ke pasaran baru. • Pembangunan teknologi. • Mencapai globalisasi. Cabaran cabaran dalam perikatan strategik- • 1. Menetapkan wawasan strategik yang jelas. • 2. Mencari rakan kongsi yang sesuai. • 3. Rancang, rancang dan rancang semula. • 4. Menyemak semula secara berterusan perhubungan yang dibentuk.

  31. Kebaikan Dan Kelemahan Perikatan strategik

  32. 2.6 Pembiayaan dan sumber modal i) Konsep modal Definisi modal Modal merupakan apa juga bentuk kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan lebih banyak kekayaan kepada entiti perniagaan. Konsep modalkewangan dan bukan kewangan Terdapat dalam pelbagai bentuk, termasuklah wang tunai,inventori, kilang dan peralatan.contohnya pengilang tekstil menggunakan kilang dan peralatannya bagi menghasilkan inventori bagi memenuhi pesanan pelanggan,pendapatan yang diperolehi daripada jualan kemudiannya digunakan untuk membeli lebih banyak bahan mentah dan meningkatkan kapasiti kilang atau membeli peralatan baru.pusingan itu berterusan meningkatkan kapsiti kilang dan meningkatkan keuntungannn syarikat sehinggalah mencapai tahap berkurangan pulangan margin

  33. Jenis-jenis Modal 1. Modal tetap Modal yang diperlukan oleh usahawan untuk membeli aset perniagaan.aset ini digunakan dalam proses pengeluaran produk dan perkhidmatan.wang yang dilaburkan oleh syarikat untuk membeli aset tetap akan terbeku disitu dan tidak boleh digunakan untuk membeli tujuan lain. 2. Modal kerja Mewakili dana semasa perniagaan.digunakan untuk menyokong operasi biasa perniagaan dalam jangka masa pendek.ia biasanya untuk membayar gaji, membayar bil dan digunakan untuk masa masa kecemasan. 3. Modal pertumbuhan Ianya tidak tertakluk dengan keadaan turun naik secara bermusim dalam perniagaan kecil.diperlukan apabila perniagaan berembang atau perniagaan menukar arak tujuan asalnya.

  34. Sumber-sumber Modal • 1. Sumber pembiayaan modal ekuiti • Mewakili pelaburan peribadi pemilik perniagaan. • Dikenali sebagai modal berisiko kerana pelabur menaggung risiko kehilangan wang mereka jika perniagaan mereka gagal. • Pembiayaan tidak memerlukan sandaran Kebaikan Dan Keburukkan modal Ekuiti

  35. Dua jenis sumber pembiayaan modal ekuiti A. Ekuiti dalaman: merujuk kepada pemilik dalam modal teroka baru, Ekuiti asal datangnya daripada modal asas pengasas atau pemilik asal, pelaburan sendiri. • B. Ekuiti Luaran: • 1. pelabur persendirian. • Ianya merupakan pelabur pelabur yang kaya raya dan biasanya mereka juga merupakan usahawan atau individu yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan. • Biasanya membiayai usaha teroka baru yang kecil dan berisiko. • Selain daripada menyediakan keperluan kewangan untuk penibuhan awal perniagaan sehinggalah ketahap pertumbuhan perniagaan. • Modal teroka. • Datang dari sekumpulan pelabur individu yang melabur kepada satu badan atau orang profesional yang menolong mereka membuat pelaburan atau keputusan. • 3. Penawaran Awam . • Memohon untuk disenarai di bursa saham dan juga pasaran saham.

  36. 2. Sumber pembiayaan modal HUTANG. Definisi: Merujuk kepada sumber pembiayaan yang dipinjamkan daripada pihak lain atau luar organisasi. Kebiasaannya modal hutang akan dibayar besama-sama dengan faedahnya sekali. Sumber Pembiayaan Modal Hutang • Bank perdagangan dan bank saudagar. • Agensi-agensi kerajaan. • Penawaran saham awam • Firma-firma modal teroka. • Syarikat-syarikat kewangan.

  37. Perkara-perkara yang dilihat oleh pihak bank sebelum meluluskan pinjaman ialah 5C. • (Character)Karakter-karakter mestilah meyakinkan pihak bankantara karekter yang diliha oleh pihak bank ialah peminjam mempunyai rekod kredit lepas yang baik dan meyakinkan pihak bank. • (Capacity)Kapasiti-kapisiti peminjaam diukur berdasarkan kepada keyakinan pihak bank terhadap keupayaan peminjam untuk menghasilkan aliran tunai yang mencukupi untuk bayar balik pinjaman yang dibuat. • (Capital)Modal-modal yang dilaburkan adalah satu usaha teroka oleh peminjam. • (Conditions) Kedudukkan-keadaan industri dan ekonomi semasa juga mempengaruhi keputusan pihak bank untuk pemberian pinjaman. • (Collateral). Sandaran-jumlah sandaran adalah bergantung kepada jumlah pinjaman yang dibuat

  38. Kebaikan jualan saham secara awam • Keupayaan untuk meningkatkan jumlah modal firma. • Memperbaiki kemudahan untukpembiayaan masa depan. • Memperbaiki imej korporat. • Dapat menarik dan mengekalkan sumber manusia yang penting dalam firma. • Saham juga boleh digunakan sebagai alat untuk melakukan pengambilalihan sesebuah syarikat. • Tersenarai dibursa saham. • Di antara keburukan menjadi syarikat awam ialah:- • Melemahkan pemilikan sepenuhnya oleh pemilik asal. • Hilang kawalan. • Hilang kebebasan. • Perlu melaporkan kepada suruhanjaya sekuriti. • Kos yang besar. • Bertangungjawab kepada pemegang saham. • Tempoh masa. Kebaikan Dan Keburukkan modal Hutang

  39. 2.7 Kemudahan dan bantuan. i) Jenis-jenis kemudahan • Bantuan dan pembiayaan kewangan. • Kemudahan infrastruktur dan premis perniagaan. • Bantuan maklumat, khidmat nasihat dan perundingan. • Bantuan teknikal • Program-program pembangunan usahawan. • Bantuan pemasaran. • Latihan seminar, dan bengkel kerja.

  40. ii) Pihak-pihak yang memberi kemudahan dan bantuan. • Bantuan kewangan dan agensi yang terlibat • 1. Kementerian Pembangunan Usahawan • 2. Bank Pembangunan Malaysia Berhad • -pembiayaan harta tetap • -pembiayaan modal kerja • -tabung khas untuk pelancongan • -skim modal asas untuk industri kecil dan sederhana • -skim perbankan syariah • 3. Credict Guarenred corporatin malaysia berhad • 4. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad • 5. Majlis Amanah Rakyat • Agensi yang terlibat dalam kemudahan pemasaran • Besta Distributor • FAMA • Pernas Edar Sdn.Bhd • Guthrie Furniture Sdn.Bhd • Karyaneka • Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Agensi yang diberi tanggungjawab untuk menyediakan kemudahan infrastruktur. - MARA - Bank Pembangunan Malaysia. - Perbadanan Pembangunan Bandar. - MIEL - Perbadanan Kemajuan Negeri Masing Masing - Kerajaan Tempatan

  41. Program Pembangunan Usahawan (Kementerian Pembangunan Usahawan) Yang terlaksana dibawah kementerian ini ialah Program Pembangunan Vendor Ditubuhkan untuk membangunkan IKS. Sektor industri diutamakan dalam program ini. Bentuk bantuan kewangan disediakan. Bantuan teknikal meliputi pelbagai Program mentor mentee Program dimana syarikat besar memberi latihan , bimbingan dan pendedahan kepda bakal bakal usahawan. Bentuk bimbingan berbentuk anjal dan terbuka. Syarikat mentor mengambil pendekatan yang berbeza beza. Program pembangunan francais Sarikat induk yang membenarkan syarikat francaisi untuk menjalankan sistem francais dan memasarkan barang keluaran mereka mengikut syarat syarat tertentu. Program usahawan tulen Bertujuan untuk menggalakkan usahawan tulen antara individu dan syarikat bumiputera. Usahasama yang dijalankan ialah Usahawan bumiputera bersaing dengan indivisu bukan bumiputera. Individu bumiputera menyertai syarikat bimiputera. Pembelian ekiuti syarikat oleh individu bumiputera dalam syarikat bumiputera.

  42. 2.8 Rancangan perniagaan. i) Definisi RP merupakan dokumen bertulis secara terpeinci perniagaan yang akan dijalankan, mengandungi maklumat tentang organisasi, pelunjuran kewangan, pemasaran, pengeluaran dan pembiayaan. ii) Tujuan atau kepentingan atau faedah RP • Dapat memberi panduan perjalanan sesebuah perniagaan untuk mencapai matlamat. • Memahami perniagaan yang ingin diceburi secara menyeluruh. • Dapat memahami secara terperinci keadaan ekonomi, persaingan, peraturan kerajaan dan faktor-faktor persekitaran. • Memahami kedudukan kewangan dan menyususn strategi kewangan pada tahun akan datang. • Satu alat pengukur kemajuan atau penilai prestasi. • Sebagai alat kawalan. • Alat untuk meyakinkan pihak-pihak yang berkepentingan atau alat komunikasi. • Memaksimumkan penggunaan sumber organisasi.

  43. iv) Format utama rancangan perniagaan / Kandungan RP iii) Sasaran RP • Ringkasan Eksekutif • - Nama syarikat, telefon, alamat syarikat, ringkasan perniagaan, pasaran operasi, staf dan kewangan. • Pengenalan. • - Sejarah perniagaan, kedudukan sekarang, kekuatan syarikat, prosedur kawalan. • Tujuan. • - Matlamat jangka panjang dan pendek, membentuk misi dan halatuju. • Latar belakang industri dan pengarah. • - Inflasi, kadar pengangguran, pendapatan penduduk dan lain-lain. • Latar belakang pemilik. • Struktur organisasi. • - carta organisasi, tugas gaji, latihan dan lain-lain. • Latar belakang projek / pelan strategik perniagaan. • - Strategik produk, harga, promosi, pelanggan. • Penutup. • Usahawan • Bank, pembiaya, institusi kewangan. • Pelabur • Pelanggan • Rakan kongsi • Pembekal • Pekerja.

More Related