pertandingan power point pendidikan moral n.
Download
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
PERTANDINGAN POWER POINT PENDIDIKAN MORAL PowerPoint Presentation
Download Presentation
PERTANDINGAN POWER POINT PENDIDIKAN MORAL

Loading in 2 Seconds...

play fullscreen
1 / 14

PERTANDINGAN POWER POINT PENDIDIKAN MORAL - PowerPoint PPT Presentation


  • 277 Views
  • Uploaded on

PERTANDINGAN POWER POINT PENDIDIKAN MORAL. Nama Ahli Kumpulan:Wong Kan Lap Hiew Chi Fung. BIDANG PEMBELAJARAN 5 : NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA. Nilai :Melindungi Hak Kanak-kanak Definisi:Membela , memberi naungan dan

loader
I am the owner, or an agent authorized to act on behalf of the owner, of the copyrighted work described.
capcha
Download Presentation

PowerPoint Slideshow about 'PERTANDINGAN POWER POINT PENDIDIKAN MORAL' - tieve


An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript
pertandingan power point pendidikan moral

PERTANDINGAN POWER POINT PENDIDIKAN MORAL

Nama Ahli Kumpulan:Wong Kan Lap

Hiew Chi Fung

bidang pembelajaran 5 nilai berkaitan dengan hak asasi manusia
BIDANG PEMBELAJARAN 5 : NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA

Nilai :Melindungi Hak Kanak-kanak

Definisi:Membela , memberi naungan dan

memelihara hak

kanak-kanak bagi menjamin

kehidupan mereka yang sempurna

kandungan akademik perlindungan terhadap kanak kanak tanggungjawab semua pihak
KANDUNGAN AKADEMIK:Perlindungan terhadap Kanak-kanak Tanggungjawab Semua Pihak

Peranan Pelbagai Pihak dalam Melindungi Kanak-kanak

Peranan Kerajaan

1 Semua pihak, sama ada kerajaan, badan bukan kerajaan, atau individu mempunyai peranan dan tanggungjawab bersama untuk melindungi dan menyayangi kanak-kanak.

2 Kerajaan melindungi kanak-kanak malalui peraturan dan undang-undang dengan menggubal Akta Kanak-kanak 2001.

3 Akta Kanak-Kanak 2001 memaktubkan bahawa setiap kanak-kanak harus dilindungi dan disayangi atau sebab yang berikut :

slide4

(a) Kanak-kanak berhak untuk membesar dan berkembang dalam suasana adil, aman, bahagia, dan kasih sayang untuk memperoleh keyakinan penuh, maruah, dan nilai diri yang positif ; (b) Kanak-kanak merupakan kunci kehidupan , pembangunan , dan kemakmuran masyarakat kini dan akan datang ; (c) Kanak-kanak masih kurang matang dari segi fizikal , mental , dan emosi .

slide6

4 Menurut Akta Kanak-Kanak 2001 , kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan termasuklah keadaan yang berikut : (a) Kanak-kanak telah atau berkemungkinan besar akan dicedera atau didera sama ada dari fizikal atau emosi . (b) Kanak-kanak telah atau berkemungkinan besar akan dianiayai dari segi seks . (c) Kanak-kanak yang telah mengemis atau menjalankan penjajahan yang menyalahi undang-undang , menjual loteri haram , dan perjudian yang memudaratkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu .

slide7

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991Suatu Akta bagi peruntukan mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya atau yang berkaitan dengannya.  (i)Kemudahan  (a)Memberi Perlindungan kepada kanak-kanak dan orang orang muda yang memerlikan jagaan dan perlindungan. (ii)Takrifan Kanak-kanak  (a)Mereka yang berusia kurang dari 18 tahun. (iii)Takrifan Penganiayaan Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1947 (Akta 232) Seksyen 3  (a)Kanak-kanak atau orang muda yang telah dipukul, diseksa, diabaikan, didedah kepada bahaya; atau disuruh melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan ia dipukul, diseksa, diabaikan atau didedah secara langsung atau tidak langsung yang akan mengakibatkan kecederaan atau penderitaan kepada kesihatannya. (b)(Termasuk yang menyebabkan hilang penglihatan dan/atau pendengaran, kecederaan anggota tubuh badan dan kecederaan otak).

slide8

(iv)Hukuman  (a)Bagi kesalahan mengikut takrifan a. di atas hukumannya ialah denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Seksyen 26 Akta 468. (b)Bagi kesalahan mengikut takrifan b. diatas hukumannya ialah denda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. Seksyen 28 Akta 468. (v)Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat  (i)Menyiasat aduan yang diterima. (ii)Merujuk kepada Pegawai Perubatan untuk mengesahkan samada penganiyaan telah berlaku atau tidak. (iii)Melaporkan kepada polis jika kes yang berkenaan perlu dibawa ke hadapan mahkamah. (iv)Mengadakan kaunseling kepada pihak yang terlibat supaya perkara itu tidak berlaku lagi. (v)Sebagai ikhtiar terakhir, menempatkan kanak-kanak dengan penjaga yang sesuai atau dimasukkan ke dalam Rumah Kanak-kanak.

slide9

Hak kanak-kanak yang perlu dilindungi untuk menjamin kesejahteraan hidup mereka. 1. Menikmati sepenuhnya semua hak tanpa perbezaan dan diskriminasi.2. Mendapat perlindungan, peluang dan kemudahan istimewa.3. Mempunyai nama dan kewarganegaraan.4. Makanan yang cukup, keselamatan sosial, tempat kediaman, rekreasi dan kemudahan perubatan. 5. Mendapat perlindungan istimewa apabila cacat.6. Mendapat kasih sayang ibu bapa, jagaan dan perlindungan. 7. Mendapat perlindungan daripada kezaliman, eksploitasi dan diskriminasi.

slide10

5 Dalam Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan ) 1966 , dinyatakan bahawa kanak-kanak tidak dibenarkan untuk bekerja kecuali dalam syarat-syarat yang tertentu 6 Tindakan undang-undang akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang yang melindungi kanak-kanak seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-kanak dan akta lain yang berkaitan dengan kanak-kanak .

peranan rumah rumah pelindungan
Peranan Rumah-rumah Pelindungan

1 Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menupuhkan tempat pelindungan seperti rumah kanak-kanak untuk melindungi kanak-kanak yang dicederakan dari segi fizikal atau emosi

2 Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memberi pemulihan kepada juvana yang terbabit dalam kesalahan undang-undang

3 Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa kepentingan juvana yang terbabit dalam jenayah sentiasa terbela dan terjamin dalam masyarakat dan pencegahan awal dapat dijalankan .

slide12
Peranan Badan Bukan Kerajaan
  • 1 Keluarga merupakan kumpulan asas dalam masyarakat untuk membesar , menyara , dan memenuhi kebajikan anak-anak mereka supaya bertanggungjawab dan berakhlak mulia .
  • 2 Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan anak-anak mereka tentang peraturan , undang-undang , dan nilai sosial yang diterima oleh masyarakat supaya merka dapat berfungsi sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab .
peranan individu
Peranan Individu

1 Setiap individu juga mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan menyayangi kanak-kanak supaya mereka dapat hidup dalam persekitaran yang sihat dan selamat .

2 Hal ini penting kerana persekitaran yang tidak sihat memudahkan mereka terdedah dan terperangkap dengan anasir kurang sihat hingga mempengaruhi mereka melakukan sesuatu yang menentang peraturan dan undang-undang masyarakat seperti mencuri , gangsterisme atau mengambil dadah .

3 Semua lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab bersama dan komitmen untuk memenuhi hasrat dan harapan kanak-kanak untuk dilindungi dan disayangi .

4 Kepentingan dan hak-hak kanak-kanak harus dihargai , dipelihara , dan dilindungi untuk menjamin negara terus maju dan masyarakat yang madani tercapai pada masa depan .