1 / 33

PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN MORAL. MDM SITI HAJJAR A. HAMID OLYMPIA COLLEGE 2013. Topik Minggu 7. Isu-Isu berkenaan Etika : Rasuah Definisi Rasuah Rasuah dari perspektif Etika & Moral Jenis-jenis kesalahan rasuah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah & Hukuman Jenis-Jenis Suapan & Sogokan

hammer
Download Presentation

PENDIDIKAN MORAL

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENDIDIKAN MORAL MDM SITI HAJJAR A. HAMID OLYMPIA COLLEGE 2013

  2. TopikMinggu 7 • Isu-IsuberkenaanEtika : Rasuah • DefinisiRasuah • RasuahdariperspektifEtika & Moral • Jenis-jeniskesalahanrasuahmengikutAktaSuruhanjayaPencegahanRasuah & Hukuman • Jenis-JenisSuapan & Sogokan • Siapa yang terlibatdengankesalahanrasuah • TahapRasuah • Punca & SebabRasuah • KesanRasuah • ImplikasiRasuah pd Negara • Langkah-langkahMengatasiRasuah

  3. DEFINISI RASUAH • Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah • Ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang undang-undang. • Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward. • John B. saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteleys Law Dictionary memberi definisi the Taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty.

  4. Secara umumnya, rasuah merupakan suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu. Sebagai contoh, seorang kontraktor memberikan hadiah berbentuk jam tangan berharga kepada seorang pegawai Kerajaan bagi meluluskan projek kepada syarikatnya.

  5. MaknaEtikaPrfesional • Etikaprofesional pula digunakanuntukmenilaiprinsip moral untuksesuatukumpulan yang direka/dibuatuntukmengawalprestasimerekadidalammenjalankansesuatutugasataupenggunaansumber yang merekaada. • Kesrasuhdanhubungkaitdenganmasalahetikadan moralSesungguhnya, permasalahanrasuahinimemangsemakinberleluasadinegarakitadanmemangtidakdinafikanbahawagejalainisemakinmendapatperhatiandaripadasemuapihak. • Kesrasuahiniadalahsatukes yang sangatberkait-rapatdenganmasalahetikadan moral. Orangatauindividu yang terlibatdengangejalatersebutsamaadamemberiataumenerimarasuahadalahorang yang tidakberetikasertakurangnilai-nilai moral. Mereka yang menjalankankegiatantersebutadalahbertujuansemata-matauntukkepentingandirisendirisertatidakmengambil-kirahakdankepentinganorang lain. Demiuntukkesenangandirisendiri, merekabukansahajalupadengantanggungjawabmerekaterhadapmasyarakatmalahtelahmeletakkandirimerekadidalamsituasi yang amatmembahayakan. • Berdasarkankepadakesgejalarasuahdikalangansyarikat-syarikatkorporatgergasidinegarakita pula, gejalainimemangsangatberleluasajusterukerajaanpadamasakinitelahmengambilinisiatifuntukmembendungpermasalahantersebutdenganmemperkuatkuasakan rang undang-undangdanperananpihak SPRM untukmencegahmasalahinidaripadasemakinberleluasa.

  6. Whistle Blowing dangejalarasuah • Apabilawujudkes-kesrasuahdimana-manasahajamakaianyatidakdapatlaridaripada Whistle blowing khususnyadidalamduniaperniagaan. Whistle blowing iniadalahseseorang yang menuduhrakansekerjanya, penyeliaanataupegawaisyarikatberhubungdengantindakan yang tidaksahatautidakbermoral.Terdapat 2 jenis Whistle blowing iaitu: • dalaman – jikatuduhandibuatmelaluitalianpenyeliaanatausaluran yang tertentudidalamsyarikattersebut. • luaran– sekiranyatuduhantersebutdilaporkankepadaorangluaratauagensi-agensidiluarsyarikat, sepertipihakberkuasaataupihak media. • Individu yang terlibatdengan Whistle blowing iniadalahindividu yang tergolongsamaadamerekaberadadipihak yang benarmahupuntidak. Biasanya Whistle blowing iniakantimbulapabilawujudkes-kes yang tidakberetikatertentuumpamanyakesrasuahtersebut. Walaubagaimanapun, masalahnyadisiniialahpersoalansamaadaindividu yang terlibatdengan Whistle blowing iniadalahbenar-benarbetulataupunsengajadireka-rekademiuntukkepentingansendiriataupunirihatidenganrakansekerjamerekatermasuklahpihakatasanmerekasekiranyamerekatidakberpuas-hati. • Namundemikian, apa yang menjadikebiasaandalamsenariorasuahdinegarakita, Whistle blowing akanwujudapabilakesrasuahinibenar-benarberlakudidalamsesuatuorganisasitertentu.

  7. Jenis-jenis kesalahan rasuah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 • Berdasarkan ASPRM 2009 (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:a.    Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]b.    Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]c.    Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]d.    Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]

  8. Apakah kesalahan Meminta/Menerima rasuah? Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) • Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima satu suapan sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara.CONTOH: Baharudin bin Ahmad (YDP Majlis Perbandaran Kangar) dituduh meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor berkaitan projek pembangunan perumahan di Padang Besar, Perlis seluas lebih kurang 10 ekar. Sebagai balasan, beliau menjanjikan proses kelulusan dan bantuan dalam kelicinan perjalanan projek tersebut.Rasuah berupa wang tunai sebanyak RM30,000.00, cek tunai bernilai RM30,000.00, dan satu golf set jenis ”Mizuno” berharga RM2,500.00 yang diterima daripada kontraktor.Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun dan denda berjumlah RM1.925 juta

  9. Apakah kesalahan Memberi suapan? • Mana-mana orang secara rasuah menawar/memberi satu suapan kepada pegawai awam sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara berkaitan hal ehwal pegawai awam tersebut.CONTOH: • Sibu - Seorang kontraktor dijatuhkan hukuman lapan bulan penjara dan denda RM25,000 kerana memberi rasuah berjumlah RM1,500 kepada Pegawai Pengurusan Perhutanan, Sandum Hitam. Rasuah itu diberi supaya Sandum mempercepatkan proses permohonan “Permit To Enter Coupe”. Kesalahan dilakukan di pejabat Perhutanan Kawasan Daerah Sibu.

  10. Apakah kesalahan mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009] • Mana-mana orang mengemukakan dokumen tuntutan (resit, invoice) yang mempunyai butiran matan palsu dengan niat untuk memperdayakan prinsipal (pejabatnya). CONTOH: • SHAH ALAM - Bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Md. Saberi Md. Salleh dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di atas tuduhan memperakui invois pembekalan peralatan sukan palsu bernilai RM138,600 pada sekitar tahun 1999.Md. Saberi didakwa membuat perakuan penerimaan barangan bertarikh 24 Mac 1999 dengan memperakui bahawa Multi Joint 2 AP berharga RM138,600 telah diterima dalam keadaan memuaskan sedangkan ianya tidak dibekalkan.Hakim turut menjatuhkan hukuman yang sama ke atas pemilik syarikat pembekal peralatan sukan, Zaleha Abdul Rahman, 48, atas kesalahan bersubahat mengeluarkan invois tersebut.

  11. Apakah kesalahan Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009] • Pegawai Badan Awam atau anggota Pentadbiran kerajaan menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.

  12. Apakah hukuman bagi kesalahan rasuah? • Secara umumnya, hukuman bagi kesalahan rasuah ialah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.CONTOH:Jika A menerima rasuah sebanyak RM5,000. Maka hukumannya penjara dan dendan sebanyak RM25,000 (RM5,000 x 5).Jika B menerima rasuah sebanyak RM1,000. Maka hukumannya adalah penjara dan denda RM10,000 (Ini kerana RM1,000 x 5 hanya bersamaan RM5,000. Oleh itu, diambil nilai RM10,000 iaitu nilai minimum bagi denda)

  13. Adakah suapan rasuah hanya berbentuk wang sahaja? • Suapan rasuah boleh jadi dalam bentuk wang tunai, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan (seperti seks), jawatan, upah, diskaun, pinjaman dan sebagainya.

  14. JENIS-JENISSUAPAN • wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain; • apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat; • apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya; • apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan; • apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga; • apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan • apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu;

  15. Apakah SPRM dan bagaimanakah SPRM ditubuhkan? • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM adalah sebuah badan tunggal dan bebas yang mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan rasuah serta merupakan tunggak utama dalam inisiatif anti-rasuah di Malaysia. • SPRM telah ditubuhkan pada Januari 2009, menggantikan agensi sebelumnya - Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengikut akta yang baru digubal iaitu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. • Peranan SPRM adalah untuk membasmi rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di Malaysia dengan fungsi yang berdasarkan kepada prinsip Bebas, Telus dan Profesional dalam melaksanakan tugasnya.

  16. Rasuah: Kita di tahap mana?  • Menghapuskan rasuah secara total adalah sesuatu yang dilihat mustahil. Begitupun, masih ada harapan untuk mengurangkan penyakit ini dengan syarat ianya belum lagi mencapai dua tahap kritikal berikut. • Tahap kritikal pertama: • - ialah apabila rasuah masih dijalankan secara "bawah meja" tetapi telah mewujudkan jaringan erat di antara pegawai junior dan senior di dalam sesebuah organisasi. Pada peringkat ini, pegawai yang junior akan menerima rasuah dan akan berkongsi hasilnya dengan pegawai yang senior, dan begitu jugalah sebaliknya. Apabila hal ini terjadi, setiap pegawai tidak kira junior atau senior, mereka akan melindungi satu sama lain. Ini juga mungkin turut melibatkan para pegawai di peringkat tertinggi termasuklah menteri, orang politik, badan kehakiman dan penguatkuasa undang-undang. • - kesan daripada rasuah peringkat ini adalah jelas. Laporan mengenai rasuah sukar mendapat respon. Malah, apabila masyarakat umum ingin mengambil tindakan terhadap pihak tertentu yang ada kaitan dengan rasuah, tiada pihak yang sudi tampil membantu, apatah lagi untuk bertindak, kerana semua pihak di dalam rantaian tersebut juga turut terlibat dengan rasuah!

  17. - pegawai mahupun menteri yang rasuah mungkin boleh diganti dengan orang lain. Namun begitu, "orang baru" itu juga tiada jaminan yang dia boleh selamat dan terlepas daripada cengkaman rasuah. Sekalipun mereka yang "bersih" ini enggan bersekongkol, besar kemungkinan mereka akan "lumpuh" (dipulaukan) oleh kerana staf bawahan mereka tidak akan patuh kepada arahan pegawai yang "tidak se-aliran".  • - tambahan pula, jika ingin memecat kesemua kakitangan kerajaan dan melantik kakitangan yang baru, juga tidak logik untuk dilakukan, bahkan boleh menimbulkan keadaan yang lebih bercelaru serta kacau-bilau, dan membuka peluang-peluang kepada pelbagai kegiatan berunsurkan rasuah yang baru!

  18. Tahap kritikal kedua: • - ialah apabila rasuah sudah naik "di atas meja" dan diterima sebagai sesuatu yang biasa oleh masyarakat. Apabila rasuah sudah mencapai tahap ini, kesannya terhadap negara amatlah buruk (dan mungkin tipis peluang penyembuhan). • - pertama, kerajaan akan menjadi lemah. Setiap kali rasuah berlaku, kerajaan akan kehilangan pendapatan dan tidak mampu untuk memenuhi fungsinya. Sekiranya kerajaan gagal menjana kewangan yang kukuh, khidmat sosial seperti pendidikan, kesihatan dan kemudahan awam tidak mampu disediakan. Bukan setakat negara gagal bergerak ke hadapan, bahkan jurang ketaksamaan kaya-miskin juga akan terus melebar! Ini kerana kebanyakan khidmat sosial oleh kerajaan adalah bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan dan kos terhadap golongan yang miskin. • - dalam keadaan yang mana miskin bertambah miskin dan rasuah terus memburukkan keadaan tersebut, golongan ini tentunya tidak mampu menawarkan rasuah kepada pegawai. Kesannya mereka akan terhalang untuk menikmati sesuatu perkhidmatan (kerana tidak mampu beri rasuah). Keadaan ini akan berterusan, sehinggalah laungan keadilan itu hilang maknanya dan majoriti rakyat akan tinggal di dalam kekecewaan terhadap kerajaan.

  19. sekalipun sedar ekonomi negara boleh hancur disebabkan amalan rasuah, pegawai yang terlibat tidak mudah insaf. Ini kerana sikap tamak insan itu tiada sempadannya. Akhirnya, wang rasuah yang mereka terima juga tidak akan lagi dapat memberikan kesenangan kepada hidup mereka.  • - di negara yang rakyatnya makmur dan aman, rakyatnya boleh mencari dan mengumpul kekayaan dengan mudah. Rakyat yang makmur juga boleh menjana ekonomi negara melalui kuasa beli mereka yang tinggi (keep on buying the goods sold). Namun apabila ekonomi rosak disebabkan rasuah, pengguna (rakyat) akan mengalami penurunan kuasa beli. Apabila kuasa beli rakyat merosot (sebab kerajaan tidak mampu bayar gaji yang adil), perniagaan juga akan merosot. Para peniaga yang terjejas juga sudah tidak mampu lagi menawarkan rasuah dan pegawai yang makan rasuah akhirnya turut menanggung kesannya.  • - di kebanyakan negara yang mana amalan rasuah tidak dianggap sesuatu yang asing, kebanyakan pegawai yang korup ini tidak juga menikmati kehidupan dengan selesa dan aman (soal keberkatan itu jauh sekali)!

  20. PUNCA DAN SEBAB RASUAH • Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Kelakuan rasuah adalah disebabkan beberapa sikap buruk dari jiwa seseorang manusia dan didorong oleh kekuatan syaitan. • Secara terperinci amalan rasuah disebabkan oleh sikap; • 1. Tamak dan haloba. • 2. Dengki dan khianat. • 3. Sombong dan Takabbur. • 4. Suka berbuat yang salah. • 5. Tiada keberkatan Hidup • 6. Nafsu serakah. • 7. Gila Kuasa. • 8. Menafikan hak orang lain. • 9. Ingin menunjuk-nunjuk. • 10. Zalim dan kasar.

  21. Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh: • 1. Di mana seseorang ingin hidup mewah dan cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. • Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu. • Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan, atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh dibekalkan oleh kontraktor berkenaan.

  22. 2. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah menjadi amalan. Menyara hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan. • 3. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni. Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. • Menurut seorang penulis, “nilai” ialah “beliefs about right and wrong”. Manakala “etika” pula ditakrifkan sebagai “thinking systematically about morals and conduct and making judgments about right and wrong”. (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service). • 4. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya.

  23. 5. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan. Kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. • 6. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh me- nyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal. •  7. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. • 8. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja. Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan – perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya.

  24. KESAN BURUK DARI RASUAH AMNYA • 1. Menganiayai orang yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu seperti, projek pembinaan dan seumpamanya. Ini akan menimbulkan pula kesan jangka panjang dimana orang yang dianianya akan turut melakukan rasuah pada lain waktu, agar pekerjaan yang lain jatuh pula ketangannya. • 2. Projek pembinaan akan terbengkalai atau mudah rosak. Jika suatu projek pembinaan yang sepatutnya diluluskan oleh Engineer atau Arkitek mengikut kesesuaian spesifikasi ilmu yang mereka pelajari tidak diguna pakai ketika itu kerana dirasuah dan menerima rasuah dari seseorang kontraktor maka projek pembinaan itu akan mudah terbengkalai atau mudah rosak. Kerana kontraktor yang membina projek berkenaan mahu cepat kaya dan inginkan marjin keuntungan yang tinggi. • 3. Menyemarakkan perasaan dendam dan api kemarahan, sehingga boleh mencetuskan permusuhan. Hal ini biasanya akan terbit dari pihak yang merasa dianiaya yang mengetahui haknya jatuh ke tangan orang yang memberi rasuah. • 4. Tidak akan ada keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah. Akibat rasuah orang yang sepatutnya bersalah lepas bebas dan orang yang tidak bersalah pula masuk penjara. • 5. Jika pihak menegakkan undang-undang seperti Polis, SPRM, Kastam menerima rasuah, maka kes-kes kejahatan dan perbuatan buruk seperti membunuh, mengedar dadah, penyeludupan, aduan kes rasuah, merogol dan seumpamanya tidak dapat diselesaikan. Bahkan rakyat akan hilang kepercayaan kepada jabatan-jabatan berkenaan.

  25. 1. Kesan Terhadap Individu: • (i) Kehilangan pekerjaan.(ii) Kejatuhan moral atau maruah.(iii) Menerima hukuman.(iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.(v) Keluarga terabai. • 2. Kesan Terhadap Masyarakat: • (i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.(iii) Membebankan golongan orang susah.(iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan. • 3. Kesan Terhadap Negara: • (i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.(ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.(iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.(iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.(v) Mengurangkan pendapatan negara.(vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan

  26. Implikasi kepada negara • Bagi sesebuah kerajaan di sesebuah negara, rasuah boleh menghadirkan kesan buruk yang bukan sahaja mampu menggoncangkan pemerintahan, bahkan tidak mustahil ianya boleh menjadi punca kejatuhan sesebuah pemerintahan dan meletakkan negara dalam situasi yang tidak aman. • Sekiranya seseorang pegawai yang diberi tanggungjawab memungut pelbagai bentuk cukai itu sendiri terbabit dengan prilaku rasuah, tentunya kerajaan, secara langsung, akan kehilangan sumber pendapatan hasil kutipan dan perolehan cukai. • Dengan lain perkataan, cukai tidak dapat dikutip kerana ia telah dielak pembayarannya melalui pemberian rasuah kepada pegawai yang terlibat. • Kekurangan hasil kutipan cukai kemudiannya membawa kepada penurunan jumlah pendapatan kerajaan. Ini bermakna wujudnya halangan kepada kerajaan dari segi kemampuan membayar gaji yang adil kepada kakitangannya. Dan apabila gaji yang dibayar tidak adil dan rendah, maka ianya kembali dijadikan alasan mengapa pegawai dalam kerajaan berterusan mengambil rasuah! 

  27. Dapatkah anda melihat kitaran ganas ini dan kesannya? Rujuk rajah.

  28. Rasuah yang sebati sehingga menjadi tabiat dan ketagihan • Seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas, situasi ini berlaku kerana kakitangan kerajaan tidak menerima jumlah gaji yang mencukupi bagi menampung jumlah perbelanjaan mereka. Namun, bagaimana pula jika rasuah telah menjadi tabiat (habit), yang tiada kaitan lagi dengan saiz pendapatan "halal" dan sah seseorang pegawai tersebut? • Ini kerana kehendak manusia dan sifat tamak insan itu tiada had dan batasan. Bagi mereka yang berpendapatan rendah mungkin sekali akan berhujah "sekiranya saya dibayar gaji yang tinggi, tentulah saya tidak ambil rasuah". • Namun perlu diingatkan juga bahawa ramai pegawai tinggi yang bergaji besar, mereka juga turut terlibat dengan amalan rasuah. Apakah mereka ini tidak cukup-cukup dengan gaji yang tinggi? Jawapannya adalah: rasuah tidak lagi diambil kerana kesempitan wang, tetapi ianya telah menjadi suatu tabiat dan ketagihan. • Lebih buruk lagi, sifat tamak ini bukan sahaja gagal membendung nafsu insan terhadap rasuah, malah mereka sendiri meminta jumlah bayaran (rasuah) yang lebih besar agar setara dengan gaji besar yang mereka nikmati!

  29. Oleh yang demikian, langkah kerajaan menaikkan gaji belum tentu dapat menghentikan amalan rasuah. • Bagi negara yang mana rasuah sudah menjadi sesuatu yang biasa (common practice), peningkatan kadar gaji hanya akan meningkatkan kadar rasuah. Dengan kata lain, bagi situasi yang amalan rasuahnya sudah diterima secara terbuka, peningkatan gaji bukan sahaja gagal membendung rasuah malah menyubur dan menggalakkan lagi amalan tersebut!

  30. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? • Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak ppercaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. • Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini. • Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.

  31. Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. • Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan. • Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya.

More Related