1 / 29

Oleh: PROF.MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH JABATAN PENDIDIKAN KAUSNELOR & PSIKOLOGI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING: TEORI PSIKOANALISIS. Oleh: PROF.MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH JABATAN PENDIDIKAN KAUSNELOR & PSIKOLOGI KAUNSELING FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 43400 UPM SERDANG SELANGOR, MALAYSIA TEL.: 603-89468118, 603-89468167 (OFFICE) 012-2126312 (HAND PHONE)

robyn
Download Presentation

Oleh: PROF.MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH JABATAN PENDIDIKAN KAUSNELOR & PSIKOLOGI KAUNSELING

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TEORI KAUNSELING: TEORI PSIKOANALISIS Oleh: PROF.MADYA DR. SIDEK MOHD NOAHJABATAN PENDIDIKAN KAUSNELOR & PSIKOLOGI KAUNSELING FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 43400 UPM SERDANG SELANGOR, MALAYSIA TEL.: 603-89468118, 603-89468167 (OFFICE) 012-2126312 (HAND PHONE) E-MAIL: smn@educ.upm.edu.my smnoah@hotmail.com

  2. 1 2 3 4 5 A B C MINDA SEDAR MINDA SEDAR D E F SISTEM KEPERCAYAAN MINDA BAWAH SEDAR TABIAT MINDA BAWAH SEDAR KONSEP KENDIRI ARAHAN JASAD JASAD TINDAKAN NATIJAH

  3. MAZHAB DALAM TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BOLEH DIPECAHKAN KEPADA: • TEORI KOGNITIF • TEORI AFEKTIF • TEORI TINGKAH LAKU • TEORI TINGKAH LAKU-KOGNITIF • TEORI PSIKOANALISIS ADA TEORI YANG BERSIFAT DIRECTIVE DAN ADA TEORI YANG BERSIFAT NON-DIRECTIVE

  4. TEORI KOGNITIF INTIPATI UTAMA TEORI KOGNITIF: • FOKUS KEPADA ASPEK PEMIKIRAN ATAU ASPEK KOGNITIF INDIVIDU • PEMIKIRAN RASIONAL V.S. PEMIKIRAN TIDAK RASIONAL • KONSEP A, B, C, D & E • TEKNIK KAUNSELING: BERSIFAT DIRECTIVE DAN MEMFOKUS KEPADA MEMBETULKAN PEMIKIRAN YANG TIDAK RASIONAL

  5. TEORI AFEKTIF INTIPATI UTAMA TEORI AFEKTIF: • MEMBERI FOKUS KEPADA PERASAAN • KENDIRI-IDEAL VS KENDIRI-REAL • TEKNIK KAUNSELING – NON DIRECTIVE • MENYEDIAKAN SUASANA UNTUK PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI INDIVIDU SEPERTI TIDAK MENGHUKUM, MENERIMA TANPA SYARAT, MESRA, DAN TULIN.

  6. TEORI TINGKAH LAKU INTIPATI UTAMA TEORI TINGKAH LAKU: • KONSEP PEMBELAJARAN DI MANA MANUSIA ADALAH HASIL DARIPADA PROSES PEMBELAJARAN • MENEKANKAN KEPADA KONSEP PENGUKUHAN DAN JENIS-JENIS PENGUKUHAN • MASALAH BERLAKU KERANA INDIVIDU TERSALAH BELAJAR • TEKNIK KAUNSELING MEMENTINGKAN KONTRAK SERTA MODEL GANJARAN DAN HUKUMAN • FLOODING DAN EXPOSURE

  7. TEORI PSIKOANALISIS KANDUNGAN UTAMA TEORI PSIKOANASISIS: • KONSEP DUALISMA • MINDA SEDAR, MINDA PRA-SEDAR & MINDA BAWAH SEDAR • JENIS PEMIKIRAN: PRIMARY PROCESS THINKING AND SECONDARY PROCESS THINKING • STRUKTUR PERSONALITI: ID, EGO DAN SUPEREGO • PERKEMBANGAN PERSONALITI: ORAL, ANAL, FALIK, PENDAMAN, GENITAL • MEKANISMA BELADIRI: PENAPIAN, SUBLIMASI, REAKSI FORMASI, RASIONALISASI, PROJEKSI DLL. • PROSES KAUNSELING: FREE ASSOCIATION, HIPNOSIS

  8. STRUKTUR PERSONALITI • ID: ASPEK NAFSU, NALURI DAN FOKUS KEPADA KESERONOKAN • EGO: PEGAWAI EKSEKUTIF YANG MENGAWAL TUNTUTAN ID DAN SUPEREGO • SUPEREGO: ASPEK MORAL, NILAI-NILAI MURNI, PERATURAN, UNDANG-UNDANG DANKEIMANAN • EGO YANG BAIK IALAH EGO YANG DAPAT MENGIMBANGI TUNTUTAN ID DAN SUPEREGO

  9. PERINGKAT PERKEMBANGAN PERSONALITI • ORAL: 0 HINGGA 1 TAHUN • ANAL: 1 HINGGA 2 TAHUN • FALIK: 3 HINGGA 4 TAHUN • PENDAMAN: 5 HINGGA 6 TAHUN • GENITAL: 7 HINGGA AKIL BALIGH PERINGKAT PERKEMBANGAN PERSONALITI DIKATKAN DENGAN ZON-ZON EROTIK KANAK-KANAK

  10. MEKANISMA HELAH BELA DIRI

  11. MEKANISMA BELA DIRI • Proses yang berlaku tanpa disedari yang mempertahankan individu daripada kebimbangan; mempertahan individu daripada ancaman luaran atau kebimbangan dalaman dengan membantutkan realiti dengan beberapa cara. • Mekanisma beladiri tidak berupaya mengubah keadaan sesuatu bahaya atau ancaman; tetapi ia semata-mata mengubah cara seseorang itu berfikir atau menanggap mengenai bahaya atau ancaman itu.

  12. MEKANISMA BELA DIRI • Keutuhan sahsiah atau personaliti seseorang itu adalah amat penting bagi membolehkan individu menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan cara yang berkesan. • Kegagalan untuk mengatasi masalah dan dan menyelesaikan pertentangan ini akan menghancurkan organisasi sahsiah seseorang itu dan boleh menyebabkan gangguan mental.

  13. Rasionalisasi Regressi Projeksi Reaksi Formasi Sublimasi Fantasi Represi Penidakan - Denial Pengalihan Displacement Pengimbuhan Compensation MEKANISMA BELADIRI Projeksi/Pemancaran: Menyalahkan orang lain di atas kekurangan yang dialami sendiri atau mengatakan yang orang lain juga mempunyai sifat yang tidak baik seperti yang terdapat pada diri sendiri.

  14. PENINDASAN(SUPRESSION) • Satu tindakan memendamkan ke dalam hati secara sengaja untuk mengelakkan daripada memikirkan sesuatu masalah seperti kegagalan • Contohnya, pergi menonton wayang dengan memendamkan rasa gagal peperiksaan semester. Supresi adalah untuk masalah yang kecil. Lama kelamaan ia akan menyebabkan kebimbangan yang besar

  15. REPRESI (REPRESSION) Satu proses mental yang aktif di mana seseorang itu sengaja ‘melupakan’ sesuatu peristiwa yang pahit dengan ‘menolaknya’ ke kawasan tidak sedar dalam otak. Contohnya, seseorang yang pernah mencuri dahulu telah menjadi bahan ejekan masyarakat. Maka seseorang itu cuba melupakan peristiwa itu

  16. PENARIKAN (WITHDRAWAL) Satu proses di mana seseorang individu itu secara sedar menarik diri dari satu-satu situasi yang kurang menyenangkan. Contohnya, menghilangkan diri dari majlis yang kurang selamat kerana bimbangkan ia tidak pandai bergaul.

  17. FANTASI • Fantasi berlaku apabila seseorang individu itu cuba mengurangkan ketegangannya dengan cara berkahayal dan membentuk satu situasi lain dalam imaginasinya yang tidak begitu mengancam dan lebih selesa daripada situasi yang sebenar

  18. REGRESI Regresi berlaku apabila seseorang itu kembali kepada jenis tingkah laku yang menjadi kebiasaan di peringkat yang terdahulu daripada peringkat kini. Contohnya seorang remaja mula menangis, menggit-gigit kuku dan menjerit apabila ia rasa ia tidak diterima oleh rakan sebayanya

  19. RASIONALISASI • Rasionalisasi ialah sejenis helah bela diri yang berlaku apabila seseorang individu itu cuba menipu diri dengan tujuan menjaga harga dirinya. Ia merupakan satu alasan atau penjelasan mengapa sesuatu keadaan itu tidak dapat diterima. Contohnya seorang murid memberi alasan ia ada masalah di tandas apabila gurunya bertanya mengapa ia lambat masuk ke kelas

  20. PINDAHGANTIAN(DISPLACEMENT) • Pindahgantian berlaku apabila perasaan marah dipindahkan dari seorang individu kepada seorang yang lain. Maksudnya, seseorang itu memerlukan seorang mangsa yang lebih lemah untuk melepaskan perasaan kekecewaannya. Contohnya seorang guru yang telah dimarahi oleh guru besarnya memindahkan marahnya kepada anaknya apabila ia balik ke rumahnya

  21. PEMBENTUKAN REAKSI • Satu cara melakonkan sesuatu yang berlawanan dgn situasi yg tidak boleh diterimanya. Contohnya, ababila seorang bapa yang enggan memikul tanggungjawab untuk membesarkan anaknya tiba-tiba menunjukkan kasih sayang yang melampau. Sebenarnya bapa itu ingin menyembunyikan keengganannya memikul tanggungjawab

  22. KOMPENSASI (IMBUHAN) • Satu tindakan seseorang yang cuba mengimbuh atau mencari pampasan akan kelemahannya dalam sesuatu bidang dengan menunjukkan prestasi yang baik dalam satu bidang yang lain. Contohnya, apabila seorang pelajar lemah dalam akademik dia cuba menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang sukan dan permainan dengan tujuan mendapat pengiktirafan dari guru dan rakannya.

  23. SUBLIMASI • Satu helah bela diri yang paling sihat. Seorang individu itu akan menyalurkan rasa kekeciwaannya kepada saluran atau bentuk yang boleh diterima oleh masyarakat Contohnya, seorang individu yang sukar mendapatkan kawan mungkin menyalurkan perasaan sunyinya dengan mengubah lagu atau mengarang buku yang boleh diterima oleh masyarakat sekeliling.

  24. PROJEKSI • Satu jenis helah bela diri apabila seseorang itu cuba melindungi harga dirinya dengan tidak mengakui kualiti diri yang tidak baik malah ia mengagihkan kualiti tersebut kepada orang lain. Contohnya, seseorang itu menuduh orang lain suka menipu tetapi sebenarnya ia cuba memprojeksikan ciri-ciri menipu itu kepada orang lain.

  25. IDENTIFIKASI • Helah bela diri ini berlaku apa-bila seseorang itu cuba mem-buat penyesuaian dengan menyifatkan dirinya seperti seorang lain yang lebih berjaya atau lebih matang. Contohnya, seorang remaja miskin menggunakan identifikasi apabila ia membanggakan dirinya kepada rakannya bahawa ayahnya kaya dan ada sebuah kereta besar.

  26. KEAGRESIFAN • Satu tindakan untuk mengeluarkan kemarahan, mencederakan seseorang atau merosakkan harta benda sebagai punca ancaman atau kekecewaan. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak tidak dapat mengikut ibu ke kedai ia akan meraung dan menarik-narik tangan ibunya.

  27. PENAFIAN • Ia berlaku apabila seseorang individu itu tidak mahu menerima kenyataan yang sebenar kerana kenyataan itu adalah sesuatu yang membuat ia rasa bimbang atau tertekan. Contohnya, apabila doktor memberitahunya bahawa ia mengidap penyakit kanser ia terus menafikan untuk mengelak ia dariapada rasa keciwa.

  28. INTELEKTUALISASI • Intelektualisasi adalah berkaitan dengan rasionalisasi. Ia melibatkan penaakulan di mana perkataan-perkataan logik digunakan untuk mengambil tempat perasaan untuk mengelak dari rasa kebimbangan. Contohnya, seorang kaunselor tidak boleh beremosi terlalu sangat apabila mendengar perkataaan klien. Ia perlu menggunakan perkataan bukan perasaan untuk meneruskan bantuan kepada klien.

  29. SEKIAN SAHAJA TERIMA KASIH

More Related