450 likes | 1.79k Views
Teknologi Bahan KH 2263 Batu-Bata oleh Prof. Dr Kamarudin Mohd Yusof. Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, UKM. Batu Bata. Kegunaan batu bata dikategorikan kepada : dinding penanggung beban (load bearing wall) dinding bukan penanggung beban dinding pemisah dinding penutup.
E N D
Teknologi BahanKH 2263Batu-BataolehProf. Dr Kamarudin Mohd Yusof Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, UKM
Batu Bata • Kegunaan batu bata dikategorikan kepada: • dinding penanggung beban (load bearing wall) • dinding bukan penanggung beban • dinding pemisah • dinding penutup. • Pemilihan jenis bata bergantung pada kegunaannya. • Satu unit bata berbentuk 4 segi bujur dengan saiz panjang 2 kali ganda saiz lebar. Tebalnya dua pertiga lebar. • Bata boleh dibuat daripada tanah lempung, pasir & kapur, mortar simen. 2
Batu Bata • Pengilangan - 4 peringkat • penyediaan bahan • pembuatan • pengeringan • pembakaran • Penyediaan: bahan (tanah lempung) dicuci dan dikisar halus Contoh Mesin pengisar tanah lempung Contoh mesin penghancur 3
Batu Bata • Pembuatan : tanah lempung digaulkan dengan 15% air dan dipaksa keluar melalui suatu bukaan bersaiz keratan batu bata. Kemudian dipotong-potong mengikut saiz panjang batu bata dengan menggunakan dawai. • Ada juga menggunakan acuan keluli bersaiz batu bata yang ditekan dengan penekan hidraulik (kaedah ini tanah liat digaul dengan 10% air) atau tanpa penekan hidraulik (digaulkan dengan 30% air) 4
Batu Bata • Setelah pembentukan unit bata, dilakukan lekukan pada permukaan bata. • Pengeringan: Unit bata basah dikeringkan dalam ruang atau bilik pengeringan dengan suhu terkawal. Unit bata ini perlu cukup kering. Contoh bata disusun untuk dimasukkan ke dalam relau 5
Batu Bata • Pembakaran : Unit bata yang cukup kering, disusun dalam relau dan dibakar pada suhu permulaan 600oC bagi pengeringan seterusnya membakar sisa-sisa karbon dan sulfur. Kemudian suhu dinaikkan ke 900oC supaya berlaku proses vitrifikasi. • Proses vitrifikasi biasanya berlaku di sekitar 800oC. • Setelah melalui proses ini bata menjadi sangat keras. Beehive Kiln Tunnel Kiln 6
Batu Bata Proses Pengilangan Batu Bata 7
Batu Bata • Jenis Batu Bata • bata tanah liat / lempung - terbahagi kepada 3 kategori utama: bata biasa, bata muka (bata arkitek), bata kejuruteraan. • Bata biasa - permukaannya tidak menentu warna dan digunakan untuk dinding yang akan diturap dengan simen. • Bata muka - mempunyai kemasan permukaan yang baik, licin dan mempunyai warna atau corak yang sama. Dan mempunyai corak-corak dan warna tertentu. Penggunaannya sebagai dinding tidak diturap dengan simen. 8
Batu Bata • Bata kejuruteraan - dibuat mementingkan kecirian kejuruteraannya. Kekuatan mampatan yang tinggi dan lebih tahan lasak. Biasanya bata ini digunakan dalam membina tembok penahan, dinding menanggung beban, pembentungan. Dua jenis rekabentuk corak bata muka 9
Batu Bata • Jenis corak bata muka 10
Batu Bata • Jenis Batu Bata • Bata Pasir-Kapur : diperbuat daripada campuran kapur dengan pasir dengan nisbah 1:8 dan air yang ditekankan ke dalam acuan sehingga padat. • Bata dalam acuan ini dimasukkan dalam ruang tekanan tinggi dan laluan wap atau ‘autoklaf’ selama 8 jam. • Hasilnya bata yang berkekuatan tinggi dan keras. • Antara kegunaannya ialah untuk bahagian dinding yang terendam dalam air dan memerlukan kekuatan tinggi. • Bata Mortar : diperbuat dengan campuran simen, pasir dan air. Campuran dimasukkan dalam acuan kayu atau logam. Di awet dan dibiarkan mengeras. Permukaan bata ini kasar. 11
Batu Bata • Ujian Batu Bata • tujuan untuk menentukan kualiti bata. • Ujian-ujiannya: Ujian Mampatan, Ujian Penyerapan air Ujian penentuan garam-garam terlarut, Ujian pemeroian. • Ujian Pemampatan: menggunakan mesin pemampat konkrit tetapi diapitkan dengan dua keping papan plywood. • Ujian Penyerapan air: dilakukan ujian vakum atau pendidihan dalam air selama 5 jam.Peratus serapan air terhadap berat kering batu bata dikira - biasanya 3 -30% • Ujian Garam terlarut: dilakukan analisis kimia. 12
Batu Bata • Ujian Bata bata • Ujian Pemeroian: menganalisis garam terhablur di permukaan sampel. Iaitu dengan membungkus sampel kecuali satu permukaan terdedah. Telungkupkan kelalang berisi air suling ke permukaan selama 24 jam, kemudian alih kelalang dan biarkan permukaan kering sendiri dalam makmal selama beberapa hari. Kemudian periksa permukaan dan kira peratusan garam terperoi di permukaan. • Tiada - tiada kelihatan garam • Sedikit - sehingga 10% luas permukaan bata ditutupi garam. • Sederhana - 10% -50% luas permukaan ditutupi oleh garam. • Tinggi - lebih 50% luas permukaan ditutupi oleh garam. 13
Batu Bata • Piawaian Malaysia untuk kekuatan bata 14
Kerja Bata • Bentuk bata dalam kerja bata • Tujuan bagi menghasilkan pelbagai rekabentuk susunan atau bagi memenuhi tujuan tertentu dalam kerja bata 15
Kerja Bata • Bentuk bata dalam kerja bata Bata sudut 16
Kerja Bata • Bentuk bata dalam kerja bata 17
Kerja Bata • Susunan bata dalam kerja bata 18
Kerja Bata • Susunan bata dalam kerja bata 19
Kerja Bata • Susunan bata dalam kerja bata 20
Kerja Bata • Susunan bata dalam kerja bata 21
Kerja Bata • Susunan bata dalam kerja bata • Antara kaedah susunan terkenal: • Susunan Sisi Bata • Susunan Kepala Bata • Susunan Amerika • Susunan Inggeris • Susunan Flemish Susunan Amerika 22
Kerja Bata • kelengkapan utama dalam kerja bata 23
Kerja Bata • Kerja ikat bata (brick laying) • bahan yang digunakan ialah mortar (campuran simen atau kapur dengan pasir, atau kedua-duanya dengan pasir. • Bahan pengikat: pasir = 1:3 • Tebal mortar 6.5mm - 9mm 24
Mortar lebihan dikeruk & di buang sedalam 15mm Mortar dikemaskan Kerja Bata • Kerja Kemas ikat bata : kerja ikat bata perlu diikuti dengan kerja kemas ikat bata. Tujuannya untuk mendapatkan rupa kemasan ikat yang cantik atau asas permukaan untuk lapisan turapan mortar. • Boleh dilakukan sedikit demi sedikit mengikut bahagian yang telah siap atau melakukannya setelah siap sepenuhnya. 25
Kerja Bata • Kerja Memplaster /Kerja melepek (plastering) • dilakukan setelah kerja kemas ikat bata bertujuan memberi rupa permukaan yang licin/ berwarna seragam. Sebelum dilakukan permukaan dinding perlu digoreskan supaya menjadi kasar bagi tujuan ikatan plaster kepada permukaan. • Bahan-bahan yang digunakan ialah: plaster kapur, plaster simen Portland, plaster gipsum. • Kerja plaster ini dilakukan dalam dua lapisan iaitu lapisan asas dan lapisan pengemas. • Lapisan asas: simen:kapur:pasir = 1:2:8-9 atau 1:1: 5-6 (plaster kapur dikentalkan dengan simen) atau simen:pasir = 1:3 atau gipsum:pasir = 1:1-3 atau gipsum:kapur:pasir = 1:3:7-9 • Lapisan pengemas: kapur:gipsum = 1: 0.25 - 0.5 26
Foto kegunaan Bata Bata untuk laluan pejalan kaki Kerja bata bercorak 27
Sekian 29