1 / 33

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Perniagaan , Kolej Matrikulasi Kedah

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Perniagaan , Kolej Matrikulasi Kedah. BAB 2: PENGENALAN PENGURUSAN. OBJEKTIF P&P. SUPAYA PELAJAR DAPAT…. Memahami definisi organisasi dan pengurusan. Memahami fungsi dan proses pengurusan. Memahami peringkat pengurusan. Memahami peranan pengurusan.

gunnar
Download Presentation

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Perniagaan , Kolej Matrikulasi Kedah

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Disediakanoleh:Unit PengurusanPerniagaan,KolejMatrikulasi Kedah BAB 2: PENGENALAN PENGURUSAN

  2. OBJEKTIF P&P SUPAYA PELAJAR DAPAT….. • Memahami definisi organisasi dan pengurusan. • Memahami fungsi dan proses pengurusan. • Memahami peringkat pengurusan. • Memahami peranan pengurusan. • Mengaplikasi kemahiran pengurusan.

  3. 2.1 (a) DEFINISI ORGANISASI • Gabungan dua atau lebih orang yang bekerja secara sistematik dan berstruktur untuk mencapai matlamat organisasi.

  4. 2.1 (a) DEFINISI PENGURUSAN Pengurusan ialah pencapaian matlamat organisasi secara efektif dan efisien melalui proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber organisasi. (Richard L. Daft, 2006 m.s 8)

  5. 2.1.(b) FUNGSI PENGURUSAN

  6. MERANCANG Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang ingin dicapai dan menentukan tindakan yang paling sesuai untuk diambil di semua peringkat organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.

  7. MENGORGANISASI Proses di mana pengurus menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar dapat mencapai matlamat organisasi.

  8. MEMIMPIN/MENGARAH Proses di mana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan efektif dan efisien untuk mencapai matlamat organisasi.

  9. MENGAWAL Proses di mana pengurus memantau prestasi semasa dan mengambil tindakan pembaikan untuk memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang dijangkakan.

  10. 2.2 PERINGKAT PENGURUSAN

  11. 2.2.1 PENGURUSAN ATASAN • Bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu organisasi secara menyeluruh. • Tumpuan kepada perancangan jangka panjang. • Menetap dan menggariskan visi, misi, dasar, polisi dan matlamat organisasi serta membimbing organisasi agar interaksinya dengan persekitaran adalah baik. • Lazimnya dipanggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), President, Vice President.

  12. 2.2.2 PENGURUSAN PERTENGAHAN • Pengurusan pertengahan adalah bertanggungjawab kepada melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh pengurusan atasan. • Peringkat pengurusan ini merangka keputusan jangka sederhana berpandukan objektif pengurusan atasan. • Menyelia serta menyelaras aktiviti pengurus bawahan dan kadangkala bertanggungjawab ke atas pekerja organisasi. • Membuat laporan kepada pengurus atasan. • Cth; Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia, Pengurus Jabatan.

  13. 2.2.3 PENGURUSAN BAWAHAN • Bertanggungjawab ke atas pekerja organisasi yang bukan terdiri daripada pihak pengurusan. • Tumpuan kepada perancangan jangka pendek. • Memberi penekanan terhadap tugas penyeliaan kerja operasi, perlaksanaan tugas harian pekerja agar matlamat organisasi tercapai. • Cth; Penyelia Tapak, Ketua Kerani, Penyelia Jualan.

  14. 2.3 PERANAN PENGURUSAN • PERANAN ialah satu set gelagat yang berkaitan dan bersesuaian dengan jawatan yang disandang. • Berdasarkan Henry Mintzberg terdapat 10 peranan pengurus yang boleh dikelaskan kepada 3 bahagian:

  15. 2.3.1 PENGURUS SEBAGAI PENJALIN HUBUNGAN PERORANGAN

  16. 2.3.1. a) Perananpengurussebagaitunggak (figurehead) • Menjalankan beberapa tugas yang berbentuk simbolik atau upacara. • Cth: Menghadiri majlis, menyampaikan sijil dan anugerah dan menandatangani dokumen rasmi.

  17. 2.3.1. b). Perananpengurussebagaipemimpin (leader) • Mengarah, mengkoordinasi dan memotivasikan pekerja melaksanakan kerja. • Memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan mematuhi apa yang telah dirancang.

  18. 2.3.1. c)Perananpengurussebagaipegawaiperhubungan (liaison) • Mengekalkan hubungan jaringan (networking) sama ada di dalam atau di luar organisasi. • Cth: Pengurus berinteraksi dengan pekerja, pelanggan, pembekal dsb.

  19. 2.3.2 PENGURUS SEBAGAI PEMBUAT KEPUTUSAN

  20. 2.3.2. a)Perananpengurussebagaiusahawan(entrepreneur) • Berperanan sebagai pemula (initiator), pereka dan penggalak kepada perubahan dan inovasi. • Cth, CEO sentiasa memperolehi idea-idea baru dan kreatif untuk mempertingkatkan prestasi syarikat.

  21. 2.3.2. b) Perananpengurussebagaimenanganigangguan(disturbance handler) • Membuat keputusan atau bertindak serta merta terhadap masalah-masalah supaya persekitaran organisasi yang berkonflik itu kembali kepada kekuatan yang stabil dan harmoni . • Cth: Tindakan menyelesaikan masalah-masalah seperti mogok, rungutan pekerja, ketidakpuasan hati dsb.

  22. 2.3.2. c) Peranansebagaipengagihsumber(resource allocator) • Menetapkan bagaimana sumber organisasi yang terhad diagih dan digunakan oleh semua ahli organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. • Cth: Pengurus mengagihkan sumber-sumber dana, masa, peralatan dan sumber manusia.

  23. 2.3.2 d)Perananpengurussebagaiperunding(negotiator) • Mewakili organisasi dalam perundingan yang melibatkan bidang kuasa. • Cth: CEO berunding dengan wakil kesatuan pekerja; Pengurus jualan berunding dengan Jabatan Pengeluaran untuk mendapatkan tawaran istimewa bagi pelanggan utamanya.

  24. 2.3.3 PENGURUS SEBAGAI PEMBERI MAKLUMAT (INFORMATIONAL ROLE)

  25. 2.3.3.a) Perananpengurussebagaipemantau(monitor) • Sentiasa memberi perhatian kepada persekitaran dalaman dan luaran untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. • Cth: Pengurus sentiasa memantau keadaan sekeliling seperti perubahan dasar kerajaan, peluang pelaburan baru dan masalah isu yang mempengaruhi organisasinya.

  26. 2.3.3 b) Perananpengurussebagaipenyebarmaklumat(disseminator) • Menyebar maklumat penting yang diperolehi sama ada dari dalam atau luar organisasi kepada ahli organisasi. • Cth: Pengurus mendapat tahu tentang pelanggan yang muflis, memaklumkan kepada pengurus jualan menghentikan bekalan.

  27. 2.3.3 c) Perananpengurussebagaijurucakap(spokesperson) • Mewakili unit/jabatan untuk memberi maklumat yang jelas kepada pihak pengurusan atasan dalam organisasi atau berkomunikasi dengan individu/kesatuan pekerja di luar organisasi. • Cth: Pengurus menyampaikan maklumat kepada ahli organisasi dan orang luar melalui ucapan, laporan dan memo.

  28. 2.3.4 KEMAHIRAN PENGURUSAN

  29. 2.3.4 KEMAHIRAN KONSEPTUAL • Kemampuan untuk melihat organisasi secara keseluruhan dan mengintegrasikan hubungan antara bahagian-bahagian dalam organisasi. • Melibatkan proses perancangan dan pengurusan strategik untuk mencapai matlamat organisasi. • Melibatkan pembuatan keputusan yang kompleks yang melibatkan kesan jangka panjang.

  30. 2.3.4 KEMAHIRAN KEMANUSIAAN • Memimpin, memotivasi, mengurus konflik dan mempengaruhi orang dengan memahami perasaan, tingkah laku dan sikap orang lain. • Kebolehan berkomunikasi dengan pelbagai golongan manusia atau masyarakat seperti bertemu dengan pelbagai jenis pelanggan, bermesyuarat dengan pegawai atasan, berbincang dan berhubung dengan pekerja. • Cth: Pengurus sumber manusia perlu berusaha menangani masalah prestasi pekerja, membekalkan maklumbalas kepada pekerja, memotivasi pekerja dan mengawal aktiviti-aktiviti yang membabitkan pengurusan prestasi pekerja.

  31. 2.3.4 KEMAHIRAN TEKNIKAL • Kebolehan untuk mengaplikasikan kaedah, prosedur dan teknik dalam bidang tertentu. • Mempunyai kaitan yang rapat dengan aktiviti harian organisasi. • Penguasaan kemahiran teknikal membantu pengurusan atasan untuk merangka polisi, dasar dan objektif organisasi. • Dapat membantu pengurus peringkat bawahan untuk memberi nasihat, penjelasan dan tunjuk ajar tentang aspek teknikal secara terperinci kepada pekerja.

  32. 2.6 PERKAITAN ANTARA JENIS KEMAHIRAN DGN TAHAP PENGURUSAN Tingkat Pengurusan Kemahiran Konseptual Kemahiran Teknikal Pengurus Atasan Kemahiran Kemanusiaan Pengurus Pertengahan Pengurus Bawahan

  33. tamat

More Related