1 / 33

BAB 7

BAB 7. MALAYSIA YANG BERDAULAT. Objektif Pembelajaran. Pada akhir bab, murid akan dapat : Menjelaskan konsep gagasan Persekutuan Malaysia Menyenaraikan idea pembentukan Persekutuan Malaysia Menyatakan sebab pembentukan Persekutuan Malaysia

Thomas
Download Presentation

BAB 7

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 7 MALAYSIA YANG BERDAULAT Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  2. Objektif Pembelajaran • Pada akhir bab, murid akan dapat: • Menjelaskan konsep gagasan Persekutuan Malaysia • Menyenaraikan idea pembentukan Persekutuan Malaysia • Menyatakan sebab pembentukan Persekutuan Malaysia • Menerangkan langkah ke arah pembentukan Persekutuan Malaysia • Menceritakan reaksi terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia • Menghuraikan kegigihan kerajaan dan rakyat menghadapi konfrontasi • Menjelaskan sikap toleransi semasa penggubalan Perlembagaan Malaysia • Membincangkan kewajaran pemisahan Singapura daripada Malaysia Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  3. 7.1 Gagasan Persekutuan Malaysia Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  4. Idea pembentukan Persekutuan Malaysia • Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, misi Tunku Abdul Rahman ialah membebaskan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei daripada penjajahan British • Oleh itu, Tunku mencadangkan Gagasan Persekutuan Malaysia yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dengan negeri-negeri berkenaan • Hasrat Tunku tercapai apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963 • Kejayaan pembentukan Persekutuan Malaysia melalui kaedah diplomasi mengagumkan pemimpin-pemimpin lain di dunia Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  5. Cadangan Tunku Abdul Rahman • Idea gagasan Persekutuan Malaysia dicadangkan pada 27 Mei 1961 semasa majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura. • Ucapan TAR dianggap sebagai idea penubuhan Persekutuan Malaysia. Idea ini mendapat sambutan positif daripada pemimpin-pemimpin wilayah yang terlibat • Oleh itu, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan pada bulan Julai 1961. • JPPM berperanan mengadakan rundingan dengan pemimpin wilayah-wilayah terlibat sebagai langkah awal merealisasikan gagasan Persekutuan Malaysia • TAR membawa usul gagasan Persekutuan Malaysia di Dewan Rakyat Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  6. 7.2 Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  7. Negeri-negeri terlibat • Persekutuan Tanah Melayu • Singapura • Sabah • Sarawak • Brunei Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  8. Negara-negara jiran • Indonesia • Filipina Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  9. Negara-negara Barat • Britain dan Amerika Syarikat sokong gagasan Persekutuan Malaysia kerana dapat percepatkan proses kemerdekaan Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei • dan, menyekat pengaruh komunis di wilayah-wilayah tersebut Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  10. Persekutuan Tanah Melayu • Sambutan menggalakkan dari parti-parti politik • Umumnya, penduduk Tanah Melayu terima prinsip gagasan Persekutuan Malaysia • Contohnya,Parti Islam se-Malaya (PAS) sokong idea itu tetapi turut cadangkan pembentukan Melayu Raya yang merangkumi Indonesia Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  11. Singapura • Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew alu-alukan gagasan Persekutuan Malaysia • Harapan Lee Kuan Yew, gagasan ini dapat selamatkan PETIR dari dikuasai parti-parti berhaluan kiri • Barisan Sosialis dan Parti Rakyat Singapura pula beranggapan gagasan Persekutuan Malaysia sebagai satu rancangan Britain untuk kekalkan pengaruh. • Kerajaan Singapura adakan referendum untuk tinjau pendapat penduduk tentang gagasan Persekutuan Malaysia • Hasil referendum: SETUJU bergabung dalam gagasan Persekutuan Malaysia Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  12. Sabah • Beberapa parti politik baru ditubuhkan bagi menyalurkan pendirian tentang gagasan • Kesemua parti bergabung membentuk Perikatan Sabah pimpinan (Donald Stephens &Tun Datu Mustapha bin Datu Harun) • Kemenangan Perikatan Sabah dalam pilihan raya Majlis Daerah yang pertama pada 1962 membuktikan kesepakatan rakyat Sabah untuk sertai Persekutuan Malaysia Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  13. Sarawak • Semua parti politik sokong untuk sertai Persekutuan Malaysia kecuali (SUPP) • Parti-parti tersebut bergabung membentuk Perikatan Sarawak untuk hadapi Pilihan Raya Majlis Daerah pertama pada tahun 1963. • Perikatan Sarawak MENANG. Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  14. Brunei • Idea gagasan disokong oleh Sultan Omar Ali Saifuddin • Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan A.M.Azahari menentang kerana menyatakan Brunei akan jadi tanah jajahan jika sertai Persekutuan Malaysia • A.M.Azahari cadangkan penubuhan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Brunei, Sarawak dan Sabah • PRB lancar pemberontakan bila usul menentang gagasan Persekutuan Malaysia yang mereka kemukakan di Majlis Undangan Negeri Brunei ditolak • Rundingan berterusan sehingga saat-saat akhir pembentukan Persekutuan Malaysia • Perkara yang berkaitan hasil minyak dan kekananan sultan Brunei dalam pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong juga tidak mendapat kata sepakat • Julai 1963, Brunei tarik diri dari sertai Persekutuan Malaysia Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  15. Indonesia • Pada peringkat awal sokong • Pendirian berubah kerana terpengaruh dengan dakyah Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menuduh gagasan sebagai neokolonialisme • PKI tergugat dengan gagasan Persekutuan Malaysia yang akan sekat pengaruhnya • Persekutuan Malaysia juga bertentangan dengan hasrat Presiden Soekarno untuk satukan Indonesia dan Tanah Melayu bagi membentuk Indonesia Raya Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  16. Filipina • MENENTANG kerana mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Sulu • British menolak tuntutan ini kerana tidak berasas • Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengesahkan rakyat Sabah SETUJU sertai Persekutuan Malaysia Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  17. 7.3 Perjanjian dan Perisytiharan Persekutuan Malaysia Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  18. Langkah ke arah pembentukanPersekutuan Malaysia • 27 Mei 1961:Cadangan gagasan Persekutuan Malaysia oleh TAR • Julai 1961: Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan • Feb – Apr 1962: Suruhanjaya Cobbold • Ogos 1962: Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK) • Sept 1962: Referendum Singapura • Ogos 1963: Suruhanjaya PBB Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  19. Pengisytiharan Persekutuan Malaysia • Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan hasil memorandum drpd rakyat Sarawak dan Sabah • Rakyat Sabah kemukakan Tuntutan 20 Perkara • Hampir semua tuntutan itu diberikan pertimbangan sewajarnya • Ini menunjukkan semangat toleransi yang tinggi & keikhlasan kerajaan Tanah Melayu dlm merealisasikan gagasan Persekutuan Malaysia • 9 Julai 1963, Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough House, London • Isi perjanjian dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia • Perjanjian ini bermakna gagasan Persekutuan Malaysia telah menjadi kenyataan. Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  20. (sambungan) • 16 Sept 1963, TAR sebagai Perdana Menteri Malaysia membacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur • Selesai bacaan deklarasi, 101 das tembakan meriam serta teriakan MERDEKA sebanyak tujuh kali dilaungkan penuh semangat • Maka, lahirlah sebuah negara MALAYSIA yang berdaulat. • Pada masa yang sama Sarawak, Sabah dan Singapura sama-sama capai kemerdekaan. • MALAYSIA akan terus melangkah ke hadapan mendukung slogan "Bersekutu Bertambah Mutu" spt. Yang tertera pada jata negara. Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  21. Konfrontasi dan perdamaian • Indonesia dan Filipina enggan iktiraf Malaysia malah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia • Indonesia yang lebih agresif berbanding Filipina,telah melancarkan konfrontasi. • Tentera Indonesia menceroboh beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah • Konfrontasi semakin tegang tetapi pemimpin kedua-dua negara tetap usahakan perdamaian. • Konfrontasi semakin kendur selepas peristiwa Gestapo 30 September. • Perjanjian Pemulihan Hubungan antara Malaysia dengan Indonesia dimeterai pada Ogos 1966 menamatkan konfrontasi. Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  22. Langkah-langkah perdamaian: • Rundingan • Bantahan rasmi Malaysia kepada PBB • Kerajaan Malaysia susun semula Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau dikenali sebagai Askar Wataniah • Dapatkan sokongan negara-negara Komanwel untuk dapatkan bantuan ketenteraan • Rakyat Malaysia bersatu hadapi konfrontasi Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  23. Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo (Mei 1963) • Rundingan antara Tunku Abdul rahman dengan Presiden Sukarno hasilkan persetujuan untuk bawa isu konfrontasi ke sidang kemuncak di Manila Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  24. Sidang Kemuncak di Manila (30 Julai – 5 Ogos 1963) • MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia) ditubuhkan untuk tingkatkan hubungan persahabatan negara anggota • Sidang menuntut wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tinjau semula pendapat rakyat Sarawak dan Sabah untuk sertai Persekutuan Malaysia Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  25. Persidangan di Bangkok (Februari 1964) • Malaysia diwakili Tun Abdul Razak • Indonesia diwakili Dr. Subandrio • Kata sepakat berkenaan gencatan senjata gagal dicapai Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  26. Persidangan di Tokyo(Jun 1964) • Persidangan ini gagal • Indonesia enggan undurkan tentera • Indonesia tuduh Malaysia membelakangkan keputusan Sidang Kemuncak Manila Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  27. Pemisahan Singapura • Penyertaan Singapura dalam Persekutuan Malaysia timbulkan banyak masalah • Singapura bangkitkan isu sensitif dan meretakkan hubungan baik dengan kerajaan pusat • Singapura dianggap duri dalam daging kepada Malaysia • Atas pertimbangan ini, Malaysia menyingkirkan Singapura • PETIR dan pemimpinnya mempertikaikan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia • Lee Kuan Yew juga berhasrat ambil alih peranan parti MCA • Pengisytiharan Pemisahan Singapura dari Malaysia dibuat di parlimen pada 9 Ogos 1965 Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  28. Faktor pemisahan Singapura dari Malaysia: • Masalah ekonomi • Konsep Malaysian Malaysia • Pertikaian Parti Perikatan – PETIR • Rusuhan kaum Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  29. Masalah ekonomi: • Singapura menuntut agar statusnya sebagai pusat perindustrian, perdagangan dan pelabuhan bebas tidak disaingi oleh kerajaan pusat • Singapura menuntut keistimewaan cukai daripada kerajaan pusat Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  30. Konsep Malaysian Malaysia: • Singapura menuntut hak sama rata untuk semua rakyat tanpa mengira kaum • Singapura menafikan institusi raja dan menentang hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  31. Pertikaian Parti Perikatan - PETIR: • PETIR menuduh MCA tidak mewakili kepentingan kaum Cina • PETIR bertanding menentang parti Perikatan dalam pilihan raya pada tahun 1964 di Semenanjung Malaysia Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  32. Rusuhan kaum: • Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PETIR membangkitkan sentimen perkauman 2. Rusuhan kaum yang berlaku di Singapura menggugat keselamatan negara Hak Cipta SBPZon Timur 2007

  33. SEKIAN… Hak Cipta SBPZon Timur 2007

More Related