1 / 22

biodata menteri besar / ketua menteri

biodata menteri besar / ketua menteri. di sediakan oleh... amier. http://amier5599.wordpress.com. Datuk Seri Adnan Yaakob. Dilahirkan pada 18 April 1950 di Bentong, Pahang dan mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan Datin Junaini Kassim.

tavi
Download Presentation

biodata menteri besar / ketua menteri

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. biodata menteri besar / ketua menteri di sediakan oleh... amier http://amier5599.wordpress.com

  2. Datuk Seri Adnan Yaakob • Dilahirkan pada 18 April 1950 di Bentong, Pahang dan mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan Datin Junaini Kassim. • Adnan mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Sulaiman Bentong pada 1967, dan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia pada 1975,Diploma Pendidikan (1977) dan kursus LL.B di Universiti Islam Antarabangsa pada (1984-1985).

  3. Samb… • Beliau memulakan pekerjaan sebagai guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Agama Pelangai, Bentong pada 1969-1972, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (GUTU) di Sekolah Menengah Sulaiman, Bentong (1977-1984) Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri Pahang (1990-1995) dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang (1995 hingga sekarang). • Dalam parti, Adnan menjadi Ketua Pemuda Cawangan pada 1976-1980, jawatankuasa Pemuda Umno bahagian Bentong (1976 - 1980) Naib Ketua Pemuda Umno Bentong (1980-1982), Ketua Pemuda Bahagian Bentong (1982-1987) dan Ketua Umno bahagian Bentong (1987 hingga sekarang). • Beliau mula bertanding dalam pilihan raya pada 1986 di DUN Pelangai dan dianugerahkan pingat Darjah Sultan Ahmad Shah (DSAP) oleh Sultan Pahang pada 1992 yang membawa gelaran Datuk.

  4. Dato' Abdul Ghani Othman • Tarikh Lahir : 14 November 1946     • Tempat Lahir : Sungai Mati, Muar    •   Taraf Perkahwinan : Berkahwin    •  Nama Isteri : Datin Paduka Profesor Dr. Jamilah Ariffin  Bilangan Anak :2 orang     Pendidikan: 1. Sekolah Tinggi Muar (High School Muar)     2. Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi), Universiti Australia     3. Sarjana (Ekonomi Politik), Universiti Queensland     Alamat Pejabat :Pejabat Menteri Besar  Aras 1, Bangunan Siultan Ibrahim  Jalan Bukit Timbalan  80000 Johor Bahru   Johor Darul Takzim

  5. TAN Sri Abdul Khalid Ibrahim • Abdul Khalid lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor. Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. • Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

  6. Samb… • KerjayaKhalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989. Beliau juga ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC). Khalid adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).

  7. Samb… • Anugerah Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001. Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford . Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan. Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor. Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.

  8. Lim Guan Eng • Date of Birth:8th December 1960 •  Marital Status:Married to Betty Chew Gek Cheng   • Education: 1.Early primary education in PJ La 2.Salle Primary English School, Batu 3.Pahat Montfort Primary English School. 4.Secondary education in Batu Pahat 5.High School and Melaka High School.6.Tertiary education in Monash 7.University, Australia. Graduated with a Bachelor of Economics and a qualified professional accountant in 1983.  • Career Prior To Politics:Bank senior executive

  9. Samb… • Political Career:     1. First elected as a Member of Parliament for Kota Melaka in 1986 defeating ex-Malaysian football captain Soh Chin Aun with a majority of 17,606 votes. 2. Re-elected in the 1990 general elections with a majority of 14,586 and re-elected for a consecutive third term in the 1995 general elections with a majority of 4,981 votes. First person  to be elected for three consecutive terms in Kota Melaka as well as the first Melaka High School old boy to represent his school in his own constituency. 3. Detained without trial under the Internal Security Act (ISA) on 27.10.1987 and released 18 months later on 19.04.1989. First to be detained under Operation Lalang and last to be released. 4.Appointed as the DAP Socialist Youth Chairman in 1989 and was elected to the post in 1992. Also elected as DAP Deputy Secretary-General in 1995. 5.Charged under the Sedition Act and Printing Presses & Publications Act in connection with the moral scandal of former UMNO Youth President and Melaka Chief Minister Tan Sri Rahim Tamby Chik. Convicted and sentenced to two concurrent 18-month jail terms from 25 August 1998. 6.Elected as DAP Secretary-General in 2004.  

  10. Ir Mohammad Nizar Jamaluddin • Ir Mohamad Nizar memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School(ACS) Kampar sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan menyambung pengajian peringkat A-Level dan ijazah di England. • Beliau dan isteri Fatimah Taat, mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan. Anak sulung dan kedua beliau merupakan penuntut lulusan BA Syariah Universiti Mu’tah di Jordan manakala dua lagi anaknya merupakan Hafiz Quran yang menuntut di Lubnan dan Syria.

  11. Samb… • KerjayaIr Mohamad Nizar Jamaludin merupakan seorang jurutera Perunding (Mekanikal - Pengangkutan Vertikal, Elevator & Eskalator). Beliau merupakan lulusan Bachelor Sains (BSc. Mechanial Engineering). • PolitikBeliau merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, menyertai parti tersebut pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Datuk Seri Rafidah Aziz. Sepanjang berkecimpung dalam politik bersama PAS, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar.

  12. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat • Dilahirkan pada tahun 1931 di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Beliau memiliki seorang isteri bernama Datin Tuan Sabariah. • Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau akui bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

  13. Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya. Pendidikan Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Syariah di Universiti al-Azhar di Mesir. Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel. Beliau juga pernah menuntut di: Pondok Tuan Guru Haji Abas, Besut Universiti Deoband, India Universiti Lahore, Pakistan

  14. Politik Beliau adalah Mursyidul Am bagi PAS. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan DUN N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694. Pada Pilihan Raya Umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

  15. YAB USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABD. RAZAK Ustaz Haji Azizan Abdul Razak merupakan Menteri Besar Kedah Ke-10 selepas Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PASKedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah. Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS dan Parti KeADILan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.

  16. Samb… Pendidikan Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari Universiti Kent, United Kingdom Kerjaya Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan anggota jawatankuasa PAS Pusat. Beliau juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

  17. Datuk Seri Mohamad Hasan Dato' Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan (Lahir 2 Mei1956), merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan. Bersekolah di Rantau dan Sekolah Menengah Tengku Durah, Seremban, melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada tahun 1977. Memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, beliau kemudiannya berpindah tugas ke beberapa buah bank tempatan termasuk Pengurus Bank Bumiputera London. Jawatan terakhirnya di sektor swasta ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage (1994-2004) Memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Dato' Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Ketua UMNO Bahagian Rembau, beliau juga adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

  18. Datuk Dr Md Isa Sabu Datuk Dr. Md Isa Sabu (lahir di Kampung Kechor, Kangar, Perlis, umur 61 tahun) merupakan Menteri BesarPerlis sejak Mac 2008 setelah diperkenan oleh Raja Perlis. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau memenangi kerusi Dewan Undangan NegeriBintong, Perlis. Keluarga Isteri beliau Datin Asiah Asmuni dan mereka mempunyai 6 orang anak. Ibu beliau Mahasa Jusoh, 89, tinggal di Kampung Kechor. Beliau sekeluarga tinggal di Taman Guru Jaya, Kangar, Perlis. Kerjaya Dr. Md Isa merupakan bekas guru di Sekolah Menengah Tengku Sulaiman Tunjung. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Geografi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Total Quality Management dari Universiti New Port, USA

  19. Samb… Politik Dr. Md Isa pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan kepada Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 1984. Mat Isa memainkan peranan besar dan pernah berjuang bersama bekas Menteri Besar Perlis, Tan Sri Sheikh Ahmad sekitar tahun 50-an dan 60-an. Beliau merupakan veteran UMNO Perlis dan mula menjadi wakil rakyat sejak 1986 lagi. Pada 1995, beliau bertanding kerusi Parlimen Kangar dan menjadi Ahli Parlimen Kangar sepenggal sahaja. Pada 1990 kembali bertanding kerusi DUN Bintong dan dilantik sebagai Exco Pertanian sehingga 1995. Pada 1995, beliau bertanding kerusi Parlimen Kangar dan menjadi Ahli Parlimen Kangar untuk sepenggal sahaja. Pada 1999, Dr Md Isa mengalahkan calon PASMohd Anuar Mohd Tahir dengan majoriti 2,110 undi. Dr Md Isa mendapat 4,882 undi manakala Mohd Anuar 2,772 undi. Beliau dilantik lagi sebagai Exco Pelancongan dan Alam Sekitar. Tetapi pada 2004 beliau tidak dicalonkan bertanding.

  20. Perlantikan Menteri Besar Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis, Moh Adib Zakaria menyerahkan kenyataan media kepada wartawan di Istana Siraj pada hari Jumaat, 14 Mac 2008 menyatakan Dr Md Isa Sabu dilantik Menteri Besar Perlis menurut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Dia kemudiannya mengangkat sumpah pada 17 Mac 2008.

  21. Datuk Seri Mohd. Ali bin Mohd. Rustam

More Related