1 / 37

NILAI DAN ETIKA PENJAWAT AWAM

PERSOALAN. Apakah sistem sebuah kerajaan yang moden berasaskan kemajuan sains dan teknologi terkini menjamin kewujudan sebuah pentadbiran kerajaan yang cekap dan efektif?. DEFINISI NILAI DAN ETIKA. NILAIKepercayaan yang boleh mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak mengikut nilai-nilai

taliesin
Download Presentation

NILAI DAN ETIKA PENJAWAT AWAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


    1. NILAI DAN ETIKA PENJAWAT AWAM Disampaikan oleh: ABD JALIL BIN ABD GANI MAKTAB PERGURUAN RAJA MELEWAR SEREMBAN

    2. PERSOALAN Apakah sistem sebuah kerajaan yang moden berasaskan kemajuan sains dan teknologi terkini menjamin kewujudan sebuah pentadbiran kerajaan yang cekap dan efektif?

    3. DEFINISI NILAI DAN ETIKA NILAI Kepercayaan yang boleh mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak mengikut nilai-nilai utama sesebuah masyarakat iaitu ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan kecekapan.

    4. Etika Bermaksud tanggungjawab dan akibat dari tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Seseorang penjawat awam sepatutnya memahami tanggungjawab terhadap peranan dan tingkahlakunya sebagai kakitangan kerajaan.

    5. LAIN-LAIN DEFINISI ETIKA Prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh organisasi yang bertujuan mengawal tingkahlaku ahli organisasi tersebut. Ilmu yang berkaitan dasar-dasar akhlak atau sains moral. Sistem dasar-dasar akhlak, hukuman-hukuman, tingkahlaku atau kelakuan yang membabitkan ahli organisasi. Disiplin dan peraturan yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk bagi sesebuah organisasi.

    6. CIRI PENJAWAT AWAM BERKUALITI Memiliki 2 Aspek Keunggulan Keunggulan peribadi Sikap, pemikiran, tingkahlaku berasaskan nilai-nilai amanah, jujur, tekun, dedikasi dsb. Keunggulan tahap profesionalisme yang tinggi Cekap, mahir, berilmu, intelektual, produktif, inovatif dsb.

    7. ETIKA KERJA Etika ini jika dikaitkan dengan Etika Kerja bermaksud tingkahlaku yang dijadikan pegangan/pedoman bagi ahli organisasi semasa menjalankan tugas.

    8. ETIKA KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Etika Kerja adalah prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh organisasi bertujuan mengawal tingkahlaku ahli dalam organisasinya. Merupakan satu kawalan bagi menentukan perlakuan selaras dengan sistem nilai organisasi tersebut.

    9. KONSEP ETIKA KERJA Kewajipan agama/moral Kepentingan organisasi/bukan peribadi Bangga dengan kerjaya Kesetiaan pada kerja dan rasa kekitaan Prestasi kerja yang cemerlang Kepuasan bekerja

    10. KEWAJIPAN AGAMA DAN MORAL Prinsip Rukun Negara yang pertama Kepercayaan Kepada Tuhan Kakitangan Awam perlu berpegang teguh kepada ajaran agama aspek penting dalam menjalankan perkhidmatan Kelicinan jentera kerajaan bergantung kepada penjawat awam yang mempunyai pegangan nilai yang tetap dan kukuh

    11. KEPENTINGAN ORGANISASI dan BUKAN PERIBADI Berkhidmat dengan jujur yang terangkum di dalam sikap dan tindakan selaras dengan cita-cita rakyat dan negara. Penggerak masyarakat ke arah kemajuan dan bukan mengambil kesempatan dengan kuasa yang ada sebagai penjawat awam untuk kepentingan diri dan keluarga.

    12. BANGGA DENGAN KERJAYA Bangga dengan kerjaya sebagai kakitangan akan menyebabkan seseorang itu memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawabnya. Kebanggaan ini akan menjadi pendorong ke arah mempertingkatkan mutu kerja tanpa menunggu arahan pihak atasan.

    13. KESETIAN KEPADA KERJA DAN RASA KEKITAAN Kesetiaan kepada kerja akan menyebabkan seseorang penjawat itu berusaha meningkatkan mutu kerjanya. Mempercayai bahawa mempunyai rasa tanggungjawab kepada organisasi yang diwakili menyebabkan penjawat awam berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan mutu kerjanya dan produktivitinya.

    14. PRESTASI KERJA YANG CEMERLANG Berkeyakinan bahawa prestasi kerja yang cemerlang bukan sahaja memberi kebaikan kepada diri sendiri tetapi yang lebih penting kepada kepuasan pelanggan dan memberi sumbangan kepada negara.

    15. KEPUASAN BEKERJA Kepuasan bekerja bermaksud seseorang itu berpuas hati dengan apa yang dapat disumbangkan untuk organisasinya. Ini akan menjadi motivasi kepadanya untuk meningkatkan usaha yang bersungguh-sungguh untuk kebaikan organisasi.

    16. ETIKA BAGI PENJAWAT AWAM Etika Kerja amat penting bagi penjawat awam kerana setiap kakitangan perkhidmatan awam perlu memiliki tingkahlaku yang baik sebagaimana dikehendaki oleh anggota masyarakatnya seperti bersikap positif, berdisplin, bertanggungjawab dsbnya.

    17. MENGAPA LAHIR ETIKA PERKHIDMATAN AWAM Atas kesedaran bahawa profesionalisme perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan kakitangannya hendaklah bekerja dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab untuk melaksanakan pembangunan pesat ke arah negara maju

    18. MENGAPA ETIKA PERKHIDMATAN AWAM DIPERKENALKAN Faktor Luaran; kemelesetan ekonomi dunia ancaman keselamatan serantau gejala-gejala sosial yang tidak sihat Faktor Dalaman; permintaan rakyat yang mahukan perkhidmatan yang sistematik, cekap dan berkesan. Banyaknya aduan tentang ketidakcekapan jentera pentadbiran dan kakitangan kerajaan.

    19. MENGAPA KERAJAAN MEMPERKENALKAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM Bagi memenuhi hasrat kerajaan untuk memberi perkhidmatan awam terbaik kepada rakyat yang merupakan pelanggan utama kerajaan.

    20. PELANCARAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM Dilancarkan pada Januari 1979 Berkuatkuasa melalui Surat Pekeliling Am 5/79 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara. Teras-teras perkhidmatan awam ini terkandung dalam Panduan Perkhidmatan Cemerlang.

    21. TUJUAN PANDUAN PERKHIDMATAN CEMERLANG Meninggikan mutu perkhidmatan awam dari semasa ke semasa Mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas Memupuk tangggungjawab bersama Mewujudkan suasana sihat dan cekap Mengeratkan hubungan antara semua kakitangan kerajaan Membentuk sikap dan kewibawaan kakitangan kerajaan sesuai dengan prinsip Rukun Negara

    22. ETIKA KERJA DALAM ISLAM Bersifat menyeluruh/sejagat Bekerja kerana Allah ibadah Bekerja untuk kesejahteraan dunia dan akhirat Patuh kepada perintah Allah

    23. PRINSIP UTAMA ETIKA KERJA ISLAM Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah Bekerja dengan ikhlas/amanah Bekerja dengan tekun/cekap Bekerja dengan semangat bergotong-royong, mesyuarah dan berfikiran sihat. Bekerja dengan matlamat kesejahteraan dan kebahagiaan manusia sejagat

    24. PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM Bagi menjayakan pentadbiran kerajaan nilai-nilai Islam boleh diamalkan oleh semua rakyat tanpa mengira agama.

    25. TERAS PERKHIDMATAN Buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang telah menyediakan panduan, ingatan dan galakan bagi mencapai tingkat perkhidmatan cemerlang. Tujuh perkara telah dijadikan Teras Perkhidmatan Awam

    26. 7 TERAS PERKHIDMATAN AWAM Teras Perkhidmatan 1 Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan Teras Perkhidmatan 2 Bekerja dengan penuh Tanggungjawab Teras Perkhidmatan 3 Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri Teras Perkhidmatan 4 Berkhidmat Dengan Penuh Muhibah dan Kemesraan Teras Perkhidmatan 5 Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat dan Pembangunan Negara Teras Perkhidmatan 6 Bekerjasama Dalam Membanteras Kelemahan dan Musuh-musuh Negara Teras Perkhidmatan 7 Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama

    27. USAHA DAN KESAN PEWUJUDAN PERKHIDMATAN CEMERLANG Teras Perkhidmatan Awam Etika Perkhidmatan Awam Konsep Perkhidmatan Cemerlang Dasar Pandang Ke Timur Bersih, Cekap dan Amanah Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran Kepimpinan Melalui Teladan Gerakan Budaya Kerja Cemerlang Pengurusan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam Anugerah Kualiti Perdana Menteri Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

    28. SISTEM NILAI DALAM PERKHIDMATAN AWAM Matlamat pembentukan sikap dan amalan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam bertujuan meninggikan prestasi/kualiti meninggikan hasil pengeluaran Nilai/sikap berkait rapat dengan manusia yang menjadi aset sesuatu organisasi itu Pengenalan program yang berkaitan dengan nilai dan sikap memberi kesan dalam kemajuan perkhidmatan awam

    29. Penghayatan Etika Penghayatan Etika perlu: Untuk penerapan nilai-nilai terpuji seperti akhlak, komunikasi, perwatakan dan pergaulan. Untuk integriti dan kualiti (nilai bersama) dalam perkhidmatan awam.

    30. SISTEM NILAI DALAM PERKHIDMATAN AWAM Sistem nilai penting untuk menunjukan: perlakuan dan tindakan asas kepada pembentukan sikap, tanggapan, motivasi dan personaliti pengaruh yang kuat kepada kemajuan bangsa dan negara

    31. TUJUAN NILAI MURNI DIPERKENALKAN Menanamkan semangat cintakan nilai-nilai suci Menghormati kebaikan dan benci keburukan Membentuk sikap berguna kepada negara Menghapuskan sikap negatif semasa menjalankan tugas

    32. NILAI-NILAI MURNI YANG PERLU DIHAYATI Adil dalam perlantikan Amanah dalam menjalankan tugas Bertanggungjawab Ikhlas Dedikasi Tekun Berdisiplin Bekerjasama Berbudi mulia Bersyukur

    33. NILAI-NILAI UTAMA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Taat Setia Amanah, Bersih, Jujur Bertanggungjawab Berkecuali Adil dan saksama Prestasi yang cemerlang Ketepatan masa Perkhidmatan ramah dan mesra Berjimat cermat

    34. NILAI KUALITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM Integriti Profesionalisme Kejujuran intelektual Neutraliti Kepimpinan Bekerjasama Kreativiti dan inovasi Berorientasikan pelanggan Pengurusan diri Pemajuan diri

    35. TONGGAK DUA BELAS Menghargai masa Ketekunan membawa kejayaan Keseronokan bekerja Kemuliaan, kesederhanaan Ketinggian peribadi Kekuatan sifat baik hati Pengaruh teladan Kewajipan menjalankan tugas Kebijaksanaan berhemat Keutamaan kesabaran Peningkatan bakat Nikmat mencipta

    37. SEKIAN SELAMAT MAJU JAYA Terima Kasih

More Related