1 / 31

EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN. EDU5905 PENDIDIKAN DAN PROFESION KEGURUAN KULIAH MINGGU 05: INSTITUSI SEKOLAH Oleh: Dr. Ramli Bin Basri ramlibasri@putra.upm.edu.my Tel: 019 224 1332. KANDUNGAN. SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI PEMBELAJARAN SOSIAL MORAL.

skyla
Download Presentation

EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

  2. EDU5905 PENDIDIKAN DAN PROFESION KEGURUAN KULIAH MINGGU 05: INSTITUSI SEKOLAH Oleh: Dr. Ramli Bin Basri ramlibasri@putra.upm.edu.my Tel: 019 224 1332

  3. KANDUNGAN SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI • PEMBELAJARAN • SOSIAL • MORAL

  4. INSTITUSI SEKOLAH • Definisi Institusi : - sesuatu sistem perhubungan sosial manusia yang teratur, mengandungi nilai dan peraturan yang diterima oleh ahli- ahli bagi memenuhi keperluan asas masyarakat. • Konsep sekolah sebagai institusi : - institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota masyarakat supaya menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi tujuan kemajuan dan perkembangan.

  5. Ciri Sekolah sebagai Satu Institusi • Pengkhususan di dalam banyak tugas, cth: jawatan ketua panitia mata pelajaran, guru pemulihan, guru bimbingan kaunseling dan sebagainya • Sistem autoriti yang berhierarki, iaitu kuasa mengikut sesuatu hierarki. cth: Jemaah Lembaga Sekolah, diikuti pengetua, pen. kanan, guru disiplin dan seterusnya • Peraturan dinyatakan dengan jelas untuk menentukan tanggungjawab setiap ahli dalam organisasi sekolah demi menjamin pencapaian matlamat yang ditetapkan

  6. Peranan Sekolah • Sekolah adalah sebuah organisasi pembelajaran dan guru adalah merupakan tenaga pengajar yang berusaha merealisasikan aspirasi negara yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan • Menurut FPK, salah satu ciri yang tersirat di dalamnya ialah untuk melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berpotensi untuk maju dalam pelbagai bidang yang diceburi • Sekolah sebagai institusi pendidikan mempunyai strategi sendiri dalam meningkatkan kualiti dalaman dan luaran mereka, kerana dengan sistem pendidikan yang berkesan ia mampu melahirkan pelajar yang berkualiti dan berketerampilan

  7. Peranan Sekolah • Maka sebagai sebuah institusi pendidikan, tanggungjawab sekolah dalam melaksanakan matlamat tersebut boleh dikategorikan melalui 3 peranan utama iaitu: • Sekolah sebagai institusi pembelajaran • Sekolah sebagai institusi sosial • Sekolah sebagai institusi moral

  8. Sekolah sebagai Institusi Pembelajaran • Mengikut kamus Oxford (1969), sekolah merupakan institusi untuk memberi pendidikan kepada para pelajar. Ia berlaku di mana ada masa dan ruang yang ditetapkan untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. • Pada asasnya, sekolah ditubuhkan bertujuan mendidik para pelajar dengan ilmu pengetahuan yang berlandaskan pelbagai bidang termaktub dalam kurikulum sekolah • Sekolah adalah diibaratkan seperti pusat kecemerlangan iaitu tempat penyebaran ilmu pengetahuan dan penyampaian pelbagai jenis kemahiran • Pembentukan keperibadian pelajar juga merupakan salah satu inti pati penting dalam matlamat penubuhan sekolah

  9. Sekolah sebagai Institusi Pembelajaran • Antara peranan sekolah boleh dilihat dari segi: • Keperluan - menyediakan kemudahan prasarana yang lengkap contohnya pusat sumber, kantin, tempat sukan dan rekreasi • membekalkan tenaga pengajar yang layak dan mencukupi • mewujudkan suasana pembelajaran dalam bilik darjah yang harmonis bagi membangkitkan minat pelajar • mempertingkatkan taraf pencapaian akademik dan sahsiah pelajar

  10. Sekolah sebagai Institusi Pembelajaran b) Kepentingan - sebagai wadah untuk merealisasikan matlamat pendidikan negara - melahirkan pelajar yang berilmu, berbudi pekerti dan berpotensi - matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja pada masa hadapan serta membekalkan pelajar dengan kemahiran yang mencukupi - mendidik generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dan seterusnya dapat melahirkan bangsa yang bertamadun

  11. Sekolah sebagai Institusi Pembelajaran c) Penglibatan - kerjasama menyeluruh antara pihak sekolah, PIBG dan masyarakat • badan-badan sosial setempat adalah pemangkin kepada pengukuhan proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti sokongan, bagi meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang • Peranan ibu bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh menjamin pendidikan berkualiti. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan yang serius terhadap pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan formal di sekolah hanya lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan keluarga dan masyarakat.

  12. Sekolah sebagai Institusi Pembelajaran • Penyempurnaan • sekolah perlu mewujudkan suasana persekitaran yang baik bagi membolehkan pelajar mencapai perkembangan jasmani, rohani, akhlak dan pemikiran yang seimbang • PIBG yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah serta sebagai pelengkap terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang selesa • konsep “School-Home-Community Partnership” perlu diterapkan dengan mengadakan program-program permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat

  13. Konsep Sekolah sebagai Institusi Pembelajaran • Menurut MohdSallehMahat (2004), • Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi penekanan. Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauh mana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain • konsep perkongsian di sekolah merupakan salah satu usaha dalam mengukuhkan semula segala perlakuan yang berunsurkan kerjasama dalam memperkukuhkan institusi pendidikan serta membantu menangkis ancaman dan permasalahan masa kini • ia merupakan permuafakatan dan perkongsian bijak yang penting untuk membawa kejayaan kepada sesebuah institusi pendidikan

  14. Konsep Sekolah sebagai Institusi Pembelajaran SEKOLAH MATLAMAT KOMUNITI IBU BAPA Rajah 1: Hubungan Tiga Dimensi Sekolah, Ibu Bapa Dan Komuniti Dalam Mencapai Matlamat Sekolah

  15. Sekolah sebagai Institusi Sosial • Sistem sosial merupakan suatu sistem yang melibatkan interaksi dan aktiviti sesama manusia dan masyarakat • Menurut Willard Waller (1932), institusi sosial mempunyai ciri-ciri seperti: • terdiri daripada anggota yang jelas • struktur sosial yang jelas • pertalian hubungan sosial yang jelas • diterapkan dengan rasa kekitaan • budaya yang tersendiri

  16. Sekolah sebagai Institusi Sosial • Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat  • Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara • penekanan kepada aspek-aspek kemahiran sosial dapat membantu pelajar bertindak balas dengan persekitaran dan mengawal diri dalam menghadapi cabaran bagi mencapai dan meningkatkan kecemerlangan diri • Proses sosialisasi di dalam bilik darjah tidak akan wujud tanpa komunikasi yang berkesan di antara guru dan pelajar

  17. Sekolah sebagai Institusi Sosial • Ciri sekolah sebagai institusi sosial: • Ada carta organisasi • Ada komuniti yang tersendiri • Ada interaksi • Ada pelbagai aktiviti • Ada peraturan dan tatacara • Sebagai pusat perkembangan JERI

  18. Sekolah sebagai Institusi Sosial • Sistem sosial dalam konteks sekolah adalah dilaksanakan sebagai: • Pemangkin - sebagai agen perubahan sosial melalui kemajuan dalam bidang pendidikan - membentuk sahsiah pelajar dari segi disiplin, karakter dan pergaulan - interaksi sosial dan perkembangan emosi - mobiliti sosial dan perubahan sosial

  19. Sekolah sebagai Institusi Sosial • Aktiviti - mewujudkan perkembangan sosial dengan menekankan kepentingan komunikasi yang berkesan di dalam dan luar bilik darjah - menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar yang sihat - menerapkan nilai murni dan agama - menerapkan aspek perpaduan dan patriotisme dalam kalangan pelajar berbilang agama dan etnik

  20. Sekolah sebagai Institusi Sosial • Keterbukaan - proses pembelajaran dan perlaksanaan aktiviti yang berkesan dapat memberi peluang pelajar untuk berinteraksi, bekerjasama, menunaikan tanggungjawab, serta membina keyakinan diri • penganjuran aktiviti sosial yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum dapat mewujudkan semangat perpaduan • pengagihan kuasa kepada pelajar dengan memberi tugas untuk memimpin kelab, persatuan dan badan beruniform di sekolah dapat membantu dalam aspek kemahiran sosial

  21. Sekolah sebagai Institusi Sosial d) Pengurusan - sekolah yang cemerlang mempunyai kepimpinan yang utuh untuk memastikan matlamat dan wawasan sekolah tercapai - menggubal dan melaksanakan peraturan sekolah dengan adil dan menyeluruh - menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif dan terkawal buat pelajar serta guru

  22. Sekolah sebagai Institusi Moral • Perkembangan potensi pelajar bukan sahaja dinilai dari segi intelek sahaja bahkan juga meliputi aspek rohani dan emosi • Sekolah memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik. Contohnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi bahasa , sopan santun dan sifat hormat menghormati biasanya dipelajari di sekolah • Sekolah mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mengetahui tentang bendera negara, lagu kebangsaan dan bahasa kebangsaan • Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi menanamkan sikap, nilai dan sahsiah sempurna, yang mematuhi peraturan masyarakat

  23. Sekolah sebagai Institusi Moral • Antara perkara yang boleh dibincangkan termasuklah dari segi: • Konsep - nilai moral merujuk kepada kawalan tingkah laku yang berlandaskan piawaian yang ditetapkan dan amalan yang diterima oleh masyarakat - moral atau etika bertujuan mencipta suatu keadaan yang baik serta memandu ke arah kesejahteraan individu, komuniti dan organisasi - nilai moral adalah perlu bagi menjaga integriti dan kredibiliti individu, masyarakat dan organisasi supaya ianya tidak luntur

  24. Sekolah sebagai Institusi Moral b) Kepentingan - untuk memupuk tingkah laku serta budaya hidup yang murni - merupakan asas kepada proses pembelajaran dan perkembangan pelajar dalam membentuk peribadi dan bernilai murni. - bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya” - sekolah bukan sahaja bertanggungjawab untuk mengajar dan mendidik pelajar tentang etika, tetapi ianya sendiri perlu menjadi sebuah institusi yang beretika - komitmen dari segenap lapisan organisasi sekolah adalah perlu untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi moral yang berkesan

  25. Sekolah sebagai Institusi Moral • Integrasi - Sekolah merupakan cermin budaya kebangsaan dan budaya-budaya lain yang berada di sekitarnya - perpaduan dalam kalangan pelajar yang berlainan agama dan bangsa merupakan agenda penting bagi menanamkan pelajar dengan nilai permuafakatan dalam hidup bermasyarakat - Kegiatan yang dilakukan di sekolah, contohnya aktiviti ko-kurikulum dilihat mampu melahirkan dan membentuk pelajar yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk masyarakat.

  26. Sekolah sebagai Institusi Moral • Keperluan - mewujudkan masyarakat yang maju dan bermoral bermula dari institusi sekolah - pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar, selari dengan tuntutan perubahan semasa - sekolah sebagai satu institusi moral perlu mengawasi perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar agar tidak terpesong dari amalan yang sepatutnya - ia perlu bagi menangani masalah sosial yang semakin mencabar dan meruncing dewasa ini

  27. Sekolah sebagai Institusi Moral • Penglibatan - kerjasama dan hubungan yang erat di kalangan pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat adalah penting bagi menanamkan semangat perpaduan dan keharmonian • pihak sekolah perlu memainkan peranannya manakala masyarakat dan ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan tugas berat tersebut • masyarakat setempat harus diajak bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menangani bentuk gejala sosial dan jenayah yang berlaku sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. • Pihak sekolah juga perlu melaksanakan tindakan dengan melibatkan ibu bapa, khususnya hal yang menyentuh masalah yang ditimbulkan oleh pelajar di sekolah mahupun di luar sekolah

  28. Sekolah sebagai Institusi Moral • Penyempurnaan - menyedia dan melaksanakan modul yang berkesan dalam melatih perwatakan dan keperibadian pelajar yang cemerlang - penerapan nilai moral dan etika perlu berserta dengan teladan atau role modeling - Guru merupakan role model dalam tingkah laku etikanya dan menjadi contoh yang terdekat untuk diikuti oleh pelajar - Untuk menjadi sebuah institusi moral yang berkesan, sekolah perlu mempunyai atmosfera di mana integriti dihargai dan perlakuan yang tidak bermoral atau tidak beretika dihukum dengan sewajarnya

  29. Sekolah sebagai Institusi Moral • Di Malaysia dewasa ini isu penerapan nilai murni semakin ketara dan menonjol. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif di mana: " Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua mata pelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan."

  30. SEKIAN TERIMA KASIH

More Related