html5-img
1 / 42

KPT 4033 :TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN

KPT 4033 :TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN. KULIAH 1. Teknologi & Innovasi Dalam Pendidikan. “Inovasi Tidak Akan Berlaku Jika Mengajar Pelajar Untuk Lulus Peperiksaan” “Hendaklah sentiasa berinovasi- Tidak kira samada canggih atau tidak, besar atau kecil”. Peranan Guru.

ina
Download Presentation

KPT 4033 :TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KPT 4033 :TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN KULIAH 1

  2. Teknologi & Innovasi Dalam Pendidikan “Inovasi Tidak Akan Berlaku Jika Mengajar Pelajar Untuk Lulus Peperiksaan” “Hendaklah sentiasa berinovasi- Tidak kira samada canggih atau tidak, besar atau kecil”

  3. Peranan Guru • Guru memainkanperanan yang pentingdalammembinadanmengintegrasikanteknologidalamprosespengajarandanpembelajaran • Guru mestimempertimbangkanbeberapaperkarasebelummenghasilkansesuatu ABBM • Topik yang diajar. • Apakahnilaitambah yang diperolehiapabilasesuatuteknologidigunakandalampersekitaranpembelajaran • Bagaimanateknologibolehdigunakanuntukmembantupelajarbelajardanseterusnyameningkatkatkefahamanpelajar

  4. Peranan Guru • Oleh itu, sebagai seorang guru, pengetahuan dan kefahaman mengenai ciri/fakta penting teori pengajaran dan pembelajaran adalah penting. Pengetahuan yang kukuh dalam teori pembelajaran dapat membantu guru tersebut meneroka dan menggunakan teknologi dengan teknik yang betul dan efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran • Kuliah ini akan membincangkan persektif tiga teori pembelajaran iaitu • Behaviorisma (Behaviorist), • Kognitif (Cognitivist) dan • Konstraktif (Constructivist).

  5. Ada soalan?

  6. Teori Pembelajaran Behaviorisma • Berkembang dalam tahun 1950an- Skinner's programmed instruction movement, Thorndike's Laws of Effect, and Pavlov's Classical Conditioning theory. • Berorientasikan kepada tingkahlaku- pembelajaran berlaku apabila berlakunya perubahan tingkahlaku iaitu yang disebabkan tindakbalas kepada stimulasi luaran • Tingkahlaku tersebut adalah boleh dilihat dan boleh di ukur- objektif behaviorisma. Cth : pelajar dapat menyenaraikan….. • Pelajar berubah tingkahlaku, memperolehi kemahiran dan pengetahuan hasil dari tindakabalas terhadap pengukuhan(reinforcement). .

  7. Teori Pembelajaran Behaviorisma Pengukuhan/rewarded • Merupakan elemen utama dalam teori S-R(Stimulus –Response) Skinner. Perubahan dalam tingkahlaku (proses pembelajaran) adalah hasil daripada tindakbalas individu terhadap suatu tindakan(event)iaitu stimuli • Bertujuan untuk mengubah dan membentuk tingkahlaku pelajar. • Boleh terdiri dari • Pengukuhan Negatif (Negative reinforcement) – denda sekiranya pelajar tidak membuat kerja sekolah • Pengukuhan Positif (Positive reinforcement) – memuji pelajar seperti “hasil kerja kamu baik” • Pengukuhan berjadual (schedules of reinforcement)

  8. Teori Pembelajaran Behaviorisma • Implikasi dalam teknologi Instruksi • Bahan intruksi yang dibina adalah berdasarkan objektif behaviorisma • Bahan intruksi yang direka bentuk mestilah dapat memberi maklumbalas dengan segera dan juga pengukuhan • Prosedur yang menggunakan konsep latih tubi • Program intruksi yang berbentuk self-paced yang membolehkan pelajar mengulangi/mempelajari semula sebarang topik/modul yang telah dipelajari berdasarkan tahap pencapaian pelajar (behavior)

  9. Teori Pembelajaran Kognitif/Cognitive Learning Theory • Menjadi teori pembelajaran yang dominan akhir 1950an • Berbeza dengan teori behaviorisma yang menekankan perubahan tingkahlaku, teori ini menekankan • proses mental yang boleh di gunakan dalam meningkatkan proses pembelajaran yang efektif. • Proses kognitif merupakan fokus utama teori ini • Individu hendaklah melibatkan secara aktif dalam proses pembelajaran • Antara tokohnya ialah Jean Piaget, Jerome Bruner and David Ausubel. • Akhir 1970an, sains kognitif mula mempengaruhi rekabentuk instruksi

  10. Teori Pembelajaran Kognitif Implikasi Terhadap pembelajaran • Proses kognitif mempengaruhi aktiviti pengajaran dan pembelajaran • semakin usia kanak-kanak meningkat, semakin tinggi kemampuan mereka untuk berfikir secara canggih (sophisticated) • Manusia menguruskan maklumat yang mereka belajar • Maklumat baru lebih mudah diperolehi apabila maklumat tersebut dihubungkaitkan dengan perkara yang mereka telah pelajari • Manusia boleh mengawal pembelajaran mereka • Pembelajaran memfokuskan kepada perubahan pengetahuan di dalam mental pelajar (dalaman)

  11. TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIF/ CONSTRUCTIVIST LEARNING THEORY • Ilmu pengetahuan merupakan elemen-elemen yang konstruktif hasil daripada proses pembelajaran. Selalunya ilmu pengetahuan itu unik bagi setiap individu yang membinanya. • Sekarang ini, fahaman konstruktivis merupakan satu kuasa kuat dalam pembentukan pendidikan kontemporari. • Tokoh-tokoh penting ialah Jean Piaget, Robert Gagne, Lev Vygotsky, Albert Bandura, Seymour Papert dan Howard Gardner.

  12. Ada soalan?

  13. Gaya-gaya pembelajaran (1/2…) • Setelah melihat teori-teori pembelajaran untuk membuat keputusan penggunaan/pemilihan teknologi dalam proses p & p, memahami gaya pembelajaran individu juga perkara yang penting. • Terdapat tiga (3) model gaya pembelajaran yang utama iaitu: auditory, visual dan kinesthetic.

  14. Gaya-gaya pembelajaran (2/2…) • Auditory – belajar dengan berkesan melalui proses mendengar. • Visual - belajar dengan berkesan melalui proses melihat. • Kinesthetic - belajar dengan berkesan melalui proses melakukan sesuatu.

  15. Zzzzz….

  16. Teknologi Pendidikan dan Inovasi • Dalam perkara ini kita akan bincang pengertian teknologi, teknologi pendidikan, teknologi pengajaran dan inovasi.

  17. Definisi Teknologi (1/2…) • Kast & Rosenzeing (1963) - teknologi ialah seni menggunakan ilmu pengetahuan secara saintifik. • Hamilton (1973) – teknologi sebagai kaedah manusia menggunakan kekuasaannya ke atas persekitaran. • Shermerhon (1984) – teknologi ialah pencantuman alat, ilmu pengetahuan dan budaya kerja yang menjadikan sesebuah organisasi menghasilkan input kepada output.

  18. Definisi Teknologi (2/2…) • Galbraith [AECT (American Educational Council of Technology), 1967] – teknologi sebagai penyatuan ilmu pengetahuan yang sistematik dan terancang dalam usaha-usaha yang dijalankan secara lebih praktikal.

  19. Teknologi Pendidikan dan Teknologi Pengajaran (1/4…) • Terdapat berbagai definisi yang diutarakan oleh pakar-pakar dalam bidang ini. Antara definisi dari pakar-pakar dalam bidang ini ialah AECT (1963), Silber (1970), MacKenzie & Eraut (1971), AECT (1972) dan AECT (1977). • Berikut adalah dua definisi daripada AECT (1977) dan Roblyer & Edward (2000).

  20. Teknologi Pendidikan dan Teknologi Pengajaran (2/4…) • AECT (1977) menyatakan teknologi pendidikan ialah sesuatu yang kompleks, proses integrasi yang melibatkan manusia, prosedur, idea, alatan dan organisasi bagi menganalisis masalah dan mengawal, menjalankan, menilai serta mengurus masalah yang terlibat dalam semua aspek pembelajaran manusia. • Roblyer & Edward (2000) menyatakan teknologi pendidikan ialah kombinasi proses dan alatan yang terlibat dalam usaha menyahut keperluan dan masalah pendidikan, dengan penekanan kepada proses mengaplikasikan alatan terkini seperti komputer dan teknologi berkaitan.

  21. Teknologi Pendidikan dan Teknologi Pengajaran (3/4…) • Walaupun banyak definisi dibincangkan berkaitan Teknologi, Teknologi Pendidikan dan Teknologi Pengajaran. Definisi yang menjadi pegangan AECT ialah definisi yang diutarakan dalam tahun 1994. • AECT (1994) mendefinisikan teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses pelbagai sumber pembelajaran (Seels & Richey, 1994).

  22. Teknologi Pendidikan dan Teknologi Pengajaran (4/4…) • Dari definisi AECT (1994) tentang teknologi pengajaran cuba anda nyatakan komponen-komponen penting yang terdapat di dalamnya.

  23. Ada soalan?

  24. Inovasi • An innovation is defined as ‘an idea, practice, or object that is perceived as new by an individual or another unit of adoption’ (Rogers, 1995, p. xvii). • Dari takrif ini bolehlah disimpulkan penggunaan sesuatu teknologi yang canggih bagi satu individu/kumpulan tidak semestinya merupakan inovasi kepada individu/kumpulan yang lainnya.

  25. Tahap Penerimaan Inovasi (1/4…) • Tahap penerimaan sesuatu inovasi adalah berbeza antara individu. • The innovation adoption curve (1962) of Rogers is a model that classifies adopters of innovations into various categories, based on the idea that certain individuals are inevitably more open to adaptation than others. Is also referred to as Multi-Step Flow Theory or Diffusion of Innovations Theory.

  26. Tahap Penerimaan Inovasi (2/4…) • Innovators - Brave people, puling the change. Innovators are very important communication. • Early Adopters - Respectable people, opinion leaders, try out new ideas, but in a careful way. • Early Majority - Thoughtful people, careful but accepting change more quickly than the average. • Late Majority - Skeptic people, will use new ideas or products only when the majority is using it. • Laggards - Traditional people, caring for the "old ways", are critical towards new ideas and will only accept it if the new idea has become mainstream or even tradition.

  27. Tahap Penerimaan Inovasi (3/4…)

  28. Tahap Penerimaan Inovasi (4/3…) • The diffusion of innovations curve (innovation adoption curve) of Rogers is useful to remember that trying to quickly and massively convince the mass of a new controversial idea is useless. It makes more sense in these circumstances to start with convincing innovators and early adopters first. Also the categories and percentages can be used as a first draft to estimate target groups for communication purposes.

  29. Ada soalan?

  30. Evolusi Teknologi Pendidikan • 1600s – Quill Pens and Slates (Early one-room schoolhouses in the 1700s and 1800s use these materials to teach students how to write and chiper). • …… • …… • …… • 1980s – CAI (Computer-assisted instruction on personal computer reaches its peak of popularity). • … …. Klik sini ….

  31. Sejarah dan Perkembangan Teknologi Pendidikan Di Malaysia • Dibahagi kepada lima (5) fasa: • (1949-1971) Pengajaran menggunakan alat pandang dan dengar • (1972-1979) Pengaruh media massa – seperti Radio dan TV Pendidikan • (1980-1990) Perkembangan pusat sumber dan pendidikan berkomputer • (1991- kini) Perkembangan pusat kegiatan guru dan multimedia • (2001-kini) Online learning???

  32. Media Instruksi (Pengajaran) [1/6…] • Bagi Heinich et al. (2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi. • Percival & Elington (1984) membahagi media kepada dua (2): • Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan • Perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya. • Pelbagai Saluran Komunikasi Massa • Surat khabar, radio dan TV.

  33. Media Instruksi (Pengajaran) [2/6…] • Reiser & Gagne (1983), mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Oleh itu, guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa saja yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.

  34. Media Instruksi (Pengajaran) [3/6…] • Bagi Heinich et al. (2002), jika media itu membawa mesej tentang pengajaran, maka media itu digelar media pengajaran. • Kemp & Smellie (1994) mendefinisikan media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran.

  35. Media Instruksi (Pengajaran) [4/6…] • Definisi di atas menjelaskan bahawa media pengajaran (instruksi) adalah penghubung antara pelajar dan guru, antara pelajar dengan pelajar dan setiap orang yang terlibat dalam proses p & p. • Penjelasan ini mungkin memberi tafsiran bahawa media instruksi (pengajaran) itu adalah sama dengan Alat Bantu Mengajar (ABM).

  36. Media Instruksi (Pengajaran) [5/6…] • Media instruksi pengajaran boleh dikelaskan kepada berikut: • Nonprojected visual media dan Projected visual media. • Media berasaskan komputer (pc) • Media audio visual (akan dibincangkan dalam waktu pengajaran amali)

  37. Bacaan Tambahan… • Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (2002). Instructional Media and Technologies for Learning. (7 th Edition). Columbus: Merrill Prentice Hall. • Yusuf Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. • Rozinah Jamaludin (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. • Abdul Rahman Daud (1999). Teknologi Pendidikan. Bandar Baru Selayang, Selangor: Edusystem Sdn. Bhd. • Lever-Duffy, J., McDonald, J.B., & Mizell AL. P. (2003). Teaching and Learning with Technology. Boston: Allyn & Bacon.

  38. SOAL JAWAB

  39. TERIMA KASIH

More Related