1 / 25

ASU 2022 PENGANTAR FIQH ISLAM

ASU 2022 PENGANTAR FIQH ISLAM. OLEH : SEJARAH RINGKAS TOKOH-TOKOH ULAMA MUJTAHIDIN. PENGENALAN. Kemunculan ramai tokoh ulama mujtahid pada peringkat ke-4 dalam sejarah perkembangan fiqh, telah memainkan peranan penting dalam : i- Mengembang ii- Menyubur iii- Memajukan

erna
Download Presentation

ASU 2022 PENGANTAR FIQH ISLAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ASU 2022 PENGANTAR FIQH ISLAM OLEH : SEJARAH RINGKAS TOKOH-TOKOH ULAMA MUJTAHIDIN

  2. PENGENALAN • Kemunculan ramai tokoh ulama mujtahid pada peringkat ke-4 dalam sejarah perkembangan fiqh, telah memainkan peranan penting dalam : i- Mengembang ii- Menyubur iii- Memajukan • Seterusnya mengasaskan madrasah-madrasah fiqh (sekolah-sekolah fiqh) yang berjaya melahirkan ulama-ulama besar dan pengikut yang ramai. FIQH

  3. Mazhab ini walaupun banyak BUKANLAH BERMAKNA : i- Mengecilkan Syariat Islam ii- Mencipta Syariat baru • Mazhab SEBENARNYA adalah : MANHAJ @ METHOD untuk memahami Syariat dan cara menafsir nas-nas Syariat & mengambil hukum dari sumber-sumbernya.

  4. PEMBAHAGIAN MAZHAB

  5. MAZHAB SYIAH DAN KHAWARIJ SYIAH • Satu fahaman yang mementingkan dan mengagungkan Ahlul Bayt(Keluarga Rasulullah SAW) berbanding Rasulullah SAW sendiri. • Negara terbesar berfahaman Syiah ialah Iran dan majoritinya di Iraq serta menjadi minoriti di Lubnan, Syiria dan Pakistan.

  6. PENYELEWENGAN AJARAN SYIAH • Ajaran Syiah yang menyimpang dari Islam iaitu Ahlus-Sunnah wal Jamaah yang berpegang teguh dengan Al Quran dan Sunnah. 1- Syiah berkata bahawasanya ibadah haji hanya boleh dilakukan di Iraq iaitu Najaf (tempat makam Saidina Ali) dan Karbala (tempat Saidina Hussein anak Saidina Ali syahid).

  7. 2- Mereka juga (Syiah) mengkafirkan dan mencela Saidina Abu Bakar,Umar,Aisyah,Uthman dan sahabat Rasulullah yang lainnya s sedangkan Rasulullah (SAW) bersabda bahawa : من سب اصحابي فعليه لعنه الله وملائكة والناس اجمعين “Siapa yang mencela Sahabatku, atasnya laknat Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya.”

  8. Syiah mengandungi kumpulan-kumpulan yang banyak dibawahnya tetapi Syiah boleh difahami dengan ringkas: 1- Syiah Qhulat atau melampau : Syiah Imamiyyah, Alawiyyah, Ja’fariyyah 2- Syiah yang sederhana dan dekat dengan Sunni : Syiah Zaidiyyah

  9. KHAWARIJ • Mereka ialah golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang muawiah tetapi tidak menerima majlis tahkim • Mereka belot menyokong Saidina Ali kerana memprotes kesediaan Saidina Ali menerima keputusan majlis tahkim yang memihak kepada muawiyah.

  10. Antara pegangan mereka: ·         berpendapat bahawa pelaku dosa besar adalah kafir ·         mengkafirkan serta menghalalkan darah semua umat islam yang berbeza kepercayaan / iktikad dengan mereka ·         membataskan sumber syariah hanya kepada al-quran sahaja

  11. MAZHAB FIQH AHLU SUNNAH WAL JAMAAH

  12. 1- IMAM ABU HANIFAH • LATAR BELAKANG • Nama penuh : al Nu’man bin Tsabit bin Zuta • Lahir di Kufah pada tahun 80H. Berketurunan Parsi. Seorang peniaga kain tenun pada awalnya dan seorang yang jujur dalam jual beli. Seorang yang minat dan cintakan ilmu. • Walau seorang yang pendiam tetapi amat tinggi ilmunya . Bila ditanya tentang masalah fiqh, akan terpancar dari mulutnya ilmu yang mengalir seperti air sungai yang mengalir deras.

  13. Abu Hanifah mula belajar dengan mendalam ilmu-ilmu qiraat, ilmu bahasa Arab, ilmu kalam dan lain-lain. • Akan tetapi bidang ilmu yang paling diminatinya ialah ilmu hadis dan fiqh. Beliau banyak meluangkan masa dan tenaga mendalaminya. Abu Hanifah meneruskan pembelajarannya dengan bergurukan kepada al-Sya’bi dan beberapa tokoh ilmuan lain di Kufah. Menurut riwayat, jumlah gurunya di Kufah sahaja berjumlah 93 orang

  14. Kemudiannya berhijrah ke bandar Basrah untuk berguru bersama Hammad bin Abi Sulaiman, Qatadah dan Shu’bah. Setelah sekian lama berguru dengan Shu’bah yang pada ketika itu terkenal sebagai Amir al-Mu’minin fi Hadis (Pemimpin umat dalam bidang hadis), beliau diizinkan gurunya untuk mula mengajar hadis kepada orang ramai

  15. Abu Hanifah tidak hanya berpuas hati dengan pembelajarannya di Kufah dan Basrah. Beliau kemudiannya turun ke Mekah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Disana beliau duduk berguru kepada Atha bin Abi Rabah. Kemudiannya Abu Hanifah duduk pula bersama Ikrimah, seorang tokoh besar di Mekah yang juga merupakan anak murid kepada ‘Abd Allah ibn ‘Abbas, ‘Ali bin Abi Talib, Abu Hurairah dan ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhum.

  16. Kehandalan Abu Hanifah dalam ilmu-ilmu hadis dan fiqh diiktiraf oleh Ikrimah sehingga beliau kemudiannya membenarkan Abu Hanifah menjadi guru kepada penduduk Mekah.

  17. PARA MASYAIKH IMAM ABU HANIFAH

  18. MEHNAH YANG DIHADAPI • Imam Abu Hanifah merupakan seorang yang berani dan tegas dalam perkara kebenaran. • Pernah ditawarkan dengan jawatan gabenor serta kadi pada zaman pemerintahan Marwan di Iraq serta Khalifah Abu Jaafar al Mansor pada zaman Abbasiyyah tetapi ditolak oleh beliau sehingga ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

  19. TALAMIZ IMAM ABU HANIFAH ( ANAK-ANAK MURID )

  20. USUL MAZHAB ABU HANIFAH

  21. Imam Abu Hanifah banyak menggunakan pemikiran atau qiyas dan bentuk ijtihad seperti istihsan dan urf kerana kehidupan beliau di Iraq yang sedikit sekali hadith sahih yang ditemui. • Beliau digelar sebagai Imam al Ra’yi kerana kerap menggunakan ijtihad dan pemikiran beliau dalam mengistinbat sesuatu hukum apabila ketiadaan nas di dalam al Quran dan al Sunnah.

  22. PUJIAN DAN SANJUNGAN • Kalam Imam al Syafie r.m.h : • “ Manusia dalam bidang fiqh boleh dianggap sebagai anak-pinak Imam Abu Hanifah, seorang yang jujur dan amanah dalam urusan muamalat serta seorang yang amat wara’ dari segi ilmu dan fiqhnya”.

  23. KEWAFATAN • Abu Hanifah meninggal dunia pada bulan Rejab 150H/767M di dalam penjara ketika beliau berusia70 tahun disebabkan termakan makanan yang diracuni orang. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa beliau dipukul dalam penjara sehingga mati. Kematian tokoh ilmuan Islam ini dirasai oleh dunia Islam. Solat jenazahnya dilangsungkan 6 kali, setiapnya didirikan oleh hampir 50,000 orang jamaah.

  24. PENGARUH FIQH IMAM ABU HANIFAH • Tidak dapat dikesan karangan dan penulisan Imam Abu Hanifah secara khusus tetapi kebanyakan daripada fatawa, pendapat dan ulasan beliau telah dihimpun oleh muridnya yang setia iaitu Imam Muhammad b. al Hassan dalam kitabnya seperti , al Mabsut, Jami’ al Kabir, Jami’ al Soghir dan lain-lain.

  25. PENYEBARAN MAZHAB HANAFI

More Related