1 / 27

PENGURUSAN MASA ‘TIME MANAGEMENT’

PENGURUSAN MASA ‘TIME MANAGEMENT’. Hasbullah Hj Abu Kassim KAUNSELOR SMK Taman Melati, Setapak, KL cikgulah@yahoo.com. ADAP DAN SYARAT MENUNTUT ILMU. Mengelakkan gangguan dalaman mahupun luaran. Menghormati mereka yang menyampaikan ilmu. Merasa rendah diri pada ilmu.

elina
Download Presentation

PENGURUSAN MASA ‘TIME MANAGEMENT’

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENGURUSAN MASA‘TIME MANAGEMENT’ Hasbullah Hj Abu Kassim KAUNSELOR SMK Taman Melati, Setapak, KL cikgulah@yahoo.com

  2. ADAP DAN SYARAT MENUNTUT ILMU • Mengelakkan gangguan dalaman mahupun luaran. • Menghormati mereka yang menyampaikan ilmu. • Merasa rendah diri pada ilmu. • Menuntut ilmu harus daripada asasnya. • Bersih daripada segala kemungkaran. • Jangan tinggalkan pelajaran yang kurang diminati.

  3. TANYA SAMA POKOK Tanya sama pokok apa sebab goyang Nanti jawab pokok angin yang kencang Tanya sama angin apa sebab kencang Nanti jawab angin tanyalah awan Awan nanti kata aku kandung air Sampai tempat redup aku pun cair Lihat dalam air nampak bayang-bayang Campak satu batu bayang pun hilang

  4. WAWASAN DIRI WAWASAN / IMPIAN KENYATAAN NIAT / AZAM KEJAYAAN HALANGAN STRATEGI DIRI PERLAKSANAAN TEKNIK KEMAHIRAN Mengingat Mengambil Nota Konsentrasi Pengurusan Masa

  5. TAKRIF PENGURUSAN MASA • ‘Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan sesama mereka tentang kebenaran dan berpesan tentang kesabaran’ (Surah Al Asr) • ‘Time management means taking to make time so you can get more done and have freedom to do more of the thing you want’ (IECC News Your Career Our Concern. Vol 2. No. 6. Nov 1996)

  6. MASA : KUANTITI DAN KUALITI • Masa: 365 Hari = 1 Tahun 7 Hari = 1 Minggu 24 Jam = 1 Hari 60 Minit = 1 Jam • Ada yang mengatakan ‘tidak cukup masa’ atau berlebih masa. • Kuantiti masa adalah sama banyak bagi semua orang tetapi penggunaan masa yang produktif dan berkualiti yang akan menjamin kecemerlangan.

  7. PERANGKAP MASA • Anda seolah-olah dikurung atau diikat oleh situasi tertentu yang menghalang anda dari melakukan apa yang ingin dilaksanakan. • Anda tidak berjaya melepaskan atau meleraikan diri daripada ikatan tersebut. ANDA DIKATAKAN BERADA DALAM PERANGKAP MASA. • DUA faktor yang membawa anda dalam perangkap masa iaitu Faktor Dalaman dan Faktor Luaran.

  8. PERANGKAP MASA

  9. TEKNIK MENGURUS MASA

  10. KUIZ KENDIRI : BAGAIMANA ANDA MENGURUS MASA • Adakah anda menulis senarai apa yang akan dilaksanakan setiap hari. • Adakah sesuatu tugas penting dilaksanakan sebagai perkara pertama.

  11. TIPS MENGURUS MASA • Mencapai matlamat yang khusus dengan melakukan PERANCANGAN harian, mingguan, bulanan atau tahunan secara bertulis. • Melaksanakan tugas atau aktiviti harian berdasar KEUTAMAAN untuk mencapai matlamat mingguan yang telah ditetapkan. A - Keutamaan Tertinggi (Laksana segera). B - Keutamaan Sederhana (Mesti dilaksana tetapi boleh ditunda atau diagihkan). C - Tidak penting (Boleh ditangguh atau dilupakan).

  12. JANGAN BERTANGGUH dan laksanakan segera. Pastikan keutamaan sebelum melaksanakan tugas. • Belajar KATAKAN TIDAK untuk menolak permintaan daripada orang lain yang mengganggu perancangan atau tugas anda. • KAWAL PANGGILAN TELEFON dengan 1. Merancang untuk membuat panggilan. 2. Mengawal masa bercakap selama 3 minit. 3. Menapis panggilan telefon. • Menolak aktiviti yang melekakan dan TIDAKPRODUKTIF.

  13. Pastikan semuanya sentiasa TERURUS dan TERANCANG. 1. Mencatat perkara yang perlu dilaksanakan, temujanji, idea, nombor telefon atau perkara penting dalam buku kecil. 2. Merancang perkara yang akan dilaksanakan esok pada hari ini. • Melaksanakan 2/3 perkara SERENTAK untuk menjimatkan masa. 1. Mengumpul beberapa soalan atau tugasan dan kemudian berjumpa guru untuk diselesaikan. • MENGAGIHKAN kerja-kerja rutin kepada orang lain.

  14. MENGOPTIMAKAN PENGGUNAAN MASA senggang seperti semasa menunggu bas, masa rehat atau pertukaran kelas. • Menyelesaikan tugas yang sukar semasa anda dalam keadaan yang SEGAR DAN BERSEMANGAT. • MEMECAHKAN TUGAS BESAR kepada komponen-komponen kecil agar lebih mudah dilaksanakan. • HORMATI MASA dengan menjadikan pengurusan masa anda sebagai satu habit atau rutin harian.

  15. KECERDASAN TUBUH DAN MINDA PRESTASI Cergas selepas rehat Paling Cergas Cergas selepas rehat Rehat Masa Letih TANPA REHAT MASA

  16. MATRIKS PENGURUSAN MASA

  17. Tugasan MATRIKS • Membuat nota yang akan dibentang dalam ‘study group’ pada 06.02.03 jam 3.00 Petang di kelas. • Hantar tugasan biologi pada 29.01.03. • Kamal nak belanja makan petang esok. • Bayar duit yuran khas. • Guru kelas nak jumpa jam 12.30. • Beli ‘liquid paper’ dan calculator kat Seremban dengan Siti. • Emak nak jemput kat sekolah jam 4.30 petang 29.01.03. • Siapkan kertas kerja bagi program Lawatan ke Langkawi pada cuti sekolah bulan Mei. • Ulangkaji bab 1 dan 2 bagi subjek Prinsip Akaun untuk ujian bulanan pada 19.02.03. • Mesyuarat Kadet Remaja Sekolah 08.02.03 jam 2.00 Petang.

  18. PERANCANGAN HARIAN • 06.00…………………… 07.00…………………….. • 07.00…………………… 08.00…………………….. • 08.00…………………… 09.00…………………….. • 09.00…………………… 10.00…………………….. • 10.00……………………. 11.00…………………….. • 11.00……………………. 12.00…………………….. • 12.00……………………. • 01.00……………………. • 02.00……………………. • 03.00……………………. • 04.00……………………. • 05.00……………………. • 06.00…………………….

  19. PERANCANGAN MINGGUAN

  20. PERANCANGAN BULANAN

  21. KES : TETAMU TIDAK DIUNDANG • Semua orang kenal anda kerana anda seorang yang peramah dan sentiasa membantu orang lain. Tidak lama lagi anda akan menghadapi peperiksaan dan disamping itu anda perlu menyiapkan 3 tugasan yang diberikan oleh guru. Dalam kesibukan anda, tanpa diduga seorang teman rapat anda datang mengunjungi anda. • Apakah reaksi anda?. Adakah anda akan melayaninya atau meneruskan kerja anda.

  22. KES : TELEFON • Peperiksaan penggal hanya tinggal dua hari sahaja. Anda kesuntukan masa kerana terlalu banyak yang hendak dibaca tetapi ke semua bahan bacaan begitu sukar difahami. Teringat anda pada seorang rakan sekelas yang sentiasa mendapat pencapaian baik dalam semua mata pelajaran. Anda inginkan pandangan dan nasihat serta cara dia membuat ulangkaji. Anda menelefonnya tetapi belum sempat anda bertanya, rakan anda meluahkan perasaan sedihnya. Kembimbangan anda semakin memuncak kerana tidak dapat menghentikan perbualan telefon tersebut dan anda kini terperangkap dengan masa perbualan hampir satu jam. • Apakah yang anda harus lakukan?.

  23. CERITA APA HARI INI • Anda sedang mengulangkaji pelajaran dan anda berehat sebentar untuk minum air di dapur. Ketika itu anda mendengar ‘GOLLL’. Anda ke ruang tamu untuk melihat apa yang berlaku. Rupa-rupanya ia adalah perlawanan bola sepak Liga English. Pada mulanya anda tidak berhasrat untuk bersama-sama menonton tetapi perlawanan sengit antara Manchester United dan Liverpool menimbulkan minat anda untuk mengikutinya hingga akhir. Tanpa disedari anda telah menghabiskan 2 Jam menonton televisyen. • Bagaimana dengan tugasan yang sedia menanti anda?.

  24. KES : MEMENDAM RASA • Seperti biasa setiap malam, bilik anda bising dengan bunyi radio yang kuat. Bunyi itu jelas kedengaran kerana suasana malam yang sunyi. Bunyi itu datangnya dari radio rakan sebilik anda. Ia amat mengganggu ketenangan anda. Malam itu, anda berhasrat untuk tidur awal kerana esok ada ujian bulanan. Akibatnya anda tidak dapat melelapkan mata. Anda berasa marah, geram kerana rakan anda mementingkan diri sendiri. • Apa yang perlu anda dilakukan.

  25. KAEDAH MENANGANI • Kes : Tetamu Tidak Diundang 1. Mencari tempat sesuai tanpa gangguan. 2. Meletak notis di bilik. • Kes : Cerita Apa Hari Ini 1. Tentukan secara khusus rancangan yang ingin anda lihat. Berada ketika rancangan tersebut disiarkan. 2. Bangun dari tempat duduk sebelum rancangan lain bermula. 3. Jauhkan diri dari lokasi televisyen.

  26. ANDA DAN MASA • Gunakanlah lima sebelum tibanya yang lima iaitu 1. Masa mudamu sebelum tuamu. 2. Masa sihatmu sebelum sakitmu. 3. Masa kayamu sebelum miskinmu. 4. Masa kelapanganmu sebelum sibukmu. 5. Masa hidupmu sebelum matimu.

  27. SEKIAN TERIMA KASIH ‘BARANG SIAPA YANG INGIN HIDUPNYA SELAMAT DAN BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT MAKA WAJIBLAH DENGAN ILMU’ HADITH RIWAYAT MUSLIM

More Related