Download
pra diploma pengajian islam n.
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
TASAWWUR ISLAM PowerPoint Presentation
Download Presentation
TASAWWUR ISLAM

TASAWWUR ISLAM

253 Views Download Presentation
Download Presentation

TASAWWUR ISLAM

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript

  1. PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM TASAWWUR ISLAM

  2. Manusia adalah makhluk Allah yang paling istimewa dan ciptaan yang paling sempurna. Keistimewaan digambarkan melalui kurniaan akal fikiran yang dapat : • membezakan baik dan buruk • Diarahkan untuk memikirkan tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah di bumi dan di langit • Melalui penilaian tanda-tanda kekuasaanNya dapat mengukuhkan aqidah serta keimanan kepadaNya Firman Allah : ”وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي ءَادَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيْرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً“ “ Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atasa banyak makhluk yang telah Kami ciptakan.” (al-Isra’ 17:70) Hakikat manusia contoh

  3. Manusia yang tidak beriman kepada Allah serta tidak mempergunakan akal yang waras mengikut kehendak Allah. Ia lebih hina daripada makhluk ciptaan Allah yang lain. Firman Allah: ”وَلَقَد ذَرَأنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُم قُلُوبٌ لَّايَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُم أَعيُنٌ لَّا يُبصِرُونَ بِهَا وَلَهُم ءَاذَانٌ لَايَسمَعُونَ بِهَا أُولئِكَ كَالأَنعَامِ بَل هُم أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الغَافِلُونَ“ “ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaanNya) dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A’raf 7:179)

  4. Dengan kemampuan akal dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah, manusia mampu membina tamadun dan kemajuan. Dengannya juga manusia layak mentadbir muka bumi segala dipertanggungjawab untuk memikul segala perintah Allah. Tanggungjawab utama manusia ialah : untuk beribadat dan menjalankan urusan hidup mengikut ketetapan dan syariat Allah. Firman Allah : ”وَإِذ قَالَ رَبُّكَ لِلمَلَائِكَة ِإِنِّي جَاعِلٌ فِى الأَرضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجعَلُ فِيهَا مَن يُّفسِدُ فِيهَا وَيَسفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحنُ نُسَبِّحُ بِحَمدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّى أَعلَمُ مَا لَا تَعلَمُونَ“ “ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” “Adakah Engkau (Ya Tuhan Kami) hendak menjadikan di bumi ini orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (bunuh-membunhu), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?” Tuhan berfirman: “Seungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kami tidak mengetahuinya.” (al-Baqarah 2:30) contoh

  5. Berasal daripada satu keturunan; iaitu Nabi Adam yang dijadikan oleh Allah daripada tanah liat. Selepas itu Allah mennjadikan Hawa sebagai isteri Adam. Firman Allah: ”هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِن طِينٍ ......“ “Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah….” • Selepas diturunkan ke dunia, Nabi Adam hidup sebagai manusia biasa yang memerlukan makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan zuriat keturunan. Keturunan Nabi Adam berkembang biak melalui proses: • Percantuman air mani lelaki dengan air mani wanita yang berlaku di dalam rahim wanita. • Benih disenyawakan membesar dari masa ke masa dan setelah cukup waktunya, bayi dilahirkan ke dunia dengan sifat yang cukup sempurna. Firman Allah: ”ثُمَّ جَعَلَ نَسلَهُ مِن سُلاَلَةٍ مِّن مَاءٍ مَهِينٍ . ثُمَّ سَوَّىهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمعَ وَالأَبصَارَ وَالأَفئِدَةَ....“ “Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu daripada sejenis pati, iaitu daripada air (benih) yang sedikit dipandang orang; kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya serta meniupkan pada roh ciptaan-Nya. Dan Ia mengurniakn kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) (al-Sajdah 32:8-9) ASAL & PROSES KEJADIAN MANUSIA

  6. Rajah proses kejadian manusia

  7. Sebelum dilahirkan, manusia diciptakan oleh Allah melaui proses kejadian yang sempurna dan perancangan yang rapi, antaranya: • Bermula melalui percantuman dan persenyawaan air mani lelaki dengan air mani wanita di dalam rahim wanita • Benih yang disenyawakan setelah cukup 40 hari akan bertukar menjadi segumpal darah beku • Setelah genap tempoh 40 hari darah tersebut akan berubah menjadi seketul daging • Selepas 40 hari berikutnya daging tersebut akan ditumbuhi tulang-tulang dan rangka • Selepas 40 hari, tulang tersebut akan disaluti dengan daging dan Allah meniupkan roh dan ia membesar sebagai bayi yang hidup di dalam perut ibunya • Bayi tersebut terus membesar di dalam kandungan ibunya dan makan serta minum sama seperti ibunya. Setelah cukup tempoh yang ditetapkan oleh Allah, bayi itu akan dilahirkan ke dunia sebagai seorang manusia yang sempurna sifatnya Firman Allah: ”وَلَقَد خَلَقنَا الإِنسَانَ مِن سُلاَلَةٍ مِن طِينٍ. ثُمَّ جَعَلنَاهُ نُطفَةً فِى قَرَارِ مَّكِينٍ. ثُمَّ خَلَقنَا النُّطفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقنَا العَلَقَةَ مُضغَةً فَخَلَقنَا المُضغَةَ عِظَامًا فَكَسَونَا العِظَامَ لَحمًا ثُمَّ أَنشَأنَهُ خَلقًا ءَاخَرَ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحسَنُ الخَالِقِينَ“

  8. Rajah proses kejadian manusia

  9. Allah berkuasa terhadap manusia untuk menghidupkan dan mematikan. Firman Allah: ” وَاللهُ خَلَقَكُم ثُمَّ يَتَوَفَّاكُم وَمِنكُم مَّن بُرَدُّ إِلَى أَرذَلِ العُمُرِ لِكَى لاَ يَعلَمَ بَعدَ عِلمٍ شَيئًا إِنَّ اللهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ“ “ Dan Allah yang menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada); kemudian Ia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di anatara kamu yang di segerkan matinya), dan ada pula di anatara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebuda-budakan), sehingga menjadilah ia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (al-Nahl 16:70) contoh

  10. Pengertian Alam: segala apa yang diciptakan oleh Allah meliputi semua makhluk sama ada bernyawa mahupun tidak, yang dapat dilihat dengan mata dan didengar pada telinga atau tidak dapat dilihat, yang ada di langit yang meliputi cakerawala, bumi dan segala isi kandungannya, akhirat, syurga, neraka dan sebagainya. • Tujuan penciptaan : 1) Untuk mengabdikan diri kepadaNya. Beribadah kepadaNya mengikut kemampuan dan keadaanFirman Allah: ”وَلَو أَنَّ أَهلَ القُرَى ءَامَنُوا وَاتَّقُوا لَفَتَحنَا عَلَيهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالأَرضِ ....“ “ Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi…” 2) Tanda membuktikan kekuasaan Allah 3) Agar manusia menggunakan akal yang dikurniakan kepadanya untuk berfikir demi peneguhan aqidah, keyakinan dan keimanan kepadaNya serta bertambah syukur melalui peningkatan ibadah dan ketaqwaan 4) Sebagai manfaat dan faedah untuk manusia menikmati segala apa yang telah diberikan kenikmatan oleh Allah. Alam & tujuan penciptaannya

  11. Sabda Rasululullah SAW: “Sesiapa yang inginkan kejayaan hidup di dunia hendaklah ia mempunyai ilmu. Sesiapa yang inginkan kejayaan akhirat nanti hendaklah ia mempunyai ilmu. Sesiapa yang inginkan kebahagian dan kejayaan hidup dan akhirat hendaklah ia mempunyai ilmu juga.” • Berdasarkan hadis di atas dapat kita rumuskan kepada beberapa perkara. Diantaranya : • Kewajipan mempelajari ilmu pengetahuan kerana ia boleh menjamin kebahagian dan kejayaan hidup di dunia dan juga akhirat • Dengan berilmu, seseorang itu dimuliakan dan dipandang tinggi di sisi Allah. Dimuliakan dan dihormati oleh masyarakat dan negara. Keamanan, keharmonian dan kemajuan sesbuah negara bergantung erat kepada bilangan rakyatnya yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. • Dengan ilmu dapat merubah penghidupan dan corak hidup sesuatu bangsa, negara dan umat serta individu selagi mana mereka mengarahkan ilmu yang dimiliki untuk tujuan yang baik dan mencari keredhaan Allah. • Sentiasa didampingi oleh orang-orang yang jahil dan yang kurang berpengetahuan untuk mempelajari ilmu darinya. ILMU pengetahuan

  12. Kesepakatan para ulama akan kewajipan dan tanggungjawab mempelajari ilmu agama. Secara umumnya kewajipan menuntut ilmu terbahagia kepada dua: 1) Fardu Kifayah 2) Fardu Ain • Tuntutan fardu kifayah : kewajipan yang menjadi tanggungjawab segelintir umat Islam untuk mempelajarinya secara mendalam dan meluas sebagai mewakili semua umat Islam. • Tuntutan fardu ain : menjadi kewajipan ke atas setiap umat Islam yang mukallaf. Kewajipan menuntut ilmu contoh contoh

  13. Asas utama yang menjdai teras pendidikan Ilsma ialah : segala ilmu yang membawa kepada pembentukkan peribadi dan syaksiyyah yang mulia. • Asas dan matlamat pendidikan Islam ilah : segala ilmu yang lebih menekankan kepada ilmu yang bercorak keagamaan. Di samping tidak mengabaikan ilmu-ilmu keduniaan. • Manusia diberi hak dan kebebasan untuk mendapat peluang mempelajari ilmu pengetahuan. Asas & matlamat pendidikan islam contoh contoh contoh

  14. Ilmu pengetahuan sebagai asas dan senjata penting bagi setiap individu untuk memandu serta membantunya mencapai kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat. • Antara kepentingan dan kelebihan ilmu ialah: 1) Ilmu dapat menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat 2) Ilmu dapat membantu seseorang mengenal Allah Pencipta mutlak 3) Ilmu dapat mengukuhkan aqidah dan mengeluarkan seseorang daripda beriman dengan cara taklid dan ikutan yang membuta tuli sahaja. 4) Ilmu dapat menjauhkan dan mengeluarkan seseorang dari belenggu kejahilan yang akan merosakkan diri dan melemahkan masyarakat serta negara 5) Ilmu juga dapat meningkatkan martabat seseorang kepada kedudukan yang mulia dan dihormati 6) Ilmu juga membawa seseorang itu ke arah hidup yang lebih bermakna dan berguna untuk dirinya dan juga masyarakat. • Selain yang disebutkan di atas, senaraikan 5 kelebihan dan kepentingan ilmu menurut anda? Kelebihan ilmu & ulama soalan

  15. Antara kepentingan dan kelebihan ulama ialah: • Dipandang tinggi di sisi Allah dan disanjung oleh masyarkat. • Paling layak mentadbir dan memerintah alam ini. • Menyampaikan ilmu kepada semua masyarakat. • Berfungsi sebagai pembimbing dan petunjuk masyarakat jahil ke arah kebenaran. • Membawa rahmat kepada negara dan masyarakat. • Menyelamatkan masyarakat daripada kesesatan dan kejahilan yang boleh memporak-perandakan negara dan dunia • Mereka adalah pewaris para Nabi. Firman Allah: ”...يَرفَعِ اللهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُم وَالَّذِينَ أُوتُوا العِلمَ دَرَجَاتٍ....“ “ ……. Supaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat….” (al-Isra’ 17:67)

  16. Semua ciptaan Allah ada matlamat dan fungsinya. Berdasarkan kenyataan ini, senaraikan 5 ciptaan Allah dengan menyatakan matlamat dan fungsinya. • Pancaindera yang dikurniakan kepada kita merupakan nikmat yang tidak terhingga dianugerahkan oleh Allah. Huraikan berdasarkan pengetahuan anda. PErbincangan contoh