tasawwur islam 1 n.
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
Tasawwur Islam 1 PowerPoint Presentation
Download Presentation
Tasawwur Islam 1

Loading in 2 Seconds...

  share
play fullscreen
1 / 34
Download Presentation

Tasawwur Islam 1 - PowerPoint PPT Presentation

saxon
186 Views
Download Presentation

Tasawwur Islam 1

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript

  1. Tasawwur Islam 1 Konsep Tasawwur Islam Minggu 1 & 2

  2. Pengertian Tassawur Islam • Mengambarkan Islam sebenar yang terdapat di dalam akal fikiran untuk nantinya akan menjadi sebati di dalam diri sesaorang setelah ia memahaminya dan melaksanakannya. • Iaitu (dengan erti lain) menjadikan Islam sebagai manhaj (cara) kehidupan yang memerdekakan manusia dari mengabdikan diri kepada sesama manusia.

  3. Inilah persimpangan (perbezaan) jalan antara tasawwur Islam dengan tasawwur jahiliyyah. • Tasawwur Jahiliyyah bersumberkan (pemikiran / sangkaan) manusia yang serupa dengan mereka, dari segi prinsip hidup,pandangan hidup, nilai budi, syariat (undang-undang).

  4. Tasawwur Jahiliyah memberi sanjungan dan penghormatan tinggi kepada manusia lain yang dapat memberikan mereka benda serta kesenangan di dunia. • Sebaliknya orang yang tidak dapat memberikan kebendaan kepada mereka ditolak, diingkari dan dicaci kerana mereka hanya menjanjikan balasan akhirat yang tidak dilihat oleh matakasar. Walaupun nasihat itu nyata benarnya.

  5. Ciri-Ciri Tasawwur Islam Rabbaniy– (رَبَّانِيّ) (Ketuhanan) Syumuliy– (شُمُوْلِيّ) (Lengkap) Waqi’iy- (وَاقِعِيٌّ) (Sesuai dengan kehidupan manusia) ‘Alamiy– (عَالَمِيّ) (Sejagat)

  6. Pengertian Islam • Islam sebagai al-Din • Islam sebagai Cara Hidup

  7. Islam sebagai al-Din • Fitrah kehidupan manusia memerlukan agama • Penyelesaian bagi apa jua perselisihan yang timbul haruslah dirujuk pada Allah s.w.t dan rasulnya • Islam adalah satu-satunya agama yang diterima dan diakui oleh Allah s.w.t • Islam membawa erti istislam, iaitu tunduk dan patuh secara mutlak sepenuhnya kepada Allah s.w.t

  8. Islam sebagai Cara Hidup • Islam bersifatsyumul (holistik) yang meliputisegenapaspekkehidupanmanusia; pendidikan, kekeluargaan, sosial, politik, ekonomi, dsbg. • Jikasetiap Muslim mempraktikkan Islam dalamsemuabidangkehidupannya, makaumat Islam akanmembawakesejahteraanhidup di duniadanakhirat

  9. Bidang Tasawwur Islam • Allah sebagaiTuhanPenciptaAlamSemesta • Insansebagaimakhluk/khalifah • Rasulsebagaiutusan

  10. Pengertian Wahyu • Dari segi bahasa: (1) Mengilhamkan: seperti wahyu kepada ibu Nabi Musa a.s (2) Ilham berupa naluri pada binatang, seperti wahyu kepada lebah (3) Isyarat yang cepat secara fizikal, seperti isyarat Nabi Zakariya (4) Bisikan dan tipu daya syaitan (5) Perintah Allah kepada para malaikat

  11. Dari segi istilah: (1) Firman Allah yang diturunkan kepada seorang nabi. (2) Pengetahuan yang didapati seorang nabi atau rasul dari dalam dirinya dengan disertai keyakinan pengetahuan itu datang dari Allah, baik dengan melalui perantaraan Jibril atau tidak.

  12. Cara Wahyu Allah Turun kepada Para Rasul (1) Perantaraan Jibril a.s. (2) Tanpa melalui perantaraan, seperti mimpi yang benar dalam tidur.

  13. Cara Penyampaian Wahyu oleh Malaikat kepada Rasul (1) Datang kepada rasul suara seperti bunyi lonceng. Cara begini lebih berat buat Rasul. (2) Malaikat menjelma kepada Rasul sebagai seorang laki-laki dalam bentuk manusia. Cara ini agak ringan buat Rasul.

  14. Sebab Keraguan Orang-Orang Yang Ingkar Terhadap Wahyu (1) Mereka anggap Al-Quran ciptaan Muhammad. (2) Mereka anggap Muhammad orang yang pintar. (3) Mereka anggap Muhammad belajar ilmu-ilmu Al-Quran dari ahli kitab seperti Waraqah bin Naufal di Makkah.

  15. Peranan Wahyu • Al Quran sebagai petunjuk jalan yang lurus 2) Al-Quran mengeluarkan manusia dari kekufuran kepada keimanan 3) Al-Quran kitab ilmu yang penuh hikmah 4) Al-Quran pemisah antara hak dan batil 5) Al-Quran kitab hukum yang wajib dipatuhi 6) Al-Quran sebagai kitab yang penuh teladan yang paling baik 7) Al-Quran sebagai penawar segala penyakit zahir dan batin

  16. Pengertian Akal Imam Ghazali membahagikan pengertian akal kepada 4: Akal sifat yang membezakan manusia daripada haiwan. Dengan akal manusia mempunyai kesediaan untuk menerima berbagai macam ilmu nazari (teori) dan untuk mengurus atau mengatur perkara pelik yang berhajat kepada pemikiran.

  17. Ini yang dimaksudkan dengan sabda nabi s.a.w: ” مَا خَلَقَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ خَلْقًا أَكْرَمَ عَلَيْهِ مِنَ الْعَقْلِ“ رواه الترميذي عن الْحسن . “Allah tidak jadikan sesuatu makhluk yang terlebih mulia di sisiNya daripada akal”.

  18. 2. Akal adalah ilmu pengetahuan yang timbul ke alam wujud pada diri kanak-kanak, yang dengannya dia dapat membezakan tentang perkara yang mungkin dan mustahil. Seperti: mengetahui bahwa dua lebih banyak daripada satu. Dan seorang tidak boleh berada pada dua tempat dalam satu masa yang sama.

  19. 3. Akal adalah ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada pengalaman dengan berlakunya bermacam-macam keadaan. Maka orang yang telah diperkuatkan pemahaman dengan pengalaman biasanya dikatakan sebagai orang yang berakal. Sebaliknya orang yang tidak sedemikian dikatakan jahil atau bodoh.

  20. 4. Akal sebagai kekuatan daripada perasaan semulajadi yang berkesudahan kepada mengetahui akibat daripada segala perkara dan kepada mencegah serta menundukkan hawa nafsu yang mengajak kepada kesenangan yang dekat.

  21. Apabila seseorang telah memiliki kekuatan seperti itu, maka dia disebut berakal. Segala gerak langkahnya mengikut kepada kehendak pertimbangan akan akibatnya, tidak mengikut kepada kehendak hawa nafsu.

  22. Dalam pengertian keempat ini Nabi bersabda: ” أنّ النّبِيَّ (ص) قالَ لأَبِي الدّرْداءِ: اِزْدَدْ عَقْلاً تَزْدَدْ مِنْ رَبِّكَ قُرْبًا“. رواه الترميذي وابْنُ الْمحْبَر عن الْحارث بن أبي أُسامة . Bahawa Nabi s.a.w bersabda kepada Abu Al-Darda: Lebihkanlah akal anda supaya anda lebih dekat dengan Tuhan anda”. Hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ibnu Al-Mahbar dari Al-Harith bin Abi Usama.

  23. Dalam hadith lain, Rasullullah s.a.w bersabda: ” إنّمَا الْعَاقِلُ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَصَدَقَ رُسُلَهُ وَعَمِلَ بِطَاعَتِهِ “. رواه ابْنُ الْمحْبَر عن سَعْدِ بن الْمُسَيَّب . Sesungguhnya orang yang berakal ialah orang yang beriman kepada Allah, membenarkan para RasulNya dan beramal mentaatiNya.

  24. Aliran Tentang Wahyu & Akal Pada umumnya terdapa empat aliran (mazhab) dalam pemikiran Islam: (1) Aliran yang bersumberkan wahyu semata-mata. (2) Aliran yang bersumberkan wahyu dan akal. (3) Aliran yang bersumberkan akal dan juga wahyu. (4) Aliran yang bersumberkan akal semata-mata.

  25. (1) Aliran yang bersumberkan wahyu semata-mata Ialah pegangan para nabi dan rasul serta para pengikutnya, terutama generasi pertama Islam yang berpandukan sepenuhnya kepada Al-Quran dan Sunnah s.a.w.

  26. (2) Aliran yang bersumberkan wahyu dan akal Iaitu bersumberkan wahyu sebagai terasnya dan akal sebagai pembantunya. Aliran ini muncul selepas kewafatan Nabi s.a.w, berikutan daripada perkembangan politik dan pengaruh pemikiran asing yang dihadapi oleh umat Islam. Lantas membentuk berbagai mazhab dalam bidang Ilmu Kalam, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tasawwuf.

  27. (3) Aliran yang bersumberkan akal dan juga wahyu Iaitu aliran yang bersumberkan akal sebagai asas dan wahyu sebagai penyokongnya. Contohnya: Dalam bidang falsafah dan logik yang berasal dari tamadun Yunani.

  28. (4) Aliran yang bersumberkan akal semata-mata Aliran ini tidak dapat dianggap sebagai sebahagian daripada aliran-aliran dalam pemikiran Islam sama sekali. Umat Islam tidak dapat menerima jika segala persoalan hidup muslim diukur berdasarkan akal logik semata- mata.

  29. Peranan Akal (1) Tafakur pada sifat-sifat diri dan perbuatan dirinya. (2) Tafakkur tentang keajaiban ciptaan Allah swt.

  30. (1) Tafakur pada sifat-sifat diri dan perbuatan dirinya • Jurusan ini terbahagi kepada 4 juruan: (i) Kemaksiatan yang dilakukan oleh seluruh anggota badan manusia yang 7: mata, telinga, mulut, kemaluan, perut, tangan dan kaki.

  31. (ii) Ketaatan: Manusia juga perlu meneliti apakah seluruh anggota badannya serta harta bendanya melaksanakan kewajipan sabagaimana dikehendaki Allah swt. (iii) Sifat-sifat yang merosakkan: Manusia perlu memeriksa sifat-sifat yang membinasakan dalam dirinya, iaitu 10 jenis: hawa nafsu, marah, kikir, takbur, ujub, riyak, dengki, sangka buruk, lalai dan tertipu oleh perasaan sendiri.

  32. (iv) Sifat-sifat yang menyelamatkan: Manusia perlu memikirkan sifat-sifat yang menyelamatkan dirinya, iaitu 10 jenis: Taubat, penyesalan atas dosa, sabar menahan bencana, bersyukur atas segala ni’mat, takut dan berharapkan rahmat Tuhan, zuhud di dunia, ikhlas dan benar pada taat, mencintai Allah dan mengagungkanNya, redha dengan takdirNya, rindu bertemu denganNya, khusyu’ dan tawadduk kepadaNya.

  33. (2) Tafakkur tentang keajaiban ciptaan Allah swt • Yang terpenting sekali ialah pada keajaiban kejadian diri manusia. Asal dari air mani, kemudian segumpal darah, hingga menjadi sempurna dalam rahim ibunya.

  34. Kemudian bertafakkur pada tanda-tanda kebesaran dan kekuasaanNya yang bertebaran di seluruh alam semesta, baik yang zahir mahupun yang batin. • Maka tafakkur tentang keajaiban ciptaan Allah menambah makrifat kepada keagungan zatNya, sifat-sifatNya dan nama-namaNya.