1 / 23

Tiga Aktiviti Utama

PENDIDIKAN MUZIK. Tiga Aktiviti Utama. 1. Nyanyian. 2. Muzik Dengan Gerakan / Pergerakan Kreatif . 3. Perkusi. Nyanyian. Bagaimana Mengajar Lagu Baru Kepada Kanak-Kanak. Terdapat beberapa cara untuk mengajarkan lagu baru kepada kanak-kanak : Kaedah frasa demi frasa / baris

brit
Download Presentation

Tiga Aktiviti Utama

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENDIDIKAN MUZIK Tiga Aktiviti Utama 1. Nyanyian 2. Muzik Dengan Gerakan / Pergerakan Kreatif 3. Perkusi

  2. Nyanyian

  3. Bagaimana Mengajar Lagu Baru Kepada Kanak-Kanak Terdapat beberapa cara untuk mengajarkan lagu baru kepada kanak-kanak : • Kaedah frasa demi frasa / baris • Kaedah rangkap demi rangkap • Kaedah keseluruhan

  4. KAEDAH FRASA DEMI FRASA • Lagu baru diperdengarkan beberapa kali sama ada dinyanyikan oleh guru atau dimainkan rakaman lagu. Murid diminta mendengar dengan teliti. CONTOH

  5. Membaca Lirik Lagu • Selepas memperdengarkan lagu baru, aktiviti seterusnya ialah membaca lirik lagu jika murid boleh membaca. • Dicadangkan lirik dibaca mengikut corak irama lagu

  6. Guru menyanyikan frasa pertama dan meminta murid supaya ikut menyanyi. Guru meneruskan dengan frasa seterusnya dengan cara yang sama seperti tadi. Guru boleh mengulang semula dengan meminta murid terus menyanyi frasa satu dan dua dan begitulah seterusnya sehingga keseluruhan lagu dapat dinyanyikan dengan tepat

  7. Aktiviti permulaanpengajaran lagu baru boleh dijalankan tanpa iringan muzik atau sebaliknya. Guru boleh membantu ketepatan nyanyian dengan memainkan melodi lagu dengan alat muzik seperti pianika / kibod bagi guru yang berkebolehan. Kelajuan lagu haruslah di lambatkan untuk memudahkan murid mengikutinya

  8. Setelah murid menguasai keseluruhan lagu,lagubaru dinyanyikan sepenuhnya dengan tempo yang sesuai/asal.

  9. KAEDAH RANGKAP DEMI RANGKAP • Keseluruhan lagu baru diperdengarkan • Membaca lirik lagu jika perlu • Rangkap pertama lagu diperdengarkan sama ada daripada rakaman atau nyanyian guru.

  10. Murid diminta menyanyi bersama guru atau rakaman keset / CD • Nyanyian rangkap seterusnya setelah didapati murid sudah menguasai rangkap 1 • Nyanyian keseluruhan lagu

  11. KAEDAH KESELURUHAN • Lagu baru diperdengarkan beberapa kali sama ada dinyanyikan oleh guru atau dimainkan rakaman lagu. Murid diminta mendengar dengan teliti. • Membaca lirik lagu jika perlu

  12. Murid terus diminta menyanyikan keseluruhan lagu. Aktiviti ini diulangi sehingga murid didapati telah menyanyi dengan tepat. Kaedah ini biasanya digunakan untuk lagu-lagu yang pendek.

  13. KAEDAH MENGAJAR LAGU DARIPADA RAKAMAN • Guru bergantung seratus peratus kepada rakaman lagu. Lagu baru diperdengarkan beberapa kali. Murid diminta mendengar dengan teliti. • Membaca lirik lagu jika perlu

  14. Murid diminta menyanyi keseluruhan lagu bersama-sama dengan nyanyian daripada rakaman.

  15. Guru boleh mengulang semula nyanyian pada bahagian tertentu jika didapati berlaku kesilapan. Nyanyian diteruskan sehingga keseluruhan lagu boleh dinyanyikan dengan baik dan tepat. (kaedah ini sesuai bagi guru yang merasakan dirinya tidak boleh menyanyikan lagu dengan tepat. Walau bagaimanapun cara ini mengundang beberapa masalah dari segi teknikal dan kekeliruan ketepatan nyanyian)

  16. Beberapa Peringatan Penting • Jika rakaman lagu dalam bentuk keset, pastikan lagu yang hendak diajar telah dirakamkan beberapa kali dari sumber ke dalam satu keset lain. Ini bertujuan mengelakkan daripada guru banyak menghabiskan masa untuk kerja ‘rewind’ lagu. Cara ini dapat mengelak daripada murid tertunggu-tunggu dan mula membuat bising.

  17. Rakaman dalam bentuk CD adalah paling sesuai digunakan kerana mudah diselenggarakan.

  18. Pemilihan lagu perlu mengambil kira tahap penguasaan bahasa atau vokabulari kanak-kanak dan tidak terlalu panjang.

  19. Senikata lagu sebaiknya dibaca mengikut corak irama lagu.

  20. Aktiviti sampingan yang boleh dilakukan selain daripada permainan perkusi dan gerakan semasa nyanyian ialah bertepuk tangan pada detik yang kuat (accent) atau mengikut corak irama lagu.

  21. Lompat sikatak lompat Lompatlah tinggi tinggi Katak berkaki empat Bertelur dalam perigi Telur dilindung buih Menetas jadi berudu Berenang di dalam air Ke hilir mencari ibu Berudu berudu makin membesar Tumbuh kaki belakang Kaki depan keluar Ekor panjang hilang Berudu dah cukup sifat Jejari mula melekat Anak katak menjadi kuat Ke darat terus melompat ANAKKATAK

  22. TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR Twinkle twinkle little star How I wonder what you are Up above the world so high Like a diamond in the sky Twinkle twinkle little star How I wonder what you are MUZIK&VOKAL KE SLAID 4 MINUS ONE

More Related