1 / 23

Pembentukan kata NAMA, KERJA & ADJEKTIF

Imbuhan awalan. Pembentukan kata NAMA, KERJA & ADJEKTIF. Fungsi. Digabungkan di hadapan kata dasar. Diwujudkan melalui TIGA bentuk …. Awalan kata NAMA. Awalan kata KERJA. Awalan kata ADJEKTIF. pe-, pem-, pen-, peng-, penge-,per-, ke-.

apollo
Download Presentation

Pembentukan kata NAMA, KERJA & ADJEKTIF

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Imbuhan awalan Pembentukan kata NAMA, KERJA & ADJEKTIF

  2. Fungsi • Digabungkan di hadapan kata dasar. • Diwujudkan melalui TIGA bentuk … Awalan kata NAMA Awalan kata KERJA Awalan kata ADJEKTIF pe-, pem-, pen-, peng-, penge-,per-, ke- me-, mem-, men-meng-, menge-, ber-, ter-, di- ter- & se-

  3. AWALAN pen- peng- Kata nama ke- penge- pe- per-

  4. Awalan kata nama pe- • Dicantumkan pada kata dasar tanpa mengubah bunyi pada awal kata dasar. • Orang yang mengalami perbuatan kata dasar. • CONTOH 1: sakit pesakit (orang yang sakit) • CONTOH 2: tugas petugas (orang yang ditugaskan) • Orang yang melakukan sesuatu yang dimaksudkan kata dasar. • CONTOH 1: kebun pekebun (orang yang mengusahakan kebun) • CONTOH 2: niaga peniaga (orang yang berniaga)

  5. Awalan kata nama peN- Boleh berubah menjadi pe-, pen-, pem-, peng- dan penge- berdasarkan huruf awal kata dasar yang mengikutinya.

  6. Awalan kata nama MAKNA 1 : Orang yang melakukan sesuatu Contoh : Pengail itu amat gembira kerana mendapat seekor ikan haruan yang amat besar dan berat. _____________ itu telah ditangkap kerana menceroboh kawasan Hutan Simpanan pemerintah dan mengugat kehidupan haiwan di sana. Pemburu MAKNA 2 : Orang yang memegang jawatan atau tugas Contoh :Encik Malik pernah menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Nanyang selama enam tahun. _______________ sekolah kami merotan sekumpulan pelajar yang ditangkap merokok di kolong blok yang berhampiran. Pengetua

  7. Awalan kata nama Makna 3 : Orang yang mempunyai sifat sebagaimana kata dasarnya. Contoh : Mak Tijah seorang yang penyabar walaupun sering difitnah jiran – jirannya. Guru sering mengingatkan para pelajar yang ____________ agar mengubah sikap mereka sekiranya mereka ingin berjaya. pemalas Makna 4 : Alat atau objek untuk melakukan sesuatu Contoh :Siti menggunakan penjemur untuk menyidai pakaiannya yang baru dicuci. Mesin _____________ baju itu telah rosak dan harus diperbaiki. pencuci

  8. Awalan kata nama per- Bergabung dengan kata nama atau kata kerja tanpa mengubah bunyi atau huruf awal kata dasar tersebut. A) Tempat atau alat perbara : Tempat bara api untuk membakar kemenyan. B) Orang yang melakukan perbuatan atau kerja pertapa : Orang yang bertapa untuk mencari ilmu dan sebagainya.

  9. Awalan kata nama ke- Penggunaannya agak terhad. Bergabung dengan kata dasar tanpa mengubah huruf awal kata dasar tersebut. A) Orang atau perkara yang diwujudkan daripada kata dasar. kehendak : Jambatan itu dibina mengikut kehendak penduduk kampung itu. B) Membentuk kata bilangan kedua : Anak Puan Salimah mendapat tempat kedua dalam pertandingan berpidato itu.

  10. AWALAN di- mem- ter- Kata kerja menge- me- beR-

  11. Awalan kata kerja beR- Bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja tak transitif. Terdapat 3 bentuk …

  12. Awalan kata kerja Awalan beR- bergabung dengan kata dasar boleh menghasilkan beberapa makna…

  13. Awalan kata kerja

  14. Awalan kata kerja ter- Bergabung dengan kata dasar tanpa mengubah huruf awal kata dasar kecuali huruf ‘r’ akan digugurkan pada kata dasar tertentu. Contoh : ter + rasa terasa Boleh membawa beberapa maksud ….

  15. Awalan kata kerja meN- Boleh berubah menjadi me-, men-, mem-, meng- dan menge- berdasarkan huruf awal kata dasar yang mengikutinya.

  16. Awalan kata kerja

  17. Awalan kata kerja MAKNA 1 : Melakukan perbuatan Contoh : Emak memasak bubur nasi untuk kami hari ini. Polis telah ___________ perompak yang telah memecah masuk beberapa buah rumah di kawasan itu. menggari MAKNA 2 : Melakukan kerja menggunakan sesuatu Contoh : Orang itu mengambil upah mencangkul tanah di kebun sayur. Abang membantu ayah _____________ rumah agar kelihatan baru pada hari raya nanti. mengecat

  18. Awalan kata kerja MAKNA 3 : Menuju ke arah Contoh : Pesawat yang berlepas dari Australia malam tadi akan mendarat di Singapura jam enam pagi. Ibu sentiasa mengingatkan adik agar berhati – hati ketika hendak ________________ jalan raya. menyeberang MAKNA 4 : Berlaku seperti atau menyerupai Contoh : Abu membatu kerana tidak dapat menjawab soalan yang diajukan Cikgu Salim. Cikgu Dahlan ___________ apabila salah seorang pelajar tidur semasa dia mengajar. menyinga

  19. Awalan kata kerja Bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja pasif yang merujuk kepada orang ketiga. CONTOH : 1. Si Belang terlompat apabila ekornya ____________ Salimah. 2. Kambing peliharaan Pak Amat itu ______________ pada sebatang pokok. 3. Kawasan paya itu telah ______________ sebuah syarikat pembinaan yang ingin menjadikan kawasan itu pusat rekreasi. ditarik ditambat dibeli

  20. AWALAN ter- Kata Adjektif se-

  21. Awalan kata adjektif ter- Bergabung dengan kata adjektif. Tidak mengubah huruf awal kata dasar kecuali yang bermula dengan huruf ‘r’ akan digugurkan.

  22. Awalan kata adjektif se- Bergabung dengan kata adjektif. Membawa maksud sama. 1. Rumah orang kaya yang dibina di atas bukit itu seindah istana. 2. Alif mampu membeli sebuah kereta mewah sebesar kereta pengurusnya.

More Related