1 / 27

EED 3217 :EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

EED 3217 :EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK. PROF. MADYA DR. ABDUL RASID BIN JAMIAN arasid@putra.upm.edu.my. Edward de Bono. Lahir di Malta pada 1933 Bidang pemikiran kreatif Prinsip De Bono: A. sentiasa bersikap positif dan konstruktif B. tujuan berfikir C. pemikir alternatif

kaemon
Download Presentation

EED 3217 :EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. EED 3217 :EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK PROF. MADYA DR. ABDUL RASID BIN JAMIAN arasid@putra.upm.edu.my

  2. Edward de Bono

  3. Lahir di Malta pada 1933 • Bidang pemikiran kreatif • Prinsip De Bono: • A. sentiasa bersikap positif dan konstruktif • B. tujuan berfikir • C. pemikir alternatif • D. penglibatan nilai

  4. SIFAT KECERGASAN SEMULA JADI PADA KANAK-KANAK • Edward de Bono (1993) menggunakan pendekatan CoRT Thinking Programme yang membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanak-kanak.

  5. 6 bahagian program Cognitive Research Trust • CoRT 1 – Keluasan • CoRT 2 – Organisasi • CoRT 3 – Interaksi • CoRT 4 – Kreativiti • CoRT 5 – Maklumat dan rasa • CoRT 6 - Tindakan

  6. CoRT Program • CoRT 1 - terdapat perkara yang boleh diambil kira dan dikaitkan dengan kecerdasan pemikiran kreativiti kanak-kanak. • Aims, Goals and Objectives (AGO) – Tujuan, Matlamat dan Objektif • First Important Priorities (FIP) - Perkara Penting yang Menjadi Keutamaan • Consider All Factors (CAF) - Ambil kira semua faktor

  7. Other People’s View (OPV) - Pandangan orang lain • Alternatives, Possibilities and Choices (APC) - Alternatif, kemungkinan, pilihan • Consequence & Sequel (C&S) - Kesan dan akibat daripada kesan • Plus, Minus & Interesting (PMI) – Yang baik, yang buruk dan yang menarik

  8. Aims, Goals and Objectives (AGO) – Tujuan Matlamat dan Objektif • Membantu kanak-kanak supaya lebih fokus apabila berfikir. • Membantu supaya tidak tersasar jauh daripada matlamat berfikir • Menyelesaikan masalah yang utama.

  9. AGO dapat dikaitkan dengan tujuan asal seseorang itu berfikir. • Menggelak kanak-kanak daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dan hal yang remeh-temeh. • AGO juga menghalang kanak-kanak menyeleweng ke arah lain.

  10. First Important Priorities (FIP) - Perkara penting yang menjadi keutamaan • FIP untuk membantu kanak-kanak supaya mengambil kira perkara-perkara yang mustahak • Menghalang kanak-kanak berfikir perkara yang tidak penting • Kanak-kanak menyusun perkara-perkara yang penting sahaja sebagai maklumat penting.

  11. Consider All Factors (CAF) - Ambil kira semua faktor • Meluaskan pandangan ke arah yang penting. • Mudah dipelajari , diingat dan digunakan dalam kehidupan seharian. • Melatih otak kanak-kanak jangan berfikir satu hala sahaja. • Ia menolong meluaskan persepsi.

  12. Other People’s View (OPV) - Pandangan orang lain • Kanak-kanak fikirkan ada memberi kesan kepada orang lain. • OPV membantu kanak-kanak memahami sudut pandangan orang lain. • Kanak-kanak boleh merasai apa kanak-kanak lain rasa.

  13. Alternatives, Possibilities and Choices (APC) - Alternatif, kemungkinan, dan pilihan • Digunakan supaya kanak-kanak berfikir secara selari. • Mengkehendaki kanak-kanak berfikir mara ke depan dan beberapa perkara secara serentak. • Kanak-kanak akan mencipta pelbagai penjelasan dan persepsi.

  14. Consequence & Sequel (C&S) - Kesan dan akibat daripada kesan • Guna C&S untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan. • Tujuannya untuk membuat penilaian secara terbaik.

  15. Plus, Minus & Interesting (PMI) – baik, buruk dan menarik • Kanak-kanak mengarahkan mindanya ke arah yang penting sahaja. Individu yang cekap akan membuat penilaian atas apa-apa yang mereka lihat mahupun dengar. Penilaian mereka berdasarkan apa yang mereka tahu. • Mudah digunakan. Ia sangat sesuai dengan kehidupan seharian kanak-kanak.

  16. ENAM TOPI BERFIKIR – Edward de Bono • Topi putih: Pemikiran berdasarkan maklumat, fakta dan data. Siapa?, berapa?, di mana?, bila?, bagaimana?. • Topi merah: Pemikiran berkaitan perasaan, naluri dan gerak hati. Apa? dan mengapa?

  17. Topi hitam: Pemikiran perihal penghakiman, kebenaran dan kesesuaian fakta. • Kanak-kanak mengetahui kebenaran sama ada betul atau salah, benar ataupun palsu • Kanak-kanak dapat menghindarkan diri melakukan kesalahan, kesilapan ataupun membuat keputusan yang tidak bijak. Soalan yang sering ditanya ialah Adakah...? • Mementingkan realiti dan kebenaran. Kanak-kanak cenderung mencari apa-apa sahaja yang terbukti salah.

  18. Topi kuning: Pemikiran berkaitan kelebihan, manfaat dan keunikan sesuatu idea. • Lambang pemikiran konstruktif, iaitu gaya pemikiran membina, mencari segala kebaikan, manfaat, kelebihan, keunikan ataupun faedah daripada mana-mana idea. Kanak-kanak akan bertanya: • Apakah manfaatnya? • Apakah faedahnya? • Di manakah kebaikannya?

  19. Topi hijau: Memikir idea baharu, cadangan, eksplorasi dan alternatif. • Gaya pemikiran kreatif. • Kanak-kanak mencari idea, alternatif dan menyediakan cadangan-cadangan baharu. • Kanak-kanak mencari sebanyak mungkin idea baharu. Idea yang ada jangan dikritik.

  20. Mengambil idea lucu ataupun pelik ataupun dianggap gila-gila. • Kanak-kanak digalak mencabar idea lama. • Kita perlukan idea baharu. • Kita perlukan cadangan baharu di sini. • Kita memerlukan cara baharu di sini.

  21. Topi biru: Pemikiran tentang bagaimana mengawal dan menyelia proses berfikir bagi enam topi itu. • Kanak-kanak ini menganggap dirinya lebih baik daripada kanak-kanak lain. • Kanak-kanak ini dapat menegur idea kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini cuba menjadi ’hero’. • Memaksimumkan kejayaan melalui gabungan dengan idea kanak-kanak lain.

  22. TeoriPelbagaiKecerdasan (Multiple Intelligences) • Howard Gardner mempercayai kanak-kanak yang kreatif dan mengalami perkembangan kecerdasan yang melibatkan otak dapat dibahagikan kepada sembilan kumpulan. • Kecerdasan bahasa • Mempunyai kemahiran berbahasa tinggi, baik dari segi pertuturan mahu pun penulisan.

  23. Kecerdasan logikal/matematik • Kanak-kanak sering digelar ‘pemikiran saintifik’, iaitu melibatkan pemikiran induktif dan deduktif, penaakulan, proses pengiraan dan struktur logik. • Kecerdasan tampak/ruang • Pengamatan tampak, menghasilkan imej mental, peka dalam gambaran pola atau corak.

  24. Kecerdasan kinestetik • Pergerakan fizikal atau psikomotor, kebebasan tubuh badan yang berkait rapat dengan gerak balas otak. • Kecerdasan ritma/muzik • Penguasaan corak ton muzik dan bunyi. Kanak-kanak sensitif pada bunyi dan irama.

  25. Kecerdasan interpersonal • Hubungan dengan orang lain dari segi komunikasi. Mempengaruhi orang lain kerana mempunyai kemahiran tertentu. • Kecerdasan intrapersonal • Mempunyai keyakinan dan pemahaman pada diri sendiri, kemahuan, perasaan dan kesedaran yang dimiliki.

  26. Kecerdasan spiritual • Keupayaan luar jangkaan manusia biasa, berkeupayaan bertindak atau berkomunikasi secara yang tidak lazim, mencakupi dimensi roh (ghaib) yang luar keupayaan manusia biasa. • Kecerdasan ekologi • Keupayaan manusia menyesuaikan dirinya dan mengadaptasikan dengan suasana dan keadaan alam persekitarannya.

  27. Sekian. Terima kasih.

More Related