1 / 52

Simposium DPI 2013

Simposium DPI 2013. PROF NAQUIB AL-ATTAS Kehidupan dan Sumbangannya dalam Sejarah & Falsafah Pendidikan. Ustaz Muhd Noor Deros.

creda
Download Presentation

Simposium DPI 2013

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Simposium DPI 2013 PROF NAQUIB AL-ATTAS Kehidupan dan Sumbangannya dalam Sejarah & Falsafah Pendidikan Ustaz Muhd Noor Deros

  2. "...Ayam Jantan juga simbol bagi keadaan sedar celik dan jaga waspada serta giat berusaha mahupun ke arah perkara ruhani mencari rasa dan ma'na diri dengan maksud mencapai irfan." - Adab & Peradaban, Karya Peng'tirafan untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas

  3. Riwayat Hidup Prof. Naquib al-Attas Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, dilahirkan di Bogor, Jawa Barat, pada tanggal 5 september 1931. Ayahnya bernama Syed Ali bin Abdullah Al-Attas berasal dari Tanah Arab (keturunan Hadrami – Arab hadramaut, Yaman) yang salasilahnya merupakan keturunan ulama dan ahli tasawuf yang terkenal dari kalangan sayid. Ibunya bernama Syarifah Raguan Al-Idrus, keturunan kerabat raja-raja Sunda Sukapura, Jawa Barat.

  4. Riwayat Hidup Prof. Naquib al-Attas Latar belakang pendidikan (formal) Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas bermula sejak beliau berusia 5 tahun. Ketika beliau berada di Johor Bahru, tinggal bersama dan di bawah didikan saudara ayahnya Encik Ahmad, kemudian dengan Ibu Azizah hingga perang dunia kedua meletus.

  5. Pendidikan Prof. Naquib al-Attas Pada tahun 1936-1941, beliau belajar di Ngee Neng English Primary School di Johor Bahru. Pada zaman Penjajahan Jepun, beliau kembali ke Jawa Barat dan menetap di sana selama 4 tahun.

  6. Pendidikan Prof. Naquib al-Attas Beliau belajar bahasa Arab di Madrasah Al-Urwatul Wutsqa di Sukabumi, Jawa Barat pada tahun 1942-1945. Tahun 1946 beliau kembali lagi ke Johor Bahru dan tinggal bersama bapa saudaranya Engku Abdul Aziz (menteri besar Johor waktu itu), lalu dengan Datuk Onn Jaafar yang kemudian juga menjadi Menteri Besar Johor (Dato Onn merupakan Presiden UMNO pertama).

  7. Pendidikan Prof. Naquib al-Attas Pada tahun 1946, Al-Attas melanjutkan pelajaran di Bukit Zahrah School dan seterusnya di English College Johor Bahru tahun 1946-1949.

  8. Pendidikan Prof. Naquib al-Attas Kemudian, beliau menyertai angkatan tentera (1952-1955) sehingga pangkat Leftenan. Namun, beliau keluar dari tentera dan melanjutkan kuliah di University Malaya tahun 1957-1959, seterusnya melanjutkan pelajaran di McGill University, Montreal, Kanada, dan mendapat gelar M. A.

  9. Pendidikan Prof. Naquib al-Attas Tidak lama kemudian, beliau melanjutkan lagi pada program pascasarjana di University of London tahun 1963-1964 hingga mendapat gelar Ph.D.

  10. Pengalaman Prof. Naquib al-Attas Setelah menyelesaikan pembelajarannya di England, Syed Muhammad Naquib al-Attas menjadi dosen di Universiti Malaya, hingga akhirnya beliau dilantik menjadi ketua jurusan sastera di Fakulti kajian Melayu di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pada tahun 1968-1974, beliau menjabat jawatan sebagai Dekan Fakulti Sastera Universiti Malaya.

  11. Pengalaman Prof. Naquib al-Attas Beliau adalah pengasas-pengarah International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC). Menurut catatan Wan Mohd Nor Wan Daud, al-Attas telah menulis 26 buku dan Monograf, baik yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris mahupun Melayu, dan banyak yang diterjemahkan ke dalam bahasa lain; seperti Bahasa Arab, Persia, Turki, Urdu, melayu, Indonesia, Prancis, Jerman, Rusia, Bosnia, Jepang, India, Korea dan Albania.

  12. Istifaadah • Beliau membesar di dalam keluarga berjiwa pejuang yang mementingkan ilmu dan memelihara tradisi Islam dengan setia. • Beliau adalah keturuan Baginda s.a.w yang ke-37. • - Beliau banyak bersafar.

  13. Istifaadah • - Pernah bertentang mata dan berdebat dengan puak orientalis. Sangat kenal dengan barat. • Berusaha untuk menzahirkan Hikmah ke alam realiti. • Karya-karya seni beliau dan ISTAC.

  14. Manhaj/Metodologi Ilmu • Prof Naquibberusahamelahirkanmaknadanpenafsiransegardaripadafaham-faham yang lama,keranaseorangalimitutidaksemestinyaharusmembawafaham-fahambaru, keranabanyak master ideas sepertikepercayaanpadaTuhan. • Tujuanterakhirperjalananrohanimanusia, prinsip-prinsipakhlaqdansebagainyatidakbersumberdaripadaakalmanusiasebaliknyaiadatangdaripadawahyu. Kestabilan yang dinamik.

  15. Manhaj/Metodologi Ilmu - Faham adab. Bahawa setiap perkara itu ada tempatnya. Mengakui dan menurutinya adalah hikmah. Adab adalah antara tema asasi pemikiran beliau.

  16. Manhaj/Metodologi Ilmu - Seperti Imam Ghazali, Prof Naquib melaungkan seruan islamisasi bahasa, ilmu & pandangan alam. Imam Ghazali menulis didalam kitabnya Ihya Ulumiddin bahawa pada zaman beliau istilah-istilah kunci Islam seperti fiqh, tauhid, ilm, zikir, telah diberikan pengertian yang salah. Beliau menulis Ihya ulumiddin nya bagi memperbetulkan kesalahan yang serius itu. Begitu juga dengan Prof Naquib.

  17. Manhaj/Metodologi Ilmu - Menekankan aspek epistemologi dan menerangkan dengan jelas epistemologi Islam yang betul. Penekanan pada pemikiran rasional dan kajian saintifiktanpa mengabaikan ketinggian pengalaman kerohanian sebagai sumber ilmu.

  18. Disiplin Ilmu Agama الأديان Falsafah الحكمة Tasawwuf التصوف Metafizika ميتافيزيقا Kosmologi كسمولوجيا Bahasa Melayu اللغةالملايوية Sejarah شجرة/تاريخ Pendidikan تأديب

  19. Sumbangan Prof. Naquib Al-Attas dalam bidang Tasawwuf, Ilmu Kalam & Hikmah (Falsafah) - Sarjana yang pertama menulis berdasarkan pemerhatian tentang tasawwuf sebagaimana ia difahami dan diamali oleh masyarakat Melayu. - Orang pertama yang menulis sharah ke atas karya-karya besar tasawwuf Melayu berdasarkan makhtutat abad ke-16 dan ke-17. Salah satu darinya diperakui pada peringkat antarabangsa dan telah disenaraikan dalam International Bibliography of Philosophy di Brussels, Belgium.

  20. Sumbangan Prof Naquib Al-Attas dalam bidang Tasawwuf, Ilmu Kalam & Hikmah (Falsafah) - Pencetus Ilmu Kalam Jadid. - Melakukan diagnosis pada akar penyakit ketamadunan Barat, yaitu pada falsafah dan mitologi mereka yang melahirkan penyakit ketiadaan erti dan tujuan hidup dan hilangnya kebahagiaan. Mitologi Sysiphus & faham Tragedy.

  21. "Di sini tragedy bukan lagi suatu bentuk seni, oleh kerana ia telah memberikan kesan yang nyata dan khusus kepada budaya pemikiran dan keruhanian Barat pada semua zaman, baik yang berasaskan akal, atau agama, mahupun yang sekular, dan telah mengambil tempat yang mu'tamad dalam dongeng serta mitos orang Barat…

  22. “… Hal ini merupakan petanda yang cukup nyata bahawa tragedy - sebagaimana yang dialami dan disedari oleh orang Barat - adalah suatu pengalaman yang sebenarnya mereka lalui, dan bentuk yang dilakonkan dalam drama-drama ini hanyalah suatu bayangan mencerminkan apa yang sebenarnya berlaku dalam hidup mereka." - Prof Naquib Al-Attas, Ma'na Kebahagiaan & Pengalamannya Dalam Islam, ms 28.

  23. Karya-karya dalam bidang Tasawwuf, Ilmu Kalam & Hikmah (Falsafah) 1. Rangkaian Rubai'yat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1959. 2. Some Aspects of Suftsm as Understood and Practised among the Malays, Malaysian Sociological Institute, Singapore, 1963. 3. Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh, Monograph of the Royal Asiatic Society, Malaysian Branch, no. Ill, Singapore, 1966. 4. The Mysticism of Hamrah Fansuri, University of Malaya Press, Kuala Lumpur, 1970. 5. Comments on the re-examination of al-Raniri's Hujjatu'l-Siddiq—A Refutation, Museums Department, Kuala Lumpur, 1975.

  24. Metafizika, Bahasa & Pandangan Alam Islam Demonstrasi

  25. Contoh Perkataan-Perkataan Penting Yang Membentuk Pandangan Alam Seseorang Atau Sesebuah Masyarakat Perubahan & Kemajuan التغيروالتطور Apakah erti sebenar perkataan-perkataan ini? Kebahagiaan السعادة Kebebasan الإختيار

  26. Sumbangan dalam Bidang Metafizika, Bahasa & Pandangan Alam Islam • Karya-karya beliau dalam bahasa Melayu yang membicarakan bidang-bidang Islam adalah istimewa kerana bahasanya yang berirama sekaligus menjadi ikutan para golongan belia di Malaysia yang memberati kepada pemikiran ilmiah. • Ini menandakan buat pertama kalinya bahasa Melayu moden digunakan secara ‘akliah dan sekaligus merupakan suatu bentuk baru pada bahasa Melayu.

  27. Sumbangan dalam Bidang Metafizika, Bahasa & Pandangan Alam Islam - Dengan usaha giatnya maka tulisan Jawi, yang secara perlahan-lahan cuba dihapuskan sejak kemerdekaan dalam tahun 1957, telah diperkenalkan kembali sebagai huruf rasmi bahasa Melayu pada tahun 1970.

  28. دسباليكجملهتتك

  29. Karya-karya dalam bidang Metafizika, Bahasa & Pandangan Alam Islam 1. Islam : Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality, Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM), Kuala Lumpur, 1976. 2. Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak, ABIM, Kuala Lumpur, 1977. 3. Islam and the Philosophy of Science, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur, 1989. 4. The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul, ISTAC, Kuala Lumpur, 1990.

  30. Karya-karya dalam bidang Metafizika, Bahasa & Pandangan Alam Islam 5. The Intuition of Existence, ISTAC, Kuala Lumpur, 1990. 6. On Quiddity and Essence, ISTAC, Kuala Lumpur, 1990. 7. The Degrees of Existence, ISTAC, Kuala Lumpur, 1994. 8. Prolegomena to the Metaphysics of Islam, Kuala Lumpur, 1995.

  31. Sejarah - Perdebatan beliau dengan beberapa ahli orientalis Belanda dalam bidang Sejarah Islam, Kajibahasa dan Sejarah Persuratan Islam telah membuka cabang-cabang baru dalam penyelidikan dan pengajian.

  32. Sejarah - Beliau adalah orang pertama yang mengemukakan teori asli tentang kedatangan Islam ke Alam Melayu. Usaha ini telah membangkitkan suatu kesedaran untuk menilai semula Sejarah Islam di Asia Tenggara. Dalam hal ini pendekatan beliau dalam kajian Islam dalam sejarah dan kebudayaan, termasuklah masalah pembahagian zaman dan pengaruh tasawwur Islam ke atas bahasa dan pemikiran Melayu adalah penting.

  33. Sejarah - Beliau juga adalah orang yang pertama yang telah dapat menyatakan dengan pasti asal-usul bentuk persajakan Melayu yang dikenali sebagai sha'ir, dan telah mengenal-pasti orang yang pertama bertanggungjawab ke atas bentuk itu.

  34. Sejarah - Beliau adalah ilmuwan pertama yang mengenalpasti dan menghitung tarikh sebenar yang terpahat pada Batu Bersurat Terengganu, sekaligus menyelesaikan kekusutan yang telah membebankan para orientalis selama lebih dari setengah abad. Karya ini adalah amat penting kerana ia mempengaruhi secara langsung penulisan sejarah Islam di Asia Tenggara.

  35. Kepintaran Prof. Naquib di dalam Menemukan Tarikh Tepat yang tertera di Batu Bersurat Terengganu Batu Bersurat Terengganu ini merakamkan betapa Islam telah ada di Terengganu sebelum 4 Rajab 702H/21 Februari 1303M. Ini telah mengubah sejarah awal yang menyebut bahawa Islam mula tiba di Malaysia melalui Melaka dalam tahun 1409 Masihi.

  36. Kepintaran Prof. Naquib di dalam Menemukan Tarikh Tepat yang tertera di Batu Bersurat Terengganu Hampir semua buku sejarah mengatakan bahawa Islam di negara ini bermula di Melaka tetapi penemuan Batu Bersurat itu menyebut bahawa Islam tiba melalui Terengganu 100 tahun lebih awal iaitu 22 Februari 1303.

  37. Prof Naquib Al-Attas "...Juma'at dibulan Rajab di tahun Sharatan disasanakala Baginda Rasul Allah telah lalu tujoh ratus dua." جمعة دبولنرجب دتاهنىىرطان دسسنكلابكندارسولاللهتلهلالوتوجهراتسدوا

  38. Major H.S Paterson "...Juma'at dibulan Rajab ditahun Saratan disasanakala Baginda Rasul Allah telah lalu tujoh ratus dua. (Seven hundred and (?) (years)..." جمعة دبولنرجب دتاهنىىرطان دسسنكلابكندارسولاللهتلهلالوتوجهراتسدوا

  39. Tarikh yang tepat adalah 4 Rajab 702H/ 21 Februari 1303M Aries Atau? Cancer Yaqin & Penelitian Saintifik Sebagai Sumber Ilmu Yang Berwibawa

  40. Karya-karya dalam Bidang Sejarah 1. The Origin of the Malay Sha'ir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1968. 2. Preliminary Statement on a General Theory of the Islamisation of the Malay-Indonesian Archipelago, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1969. 3. The Correct Date of the Trengganu Inscription, Museums Department, Kuala Lumpur, 1971. 4. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur, 1972. 5. Historical Fact and Fiction, Kuala Lumpur, Malaysia: UTM Press, 2011.

  41. Pendidikan - Profesor al-Attas adalah seorang ahli flkir Islam dalam zaman moden ini yang bertanggungjawab mengemukakan dan menta'rif faham 'islamisasi'. Beliaulah yang memulakan pergerakan perubahan ilmiah (epistemological revolution) yang dialami di kalangan umat Islam kini dengan mengemukakan dan menta'rifkan faham 'islamisasi ilmu-llmu masakini', yang menurut pandangan beliau merupakan masalah utama yang dihadapi umat Islam kini.

  42. Pendidikan - Beliau menulis bahawa istilah tepat bagi pendidikan adalah Ta'dib تأديب bukan Tarbiyah تربية ataupun Ta'lim تعليم. إنهذاالقرآنمأدبةالله، فتعلموامأدبتهمااستطعتم "Sesungguhnya Al-Quran ini adalah jemputan jamuan daripada Allah, maka belajarlah daripada Ma'dabahNya semampu kamu." - Riwayat Ibn Mas'ud

  43. Pendidikan Yang ingin dididik adalah manusia, dan manusia adalah Hayawan Naatiq (Hidupan yang berbahasa). Bahasa membawa erti makna & logika, yaitu memahami tempat dan keterkaitan semua perkara. Alat mencapai makna dan logika pula adalah aqal & qalbu manusia yang pada hakkikatnya adalah satu dan bersifat rohani, maka bukanlah dinamakan pendidikan jika yang dididik itu bukankah rohani manusia. Dan sumber roh manusia adalah Allah s.w.t

  44. Pendidikan Maka Takrif Pendidikan oleh Prof Naquib : "Pengenalan dan pengakuan yang secara beransur-ansur ditanamkan ke dalam diri manusia, tentang tempat-tempat yang tepat dari segala sesuatu di dalam tatanan penciptaan, sehingga membimbing ke arah pengenalan dan pengakuan tempat Tuhan yang tepat di dalam tatanan wujud dan keperibadian." - Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas, The Concept of Education in Islam, ms 13.

More Related