1 / 32

KARYA TATABAHASA MELAYU DAN PEMBENTUKAN KATA

MINGGU 02. KARYA TATABAHASA MELAYU DAN PEMBENTUKAN KATA. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat: * menerangkan karya awal tatabahasa Melayu dan tatabahasa rujukan * menghuraikan pembentukan kata bahasa Melayu. KARYA AWAL TATABAHASA MELAYU.

vina
Download Presentation

KARYA TATABAHASA MELAYU DAN PEMBENTUKAN KATA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MINGGU 02 KARYA TATABAHASA MELAYU DAN PEMBENTUKAN KATA

  2. HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: * menerangkan karya awal tatabahasa Melayu dan tatabahasa rujukan * menghuraikan pembentukan kata bahasa Melayu

  3. KARYA AWAL TATABAHASA MELAYU • Daftar kata telah dihasilkan oleh Pigafetta, Elbinck dan C. Houtman pada abad ke-16 • Bentuk kamus dan huraian tatabahasa oleh penulis Belanda seperti F. De Houtman (1803), Wiltens Dankaerts (1623), Heumius(1650), dan Gueynier (1677) • Karya yang paling berjaya pada masa itu ialah karya Werndly(1736) • Sumbangan orang Inggeris bermula pada kurun ke-19, seperti Marsden(1812), W. E. Maxwell (1882), Shellaber(1899), dan R.O. Winstedt (1913) • Penulis lain yang terlibat ialah Eliot(1825), de Hollander (1845), A.P. Favre (1876), Klinkert(1879), Pijnappel (1888), dan Roorda Van Eysinger (1939)

  4. KARYA AWAL TATABAHASA MELAYU • Bustanul Katibin (1857) • Pemimpin Johor (1878) • Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (1911) oleh Abdullah bin Abd Rahman • Senjuh Suratan (1922) oleh Mohd Shah bin Yusof • Kitab Pelita Mengarang (1925) oleh O.T. Dussek dan Mohd Hashim bin Hj Talib • Kitab Punca Bahasa (1928) oleh Abdullah bin Talib • Rencana Melayu (1928) oleh Raja Hj Mohd Tahir bin Mursyid Riau • Ilmu Mengarang Melayu (1934) oleh Za’ba • Kitab Penanggam Bahasa (1936) oleh Ibrahim bin Hj Salam • Kitab Permulaan Mengarang (1936) oleh Syed Muhammad bin Othman • Jalan Bahasa Melayu (1937) oleh Hj Muhammad Said bin Sulaiman • Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu (1939) oleh Hj Muhammad Said bin Sulaiman • Pelita Bahasa Melayu (1940) oleh Za’ba

  5. TATABAHASA RUJUKAN • Asmah Haji Omar. (2011). Nahu Kemas Kini.. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd • Hasan Alwi et. al. (2000). Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka • Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden.. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd • Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka • Za’ba. (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

  6. Hasan Alwi, et. al. (2000). Tatabahasa Baku Bahasa IndonesiaEdisi Ketiga. Jakarta: Balai PustakaDaftar Isi • Bab I Pendahuluan… … … … 01 • Bab II Beberapa Pengertian Dasar… … 25 • Bab III Bunyi Bahasa dan Tata Bunyi… … 47 • Bab IV Verba… … … … … 87 • Bab V Adjektiva… … … … 171 • Bab VI Adverbia… … … … 197 • Bab VII Nomina, Pronomina, dan Numeralia … 213 • Bab VIII Kata Tugas… … … … 287 • Bab IX Kalimat… … … … 311 • Bab X Hubungan Antarklausa… … … 385 • Bab XI Wacana… … … … 419

  7. Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaDaftar Isi • Sejarah Ringkas Bahasa Melayu • Variasi Bahasa Melayu • Morfologi: Satu Pengenalan • Pembentukan Kata • Golongan Kata • Kata Nama • Kata Kerja • Kata Adjektif • Kata Tugas • Pembentukan Kata Baharu • Sintaksis: Satu Pengenalan • Frasa Nama • Frasa Kerja • Frasa Adjektif • Frasa Sendi Nama • Ayat • Ayat Tunggal • Ayat Majmuk • Proses Penerbitan Ayat

  8. Asmah Hj. Omar. (2011). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Daftar Isi • Makna Nahu • Pembentukan Kata • Kata • Kata Nama • Kata Ganti Nama • Kata Bilangan • Kata Kerja • Kata Adjektif • Kata Kerja Bantu • Kata Adverba • Kata Nafi dan Kata Negatif • Partikel: Kata Depan dan Kata Penghubung • Frasa • Klausa • Ayat • Ayat dalam Wacana

  9. Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. BhdDaftar Isi • Kata Nama dan Kata Ganti Nama • Kata Bilangan dan Kata Sifat • Kata Kerja • Kata Keterangan • Kata Tugas • Imbuhan • Kata Majmuk dan Kata Ganda • Frasa • Bahagian Ayat dan Fungsinya • Ayat dan Ayat Inti • Klausa • Ragam dan Jenis Ayat

  10. PEMBENTUKAN KATA Proses bagaimana sesuatu kata itu dicipta, dibentuk, atau diwujudkan dalam sesuatu bahasa, daripada tiada kata kepada ada kata. Pewujudannya melalui duasumber, iaitu: Asal bahasa Pembentukan melalui proses tertentu

  11. PEMBENTUKAN KATAAsal Bahasa • Keluarga Indonesia • Keluarga Melanesia • Keluarga Mikronesia • Keluarga Polinesia

  12. PEMBENTUKAN KATAPembentukan kemudian melalui proses tertentu • pengimbuhan • penambahan • penggabungan • analogi • makna Khusus • penciptaan • akronim • peleburan fonem • peluasan kata • penyingkatan • pinjam terjemah • peluasan makna • penyempitan makna • perubahan makna

  13. PROSES PENGIMBUHAN (affixation) Prosesmenambahimbuhankepadakataakar / dasar, samaadaawalan, sisipan, akhiranatauapitan (MorfemTerikatTerbahagiSerentakatauMorfemTerikatTerbahagiBertingkat). Contoh: serapdiserap, menyerapi, diserapi, menyerapkan, diserapkan, penyerapan, penyerap, terserap, zatpenyerap, kedayaserapan, dayaserap tapabertapa, mempertapakan, pertapaan, pertapa mampukemampuan, memampukan, berkemampuan

  14. PROSES PENAMBAHAN Memberikanpenambahankepadakataakarsatusukukata. Contoh: Penambahbu yang bermaksudsesuatu yang berbentukbulat atauseumpamadengannya bu + lat bulatbu + kit bukit bu + jurbujurbu + luhbuluh bu + lanbulanbu + sutbusut bu + ihbuihbu + tirbutir bu + sung busung Penambahkit yang bermaksudnaikkeatas bang + kit bangkitra + kit rakit jung + kit jungkitung + kit ungkit

  15. Peleburankataataubahagiankatakepadasatukatamelaluigabungansatuataulebihkataakar / katadasar. Kemudiandiberikanmakna yang berbedadaripadakataasal Terdapattigajenispenggabungan, iaitu: > perangkaianmenjadisatu Contoh: beritahu, jawatankuasa, olahraga, bumiputera > penggunaansempang Contoh: batu-pasir, roda-gigi, dua-sendi, mesin- kira > penulisansecaraterpisah Contoh:aturacara, rumahtangga, tengahhari, jalanraya, alattulis, kahwincampur PROSES PENGGABUNGAN (incorporation / incapsulation)

  16. PROSES ANALOGI (analogy) Bentuk tatabahasa dan leksikal yang berobah disebabkan oleh pengaruh pola seragam lain dalam bahasa, iaitu bentuk yang sudah lazim digunakan. Contoh: jurumudi:jurubayar, jurubicara / cakap, jurukamera, jurukira, jurumasak, juruselam, jururunding, jurubahasa, jurupusaka… tatabahasa:tatakrama / adab, tatabahana, tatabusana, tatacahaya, tataniaga, tatasurya, tatawarna, tatahidup, tataguna, tatausaha, tatalaksana, tatanegara, tatacara… lelaki:cecair, sesendi, pepenjuru, pepejal, cecincin, gegelang, rerama… tunasusila:tunaaksara (buta huruf), tunabusana (telanjang), tunadaksa (cacat tubuh), tunaganda (jamak cacat), tunakarya (penganggur)tunalaras (cacat suara dan nada), tunarungu (tuli),tunagrahita (cacat fikiran), tunanetra (buta), tunawicara (bisu), tunawisma (gelandangan)… prasangka:pralahir, prameswari, prakala, prakarsa, prakonsep, pradesa, pradini, prakata, prakarya, praseminar, prasejarah…

  17. PEMBERIAN MAKNA KHUSUS • Kata umum diberikan makna khusus sehingga menjadi istilah, iaitu kata atau gabungan kata yang mengungkapkan makna konsep, proses, keadaan atau sifat yang khas dalam bidang tertentu. Contoh: surih: gores, garis, bekas, jejak atau kesan yang dilalui siput atas daun pisang surih: menyurih peta (istilah Geografi) rumah: bangunan untuk tempat tinggal rumah: rumah duka, rumah judi, rumah panas (istilah sosial) morfologi: struktur bahasa yang mencakup kata dan bahagian kata (istilah Linguistik) morfologi: ilmu tentang bentuk luar dan susunan makhluk hidup (istilah Biologi) morfologi: struktur luar batu batan dan hubungannya dengan ciri topografi (istilah Geografi)

  18. PROSES PENCIPTAAN (coinage) • Proses pembentukan kata baharu daripada unsur morfologi yang sedia ada, secara sengaja atau berdasarkan kiasan. Contoh: kiwi: Burung sebesar ayam jantan yang bersayap kecil, tetapi tidak dapat terbang, berbulu seperti rambut dan terdapat di Australia kiwi: Jurupetak dalam perahu; orang yang menyewa ruang perahu kiwi:Jenama pengilat kasut Contoh lain: fab, breeze, ajinomoto

  19. AKRONIM (acronym) • Kata yang terbentuk daripada huruf awal kata dalam sesuatu frasa. Singkatan kata itu ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Contoh: ABIM UMNO PAS ASAS 50 MESTI ASEAN BERNAMA INTAN GERAKAN IPTAR KEJORA LUTH PROTON GAPENA PORTUGAL CHOGM COBOL

  20. PELEBURAN FONEM DAN SUKU KATA • Percantuman unsur linguistik atau penggabungan bunyi bahasa atau kata. Kata itu digabungkan menjadi satu dengan meleburkan fonem atau suku kata yang sama • Suku kata ialah satu struktur yang terdiri daripada fonem atau urutan fonem. Contoh: meN + salin menyalin meN + sasar menyasar meN + kagum mengagum beR + rantai berantai beR + rakit berakit beR + rentetan berentetan

  21. PELUASAN KATA • Proses meluaskan kata atau frasa dengan meluaskan konteks penggunaannya. Contoh: bikini: Nama sebuah pulau di lautan Pasifik Barat bikini: Pakaian renang wanita yang hanya terdiri daripada celana dalam, dan kain penutup payu dara monokini: Celana renang wanita

  22. PENYINGKATAN (abbreviation) • Istilah umum yang mencakupi akronim, kontraksi, pemendekan dan pemangkasan huruf atau gabungan huruf. Contoh: bas Prof TV LLN SMA dsb dll hlm Dr UPM UKM USM RM Drs DPR

  23. PINJAM TERJEMAH • Peminjaman kata atau frasa yang melibatkan penerimaan sepenuhnya pola tatabahasa dan maknanya, tetapi unsurnya digantikan dengan bunyi dan morfem bahasa sasaran dan / atau bahasa pinjaman. Contoh: bound morpheme morfem terikat yellow culture budaya kuning honey moon bulan madu network jaringan balanced budget anggaran berimbang status quo (Latin): keadaan yang sedia ada tanpa perubahan) esprit de corps (Perancis): semangat setiakawan dalam kumpulan ceteris paribus (Latin): faktor lain tidak berubah

  24. PEMINJAMAN KATA • Penerimaan unsur daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran melalui pertembungan atau peniruan • Peminjaman ini dilakukan secara terancang dan tidak terancang. Secara tidak terancang termasuklah hubungan sosial, migrasi, penaklukan, mubaligh dan peminjaman antara dialek • Peminjaman terancang termasuklah peminjaman budaya, peminjaman akrab dan peminjaman rinci • Bahasa sumber mungkin terdiri daripada bahasa sekeluarga atau bahasa asing

  25. BAHASA SEKELUARGA • bahasa Jawa / Indonesia gambut nyeri gawai luah ayu langsing lodeh lontong sarapan soto sumber tempe

  26. BAHASA ASING • SANSKRIT: bahasa, cerita, dosa, duka, neraka, raja, suka, syurga, pujangga, penjara, puspa, purbakala… • INGGERIS: bas, basikal, enjin, kapten, kek, komputer, motokar, profesor, radio, televisyen, tiket… • ARAB: adil, faham, fikir, hormat, insan, kitab, muzakarah, nikah, rujuk, sopan, ustaz, waris, wasiat… • BELANDA: fungsi, integrasi, kamar, kontan, lapor, rasionalisasi, resensi, standardisasi, tradisi, variasi… • CHINA: cawan, cincau, duit, kuaci, laici, pangkin, taucu, tauhu, teh… • PARSI: cokmar, gandum, kelasi, kismis, mohor, nafiri, nobat, pasar, saudagar, serunai… • PORTUGIS: almari, bangku, baulu, beranda, bomba, kemeja, lampu, meja, tembakau, tinta… • TAMIL: bagai, helai, mandur, muruku, nilam, kati, kerani, ketumbar, sari… • THAI: menora, rambong, tomyam, wat…

  27. PELUASAN MAKNA • Proses meluaskan makna kata atau frasa dengan meluaskan konteks penggunaannya. Contoh: belayar: - memakai layar - mengharungi lautan dengan kapal / perahu - tidur dengan lena - meninggal dunia dara: - anak perempuan yang belum kahwin; gadis; perawan, keperawanan - ternakan betina yang berumur lebih daripada satu tahun dan belum pernah beranak atau bertelur, meskipun telah bunting - burung merpati (columba domestica) - dara laut = burung camar

  28. PENYEMPITAN MAKNA • Proses menyempitkan makna kata atau frasa dengan menyempitkan konteks penggunaannya. Contoh: tuan: - orang tempat mengabdi - orang yang memberikan pekerjaan; majikan - orang laki-laki yang patut dihormati - wanita bangsawan - kata ganti nama kedua lelaki dan perempuan puan- tempat sirih emas atau perak - isteri datuk - nyonya (lawan tuan) - kelapa yang enak isinya, dan mudah hancur - cairan susu asli (kambing, sapi) - wanita yang patut dihormati

  29. PERUBAHAN MAKNA • Perubahan makna kata yang boleh berupa peluasan, penyempitan, atau pengalihan, dan positif atau negatif. Contoh: hamba: - abdi, budak suruhan - kata ganti pertama (merendah diri) khalwat - mengasingkan diri di tempat sunyi untuk bertafakur; beribadah - berdua-duaan lelaki perempuan yang bukan muhrim di tempat sunyi atau tersembunyi patik - budak belian, hamba tebusan - kata ganti diri ketika menghadap raja - anak anjing contoh lain: gerombolan, wisma, berahi, mengancam…

  30. KESIMPULAN > Penulisan awal tatabahasa Melayu telah diterokai oleh penulis Belanda dan Inggeris. Karya yang dianggap besar dan berjaya pada masa itu ialah karya Werndly (1736), Marsden (1812), Shellabear (1899), dan Winstedt (1913) > Karya penulis tempatan yang paling awal ialah Bustanul Katibin (1857), dan Pemimpin Johor (1878). Karya awal tatabahasa Melayu yang terpenting ialah Pelita Bahasa oleh Za’ba > Karya tatabahasa Melayu moden yang terkemuka ialah Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia Edisi Ketiga (2000), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Nahu Kemas Kini (2011), dan Nahu Melayu Moden (1994) > Bidang yang dicakupi dalam kebanyakan buku tatabahasa moden ialah morfologi dan sintaksis

  31. KESIMPULAN > Secara umum, kata dibentuk melalui dua sumber, iaitu asal-usul bahasa itu sendiri, dan proses tertentu > Asal-usul bahasa: keluarga Indonesia, keluarga Melanesia, keluarga Mikronesia, dan keluarga Polinesia > Proses tertentu: pengimbuhan, penambahan, penggabungan, analogi, makna khusus, penciptaan, akronim, peleburan fonem, peluasan kata, penyingkatan, pinjam terjemah, peluasan makna, penyempitan makna, dan perubahan makna

  32. KATA BIJAK PANDAI • KEBENCIAN YANG ANDA BAWA IALAH BARA BERPIJAR DALAM HATI. JAUH LEBIH MEROSAKKAN DIRI ANDA DARIPADA MEROSAKKAN MEREKA YANG ANDA BENCI berpijar: memancarkan cahaya kerana panas atau terbakar

More Related