1 / 71

KEMISKINAN DAN AGIHAN PENDAPATAN

KEMISKINAN DAN AGIHAN PENDAPATAN. KEMISKINAN MUTLAK. Kemiskinan yang berasaskan konsep secukup hidup Ukuran yang digunakan ialah kadar kemiskinan iaitu peratusan penduduk atau isi rumah yang mempunyai taraf hidup yang lebih rendah daripada garis kemiskinan yang ditentukan.

tacey
Download Presentation

KEMISKINAN DAN AGIHAN PENDAPATAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KEMISKINAN DAN AGIHAN PENDAPATAN

  2. KEMISKINAN MUTLAK • Kemiskinan yang berasaskan konsep secukup hidup • Ukuran yang digunakan ialah kadar kemiskinan iaitu peratusan penduduk atau isi rumah yang mempunyai taraf hidup yang lebih rendah daripada garis kemiskinan yang ditentukan. • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK): satu tingkat pendapatan sesebuah isi rumah untuk membolehkannya menikmati makanan berzat yang mencukupi (ditakrifkan mengikut kiraan kalori)

  3. CONTINUED… • Kejadian kemiskinan: bilangan isi rumah miskin dalam sesebuah kawasan sama ada negeri atau daerah berbanding dengan jumlah isi rumah miskin keseluruhannya. • Kelemahan: tidak mengambil kira sejauh mana sesebuah isi rumah itu berada di bawah garisan kemiskinan  tidak dapat menunjukkan kemiskinan yang keterlaluan bagi sebilangan isi rumah • Kelemahan: tidak mengambil kira masalah penting berhubung dengan agihan makanan dan kemudahan lain dalam sesebuah isi rumah  tidak dapat menggambarkan kebajikan atau taraf hidup sebenar bagi orang perseorangan atau sesebuah isi rumah

  4. KEMISKINAN RELATIF • Keadaan yang menerangkan kedudukan relatif satu satu kumpulan berbanding dengan kumpulan yang lain dari segi pendapatan • Merangkumi kedua-dua konsep kemiskinan mutlak dan pendapatan tidak seimbang kerana mengandungi beberapa aspek daripada konsep tersebut. • Masalah : sesuatu kumpulan ditakrifkan sebagai miskin berbanding dengan kedudukan kumpulan lain dalam masyarakat.

  5. CONTINUED • Batasan : ukuran yang sering digunakan ialah pendapatan 40% terendah sebagai ukuran utama berbanding pendapatan 20% tertinggi • Batasan : menganggarkan peratusan isi rumah atau orang perseorangan yang mempunyai pendapatan penengah negara • Pengukuran pendapatan tidak seimbang daripada pengukuran kemiskinan  tidak dapat mengambil kira kesan terhadap paras kemiskinan sekiranya pendapatan setiap orang meningkat dengan kadar yang sama.

  6. CIRI-CIRI KEMISKINAN • Kemiskinan mempunyai makna yang berbeza mengikut keadaan tempatan dengan mengambil kira pelbagai faktor budaya, sosial dan persepsi berbeza • Beberapa dimensi ketara dari segi: • Kelaparan dan kekurangan bahan makanan • Psikologi : ketiadaan kuasa dan suara, kebergantungan, malu dan hina • Kekurangan akses kepada infrastruktur : jalan, pengangkutan, air bersih dan elektrik • Tahap pendidikan dan kesihatan yang lemah • Mudah terancam kepada risiko dan bahaya fizikal, alam sekitar, ekonomi dan sosial • Aspek gender

  7. CONTINUED… • Dalam kepelbagaian faktor dan dimensi kemiskinan, persoalan pengukuran menjadi isu dan masalah rumit • Ukuran kemiskinan tidak mungkin dapat mencakupi dan memenuhi kesemua dimensi kemiskinan • Komponen ekonomi : ukuran penting- kemiskinan diukur dengan menggunakan konsep pendapatan atau penggunaan isi rumah • Kemiskinan ditakrifkan sebagai kekurangan terhadap keperluan asas yang diperlukan untuk kelangsungan hidup kebajikan manusia

  8. CONTINUED.. • Dari segi ekonomi: kemiskinan mutlak menentukan jumlah isi rumah yang tergolong sebagai miskin sebagaimana yang ditentukan melalui PGK • Kemiskinan: kekurangan pendapatan untuk memenuhi keperluan sara hidup yang minimum, meliputi keperluan makanan,pakaian, tempat kediaman, dan keperluan asas termasuk pendidikan, perubatan, etc.. • Malaysia: Golongan miskin: isi rumah yang berpendapatan rendah daripada separuh PGK yang juga termasuk di bawah konsep kemiskinan mutlak • Ketermiskinan : keadaan isi rumah tidak berupaya mencapai sekurang-kurangnya ½ PGK bagi menampung keperluan yang paling asas dan minimum ( makanan, pakaian dan tempat tinggal )

  9. PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN (PGK) • Petunjuk keadaan kemiskinan mutlak • Sempadan taraf hidup di antara golongan miskin dan tidak miskin • Angka yang genap dan tetap, tetapi secara praktisnya angka berubah-ubah mengikut lokasi, saiz rumah, komposisi perbelanjaan dan perkhidmatan awam • Jadual 12.1

  10. CONTINUED.. • 1970: PGK Semenanjung : RM180 (isi rumah 5.4) • 1990: PGK Semenanjung : RM370 (isi rumah 5.14) • 1999: PGK Semenanjung: RM510 • 2002: PGK Semenanjung: RM529 (saiz isi rumah kekal) • Jadual 12.2

  11. CONTINUED.. • Wajaran dan komponen PGK • PGK perlu dinilai setiap tahun untuk diselaraskan dengan kos hidup semasa Indeks Harga Pengguna • Perlu dibezakan antara bandar dan luar bandar • Barang- barang dan perkhidmatan perlu dikaji semula • Mengkaji kesesuaian wajaran dalam komponen PGK

  12. INDEKS KUALITI HIDUP • Kelemahan PGK : bukan konsep kemiskinan menyeluruh yang boleh mencerminkan kemiskinan dari semua dimensi • Indeks Kualiti Hidup Fizikal (PQLI) : indeks komposit yang menggabungkan maklumat kesampaian dan penggunaan kemudahan asas (air, elektrik,sekolah, kesihatan, pengangkutan dan perhubungan) • Indeks Pembangunan Manusia (HDI): menggambarkan petunjuk pembangunan manusia dengan memberi tumpuan kepada kadar kematian bayi, kadar celik huruf, kadar jangka hayat, pendapatan isi rumah dan kesampaian kepada kemudahan asas

  13. CONTINUED.. • Indeks Kemiskinan Manusia (HPI): mengukur penafian terhadap beberapa elemen pembangunan manusia melalui petunjuk kesihatan, pendidikan, peratusan penduduk tanpa ketersampaian kepada perkhidmatan kesihatan dan air bersih dan peratus kanak-kanak bawah 5 tahun yang tidak cukup berat • Petunjuk lain disarankan sebagai penggenapan kepada PGK • Mencerminkan keadaan serba kekurangan keperluan asas yang dihadapi oleh golongan miskin

  14. CONTINUED.. • Kekurangan upaya untuk memenuhi keperluan asas • Kekurangan keselesaan tempat tinggal • Kekurangan kawalan terhadap sumber-sumber • Tahap kesihatan dan pemakanan kurang memuaskan • Tahap pendidikan dan pembangunan sumber manusia yang rendah • Kekurangan akses kepada bekalan air bersih, elektrik dan sanitasi • Kemudah keterancaman kepada krisis, kegawatan, jenayah dan kekejaman

  15. TREND KEMISKINAN • Jadual 12.3 • Kadar kemiskinan menurun daripada 52.4% (1970) kepada 16.5% (1990) dan 5.1% (2002) • 1970-1990, kadar pengurangan (1.8%), 1990-2002 (0.5%) • Bilangan isi rumah miskin : 574000 (1990) kurang kepada 267900 (2002) • Meningkat semasa krisis ekonomi : 294400 (1997) kepada 340100 (1999)

  16. DIMENSI KEMISKINAN • Kemiskinan mengikut strata - tinggal di luar bandar menjalankan aktiviti sektor tradisi - tidak mempunyai akses kepada sumber dan peralatan seperti tanah,modal dan teknologi. - mengeluarkan hasil pada paras rendah dengan produktiviti rendah, tidak mempunyai kuasa tawar menawar di pasaran

  17. CONTINUED.. • Kadar kemiskinan keseluruhan menurun, tetapi kemiskinan desa masih menjadi masalah utama • Kemiskinan di sektor pertanian, kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan petani padi • Perkembangan ekonomi dan pelaksanaan program yang khusus ke arah meningkatkan produktiviti dan taraf hidup orang miskin membantu mengurangkan kemiskinan • Kemiskinan desa mendorong penghijrahan desa-bandar, membawa kemiskinan ke bandar • Kemiskinan bandar menjadi isu serius dengan bilangan isi rumah miskin bandar sebagai peratus jumlah isi rumah miskin meningkat

  18. CONTINUED.. • Kemiskinan mengikut negeri - kadar pengurangan kemiskinan selari dengan kadar kemajuan negeri-negeri yang diukur dengan paras pendapatan per kapita. - kadar kemiskinan tinggi di negeri-negeri kurang maju ( Kelantan, Kedah, Sabah, Sarawak) - penduduk melayu atau bumiputera bahagian terbesar daripada penduduk negeri

  19. CONTINUED.. • Kemiskinan Mengikut Etnik - kaum melayu merupakan golongan miskin yang terbesar - kadar kemiskinan melayu menurun daripada 64.8% (1970) kepada 20.4% (1990) dan 7.3% (2002) - kadar kemiskinan kaum Cina menurun daripada 26% (1970) kepada 5.7% (1990) dan 1.5% (2002) - kadar kemiskinan kaum India menurun daripada 39.2% (1970) kepada 7.5% (1990) dan 1.9% (2002)

  20. CONTINUED.. • Golongan Termiskin - miskin tegar: merupakan golongan miskin melarat yang berpendapatan kurang separuh daripada PGK - golongan 10% terendah dalam agihan pendapatan - sebelum berakhir DEB kerajaan menumpukan kepada pembasmian kemiskinan tegar melalui Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) kemiskinan dikurangkan kepada 2.1% (1995) dan 0.5% ( 2002) - kemiskinan tegar lebih tinggi di desa berbanding bandar

  21. CONTINUED.. • PPRT : memberi penekanan kepada projek yang menjana pendapatan : menyediakan latihan dan meningkatkan liputan kemudahan asas untuk golongan termiskin : Skim Amanah Bumiputera- PPRT: tempoh penangguhan bayaran balik selama empat tahun bagi pinjaman tanpa faedah sebanyak RM5000 • FELDA, FELCRA dan RISDA: sebagai agensi pembangunan tanah utama dan melaksanakan skim khas untuk membasmi kemiskinan • bantuan kewangan kepada keluarga yang diketuai oleh warga tua dan orang kurang upaya

  22. CONTINUED.. • Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) : menyediakan pembiayaan kredit mikro kepada keluarga miskin daripada pinjaman tanpa faedah sebanyak RM300 juta • Sektor swasta dan pelbagai yayasan pembasmian kemiskinan peringkat negeri turut memainkan peranan untuk membantu golongan miskin • Mulai 1998, kerajaan menambahkan peruntukan untuk PPRT dan program lain • Dalam RMK8 (2001-2005) program- program tersebut disatukan di dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) ; menangani isu golongan miskin tegar, kemiskinan am dan golongan mudah miskin di kawasan bandar dan desa

  23. PERTUMBUHAN EKONOMI • Ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan agak pesat sejak merdeka. • Kadar pertumbuhan purata selepas merdeka (4.1%) dan meningkat kepada 5.0% pada tahun 1961-65 • Menurun pada awal 1980-an kerana kemelesatan ekonomi, berkurangan kepada 5.2% (1981-85) • Era 1990-an, pertumbuhan ekonomi terus pulih dengan pertumbuhan 8.5%- didorong oleh permintaan dari luar negara yang kukuh dan kenaikan permintaan dalam negara

  24. CONTINUED.. • Ekonomi Malaysia telah pulih daripada krisis kewangan Asia dengan mencatat pertumbuhan ekonomi yang kukuh (1996: 6.1% dan 2000:8.3%) • Kelembapan ekonomi global • Asas makroekonomi negara yang kukuh • Pertumbuhan pada 2002 : dijana oleh sektor domestik melalui peningkatan penggunaan dan pelaburan • 2003: kadar pertumbuhan 5.3%, dengan sumbangan daripada pelbagai faktor, terutamanya permintaan domestik

  25. CONTINUED.. • Berdasarkan jangkaan : KDNK negara bertambah daripada RM115000 juta (1990) kepada RM920000 juta (2020) • Pendapatan per kapita : RM26000 (2020) daripada RM6180 (1990) • Pertumbuhan sektor pertama dijangka berkembang dengan perlahan • Sektor pembuatan dijangka mencatatkan pertumbuhan pesat pada tahun 2020 (40%) • Sektor perkhidmatan mengalami perkembangan walaupun subsektor perkhidmatan kerajaan dijangka merosot

  26. FAKTOR PERTUMBUHAN EKONOMI • Transformasi ekonomi • melibatkan perubahan ekonomi daripada ekonomi yang berasaskan pertanian kepada ekonomi yang berasaskan perindustrian • perlu disebabkan oleh beberapa faktor • Sektor perindustrian diperlukan untuk menjadi jentera pertumbuhan dan mempelbagaikan eksport negara • Sumbangan sektor perindustrian meningkat dan sektor pertanian dijangka menurun • Guna tenaga : pertanian (20.0%) perindustrian (23.9%)  eksport barangan pertanian terus menurun dan diganti dengan eksport barangan pembuatan

  27. CONTINUED.. • Pelaburan Swasta Yang Kukuh • Pertumbuhan ekonomi disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh dan pertumbuhan ekonomi dunia yang mampan • Pelaburan awam memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur lain dan meningkatkan bilangan tenaga manusia mahir serta memperdalamkan asas Sains dan Teknologi untuk melengkapkan aktiviti serta menyokong inisiatif sektor swasta • Permintaan swasta menjadi kuasa penggerak pertumbuhan ekonomi bagi sektor dalam negeri • Pelaburan swasta berkembang pada kadar 19.0% setahun dan dijangka mencapai 6.7% daripada jumlah pelaburan • 2003: pelaburan swasta menguncup 10.8% setahun

  28. CONTINUED.. • Infrastruktur yang lengkap • penyediaan kemudahan infrastruktur bagi pengembangan sektor perindustrian yang menjadi teras pembangunan ekonomi • Penubuhan institusi-institusi tertentu seperti : MIDA, MIDF, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri • Kemudahan-kemudahan kredit • Penubuhan kawasan-kawasan perindustrian • Sumber alam semulajadi

  29. CONTINUED.. • Krisis kewangan 1997 telah menjejaskan pelaksanaan beberapa projek infrastruktur yang besar khususnya yang melibatkan pihak swasta • RMK7 : penekanan diberikan kepada peningkatan keupayaan dan aksesibiliti kawasan kurang maju • RMK8: nilai tambah bagi infrastruktur dan kemudahan awam meningkat dengan kadar 4.6%

  30. CONTINUED.. • Peranan dasar-dasar kerajaan • Kerajaan merangka dasar-dasar bagi menjamin pertumbuhan ekonomi yang berterusan • Merangka dasar-dasar baru dan membuat pindaan ke atas dasar-dasar sedia ada seperti Pelan Induk Perindustrian serta memperbaiki dan memperkemas peraturan-peraturan pentadbiran yang berkaitan dengan industri • RMK7 : pertumbuhan ekonomi yang pesat kecuali pada tahun 1998 • Penguncupan ekonomi berlaku dalam masa yang singkat, 2000 harga stabil dan kadar pengganguran rendah, tahap kemiskinan dikurangkan dan kualiti hidup ditingkatkan • RMK8 : cabaran yang lebih besar kesan daripada peningkatan globalisasi dan liberalisasi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

  31. DASAR EKONOMI BARU • Malaysia berusaha untuk memenuhi matlamat perpaduan negara menerusi strategi serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru (DEB) • DEB bertujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kedudukan kawasan dapat dihapuskan • DEB digubal berikutan peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969 yang mendedahkan gejala perpecahan kaum yang nyata dalam masyarakat Malaysia

  32. DASAR EKONOMI BARU • DEB dirangka untuk mencapai matlamat menyeluruh perpaduan negara dan pembinaan semula sebuah negara menerusi pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kedudukan kawasan • Sebelum tahun 1971, pembangunan ekonomi tertumpu kepada usaha penggalakan pertumbuhan ekonomi menerusi pelaburan dalam sektor pertanian dan infrastruktur dan pembangunan kawasan luar bandar • Tetapi peristiwa 13 Mei 1969 membuktikan bahawa penekanan yang diberi terhadap pertumbuhan ekonomi semata-mata adalah tidak memadai untuk mengatasi sepenuhnya masalah-masalah sosioekonomi yang tidak seimbang • DEB dirangka pada 1970 mengakui usaha pembangunan yang dibuat tanpa mengambil kira masalah sosioekonomi tidak seimbang antara kumpulan etnik dan wilayah akan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang tidak disertai oleh pengagihan dan boleh menyebabkan masyarakat berpecah belah

  33. DASAR EKONOMI BARU • Menggambarkan keazaman kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara bersatu padu, adil, stabil dan progresif • Bertujuan mewujudkan satu susunan sosioekonomi yang adil bagi rakyat Malaysia meningkatkan pencapaian mereka menerusi satu sistem yang membolehkan penglibatan, pengurusan dan penguasaan mereka secara lebih saksama dalam proses pembangunan negara • Pelaksanaan dirangka untuk tempoh selama 20 tahun (1971-1990)

  34. DASAR EKONOMI BARU • Kadar kemiskinan akan diturunkan daripada 49.3% (1970) kepada 16.7% (1990), kadar kemiskinan luar bandar akan turun daripada 58.7%(1970) kepada 23.0% (1990) • Mencapai tahap guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran diturunkan daripada 7.4% kepada tahap guna tenaga penuh 3.6% (1970-1990) dan matlamat kuantitatif dari segi pembahagian kaum di tiga sektor utama mengikut jenis pekerjaan dan kaum • DEB menjangka struktur guna tenaga dalam setiap sektor ekonomi dan tingkat pekerjaan dalam jangka panjangnya akan mencapai tingkat yang selaras dengan struktur penduduk Malaysia di segenap lapangan • Pembahagian pemilikan saham modal dalam syarikat berhad dirancang berubah daripada nisbah 2.4:34.3:63.3 (bumiputera:bukan bumiputera:asing) pada tahun 1970 kepada 30:40:30 pada tahun 1990 • Matlamat dijangka akan dicapai dengan perubahan yang pesat dalam struktur dan produktiviti dalam bidang ekonomi yang melibatkan kerajaan dan pihak swasta

  35. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPbN) • Untuk mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang lebih bersatu padu dan adil • Strategi pembangunan digariskan dalam DPbN didasarkan atas empat prinsip utama • Prinsip pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama penting dalam memastikan pengagihan kekayaan negara yang adil dan saksama dapat dicapai • Pembangunan masyarakat yang seimbang dapat menjamin kestabilan sosial dan politik yang berterusan • Pemupukan dan pembentukan masyarakat Malaysia yang mempunyai etika dan nilai moral yangn tinggi di samping sikap positif adalah penting dalam usaha mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab, berdaya tahan, progresif dan penyayang • Pengurusan sumber asli dan ekologi yang juga pengekalan alam semula jadi yang menarik dan alam sekitar yang bersih adalah pentng bagi memastikan pembangunan yang berterusan untuk generasi sekarang dan akan datang

  36. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL • Kerajaan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang akan membolehkan golongan miskin menikmati faedah yang saksama daripada pembangunan ekonomi dan yang dapat memperbaiki lagi agihan pendapatan • DPbN akan mengambil kira faktor-faktor ini : • Dengan kemajuan pesar yang telahpun dicapai dalam mengurangkan kadar kemiskinan, masalah kemiskinan tidak lagi sebegitu besar atau serius seperti yang wujud pada permulaan DEB • Dengan adanya kemudahan pendidikan dan latihan serta peluang-peluang pekerjaan yang lebih banyak di dalam sektor bukan pertanian, golongan miskin akan mengalami mobiliti sosial dengan lebih pesat dan seterusnya akan dapat mengatasi masalah kemiskinan • Selaras dengan perubahan struktur yang berlaku dalam ekonomi, isi rumah luar bandar akan semakin kurang bergantung pada sumber pendapatan tradisional seperti kebun kecil getah, penanaman padi dan penangkapan ikan

  37. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL • Matlamat pembangunan seimbang yang digariskan di dalam DPbN adalah berdasarkan pertimbangan berikut: • Prinsip pertumbuhan dengan pengagihan adalah penting bagi memastikan pencapaian agihan kekayaan negara secara adil dan saksama • Pembangunan masyarakat yang seimbang adalah perlu bagi menjamin kestabilan politik dan sosial • Pembentukan sebuah masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang tinggi di samping mempunyai sikap yang positif adalah penting bagi mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab, teguh,progresif dan penyayang • Pengurusan cermat sumber-sumber semulajadi dan ekologi serta pemeliharaan keindahan alam serta persekitaran yangn bersih adalah penting untuk meningkatkan kukaliti hidup generasi masa kini dan akan datang

  38. Matlamat MPPB dalam DPbN • Untuk memperkukuh dan mengembangkan asas keusahawanan serta kewujudan rangkaian usahawan berdaya maju • Meningkatkan bilangan dan kualiti usahawan bumiputera dalam aktiviti perniagaan dan industri yang strategik • Penglibatan usahawan Bumiputera dalam pembangunan francais • Skim Modal teroka Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) • Perbadanan Teknologi Malaysia (MTDC) • Program khas usahawan luar bandar • Perluasan liputan program budaya keusahawanan spt : Program Usahawan Remaja, Tunas Bistari dan Kelab Teknologi Bumiputera • Penglibatan Sektor Swasta • Sokongan dan bantuan kerajaan kepada mereka yang berpotensi

  39. Pembasmian Kemiskinan • Pelaksanaan dasar pembasmian kemiskinan dalam tempoh DEB dan DPbN menghasilkan kemajuan • Kadar kemiskinan berkurangan daripada 49.3% (1970) kepada 17.1% (1990) dan 7.2% (2000) dan 5.1% (2002) • Kemiskinan bandar berkurangan daripada 21.3% (1970) kepada 7.5%(1990) dan 3.1% (2000) • Kemiskinan desa turut berkurangan daripada 58.7% (1970) menjadi 21.8% (1990) dan 11.2% (2000) • Kadar kemiskinan di Sabah masih tinggi, kadar bertambah daripada 14.3% (1985) kepada 14.7% (1990) dan berkurangan kepada 6.5% (2000) • Kadar kemiskinan di Sarawak berkurangan daripada 31.9% (1985) kepada 21.0% (1990) dan 0.8% (2000)

  40. AGIHAN PENDAPATAN • Semenanjung Malaysia (1970) : kumpulan 20% tertinggi (55.7%), 40% pertengahan (32.8%) dan 40% terendah (11.5%) • 1990 : bertambah baik : mengikut turutan ( 51.3%), (35.0%) dan (13.8%) • Pekali gini ( ukuran menunjukkan ketidaksamaan agihan pendapatan dalam sesebuah masyarakat) juga menunjukkan agihan pendapatan yang lebih baik daripada 0.513 (1970) kepada 0.443 (1999) • Sabah (1979): kumpulan 20% tertinggi (59.5%), 40% pertengahan (31.2%) dan 40% terendah (9.3%) • Sarawak (1979): Kumpulan 20% tertinggi (55.7%), 40% pertengahan (33.0%) dan 40% terendah (11.3%) • Pekali gini Sabah: 0.490 (1979) kepada 0.467 (1990) • Pekali Gini Sarawak : 0.501 (1979) kepada 0.465 (1990)

  41. PENYUSUNAN SEMULA • Ekuiti korporat • Alat untuk mencapai matlamat Rangka Rancangan Jangka Panjang • Rakyat bumiputera harus meningkatkan pemilikan saham kepada sekurang-kurangnya 30.0% daripada jumlah milik saham menjelang 1990 di mana 40% untuk bukan bumiputera dan 30% bagi pemastautin asing • Kadar petumbuhan hakmilik bagi bumiputera perseorangan dan agensi amanah agak tinggi dalam tempoh lima tahun permulaan DEB berbanding rakyat Malaysia yang lain

  42. EKUITI KORPORAT • Tiga perkara penting dalam prestasi perkembangan ekuiti: • Pecahan hakmilik bagi bumiputera perseorangan telah melebihi hakmilik agensi amanah sejak awal 80-an • peratusan hakmilik bagi syarikat calon dan syarikat kawalan tempatan telah bertambah dengan pesatnya • Walaupun jumlahnya bertambah pecahan bagi kaum India masih tetap rendah dan tidak berganjak langsung daripada lebih kurang 1.0% daripada jumlah hakmilik saham syarikat berhad

  43. EKUITI KORPORAT • Kedua-dua kumpulan bumiputera dan bukan bumiputera mendapat manfaat daripada peningkatan modal syarikat berhad memandangkan kesemua golongan telah berjaya mengikut ketetapan seperti yang dijangkakan • Pelaksanaan DEB selama 20 tahun menunjukkan kedudukan ekonomi bumiputera dipertingkatkan dan pengenalan fungsi ekonomi dengan kaum telah dikurangkan • Namun penyertaan kaum bukan bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dan skim tanah baru di bidang pertanian ketinggalan • 1996-2000: usaha meningkatkan hak milik ekuiti korporat dan penguasaan syarikat oleh Bumiputera diteruskan

  44. Pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) • Sebahagian besar usahawan bumiputera masih bergantung kepada peluang perniagaan yang diwujudkan oleh kerajaan • Mendapat sebahagian besar daripada keperluan input mereka daripada sektor swasta • Pengurangan penglibatan kerajaan dalam ekonomi mengakibatkan kekurangan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada bumiputera • Keseluruhannya, terdapat kemajuan dalam sektor perniagaan di bawah DEB sejak perlaksanaannya

  45. GUNA TENAGA • Usaha untuk menyusun semula corak guna tenaga bagi mencerminkan komposisi etnik penduduk negara • Peratusan guna tenaga bumiputera tinggi dalam kebanyakan sektor kecuali pembinaan dan perdagangan borong dan runcit • Walaupun peratusan guna tenaga Bumiputera adalah lebih tinggi,namun kadar pengangguran di kalangan Bumiputera adalah tinggi • RMK7: penyertaan Bumiputera dalam setiap sektor meningkat namun masih tertumpu dalam kategori pekerjaan peringkat rendah seperti pengeluaran dan pertanian • Peratusan bumiputera dalam kategori profesional dan teknikal tinggi, namun di bawah kategori sub profesional serta guru dan jururawat • Peratusan bumiputera kekal rndah dalam kategori pentadbiran dan pengurusan

  46. Pertumbuhan Ekonomi dan Pembasmian Kemiskinan • Dasar dan strategi untuk menangani kemiskinan adalah berbeza-beza mengikut fasa pembangunan • 1950-an dan 1960-an : penekanan diberikan kepada pertumbuhan untuk membasmi kemiskinan dan membaiki kualiti hidup • 1970-an : menekankan strategi penyediaan kemudahan asas, meliputi kesihatan, pendidikan dan pemakanan serta reformasi agraria; dan pembangunan desa bersepadu • 1980-an : penekanan kepada peningkatan kecekapan sistem saluran bagi program pembasmian kemiskinan • 1990-an : penerusan penyelarasan ekonomi dalam senario globalisasi dan liberalisasi

  47. Pertumbuhan Ekonomi dan Pembasmian Kemiskinan • Pembasmian kemiskinan agenda penting dalam perancangan pembangunan ekonomi Malaysia • Jadi, penyelesaian masalah ini memerlukan perancangan jangka panjang, bukannya ad hoc atau jangka pendek • Hubungan pertumbuhan ekonomi dan pembasmian kemiskinan dapat dilihat dengan melihat peruntukan perbelanjaan kerajaan • Penekanan terhadap kemiskinan sangat jelas dalam rancangan pembangunan jangka panjang • Perbelanjaan pembangunan sektor awam sangat besar dalam tempoh tersebut • Perbelanjaan pembasmian kemiskinan meliputi 24-37% daripada perbelanjaan pembangunan • Sumbangan positif kepada ekonomi hasil daripada perbelanjaan ini • 1971-1995: pertumbuhan purata ekonomi 7.4% dan kadar kemiskinan berkurangan daripada 49.3% (1970) kepada 11.1% (1995)

  48. PERTUMBUHAN EKONOMI DENGAN AGIHAN PENDAPATAN • Hipotesis kuznets : tahap awal pembangunan negara, agihan pendapatan di kalangan penduduknya akan menjadi lebih tidak setara • Model pembangunan dualis mengandaikan bahawa agihan pendapatan akan menjadi bertambah baik atau lebih setara apabila pertumbuhan terus berlaku • Pertumbuhan pada tahap pembangunan akan mengurangkan jurang pendapatan antara golongan elit yang berada dengan golongan majoriti penduduk yang kurang berada • Tingkat pendapatan golongan majoriti penduduk akan bertambah baik • Bentuk perhubungan ini dikenali dengan hipotesis Kuznetsberbentuk ‘U’ terbalik

  49. PERTUMBUHAN EKONOMI DENGAN AGIHAN PENDAPATAN • Pendapatan yang tidak seimbang di kalangan kumpulan akan terus menjadi perhatian • 1970: kumpulan 20% tertingngi mempunyai 55.7% daripada jumlah pendapatan dan berkurangan kepada 50.3% (1987) • 1970: kumpulan 40% pertengahan mempunyai 32.9% daripada jumlah pendapatan dan meningkat kepada 35.2% (1987) • 1970: kumpulan 40% terendah mempunyai 11.5% daripada jumlah pendapatan dan meningkat kepada 14.5% (1987) • Pekali gini : agihan pendapatan yang baik daripada 0.513 (1970) kepada 0.445 (1989) • Min pendapatan isi rumah antara etnik • Nisbah ketidaksamaan antara etnik : menurun, mencerminkan agihan pendapatan yang semakin baik, tetapi masalah jurang pendapatan dan ketidaksamaan akan tetap merupakan masalah yang ditangani

  50. DASAR wawasan Negara(RMK8) • Strategi pengagihan terus memberi penekanan kepada mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan dan meningkatkan pemilikan berkesan ekuiti korporat Bumiputera serta bilangan Bumiputera alam pekerjaan berpendapatan tinggi • Usaha membasmi kemiskinan menerusi program yang khusus bagi menangani kelompok kecil miskin di wilayah yang berbeza terus dipergiatkan • Langkah diambil bagi memperkukuh MPPB termasuk kelas menengah Bumiputera menerusi pembanguna usahawan Bumiputera yang berjaya dan bertaraf dunia • Sektor swasta dan Badan Bukan Kerajaan juga terus digalakkan memberi sumbangan yang bermakna bagi mencapai objektif pengagihan

More Related