html5-img
1 / 35

Tajuk5 : Pertumbuhan, Kemiskinan dan Pengagihan Pendapatan .

Tajuk5 : Pertumbuhan, Kemiskinan dan Pengagihan Pendapatan. Kontroversi pertumbuhan. Pada asalnya pertumbuhan ekonomi dianggap sebagai objektif utama bagi setiap masyarakat. Negara maju mula mengubah pandangan ini Mereka memberi lebih penekanan kepada kualiti kehidupan.

vahe
Download Presentation

Tajuk5 : Pertumbuhan, Kemiskinan dan Pengagihan Pendapatan .

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Tajuk5 : Pertumbuhan, Kemiskinan dan Pengagihan Pendapatan. Kontroversi pertumbuhan. • Pada asalnya pertumbuhan ekonomi dianggap sebagai objektif utama bagi setiap masyarakat. • Negara maju mula mengubah pandangan ini • Mereka memberi lebih penekanan kepada kualiti kehidupan.

  2. Oleh itu timbulah pergerakan-pergerakan pencinta alam • Mereka ini memberi peringatan berkenaan kesan-kesan buruk dari pertumbuhan perindustrian yang tidak dikawal. • Contohnya pencemaran udara dan air; susutnya sumber-sumber asli serta kemusnahan keajaiban alam.

  3. Negara-negara miskin dan membangun masih membahaskan pilihan antara pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan pendapatan • Tidak dinafikan bahawa pembangunan memerlukan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. • Isu asas disini adalah siapakah yang terlibat dalam mencipta pertumbuhan yang tinggi itu.

  4. Sama ada ia melibatkan segelintir rakyat sahaja • Atau ia dicapai melalui penyertaan sebilangan besar rakyat. • Bila hanya segelintir yang terlibat, akan didapati keadaan di mana ekonomi tumbuh dengan pesat tetapi keadaan kemiskinan mutlak masih tidak dapat dikurangkan. • Telah diakui bahawa pengagihan pendapatan menjadi semakin tidak samarata dari tahun ke setahun.

  5. The Growth Controversy: Five Critical Questions • What is the extent of relative inequality, and how is this related to the extent of poverty? • Who are the poor? • Who benefits from economic growth?

  6. Does rapid growth necessarily cause greater income inequality? • What policies can reduce poverty?

  7. Konsep-konsep asas. Saiz pengagihan • saiz pengagihan pendapatan (persendirian atau isirumah) merupakan pengukuran yang paling lazim digunakan oleh ahli ekonomi. • Kelemahan pengukuran ini adalah kerana ia tidak membezakan cara bagaimana pendapatan itu diperolehi .

  8. Setelah mendapat maklumat mengenai jumlah pendapatan ini, ahli ekonomi atau statistik akan menyusun individu ini mengikut pendapatan menaik. • Kaedah biasa adalah membahagikan keseluruhan populasi kepada 10 kumpulan (deciles) atau membahagikan kepada lima kumpulan (quintles). • Jadual 5.1 menunjukkan 20 individu disusun mengikut pendapatan menaik, i.e dari yang paling miskin kepada yang paling kaya.

  9. Dalam column 3, penduduk dikumpulkan kepada 5 kumpulan (quintiles). • Quintiles pertama mewakilli 20% penduduk paling miskin, • Didapati kumpulan ini menerima 5% daripada pendapatan negara.

  10. Quintiles ke 2 menerima 9% daripada jumlah pendapatan negara. • Juga dapat dinyatakan 40% penduduk termiskin hanya menerima 14% daripada jumlah pendapatan negara. • Dan 20% penduduk terkaya didapati menguasai 51% daripada jumlah pendapatan negara.

  11. Keadaan ketidakadilan pengagihan pendapatan dapat dilihat melalui nisbah antara pendapatan 20% rakyat terkaya dengan pendapatan 40% rakyat temiskin. • Nisbah ini juga dipanggil nisbah Kuznets. • Bagi contoh kita nisbah ini adalah; 51% / 14% = 3.64

  12. Keluk Lorenz • Rajah 6.1 menunjukkan keluk Lorenz. • Paksi datar mengukur bilangan penerima pendapatan iaitu dalam bentuk bertambah. • Paksi tegak mengukur peratus pendapatan yang diterima oleh penduduk tersebut, juga dikira dalam peratus bertambah.

  13. Kedua-dua paksi ini sama panjang iaitu dari 0% hingga 100%. • Kemudian rajah ini dilengkapkan sehingga menjadi segi empat sama. • Satu garis pepenjuru dilukis dari origin ke penjuru atas kanan. • Setiap titik diatas garis ini menunjukkan % pendapatan diterima adalah sama dengan % penduduk.

  14. Contohnya titik tengah garis ini , menunjukkan 50% penduduk menerima 50% daripada pendapatan negara. • Garis ini dipanggil garis kesamaan. • Keluk Lorenz pula menunjukkan hubungan sebenar antara % pendapatan dengan % penduduk

  15. Titik A menunjukkan 10% penduduk hanya menerima 1.8% pendapatan. • Di titik B, menunjukkan 20% penduduk menerima 5% pendapatan, begitulah seterusnya. • Keluk Lorenz ini menunjukkan 50% penduduk menerima 19.8% pendapatan negara.

  16. Semakin jauh Keluk Lorenz dari garis kesamaan, lebih buruk keadaan ketaksamaan taburan pendapatan. • Keadaan paling buruk ditemui bila seorang individu sahaja mendapat kesemua 100% pendapatan, sementara orang lain tidak mendapat sebarang pendapatan. • Keluk Lorenz akan melalui paksi datar dan paksi tegak di sebelah kiri.

  17. Oleh kerana kedua-dua keadaan ekstrem ini (paling baik- garis kesamaan, dan paling buruk tidak dijumpai dalam keadaan sebenar), Keluk Lorenz akan berada di bawah garis kesamaan . • Semakin jauh Keluk Lorenz dari garis kesamaan, lebih buruk keadaan taburan pendapatan (contoh rajah 5.2)

  18. Bila keadaan taburan pendapatan diperbaiki, keluk Lorenz akan bergerak ke atas, seperti di rajah 5.3. • Tetapi bila keluk Lorenz beralih seperti di rajah 5.4, sukar ditentukan sama ada keadaan taburan pendapatan bertambah baik atau sebaliknya

  19. Oleh itu Keluk Lorenz tidak dapat menunjukkan perbezaan-perbezaan taburan pendapatan dengan jelas, jadi diperkenalkan keofisien Gini.

  20. Negara-negara dengan kadar ketaksamaan taburan pendapatan yang teruk akan menunjukkan keofisien Gini antara 0.5 ke 0.7. • Negara-negara dengan kadar ketaksamaan taburan pendapatan yang baik akan menunjukkan keofisien Gini antara 0.2 ke 0.35. • Contoh kita menujukkan koefisien Gini = 6.3, iaitu taburan yang kurang adil.

  21. Pengagaihan mengikut fungsi. • Pengukuran ini cuba menerangkan pembahagian pendapatan yang diterima oleh setiap fungsi pengeluaran, seperti tanah, buruh dan modal. • Tetapi pengagihan fungsi tidak membezakan antara individu.

  22. Yang dilihat adalah bahagian pendapatan yang diterima oleh buruh secara keseluruhannya. • Pendapatan buruh adalah upah, tanah mendapat sewa sementara modal mendapat keuntungan. • Teori ini tidak mengambil kira keadaan di mana seorang individu menerima pendapatan daripada ketiga-tiga komponen ini.

  23. Keluk penawaran dan permintaan digunakan dalam teori ini. • Keluk penawaran dan permintaan diandaikan dapat menunjukkan harga seunit faktor pengeluaran itu. • Oleh itu harga seunit X kuantiti diguna akan memberikan jumlah bayaran kepada faktor itu.

  24. Contohnya penawaran dan permintaan buruh diandaikan akan ditentukan oleh kadar upah pasaran. • Bila upah ini didarab dengan jumlah gunatenaga, akan didapati jumlah pembayaran upah, yang dipanggil total wage bill. • Rajah 5.7 menunjukkan teori ini.

  25. Bagi pasaran yang bersaing, permintaan untuk buruh akan ditentukan oleh keluaran marginal buruh itu. • Dan mengikut hukum pulangan semakin berkurang, permintaan buruh akan berkurang bila semakin ramai buruh digunakan. • Oleh itu didapati keluk permintaan buruh yang cerun ke bawah (kecerunan negatif), DL.

  26. Keluk penawaran buruh mengikut teori neoklasikal adalah berkecerunan positif, DS. • Dalam keseimbangan, kadar upah adalah WE dan gunatenaga adalah di LE. • Jumlah output akan menunjukkan pendapatan negara (ORELE). • Yang akan dibahagikan diantara pemilik modal dan pemilik buruh.

  27. Buruh akan mendapat OWEELE. • Modal akan mendapat WERE. • Teori ini hanya mengambil kira keadaan di pasaran, • dan gagal mengambil kira pengaruh penting yang dimainkan oleh faktor luar pasaran,

  28. seperti • pengaruh kesatuan sekerja (collective bargaining), • monopoli • dan tuan tanah yang kaya, yang dapat mempengaruhi harga sumber-sumber di pasaran.

More Related