1 / 64

PERAKAUNAN KOS SEMASA

PERAKAUNAN KOS SEMASA. Disediakan oleh: Narimah Hashim Jabatan Perakaunan & Kewangan, FEP, UPM. PERAKAUNAN KOS SEMASA. Ulasan karya terkenal oleh Edgar Edwards & Phillip Bell (1961) “ The theory and measurement of business income ”

heidi
Download Presentation

PERAKAUNAN KOS SEMASA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PERAKAUNAN KOS SEMASA Disediakan oleh: Narimah Hashim Jabatan Perakaunan & Kewangan, FEP, UPM NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  2. PERAKAUNAN KOS SEMASA • Ulasan karya terkenal oleh Edgar Edwards & Phillip Bell (1961) “The theory and measurement of business income” • Pengurus sebuah firma perlu membuat keputusan mengenai operasi firma • Satu andaian - mereka ingin tahu bagaimana untuk memperuntukkan sumber agar untung dapat dimaksimumkan NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  3. PERAKAUNAN KOS SEMASA • Mengikut Edwards & Bell andaian itu boleh dinyatakan dalam 3 persoalan: • Berapa amaun harta yang harus dipegang dalam satu-satu masa? Ini isu perkembangan. • Apakah bentuk harta-harta tersebut?Ini isu kandungan • Bagaimanakah harta itu dibiayai? Ini isu kewangan? NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  4. Perakaunan Kos Semasa • Semua keputusan memerlukan penggubalan jangkaan terhadap perisitwa masa hadapan • Jangkaan seharusnya berasaskan aktiviti masa lepas • Dengan itu, untuk membuat keputusan yang akan melibatkan penggubalan jangkaan yang agak tepat, pengurus perlu menilai keputusan masa lepas NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  5. Perakaunan Kos Semasa • Kegunaan data perakaunan untuk tujuan ini bergantung kepada perbandingan data tersebut dengan jangkaan asal yang dibuat untuk tempoh tertentu • Jika ada kesilapan ditunjukkan dalam jangkaan masa lepas maka peristiwa atau jangkaan itu perlu diubahsuai NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  6. Perakaunan Kos Semasa • Contoh: jika harga bahan mentah lebih tinggi daripada yang dijangkakan maka syarikat perlu mengubah jangkaannya mengenai harga bahan mentah masa hadapan • Agar maklumat perakaunan menjadi berguna, ia mesti mengukur peristiwa sebenar bagi sesuatu tempoh tertentu setepat yang mungkin NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  7. Perakaunan Kos Semasa • Jika maklumat mengandungi peristiwa bagi tempoh yang lepas bercampur aduk dengan peristiwa bagi tempoh semasa, maka proses penilaian akan menjadi keliru • Jika ada peristiwa bagi tempoh semasa tertinggal maka kekeliruan akan berlaku dalam proses penilaian NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  8. Perakaunan Kos Semasa • Edwards & Bell mengambilkira pergerakan harga dalam sesuatu tempoh tertentu sebagai peristiwa yang penting bagi pengurusan • Walau pun Edwards & Bell memberi penekanan kepada keperluan maklumat bagi pengurus, mereka mendakwa kebanyakan maklumat itu juga relevan bagi pemegang saham dan pemuitang • Pemegang saham dan pemuitang berminat untuk menilai prestasi pengurus dan juga syarikat NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  9. Objektif Perakaunan Kos Semasa • Penilaian oleh pengurus mengenai keputusan masa lepas agar mereka dapat membuat keputusan masa hadapan yang lebih baik • Penilaian terhadap pengurusan oleh pemegang saham, pemiutang dll. NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  10. Objektif Perakaunan Kos Semasa • Penilaian oleh kedua pihak dalaman dan luaran ini merupakan satu cara bagi mempastikan kejayaan fungsi sesebuah ekonomi kerana sumber akan diperuntukkan dengan lebih cekap • Objektif sekunder perakaunan kos semasa mengikut teorinya adalah untuk memberi asas yang kukuh dan saksama bagi tujuan percukaian NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  11. Konsep Keuntungan Perniagaan • Pengurus kerap menghadapi 2 keputusan: • Samada untuk memegang harta dan tanggungan, atau untuk menjual harta atau melunaskan tanggungan • Bagaimana cara menggunakan atau membiayai operasi entiti • Untuk menilai keputusan memegang dan operasi pihak pengurus, Edwards & Bell menawarkan konsep pendapatan yang dipanggil “keuntungan perniagaan” NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  12. KONSEP KEUNTUNGAN PERNIAGAAN • Mengandungi 2 komponen ia itu ‘untung operasi semasa’ dan ‘penjimatan kos bolehrealis’ • Untung operasi semasa adalah lebihan nilai semasa output yang dijual berbanding dengan kos semasa input-input yang berkaitan NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  13. Konsep keuntungan perniagaan • Penjimatan kos bolehrealis adalah tambahan kos semasa bagi harta yang dipegang oleh firma dalam tempoh semasa • Ia mengambilkira kedua-dua perubahan kos yang bolehrealis dan belumrealis • Maka keuntungan perniagaan dihitung mengikut asas sebenar ia itu elemen karangan (fictional) akibat perubahan tahap harga umum dihapuskan, & • Penjimatan kos realis = perolehan/kerugian pegangan (holding gains/losses) NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  14. Perolehan/Kerugian Pegangan • Memegang satu komposisi harta dan tanggungan merupakan satu cara bagi pihak pengurusan mencuba untuk meninggikan kedudukan firma di pasaran • Pengurus dan pihak lain ingin tahu samada aktiviti pegangan ini berjaya atau tidak • Mengikut perakaunan konvensional, perolehan direkod apabila harta dihapuskan atau dijual NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  15. Perolehan/Kerugian Pegangan • Maka penentuan samada aktiviti pegangan pengurusan berjaya atau tidak, tidak mungkin dibuat kecuali harta dibeli dan dijual dalam tempoh yang sama • Dalam perbandingan firma, perakaunan konvensional akan memberi gambaran yang salah mengenai firma mana yang lebih cekap NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  16. Perolehan/Kerugian Pengangan • Contoh: Sebuah firma mula beroperasi 10 tahun dahulu.Untung semasa firma ini lebih tinggi berbanding dengan yang lain kerana belanja susutnilainya lebih kecil • Kita mungkin menjangkakan firma ini lebih cekap. • Untung semasa yang lebih besar bukan bererti pengurus itu lebih cekap dalam tempoh semasa tetapi mencerminkan kecekapan pengurus 10 tahun yang lalu yang memulakan firma dan membeli harta pada masa itu NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  17. Perolehan/Kerugian Pegangan • Maka dengan mengasingkan ‘perolehan pegangan’ daripada ‘untung operasi’ akan memberi kredit kepada pengurus yang bersesuaian • Mengikut Drake & Dopuch (1965) dan Prakash & Sunder( (1979): • Tetapi pengasingan perolehan pegangan dan keuntungan operasi tidak semestinya lebih bermakna kerana keputusan yang dibuat oleh pengurus boleh memberi kesan kepada kedua-dua komponen tersebut NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  18. Perolehan/Kerugian Pegangan • Contoh: • Keputusan membeli harta pada masa ini yang boleh mengurangkan kos operasi masa depan • Faedah harta tersebut akan memberi kesan kepada untung operasi masa hadapan, bukan kepada perubahan kos semasa apabila harta ada dalam pegangan NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  19. Mengapa ‘Perolehan Pegangan’ satu komponen pendapatan • Edwards & Bell mempercayai perolehan pegangan mewakili ‘penjimatan akibat input tersebut diperolehi terlebih awal daripada kegunaannya’ • Penjimatan kos itu mewakili kos lepas • Tanggapan kos lepas mewakili peluang perolehan kerana syarikat bijak membeli harta pada masa dulu dan belian bukan pada masa kemudian apabila harga harta itu telah menjadi lebih mahal NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  20. Apa kata Pengkritik? • Revsine (1973) – perolehan begini memerlukan perbandingan peristiwa yang telah berlaku dengan peristiwa yang mungkin berlaku. Ini akan menimbulkan isu - terlampau banyak peristiwa yang berkemungkinan berlaku • Beliau menolak penjelasan penjimatan kos yang melibatkan perbandingan firma dengan firma lain • Beliau lebih suka mengatakan bahawa peningkatan nilai adalah satu fenomena ekonomi yang sebenar yang boleh direalis jika harta itu dijual NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  21. Apa kata Pengkritik Peakaunan Kos Semasa? • Kebanyakan harta dibeli oleh firma untuk digunakan dalam operasi maka perubahan harga harta itu tidak diperdulikan • Maka penyokong kos semasa beranggapan kemungkinan penghapusan harta itu tidak realistik dan menggunakan kos semasa lagi tidak realistik kerana ia mengfokus kepada nilai pembubaran atau harga jualan/keluar (exit price) wal hal perakaunan kos semasa mengukur harta pada nilai masuk (entry price) NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  22. Apa Kata Pengkritik Lagi? • Revsine juga mendakwa bahawa komponen pendapatan berorientasikan pembubaran juga tidak konsisten dengan keperluan maklumat pelabur • Bagi Revsine, pelabur berminat terhadap aliran tunai masa depan firma untuk pembayaran dividen kepada mereka atau terimaan tunai daripada saham mereka jika dijual NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  23. Apa Kata Pengkritik Lagi? • Dalam jangkamasa panjang, perolehan dan dividen berkait secara langsung dengan penggunaan harta operasi bukan penghapusannya • Justifikasi Revsine: • Perubahan dalam kos semasa sesuatu harta mencerminkan perubahan kepada aliran tunai masa hadapan yang dijangkakan & ini dijanakan daripada penggunaan harta tersebut NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  24. Perakaunan Kos Semasa • Perolehan pegangan boleh diiktirafkan.sebagai pendapatan kerana asas tambahan harga mencerminkan tambahan kuasa perolehan masa hadapan • Perolehan pegangan bukan sahaja merupakan pertunjuk utama aliran tunai masa hadapan, ia juga mencerminkan sudut pandangan modal kewangan NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  25. Konsep Modal Kewangan • Apa jua amaun pada akhir tempoh melebihi amaun yang dilaburkan pada awal tempoh dengan tidak mengambilkira tambahan pelaburan oleh dan pengedaran kepada pemilik, dikatakan pendapatan • Ini boleh juga dikatakan perolehan pegangan • Pulangan terhadap pelaburan adalah jumlah wang yang melebihi amaun yang dilaburkan • Pendapatan mewakili jangkaan pulangan tunai atas pelaburan tunai NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  26. Modal Kewangan versus Modal Fisikal • Perbezaan utama: • Samada perolehan pegangan diambilkira atau tidak dalam perhitungan pendapatan membezakan modal kewangan daripada modal fisikal • Penyokong modal kewangan mendakwa firma melabur sumber kewangan dengan jangkaan pelaburan itu akan mewujudkan tahap aliran tunai yang bertambah NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  27. Modal Kewangan versus Modal Fisikal • Mendapatkan semula amaun sumber kewangan yang dilaburkan adalah pulangan modal (return of capital) • Aliran tunai melebihi amaun sumber kewangan yang dilaburkan adalah pulangan atas modal (return on capital) NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  28. Modal Kewangan versus Modal Fisikal • Maka tambahan dalam sumber kewangan untuk memantapkan keupayaan operasi fisikal dan tambahan dalam sumber kewangan untuk memperkembangkan keupayaan operasi fisikal tidak mudah dibezakan NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  29. Sokongan kepada Modal Fisikal • Modal fisikal adalah unit fisikal yang melambangkan keupayaan firma beroperasi • Contoh: • Firma mempunyai 100 unit pada awal tempoh. Pada akhir tempoh jika firma ingin memantapkan modal, maka ia mesti berupaya membeli 100 unit pada akhir tempoh • Tetapi harga telah naik kepada RM2 seunit, maka firma memerlukan RM200 pada akhir tempoh untuk memantapkan keupayaan fisikal operasi seperti awal tempoh NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  30. SOKONGAN MODAL FISIKAL • Dengan itu, RM 200 bukan perolehan pegangan tetapi pelarasan terhadap penyelenggaraan modal (capital maintenance adjustment) • Kemasukan perlehan pegangan sebagai pendapatan berasaskan dua dakwaan: • Merupakan penjimatan kos • Mewakili tambahan kepada aliran tunai masa hadapan bagi harta yang berkenaan NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  31. Pengkritik Konsep Keuntungan Perniagaan • Samuelson tidak menyokong kedua-dua premis di atas • Perbezaan di antara aktiviti pegangan dan aktiviti operasi tidak sejelas yang disebutkan oleh Edwards and Bell • Mengikut Drake & Dopuch dan Prakash & Sunder, aktiviti pegangan dan operasi saling berhubungkait dan penilaian berasingan akan mengelirukan NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  32. Penjimatan kos adalah kos lepas yang wujud akibat alternatif yang dilepaskan kerana pemilihan terhadap satu tindakan yang lain • Alternatif yang tinggal adalah untuk menjual harta atau menggunakannya • Tetapi perolehan pegangan itu berasaskan alternatif yang tidak diambil dan belum lagi wujud NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  33. Konsep Keuntungan Perniagaan • Secara konsepnya, pendapatan berkait dengan aliran tunai samada direalis atau belum direalis • Maka Samuelson hairan mengapa penjimatan kos seharusnya menjadi sebahagian pendapatan wal hal ia bukan aliran tunai boleh realis dan bukan jangkaan aliran tunai tetapi aliran tunai terlepas • Jika dimasukkan ke dalam perhitungan pendapatan, maka penjimatan kos lain perlu juga diambilkira seperti membuat pinjaman apabila kadar bunga rendah? Mengapa ini diabaikan? NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  34. Modal Fisikal • Samuelson: • Perubahan dalam kos semasa harta tetap, yang diguna juga oleh industri lain, tidak semestinya mengakibatkan perubahan yang sama dalam nilai bersih aliran tunai daripada jualan produk bagi sesebuah firma tertentu. • Pertambahan kos X tidak semestinya membawa kepada tambahan jualan masa hadapan yang sama bagi esebuah syarikat dalam industri lain yang juga menggunakan X NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  35. Oleh kerumitan-kerumitan begini, Samuelson mencadangkan agar perolehan pegangan tidak dimasukkan ke dalam penghitungan pendapatan • Beliau menyokong konsep modal fisikal • Pelarasan modal fisikal berasaskan teori peruntukan sumber optimal dan memperolehi pulangan yang diperlukan daripada sumber input yang digunakan NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  36. PENGKRITIK MODAL FISIKAL Mengikut Sterling & Lemke (1982) sudut pandangan modal fisikal mempunyai makna jika 4 syarat dipenuhi: • Berterusan menggantikan unit yang sama • Berpanjangan menghadapi kenaikan harga • Membeli dan menjual dalam pasaran yang berbeza • Sepenuhnya dilaburkan kepada unit fisikal Jika salah satu daripada syarat ini dilanggar, masalah pengukuran yang serius akan berlaku NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  37. Contoh Penjelasan Syarat Yang Diperlukan • UNIT BERBEZA (Rujuk m.s. 184) • PENGURANGAN KOS (Rujuk m.s.184-185) • PASARAN SAMA (Rujuk 185 – 186) • PELABURAN SEBAHAGIAN (Rujuk m.s.186) NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  38. PENGKRITIK KOS SEMASA Penyokong kos sejarah: • Menolak kos semasa kerana – ia melanggar prinsip realisasi • Bagi mereka selagi firm berniat untuk mengguna harta tersebut bukan untuk dijual, maka harga pasaran tidak relevan • Nilai harta bukan terletak pada harga semasa tetapi kepada potensi untuk memberi perkhidmatan NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  39. Pengkritik Kos Semasa • Penilaian subjektif akan wujud apabila menentukan amaun tambahan bagi kos tersebut • Unsur untuk membuat pelarasan antara harta yang dipegang dengan penggantiannya pada kos semasa bukan merupakan satu penghitungan yang mudah NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  40. Apa kata Penyokong Kos Sejarah? • Jika tiada pasaran barangan terpakai (Second hand market), asas bagi penentuan kos semasa harus menggunakan kos bagi menggantikan aset it dengan yang baru • Tanggapan ini melibatkan pelarasan bagi apa-jua faedah atau keburukan operasi antara aset sebenar yang dipegang dengan yang diganti agar kos semasa dapat ditentukan • Bukan mudah untuk mengira ‘operating advantage’ & ‘operating disadvantage’ NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  41. Apa kata Penyokong Kos Keluar • Kos membawa erti kos lepas atau pengorbanan atas alternatif kedua terbaik • Hampir kesemua kes, pengorbanan semasa adalah untuk menjual harta daripada menggunakannya tetapi bukan untuk membelinya kerana firma sudah mempunyainya • Maka kos semasa bermaksud kos untuk membelinya dan kos semasa bukan amaun yang relevan, maka harga keluar atau nilai boleh direaliskan adalah lebih logik NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  42. Masalah Peruntukan • Peruntukan dengan kos sejarah atau kos semasa masih lagi sesuka hati dan tiada kesemaannya dalam dunia benar • Lemke berpendapat (1976) harta berteknoloji lebih tinggi akan mengganti harta semasa, maka untung operasi semasa berasaskan proses pengeluaran tidak akan menjadi petunjuk yang baik bagi untung masa hadapan • Dalam situasi perubahan teknoloji, pelabur akan terpedaya dengan untung operasi semasa sebagai asas ramalan aliran tunai masa hadapan. NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  43. Masalah Peruntukan • Apabila ada perubahan tekonologi, pelabur akan tertipu dengan keuntungan operasi semasa sebagai asas menjangkakan aliran tunai masa hadapan • Dalam banyak kes, penyata kewangan akan mencerminkan harga belian semasa dan belanja susutnilai harta yang usang yang mana syarikat tiada berniat untuk menjual harta tersebut. • Maka, pendapatan mewakili kemudahan sedia ada yang dijangka tidak akan diteruskan NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  44. Penyokong harga kelaur menekankan mengenai masalah mencampur (additivity) timbul dalam perakaunan kos semasa • Chambers: jumlah berikut tidak bermakna Cash RM 1,000 Sebahagian harta pada NPV 2,000 Sebahagian harta pada NRV 3,000 Sebahagian harta pada kos semasa 2,000 Jumlah RM 8,000 NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  45. Masalah Peruntukan • Kalau menggunakan pertunjuk harga tertentu pun tidak bermakna kerana indeks adalah purata harga Tidak mungkin ada sesebuah syarikat mengalami perubahan harga yang sama dengan syarikat lain • Lebih lagi jika harta itu tidak lagi boleh dibeli, perlukah kita hitung satu indeks kos seakan harga akan berubah mengikut halatuju yang sama dengan kadar yang sama dengan indeks yang dibentuk NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  46. Apa kata Penyokong Harga Keluar? • Chambers mendakwa tanggapan nilai sesebuah perniagaan telah disalah tafsirkan. • Kegunaannya • Pinjaman yang boleh dibuat berasaskannya • Kemungkinan tunai yang dibawa masuk • Potensi perlindungan daripada inflasi bagi harta bukan kewangan NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  47. Nilai Harta kepada Perniagaan • Rumusan Chambers • Kos semasa tidak relevan kepada kebanyakan keputusan pelaburan • Ia tidak berupaya menunjukkan kebolehan firma menguasai sumber kewangan dalam usaha firma untuk mengubahsuai dirinya dengan sekitaran NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  48. Penyokong kos semasa • Prinsip Pengiktirafan • Penyokong kos sejarah: Mendakwa perakaunan kos semasa tidak mengiktiraf perolehan apabila aset tetap dihapuskan. • Ini dalam konteks perolehan pegangan belum realis mengikut sudut pandangan modal kewangan NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  49. Perakaunan Kos Semasa • Penyokong mengatakan kos semasa boleh diiktiraf jika bukti objektif mencukupi untuk menyokong perubahan harga tersebut • Perubahan harga pasaran aset tetap tidak relevan kerana aset untuk digunakan • Bagi penyokong kos semasa, yang relevan harga aset itu telah berubah maka penentuan pendapatan berkala sepatutnya berasaskan perkara yang sebenarnya berlaku dalam tempoh semasa, bukan berasaskan apa niat firma terhadap aset berkenaan. NHashim....UPM,,,,25.2.2007

  50. Keobjektifan Kos Semasa • Kos semasa tidak objektif. • Bagi penyokong kos semasa, objektiviti juga relatif. • Angka yang sedia ada pun ada yang lebih objektif dan ada yang tidak • Maka jika harga pasaran bagi item senang diperolehi, akauntan akan menerimanya • Contoh inventori bahan mentah dan barangsiap NHashim....UPM,,,,25.2.2007

More Related