refleksi dan pelaporan n.
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
REFLEKSI DAN PELAPORAN PowerPoint Presentation
Download Presentation
REFLEKSI DAN PELAPORAN

play fullscreen
1 / 25
Download Presentation

REFLEKSI DAN PELAPORAN - PowerPoint PPT Presentation

platt
253 Views
Download Presentation

REFLEKSI DAN PELAPORAN

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript

  1. REFLEKSIDAN PELAPORAN

  2. PENGERTIAN REFLEKSI • Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti dan bersungguh terhadap kepercayaan, atau suatu yang didakwa sebagai pengetahuan (ilmu), berdasarkan asas-asas yang menyokong dakwaan itu serta terhadap rumusan yang terhasil daripada pemeriksaan itu.

  3. “reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief or purported form of knowledge, in the light of the grounds that support it and the further conclusions toward which it tends”. (Dewey dalam Stenhouse, L. (1975) An introduction to Curriculum Research and development, Oxford: Heinemann,p.89)

  4. Satu aspek “central” bagi refleksi kritis dalam pendidikan ialah (bila pendidik) merefleksi secara kritis terhadap segala amalan pendidikan mereka, kefahaman mereka serta keadaan dan suasana persejarahan kontemporarinya bagi tujuan meneroka ketegangan-ketegangan yang berkekalan antara pendidikan dengan persekolahan, dan bagi menemui cara-cara mengatasi percanggahan di antaranya untuk menghasilkan bentuk amalan baru.

  5. APAKAH ITU REFLEKSI? • Terdapat pelbagai takrifan tentang konsep refleksi seperti yang diberikan oleh tokoh-tokoh seperti Dewey (1993), Van Manen (1977), Schon (1983) dan Shulman (1987). Shulman (1987) dalam Wong et al (2000: m.s. 13), sebagai contohnya, mendefinisikan refleksi sebagai satu fasa di mana guru pelatih [guru] meninjau semula pengajarannya di dalam bilik darjah, yakni refleksi secara umumnya adalah berkenaan dengan: • pembelajaran daripada pengalaman • proses yang dipandukan oleh data yang ada

  6. Fokus refleksi • amalan/ tingkah laku pengajaran • hasil/ akibat/ kesan • kepercayaan, pegangan andaian • kewajaran, kerasionalan

  7. Hasil • kefahaman ‘baru’ • kesedaran • keinsafan • perubahan persepsi

  8. Prasyarat • keterbukaan minda/fikiran • kesungguhan • penanggungjawaban

  9. Prosedur • Kembali kepada pengalaman (“locating oneself in an action frame…” Kemmis (1987) iaitu melihat apa yang kita lakukan, apakah yang terjadi kepada murid dsb. • Teliti perasaan • Teliti kewajaran/ kerasionalan • Apakah alasan bagi amalan tindakan

  10. Alat bantu refleksi • diari / jurnal

  11. Kesan/ akibat Melakukan Refleksi • Menjadikan seseorang itu SEDAR tentang: • tingkah laku atau amalan pengajarannya • makna atau pengertian tingkah laku/amalan pengajarannya • tabiat atau kebisaannya – tabiat ‘melihat sesuatu, tabiat berfikir, tabiat bertindak • perasaannya tentang bagaimana ia berfikir, membentuk tanggapan atau bertindak • kecekapannya membuat tanggapan, membentuk makna/memberi pengertian, atau mengenal pasti sebab kepada sesuatu • perhubungannya dengan pihak lain dalam sesuatu situasi • penghakiman (value judgement) • memberi nilai/label terhadap sesuatu • mengatakan sesuatu sebagai positif/negatif

  12. Transformasi perspektif • Refleksi dalam konteks penyelidikan tindakan • Refleksi berlaku sepanjang kitar penyelidikan namun tumpuan ialah pada dua peringkat.

  13. Di peringkat memulakan penyelidikan tindakan • membuat tinjauan atau analisis situasi • menentukan isu dan bidang keprihatinan • menentukan fokus penyiasatan atau perubahan • menganalisis kefahaman semasa kendiri dan orang lain

  14. Di peringkat post tindakan dan pemantauan (berdasarkan bukti-bukti yang dikumpul) penyelidik • mensintesis perubahan dan peningkatan kendiri dan murid • menilai kembali kefahaman dan tanggapan • menentukan apakah rumusan yang boleh dibuat • menentukan tindakan selanjutnya

  15. Sedutan artikel Goh Lay Huah (2000), sebagai contohnya, menjelaskan maksud refleksi. • I was no longer the central figure in their learning. In the first place, place, I was in control of the teaching-learning situation. I was comfortable with that. But at this stage, I no longer control the learners’ work pace and direction. Collaboration happened among them. I think that the metacognitive awareness I had of carrying out my role as facilitator enabled me to carry out intera[c]tion and input systematically, and this may have contributed the fact that the learners settled in well, which explained why. • “…I did not do as much facilitation today, because the groups have become more focused, more oriented on the task on hand. I felt that they had a lot to discuss after having understood what they had to do…. In that sense, I felt that perhaps my input to them the past week had been successful enough to put them on the right track” (300300, journal). (Goh, 2000: m.s. 27)

  16. Refleksi dibuat berdasarkan aspek-aspek dalam borang seperti berikut:

  17. PELAPORAN • PANDUAN MENULIS LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN • Langkah dalam proses kajian terakhir sebelum hasil kajian ditelitikan dan diterbitkan adalah penulisan pelaporan. Melalui proses pelaporan, guru-guru dapat mengemukakan pengetahuan yang diperolehi daripada kajian. Maklum balas dan komen-komen mengenai dapatan kajian membolehkan refleksi kendiri dilaksanakan. • Walaupun terdapat beberapa cara atau gaya penyampaian dan penulisan laporan penyelidikan tindakan, format penulisan pelaporan yang dicadangkan di sini adalah umum dan boleh digunakan sebagai rujukan. Guru pengkaji juga digalakkan mengkaji cara dan gaya penulisan laporan kajian kes yang lain untuk memperdalami pengetahuan dan kemahiran menulis laporan penyelidikan tindakan.

  18. 1. Tajuk kajian, Nama penyelidik dan tarikh laporan diselesaikan Pada muka surat pertama laporan tulis tajuk kajian, nama atau nama-nama penyelidik dan tarikh selesai ditulis. Tajuk mesti tepat, ringkas dan menepati kajian yang dilaksanakan 2. Penghargaan Penghargaan kepada pihak yang membantu melaksanakan kajian atau menyiapkan laporan 3. Abstrak Dalam abstrak, terangkan tujuan kajian, kaedah dan dapatan kajian 4. Halaman Kandungan Senaraikan isi kandungan dan muka surat bagi pecahan tajuk

  19. Latar Belakang Kajian Terangkan latarbelakang kajian seperti sejarah, isu, perkembangan, refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 6. Pernyataan masalah/ Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian Huraikan masalah sebenar yang ingin dikaji beserta sokongan daripada kenyataan-kenyataan, penulisan, data dan sebagainya. 7. Objektif Kajian/ Tujuan Kajian 8. Tinjauan Bahan-bahan kajian 9.

  20. 9.Metodologi Kajian Huraikan rekabentuk kajian, sasaran kajian, batasan kajian, alat kajian, jenis penganalisisan data. 10.Perancangan Tindakan Huraikan perancangan yang anda ingin laksanakan. Perancangan anda mungkin dalam bentuk kaedah pengajaran baru, modul, aktiviti dan sebagainya.Perancangan anda perlu bersesuaian dengan dapatan dari tinjauan dan teori yang anda bentuk.

  21. 11.Perlaksanaan Perancangan Tindakan Huraikan cara anda melaksanakan perancangan anda serta kekangan yang dihadapi 12.Dapatan Kajian Huraikan dan bincangkan dapatan yang diperolehi. 13.Refleksi Huraikan bagaimana anda melakukan refleksi dan apakah maklumbalas ang diterima daripada proses renungan ini.

  22. 14.Kesimpulan dan Cadangan Tindakan seterusnya Buat kesimpulan ringkas dan rancangan untuk proses gelungan seterusnya 15.Rujukan Nyatakan segala rujukan yang telah anda gunakan 16.Lampiran Sertakan segala bahan yang digunakan dalam kajian sebenar sebagai lampiran contoh: soal selidik, soalan interviu dan lain-lain

  23. Rumusan Kuliah • 2 BIDANG – • i. pengenalan penyelidikan pendidikan • ii. Kajian tindakan

  24. PENYELIDIKAN PENDIDIKAN(PP) • DEFINISI PP • SEBAB-SEBAB JALANKAN PP • MENGENAL PASTI MASALAH • PENYELIDIKAN KUANTITATIF • PENYELIDIKAN KUALITATIF • PERBANDINGAN P. KUALI DAN KUANTI • PERSAMPELAN

  25. KAJIAN TINDAKAN • DEFINISI • KONSEP, CIRI, PRINSIP • PROSES-FASA,LINGKARAN • REFLEKSI