1 / 59

LATAR BELAKANG DASAR LUAR NEGARA

LATAR BELAKANG DASAR LUAR NEGARA. Dasar luar Malaysia – berbaik-baik dengan semua negara Kepentingan(matlamat):- Menjamin keselamatan rakyat dan negara Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi Mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa

nyla
Download Presentation

LATAR BELAKANG DASAR LUAR NEGARA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. LATAR BELAKANG DASAR LUAR NEGARA • Dasar luar Malaysia – berbaik-baik dengan semua negara • Kepentingan(matlamat):- • Menjamin keselamatan rakyat dan negara • Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi • Mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa • Untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

  2. Bentuk Hubungan luar • Hubungan bilateral • Hubungan multilateral • Hubungan bilateral – hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu contohnya hubungan dengan negara-negara jiran dan negara-negara luar • Hubungan multilateral – hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti ASEAN, Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam(OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali(NAM)

  3. Asas-Asas Pengubalan Dasar Luar Negara • Faktor Sejarah • Faktor Ekonomi • Faktor Politik • Faktor Geografi • Faktor Demografi

  4. FAKTOR SEJARAH • Zaman Kesultanan Melayu Melaka – hubungan perdagangan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan Kepulauan Melayu • Kini Malaysia mengadakan hubungan dengan negara serumpun – Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia • Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel seperti Australia dan New Zealand(selepas merdeka) • Pada masa Malaysia diancam oleh fahaman komunis(PKM) yang menggugat keselamatan negara mendorong malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis • Malaysia juga perlu bergantung kepada negara Barat kerana belum mampu dari segi pertahanan.

  5. Faktor Ekonomi • Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas • Kita perlu berbaik-baik dengan negara-negara lain untuk memajukan ekonomi • Zaman penjajah – pengeluar getah dan bijih timah- hubungan dengan Britain dan Amerika Syarikat • Setelah merdeka – Malaysia masih memerlukan pasaran dan modal dari negara-negara tersebut • Langkah-langkah tertentu diambil bagi menggalakkan pelaburan asing • Ini akan dapat meningkatkan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan

  6. Faktor Ekonomi • Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing digalakkan dari negara-negara Timur (Jepun dan Korea) • Pada masa yang sama Malaysia juga menjalin hubungan dengan negara-negara sedang membangun dan negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia dan mengadakan pelaburan di negara tersebut

  7. Syarikat bijih timah dan getah di negara kita pada awal kemerdekaan kebanyakkannya dimiliki oleh Amerika Syarikat dan Britain.

  8. Faktor Politik • Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depan berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat • Dasar luar negara – menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain • Malaysia menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat • Berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam PBB bagi memelihara keamanan dunia • Malaysia tegas dengan pendirian menyokong semua resolusi yang diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia

  9. Faktor Geografi • Malaysia – kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan negara spt Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei • Perairan Malaysia menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. • Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan negara

  10. Faktor Sosial • Malaysia berbaik-baik dengan negara jiran • Krisis dengan negara jiran : Konfrontasi(1963-1965), Singapura keluar Malaysia(1965), terputus hubungan Malaysia dengan Filipina(1963-1965) • Usaha dibuat untuk memelihara hubungan dengan negara jiran melalui perjanjian:- • Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara(ASA)-1961 bersama-sama dengan Thailand dan Filipina • MAPHILINDO-1962 (Malaysia, Filipina,Indonesia) • ASEAN -1967(Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura)

  11. Faktor Demografi • Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam (majoriti penduduk beragama Islam) • Tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel kerana dasar pencerobohan dan penindasan peribumi Palestin • Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan • Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehingga undang-undang aparteid dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan • Faktor kepelbagaian kaum di negara kita amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.

  12. Dasar luar berbaik-baik dengan negara Islam telah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka

  13. Perkembangan Dasar Luar Malaysia • Sejak merdeka – dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peradaran masa dan perkembangan dunia • Dalam menentukan dasar luar negara, perkembangan semasa – penting • Pengaruh komunis yang kuat dan perkembangan dunia yang sedang menghadapi era Perang Dingin – faktor yang perlu diambil kira

  14. Tiga Tahap • Tahap Pertama - Tunku Abdul Rahman (1957 – 1970) • Tahap Kedua - Tun Abdul Razak(1972 – 1976) • Tahap Ketiga • Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (1981 -2003)

  15. Tahap Pertama • Dasar pro-Barat, antikomunis serta berbaik-baik dengan negara jiran dan komanwel- politik, ekonomi dan sosial • Faktor Politik – ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan di dalam negara(PKM) • Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara Komanwel- Britain, Australia dan New Zealand • Bagi menyekat pengaruh komunis- Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty(AMDA) 1956 • British akan membantu Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara

  16. Komunis menjadi musuh negara kita dan Asia Tenggara pada awal-awal kemerdekaan. Rasyid Maidin Chin Peng

  17. Tahap Kedua- Tun Abdul Razak (1972-1976) • Menjelang tahun 1970-an dasar luar mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara • Ini kerana AMDA kurang memainkan peranan dan pengaruh Britain mela berkurang di Timur • Perubahan dasar berlaku kerana pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China • Usaha-usaha dibuat :- • Pengisytiharan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali(ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN • Menjalin hubungan diplomatik dengan negara komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia • Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam (1976) dan masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran

  18. Tahap Ketiga –Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad(1981-2003) • Masih mengekalkan dasar-dasar tahap keda tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi – berkaitan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan:- • Mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea • Dasar Pandang ke Timur 1982 – Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia • Bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik

  19. Tahap Ketiga • Mempertingkat hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan • Misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua pihak • Malaysia bukan sahaja perlu menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju tetapi juga dengan negara Dunia Ketiga

  20. MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA

  21. KOMANWEL • Dibentuk pada tahun 1931 • Anggotanya – negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka • 54 negara maju dan negara sedang membangun • Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965 beribu pejabat di London

  22. Matlamat • Membina semangat setia kawan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang • Selepas merdeka – negara Komawel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara menyekat perjuangan PKM • Perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand – menjanjikan bantuan jika diserang oleh mana-mana pihak.

  23. Faedah Menyertai Komanwel • Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel dalam menyekat perjuangan PKM • Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain , Australia dan New Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa konfrontasi • Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara Komanwel • Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM) memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama(setiap dua tahun)

  24. Bagi menghadapi komunis negara kita membuat perjanjian pertahanan dengan British

  25. PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB) • Ditubuhkan secara rasmi tahun 1945 • Ibu pejabat di san Francisco (asal) berpindah ke New York 1946 • Peringkat awal – 51 buah anggota • 189 buah – 2002 • Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa • Terdapat 4 matlamat Piagam PBB

  26. Matlamat Piagam PBB • Menjamin keamanan dan keselamatan dunia • Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota • Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit • Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota

  27. PERANAN MALAYSIA DALAM PBB • Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa • Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960) bagi menamatkan perang saudara • Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989) untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan • Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran –Iraq • Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea • Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia • Malaysia lantang bersuara di PBB menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan • Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik atau kuasa semua negara

  28. Peranan Malaysia Dalam PBB • Menjadi ahli Bank Dunia • Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah • Hasil daripada usul Malaysia- satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna(Austria) Jun 1987. Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut • malaysia bekerjasama dan menyertai agensi antarabangsa PBB – kerjasama dalam pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian(FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO)

  29. Peranan Malaysia Dalam PBB • Dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB tahun 1965, 1989 dan 1999 • Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB • Beliau juga dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. • Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin dengan mengajurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur

  30. PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) • Ditubuhkan pada bulan September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin • Ahlinya – negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan • Terdiri daripada 113 buah negara, 16 buah negara sebagai pemerhati dan 28 buah negara – tetamu jemputan • Matlamat penubuhan :- • Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong mana-mana blok barat atau blok komunis • Dasar berbaik-baik dengan semua negara

  31. Prinsip Perjuangan NAM • Mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara • Menghormati kedaulatan sesebuah negara • Menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman • Menghormat hak asasi manusia

  32. PERANAN MALAYSIA DALAM NAM • Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi menjaga kepentingan negara-negara sedang membangun • isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika • Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare(Zimbabwe) 1988 Malaysia mengemukakan cadangan penghapusan dasar Apartheid di Afrika Selatan • Malaysia diberi penghormatan sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade • Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota. • Malaysia menjadi tuan rumah kepada sidang kemuncak NAM yang ke -13 pada tahun 2003. • Membawa masuk Timur Leste dan Pulau Catalina ke dalam NAM • deklarasi Kuala Lumpur – usaha menghidupkan NAM dan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq

  33. PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC) • Ditubuhkan pada tahun 1971 beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi • Idea Tunku Abdul Rahman • Semasa ditubuhkan – 57 buah negara dan tiga negara sebagai pemerhati • Matlamat : • Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang • Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam • Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam • Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari

  34. Sumbangan OIC • Memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah spt :- • Menghantar pasukan perubatan ke Lubdan, Bosnia dan Afghanistan • Bantuan kewangan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad • OIC menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota

  35. SUMBANGAN MALAYSIA DALAM OIC • Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung OIC pertama • Menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq • Memberikan sokongan kepada rakyat Palestin – berjuang mendapatkan semula tanah air daripada Israel • Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003 • Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam 2002 • Tawaran biasiswa kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa(UIAM) • Mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi

  36. Faedah Yang Diperoleh Daripada OIC • Pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat • OIC memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM • Malaysia mendapat penghormatan daripada negara-negara anggota kerana amat serius memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam

  37. NEGARA-NEGARA SELATAN • Dikenali sebagai negara Dunia Ketiga. • Persamaan dari segi latar belakang ekonomi. • Pernah dijajah oleh kuasa barat • Matlamat :- • Mengatasi harga eksport bahan mentah • Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal dikalangan negara anggota • Mengurangkan pergantungan kepada negara maju.

  38. Ciri-Ciri Negara-Negara Selatan(NNS) • Pernah menjadi tanah jajahan kuasa Eropah. • Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah. • Ini kerana NNS tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap. • Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil seperti kawalan terhadap harga bahan mentah dikawal oleh negara maju. • Menanggung kadar faedah yang tinggi akibat pinjaman yang dibuat daripada negara maju

  39. Peranan Malaysia • Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan(idea Dr.Mahathir semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe) • Menubuhkan kumpulan 15(G15) 1989 • Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di Kuala Lumpur pada 1990 • Mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi • Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di Kuala Lumpur(SITTDEC) • Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global(GDTP) • Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.

  40. MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN SERANTAU

  41. PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA(ASA) • Dianggotai oleh Malaysia, Thailand dan Filipina. • Setelah merdeka, negara Malaysia dan serantau diancam hebat oleh pengaruh komunis • PKM diharamkan dan melancarkan gerakan gerila menjatuhkan kerajaan • Di negara-negara jiran – Thailand dan Filipina turut menghadapi ancaman komunis • Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran untuk membendung ancaman komunis • Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan ASA • Diharapkan ASA dapat melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis dan menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial • 31 Julai 1961, ASA telah ditubuhkan

  42. MATLAMAT ASA • Menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial • Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi • Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara serantau • ASA dibubarkan pada tahun 1963

  43. Perdana Menteri Tanah Melayu, Negara Thai dan Presiden Filipina bersepakat menubuhkan ASA

  44. MAPHILINDO • Dianggotai oleh Malaysia, Filipina dan Indonesia • Tujuannya: • Untuk meningkatkan perhubungan persahabatan • menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia berkaitan dengan cadangan pembentukan Malaysia • Indonesia tidak bersetuju – menganggap sebagai neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru • Tentangan Filipina – menuntut Sabah yang didakwa masih menjadi hak milik negara mereka • Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia – penubuhan MAPHILINDO • Mencapai kata sepakat untuk memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia

  45. PBB menghantar perwakilan pada tahun 1963 – diketuai oleh Lawrence V.Michael More untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah • Hasilnya majoriti rakyat bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia • Indonesia dan Filipina tidak berpuas hati dengan hasil siasatan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia • Persengketaan yang berterusan menyebabkan MAPHILINDO tidak berfungsi lagi

  46. PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA(ASEAN

  47. Peta menunjukkan negara-negara anggota ASEAN MYANMAR ASEAN LAOS THAILAND FILIPINA VIETNAM KEMBOJA MALAYSIA BRUNEI SINGAPURA INDONESIA

  48. Dtubuhkan pada 8 Ogos 1967 hasil daripada Deklarasi Bangkok • Matlamat :- • Mengekalkan kestabilan politik dirantau Aia Tenggara • Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan • Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindusterian. • Memberi kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan • Mengadakan perhubungan yang erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa

  49. PERANANDAN SUMBANGAN MALAYSIA DALAM ASEAN • Menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur pada November 1971. • Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) • Tujuan utama ZOPFAN adalah mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar • Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea. • Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea. • Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. • Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear.

More Related