slide1
Download
Skip this Video
Download Presentation
Pengenalan

Loading in 2 Seconds...

play fullscreen
1 / 23

Pengenalan - PowerPoint PPT Presentation


  • 279 Views
  • Uploaded on

PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN. Kuliah 1. Pengenalan. Pengenalan. Aktiviti-aktiviti pelaburan amat penting kepada sesebuah negara terutamanya pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial Penjajaran aktiviti-aktiviti pelaburan dapat memperbaiki keadaan dan situasi ekonomi.

loader
I am the owner, or an agent authorized to act on behalf of the owner, of the copyrighted work described.
capcha
Download Presentation

PowerPoint Slideshow about 'Pengenalan' - marlo


An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript
slide1
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN

Kuliah 1

Pengenalan

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

pengenalan
Pengenalan
  • Aktiviti-aktiviti pelaburan amat penting kepada sesebuah negara terutamanya pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial
  • Penjajaran aktiviti-aktiviti pelaburan dapat memperbaiki keadaan dan situasi ekonomi.
  • Pelaburan awam dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat dan firma.

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

definisi pelaburan swasta
Definisi Pelaburan Swasta
  • Pelaburan swasta ialah sebarang aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh sektor swasta yang bermotif-kan pemaksimuman keuntungan melalui aktiviti-aktiviti pelaburan dalam aset kewangan dan aset hakiki.

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide4
Definisi Pelaburan Awam
  • Pelaburan awam ialah aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh kerajaan dengan tujuan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat melalui pengeluaran barangan dan perkhidmatan awam.

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide5
Ciri-Ciri Pelaburan Awam dan Swasta

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide6
Konsep Pelaburan Awam

Perbelanjaan kerajaan (G) dibahagikan kepada dua jenis:

  • perbelanjaan semasa (GS)
  • perbelanjaan modal (GC).

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide7
Perbelanjaan Semasa
  • GS adalah perbelanjaan tak produktif iaitu segala bentuk per-belanjaan kerajaan yang tidak menghasilkan produk khusus.
  • Contohnya perbelanjaan operasi kerajaan - gaji

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide8
Perbelanjaan Modal
  • GC adalah perbelanjaan produktif iaitu perbelanjaan yang digunakan secara langsung untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan.
  • Contoh: perbelanjaan pembangunan kerajaan iaitu perbelanjaan pembangunan ekonomi dan perbelanjaan pembangunan sosial.

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide9
Matlamat Pelaburan Awam
  • Pengalokasian
  • Penstabilan
  • Penyediaan barang-barang sosial
  • Agihan semula kekayaan dan pendapatan
  • Pembentukan modal
  • Penyediaan peluang-peluang pekerjaan

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide10
Pengalokasian
  • Pelaburan awam secara umum-nya cenderung untuk memberi faedah kepada pengeluaran me-lalui alokasi sumber-sumber antara penggunaan dan kawasan yang berbeza

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide11
Pengalokasian
  • Pelaburan awam menyebabkan pengalihan sumber-sumber ekonomi dari satu penggunaan kepada penggunaan yang lain. Contohnya projek lebuhraya UTARA-SELATAN.
  • Pelaburan awam dapat mengeksploit sumber-sumber yang tidak digunakan dalam ekonomi.

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide12
Pengalokasian
  • Pelaburan awam meningkatkan kuasa produktif.
  • Pelaburan awam membolehkan alokasi sumber antara masa sekarang dan masa hadapan.

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide13
Penstabilan
  • Pelaburan swasta, pelaburan awam juga bertindak sebagai pen-stabil kepada turun-naik prestasi ekonomi.
  • Pelaburan awam menjadi pelawan kepada kitaran ekonomi.

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide14
Penstabilan
  • Lihat kepada fungsi G dalam pengukuran pertumbuhan ekonomi.

[1.1]

[1.2]

di mana; C = penggunaan, I = pelaburan swasta, G = perbelanjaan kerajaan, X = eksport dan M = import.

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide15
Penstabilan

Rajah 1: Keseimbangan Perbelanjaan Aregat dan Penawaran Agregat

AS dan AE

AS

AE1=C+I+G1+(X-M)

E1

AE0=C+I+G0+(X-M)

E0

KDNK

Y1 Y2

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide16
Pengiraan KDNK

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide17
Penyediaan Barang-Barang Sosial
  • Kerajaan menanggung sejumlah perbelanjaan khususnya perbelanjaan modal untuk mengeluarkan barang-barang awam bagi memenuhi keperluan dan kehendak sosial.
    • Contoh: bekalan air bersih dan bekalan elektrik.

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide18
Penyediaan Barang-Barang Sosial
  • Kerajaan menghasilkan barang-barang yang dikategori sebagai barang-barang modal overhed sosial (social overhead capital).
    • Contoh: kesihatan, pendidikan, kemudahan pengangkutan dan komunikasi, perumahan, pembinaan jambatan, terusan dan terowong, jalan raya.

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide19
Agihan Semula Pendapatan dan Kekayaan
  • Pelaburan awam merupakan instrumen penting bagi memperbaiki ketakseimbangan agihan pendapatan dan kekayaan.
  • Penyediaan barang-barang modal overhed sosial dapat memperbaiki agihan pendapatan dan kekayaan.

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide20
Agihan Semula Pendapatan dan Kekayaan
  • Kesan pelaburan awam dalam mengagihkan semula pendapatan dan kekayaan ber-gantung kepada jenis-jenis perbelanjaan pelaburan yang dibuat oleh kerajaan.
    • Ada sesetengah perbelanjaan pelaburan memberi faedah hanya kepada segelintir individu, sektor dan negeri.
    • Sesetengah yang lain pula memberi faedah kepada keseluruhan masyarakat, sektor, negeri dan negara.

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide21
Pembentukan Modal
  • Kadar pembentukan modal sesebuah negara dapat dipercepatkan melalui pelaburan awam.
  • Pelaburan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan menyumbang kepada stok tambahan aset modal fizikal. Dalam hal ini, kerajaan boleh melakukan pelaburan langsung dalam sektor barang-barang modal.

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

slide22
Pembentukan Modal
  • Penciptaan barang-barang modal overhed sosial sebenarnya membantu dalam aktiviti-aktiviti pembentukan modal dalam sektor swasta.
  • Pembentukan modal swasta sangat penting dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
    • Kepentingan modal swasta ditunjukkan dalam Model Harrod-Domar.

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

penyediaan peluang peluang pekerjaan
Penyediaan Peluang-Peluang Pekerjaan
  • Peningkatan aktiviti-aktiviti pelaburan awam menyebabkan pertumbuhan ekonomi. Ekonomi yang makmur sudah tentu menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Program Luar Kampus, UUM 2008/2009

ad