1 / 18

TEKNIK MENGAWAL MUSUH PEROSAK ( Tanaman Sawit )

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH. TEKNIK MENGAWAL MUSUH PEROSAK ( Tanaman Sawit ). PENDAHULUAN. Pokok sawit mungkin diserang oleh pelbagai jenis musuh seperti serangga dan haiwan vertebrata.

june
Download Presentation

TEKNIK MENGAWAL MUSUH PEROSAK ( Tanaman Sawit )

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. (PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH TEKNIKMENGAWAL MUSUH PEROSAK( Tanaman Sawit )

  2. PENDAHULUAN • Pokok sawit mungkin diserang oleh pelbagai jenis musuh seperti serangga dan haiwan vertebrata. • Kawalan musuh adalah penting bagi memastikan pulangan hasil tidak terjejas.

  3. SERANGGA • Ulat bungkus ( Psychidae sp.) - Kerosakan pada daun - Daun akan berlubang, kering dan reput - Serangan yang teruk menyebabkan reput bahagian pelepah dan pelepahmenjadi kekuningan seolah-olah terbakar - Metisa plana, Pteroma pendula dan Mahasena corbetti adalah jenis ulat bungkus yang menyerang industri sawit di Malaysia

  4. Kawalan - Pokok berumur kurang 4 tahun, semburan racun serangga trichlorfon, cypermethrin dan diflubenzuron - Suntikan batang bagi pokok lebih 5 tahun atau yang terlalu tinggi - suntikan dengan racun sistemik seperti monocrotophus dan metamidophos - Musuh semulajadi seperti parasitoid dan pemangsa memakan ulat bungkus

  5. ii) Ulat beluncas ( Limacodidae sp. ) ( Sitora nitens, Darna trima ) - Kerosakan pada daun - Daun kelihatan bergerigi dari tepi dan kadangkala hanya tinggal bahagian lidi • Kawalan - Pemangsa seperti Cantheconidea sp. Dan Sycanus sp memakan pelbagai peringkat beluncas - Tingkatkan populasi pemangsa dengan menanam tanaman bermanfaat - Racun serangga yang mempunyai bahan aktif cypermetrin 5%, acephate (75%).

  6. iii) Kumbang Badak ( Oryctes rhinoceros ) • Kerosakan - Makan pangkal pelepah sawit yang menyebabkannya berlubang - pucuk muda yang kembang berbentuk kipas akan patah - Serangan berterusan menyebabkan pokok sawit mati

  7. Kawalan - Elakkan penanaman secara ‘underplanting’ - Batang sawit reput jangan dibiarkan menegak kerana menarik kumbang badak untuk membiak - Bagi kawasan tanam semula secara pembakaran sifar, cincang dan serakkan batang sawit sebagai sungkupan supaya cepat kerja dan tidak sesuai untuk pembiakan kumbang badak

  8. - Tunggul lama perlu dimusnahkan - Perangkap feromon untuk mengurangkan populasi kumbang badak - Bagi kerosakan teruk >5%, sembur racun serangga seperti cypermethrin, cyhalothrin - Agen kawalan biologi kulat Metharizium anisopliae dan virus orytes (baculovirus)

  9. iv) Ulat tandan ( Tirathabarufivena sp.) • Kerosakan • Tandan kelihatan kotor kerana terdapat selaput sutera dan longgokan najis dari larva • Kerosakan bermula pada peringkat bunga sehingga buah masak • Bahagian mesokap sawit menjadi berlubang dan kadangkala tidak mempunyai isirung • Kawalan - Sembur racun agen kawalan biologi seperti Bacillus thuringiensis, diflubenzuron dan cyfluthrin pada bahagian tandan

  10. v) Anai-anai ( Coptotermes curvignathus ) • Kerosakan - Menyerang semua peringkat umur sawit dari bahagian pucuk hingga ke bawah - Pelepah bawah menjadi kuning/ kering dan buah tidak terbentuk - Serangan teruk menyebabkan pokok tumbang kerana batang telah reput

  11. Kawalan - Musnahkan sumber populasi anai-anai seperti tunggul dan batang kayu terutama di kawasan tanah gambut semasa pembukaan ladang - Sembur larutan chlorpyrifos pada bahagian pangkal pokok - Letakkan campuran racun fipronil dengan habuk kayu getah dan serkam padi sebagai umpan dalam botol yang berlubang 50-100g dari pokok yang diserang

  12. v) Belalang (Valanga nigricornis) • Kerosakan - Menyerang daun pokok sawit muda menyebabkan daun rosak dan berlubang • Kawalan - Sembur daun sawit dengan racun berbahan aktif trichlorfon atau chlorpyrifos atau acephate - Tanam tanaman penutup bumi bagi mengurangkan persekitaran yang sesuai untuk belalang bertelur.

  13. HAIWAN VERTEBRATA i) Tikus ( Rattus tiomanicus, Rattus argentiventer ) • Kerosakan - Memakan buah sawit bahagian mesokarp dan kadang kala sehingga ke bahagian isirung • Kawalan - Gunakan umpan racun tikus yang mempunyai bahan aktif seperti warfarin, chlorophacinone atau brodifacoum.

  14. Menggalakkan populasi burung pungguk jelapang dengan mendirikan sebuah kotak sarang bagi setiap kawasan (1 sarang/10hek ) - Jika sarang dibuat bagi kawasan 5 hektar – 7.5 hektar akan mempercepatkan pembiakan burung pungguk dan mengurangkan serangan tikus. - Pasang dawai mata punai atau zink pada pangkal pokok muda untuk mengelak sarang tikus

  15. ii) Gajah ( Elephas maximus ) • Kerosakan - Sawit matang dirosakkan pada bahagian pucuk dan umbut - Pokok muda akan rebah dan kadang kala mati dipijak • Kawalan - Gali parit dalam disekeliling kawasan ladang - Pasangkan pagar elektrik untuk menggalakkan serangan gajah

  16. iii) Landak ( Histrix brachyura ) • Kerosakan - Merosakkan bahagian pangkal dan pucuk pokok sawit • Kawalan - Pasang perangkap, memburu dan menembak untuk menghalangnya - Pihak perhilitan perlu dimaklumkan kerana haiwan tersebut dilindungi - Campuran zink fosfid dan kanji disapu pada pangkal pokok untuk menghindari serangan - Meletakkan kepingan zink di sekeliling pokok

  17. Rujukan : Buku Perusahaan Sawit Di Malaysia (MPOB)

  18. SEKIAN, TERIMA KASIH

More Related