1 / 14

AYAT DASAR

TATABAHASA BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

helmy
Download Presentation

AYAT DASAR

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Bahagian-bahagian Ayat Pendahuluan Ayat ialah sekumpulan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan mengandungi maksud yang sempurna. Binaan Ayat Ayat yang sempurna mestilah mengandungi dua bahagian utama, iaitu subjek (benda) dan predikat (cerita). Ayat = Subjek + Predikat Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikatialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.

  2. Lihatlah contoh yang berikut :

  3. Pola Ayat Dasar Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar atau ayat inti (ayat mudah) ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pmbentukan semua ayat yang lain. Dengan kata lain , ayat dasar ialah ayat yang paling sederhana. Ada 4 pola ayat dasar dalam bahasa Melayu. Pada umumnya, bahagian subjek diisi oleh frasa nama. Bahagian predikat pula diisi oleh empat jenis frasa- • Frasa Nama (FN), • Frasa Kerja (FK), • Frasa Adjektif (FA) dan • Frasa Sendi Nama (FS).

  4. Lihatlah contoh yang berikut: Dalam Pola 1- 4, Frasa Nama (FN) berfungsi sebagai subjeknya. Bahagian predikat pula terdiri daripada empat jenis frasa. Dalam contoh yang diberikan, jenis frasa dapat dikenal melalui perkataan pertama yang berwarna dalam bahagian predikat.

  5. Pola Ayat Dasar Kamu telah diperkenalkan dengan empat pola ayat dasar dalam Bahasa Melayu. Kamu akan mempelajari pola 1, iaitu frasa nama + frasa nama(FN + FN) dan pola 2, frasa nama + frasa kerja (FN = FK) Pola 1 Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai subjekdan Frasa Nama (FN) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini.

  6. Frasa Nama • 1. Seorang budak lelaki sedang berbasikal. • 2. Seekor anak kucing mengiau-nagiau di situ. • 3. Udin mendengarnya dengan teliti. • 4. Kucing itu terjatuh ke dalam longkang. • 5. Udin mahu menyelamatkan anak kucing itu. Dalam ayat-ayat yang tertera di atas, frasa seorang budak, seekor anak kucing, Udin, Kucing itu, longkang dan anak kucing dikenal sebagai Frasa Nama Frasa Nama boleh terbentuk daripada satu kata nama atau lebih. Contohnya : orang, rumah, orang Melayu, pokok kelapa, kawasan perumahan dan sebagainya.

  7. Pola 2 Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Kerja (FK) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini.

  8. Pola 3 Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Adjektif (FA) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini.

  9. Pola 4 Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai subjek dan Frasa Sendi Nama (FS) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini.

  10. UJIAN SINTAKSIS 1 Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

  11. Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami. POLA AYAT: 2. Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin. POLA AYAT: 3. Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak. POLA AYAT: 4. Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun. POLA AYAT: 5. Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu. POLA AYAT:

  12. 6. Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas. POLA AYAT: 7. Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh. POLA AYAT: 8. Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya. POLA AYAT: 9. Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah. POLA AYAT: 10. Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya. POLA AYAT:

  13. 11. PelajaritudaripadaKelabHarimauMuda. POLA AYAT: 12. Dari negaraJepunkebanyakanpengunjungkepameranitu. POLA AYAT: 13. SemuapemainsepaktakrawpasukanitudariKampungBahagia. POLA AYAT: 14. Pelumbabasikal yang sedang kami tungguituamatgigih. POLA AYAT: 15. Guru yang sedangberkursus di Kuala Lumpur ialahCikguZakaria. POLA AYAT:

  14. 16. Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini. POLA AYAT: 17. Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina. POLA AYAT: 18. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. POLA AYAT: 19. Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin. POLA AYAT: 20. Kapal Phinisi itu daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba. POLA AYAT:

More Related