1 / 31

BAB 3 KONSEP ‘WORLD WIDE WEB’ DAN E-MAIL

BAB 3 KONSEP ‘WORLD WIDE WEB’ DAN E-MAIL. PENGENALAN ASAS KEPADA WORLD WIDE WEB BROWSER/PELUNGSUR WEB ASAS DAN ISTILAH E-MEL PENALAMATAN DAN PINDAH-TERIMA E-MEL KAEDAH PENGGUNAAN E-MEL DENGAN MENGGUNAKAN PELBAGAI PROGRAM. PENGENALAN ASAS WWW. DEFINISI WWW

hashim
Download Presentation

BAB 3 KONSEP ‘WORLD WIDE WEB’ DAN E-MAIL

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 3KONSEP ‘WORLD WIDE WEB’ DAN E-MAIL PENGENALAN ASAS KEPADA WORLD WIDE WEB BROWSER/PELUNGSUR WEB ASAS DAN ISTILAH E-MEL PENALAMATAN DAN PINDAH-TERIMA E-MEL KAEDAH PENGGUNAAN E-MEL DENGAN MENGGUNAKAN PELBAGAI PROGRAM

  2. PENGENALAN ASAS WWW • DEFINISI WWW • World wide web ialah satu jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian (on-line) yang dipanggil laman / homepej (homepage) • Dikenali sebagai WWW, web atau W3 • Mengandungi pautan-pautan (links) ke dokumen-dokumen dan sumber-sumber maklumat yang terdapat di seluruh rangkaian internet • www menggunakan satu sistem yang berasaskan dan hiperpautan untuk membolehkan homepej-homepej di www dipautkan antara satu sama lain • Proses melungsuri www untuk mendapatkan maklumat ini dipanggil menyemak imbas (browsing) atau merayau (surf)

  3. ELEMEN WEB • Elemen utama www • Bahasa mark-up hiperteks (Hypertext Mark-Up Language-HTML) • Protokol pindahan hiperteks (Hypertext Transfer Protocol-HTTP) • Penentu lokasi sumber (Uniform Resources Locator-URL)

  4. Bahasa Mark-up Hiperteks Hypertext Mark-Up Language (HTML) • Sejenis bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk menulis laman-laman web dan membezakan di antara laman-laman web dengan fail-fail lain dalam internet • Memberitahu (browser) bagaimana memaparkan teks dan grafik

  5. Protokol Pindahan Hipertek Hypertext Transfer Protocol(HTTP) • Satu prosedur komunikasi piawai untuk menghantar dan menerima dokumen melalui laman web (www) • Contoh protokol yang lain • Telnet • Gopher • FTP

  6. Penentu Lokasi SumberUniform Resources Locator(URL) • Satu prosedur piawai yang digunakan untuk mengenal pasti lokasi dokumen sumber dalam internet • Ia mengandungi • Nama protokol yang diperlukan untuk mencapai sumber • Nama domain yang mengenalpasti komputer yang mengandungi fail dan sumber dalam internet • Deskripsi secara berperingkat tentang lokasi fail dalam komputer sumber • URL adalah alamat laman web

  7. KONSEP DAN JENIS BROWSER DEFINISI BROWSER • Perisian internet yang dipasang untuk membuat sambungan ke internet • Juga dikenali sebagai pelungsur internet • Biasanya ianya akan dibekalkan secara percuma apabila anda melanggan dengan pembekal perkhidmatan internet • Browser yang biasa digunakan Internet Explorer dan Netscape Navigator

  8. PENGGUNAAN BROWSER DALAM INTERNET Browser adalah satu program komputer yang sedia ada dalam komputer yang membolehkan kita menggunakan komputer untuk melihat dokumen dan mengakses www dalam internet berkelebihan dalam format teks, hiperteks, link, imej, suara, motion, blog dan lain-lain.

  9. SENARAI JENIS-JENIS BROWSER DALAM INTERNET • Internet Explorer • Firefox • Mozilla • Netscape • Opera • Safari

  10. ENJIN CARIAN • Enjin Carian bertindak membandingkan satu rangakaina teks dengan beberapa baris pertama ayat dalam setiap dokumen dalam sesuatu pangkalan data. • Enjin carian untuk maklumat yang lebih terperinci: • www.altavista.com • www.catcha.com.my • www.cari.com.my

  11. TAKRIF EMEL • Pertukaran mesej yang disimpan dalam komputer melalui talian komunikasi • Medium penghantaran dan penerimaan mesej atau maklumat diantara individu menerusi komputer • Kelebihan emel?

  12. Kelebihan e-mel • Cepat :- penghantaran mesej melalui e-mel hanya mengambil masa beberapa saat sahaja. • Murah :- ia tidak memerlukan setem sebagai bayaran pos dan pengguna hanya dikenakan bayaran akses ke internet sahaja. • Mudah :- pengguna boleh menulis dan menghantar mesej dengan senang dan selesa kepada seorang atau beribu-ribu penerima dalam satu masa. Pengguna juga boleh melampirkan fail-fail teks, grafik, bunyi atau pun video dalam e-mel yang dikirim.

  13. ISTILAH- ISTILAH E-MEL PENERANGAN DAN KENALPASTI ISTILAH EMEL • MAIL SERVER • ALIAS • MESSAGE HEADER • INBOX • SIMPLE MAIL TRANSFER PROTOCOL (SMTP)

  14. MAIL SERVER • Operasi pelayan oleh ISP atau perkhidmatan talian yang mengandungi mailboxes bagi emel, pelayan yang mengandungi kotak mel • ALIAS • Simbol @ disebut et, memisahkan nama pengguna dan nama hos • MESSAGE HEADER (KEPALA MESEJ) • Teks yang berada dibahagian atas muka mesej

  15. INBOX • Kotak masukan bagi mesej digunakan untuk membuka emel • SIMPLE MAIL TRANSFER PROTOCOL (SMTP) • Merupakan protokol TCP/IP yang digunakan untuk terima dan hantar emel

  16. AlamatEmel • Namapengguna@hos.domain • Cth: saya@yahoo.com • Namapengguna@hos.subdomain.domain • Cth: saya@kkpsa.edu.my

  17. Jenis emel • Terdapat 2 jenis emel yang sering digunakan: • Emel POP3 • Emel berasaskan web

  18. Emel POP3 • E-mel ini adalah dirujuk kepada protokol POP3 (post office protocol) yang digunakannya. • Perkhidmatan e-mel jenis ini biasanya disediakan oleh Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) seperti Jaring, TMnet, TimeNet, iDigi dan Maxis. Syarikat-syarikat, Institusi Pengajian, organisasi dan lain-lain juga membekalkan perkhidmatan ini kepada kakitangan mereka.

  19. Pendaftaran E-mel POP3

  20. Emelberasaskan web • E-mel web adalah perkhidmatan emel yang disediakan oleh syarikat2 secara percuma di Internet. Penggunaan emel ini cuma memerlukan pelayar web seperti MIE atau Netscape Navigator. Oleh itu ia boleh dicapai di mana-mana komputer dengan pelayar web sekiranya terdapat sambungan ke Internet.

  21. Toolbar Baris ini mengandungi ikon butang dengan perintah-perintah yang paling kerap digunakan. Di antara ikon-ikon ini ialah: a) Create Mail Membenarkan pengguna menulis e-mel yang baru b) Reply Digunakan untuk membalas e-mel kepada si pengirim. c) Reply All Digunakan untuk membalas e-mel kepada pengirim dan semua penerima. d) Forward Digunakan untuk menghantar semula e-mel yang sedia ada kepada pengirim yang sama atau penerima lain.

  22. e) Print Mencetak e-mel yang sedang dibaca f) Delete Membuang e-mel yang tidak dikehendaki g) Send\Recv Digunakan untuk mendapatkan e-mel dari Internet dan menghantar e-mel ke Internet. h) Addresses Digunakan untuk menyimpan butir-butir penerima/kenalan, terutama sekali alamat e-mel penerima/kenalan.

  23. Tetingkap direktori Direktori ini mengandungi folder-folder yang berbeza fungsi iaitu: a) Inbox Folder untuk menyimpan e-mel yang baru diterima b) Outbox Folder untuk menyimpan e-mel yang tidak terhantar.

  24. c)Sent Items Folder untuk menyimpan e-mel yang pernah dihantar. Untuk mengosongkan folder ini anda perlu memadamkan kandungannya dari semasa ke semasa dengan menggunakan butang Delete. d) Deleted Items Juga dikenali sebagai Trash. Di sini semua e-mel yang dipadamkan disimpan sementara. Untuk mengosongkan direktori ini tekan ikon butang Delete. e) Drafts Folder di mana e-mel yang separuh siap disimpan

  25. Fungsi-fungsi tetingkap Create Mail

More Related