1 / 16

Sains KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya. Sains KBSM Tingkatan 1. oleh:. Norizan bt Ahmad (MPIP) dan Zuraini bt. Zainal Abidin (M4P). BIDANG. Haba dan Pemindahannya. Hasil Pembelajaran. Kandungan tenaga haba suatu jenis bahan yang berlainan isipadu pada suhu yang sama.

beyla
Download Presentation

Sains KBSM Tingkatan 1

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Haba dan Pemindahannya Sains KBSMTingkatan 1 oleh: Norizan bt Ahmad (MPIP) dan Zuraini bt. Zainal Abidin (M4P) Haba dan Pemindahannya

  2. BIDANG Haba dan Pemindahannya Hasil Pembelajaran Kandungan tenaga haba suatu jenis bahan yang berlainan isipadu pada suhu yang sama Butang-butang berikut akan membantu anda melayari tajuk ini: Pergi ke slaid berkaitan Ke slaid pertama Kembali ke slaid sebelum ini Ke slaid sebelumnya Ke slaid seterusnya Ke slaid terakhir Haba dan Pemindahannya

  3. Di sini terdapat beberapa masalah menarik untuk anda fikirkan dan jawab soalan-soalan di dalam lembaran kerja yang disertakan. Anda diberikan sebuah bikar yang berisi air pada suhu bilik. Bikar itu diisikan dengan sebatang bolt yang besar dan sebatang paku yang kecil. Berapakah suhu air di dalam bikar itu sekarang? Bikar ini kemudiannya dipanaskan sehingga air di dalamnya mendidih. paku Berapakah suhu bolt dan paku itu sekarang? bolt Haba dan Pemindahannya

  4. Dengan berhati-hati, bolt dan paku dipindahkan ke bikar A dan B yang mempunyai isipadu air yang sama pada suhu bilik. Apakah yang anda jangkakan berlaku pada suhu air di dalam bikar A dan B? Mengapakah berlaku perubahan suhu di dalam bikar A dan bikar B? Suhu air di dalam bikar manakah yang lebih tinggi? Mengapa? A B Slaid seterusnya akan menerangkan mengenai perubahan suhu di atas. Haba dan Pemindahannya

  5. Kedua-dua bolt dan paku mempunyai suhu yang sama (100 oC) ketika dikeluarkan daripada bikar yang mempunyai air mendidih. Adakah kedua-duanya mempunyai tenaga haba yang sama? Tidak!!! Mengapa? Bolt mempunyai tenaga haba yang lebih tinggi sebab ia lebih besar daripada paku. Oleh itu ia boleh memindahkan lebih banyak haba kepada air di dalam bikar A. Sebab itulah suhu air di dalam bikar A lebih tinggi daripada suhu air di dalam bikar B. Perhatikan Pak Abu dalam slaid seterusnya... Haba dan Pemindahannya

  6. Pak Abu sangat penat. Dia ingin merendam kakinya di dalam baldi berisi air panas. Kaki kirinya kini berada di dalam baldi. Kaki kanannya pula terkena percikan air panas. Kaki manakah yang Pak Abu akan rasakan lebih panas? Mengapa? Haba dan Pemindahannya

  7. Semasa musim catuan air, Pak Lah telah mengambil sebuyung air daripada sebuah tasik. Pak Lah memberitahu anaknya bahawa suhu air di dalam buyungnya adalah sama dengan suhu air di dalam kolam itu. Anaknya pun berkata, “Kandungan tenaga haba di dalam kedua-dua baldi dan tasik adalah sama!” Bagaimanakah Pak Lah harus menerangkan kepada anaknya bahawa pendapatnya itu tidak benar? Haba dan Pemindahannya

  8. Kesian saya Si Kurus Kering di sebelah ini. Badannya sejuk menggigil. Lihat tu, giginya berlaga-laga. Dia patut makan banyak makanan berlemak, dan hasilkan habayang unitnya pula ialah Joule. Suhu bilik 17 oC Wajarkah Si Montel itu berkata sedemikian? Mengapa? Haba dan Pemindahannya

  9. Memperkenalkan Professor Ivan Air radiator kereta Prof. Ivan selalu kering. Maka terfikirlah ia untuk mencari cecair penyejuk yang mempunyai takat didih yang lebih tinggi. Adakah anda fikir angan-angan Prof. Ivan itu boleh dilaksanakan? Bincangkan. Haba dan Pemindahannya

  10. Haba adalah suatu bentuk tenaga: Haba ialah tenaga yang dipindahkan antara suatu sistem dan persekitarannya hasil daripada perbezaan suhu. Haba disukat menggunakan sama ada unit kalori atau Joule. Satu kalori bersamaan dengan haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 10C. Satu Joule pula ialah unit yang digunakan untuk mengukur kerja dan juga boleh digunakan untuk mengukur haba. Haba dan Pemindahannya

  11. Suhu pula ialah ukuran betapa sejuk atau panasnya sesuatu jasad. Unit-unit suhu yang digunakan ialah Fahrenheit, Celsius dan Kelvin. Sesuatu unsur mempunyai takat beku dan takat didih. Contoh: Air Fahrenheit Celsius Kelvin Takat beku 32 0 273 Takat didih 212 100 373 Haba dan Pemindahannya

  12. Penilaian Isipadu = 50 ml Suhu = 30 0C Isipadu = 100 ml Suhu = 30 0C Isipadu = 150 ml Suhu = 30 0C A B C Perhatikan keempat-empat bekas A, B, dan C di atas. Bekas manakah yang mempunyai paling banyak tenaga haba? (Klik pada huruf-huruf yang anda fikirkan betul.) Haba dan Pemindahannya

  13. Isipadu = 50 ml Suhu = 30 0C Isipadu = 50 ml Suhu = 60 0C Isipadu = 100 ml Suhu = 30 0C A Isipadu = 200 ml Suhu = 30 0C B C D Perhatikan keempat-empat bekas A, B, C dan D di atas. Bekas manakah yang mempunyai paling banyak tenaga haba? (Klik pada huruf-huruf yang anda fikirkan betul.) Haba dan Pemindahannya

  14. Adakah kenyataan-kenyataan ini benar? (Klik pada huruf-huruf yang anda fikirkan betul.) Kandungan tenaga haba sesuatu jenis bahan yang sama isipadu pada suhu yang sama adalah sama.   Kandungan tenaga haba sesuatu jenis bahan yang berlainan isipadu pada suhu yang sama adalah tidak sama.   Suatu jenis bahan berisipadu lebih besar pada suhu yang sama mengandungi tenaga haba yang lebih banyak.   Haba dan Pemindahannya

  15. Sudahkah anda faham apa yang telah dipelajari di dalam tajuk ini? Anda boleh kembali ke slaid-slaid sebelum ini untuk mengulangkaji. Sila gunakan butang-butang di bawah. Ke slaid Pak Lah Kembali ke slaid pertama Pergi ke slaid akhir Ke slaid Si Montel Ke Slaid bolt dan paku Ke slaid Prof. Ivan Ke slaid Pak Abu Ke slaid Penilaian Haba dan Pemindahannya

  16. Haba dan Pemindahannya Sains KBSMTingkatan 1 Sekian Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pengarang: Norizan Ahmad (mnk@pl.jaring.my) Zuraini Zainal Abidin (zuraza@hotmail.com) Haba dan Pemindahannya

More Related