120 likes | 687 Views
Kerajaan ‘Uthmaniyyah II. Liputan Kuliah. Pengasasan dawlah Uthmaniyah Proses Perluasan Kuasa Penaklukan Constantinople Zaman kegemilangan Kemerosotan Awal Dawlah Uthmaniyah Usaha-usaha pemulihan dan pembaharuan. Pengasasan dawlah Uthmaniyah.
E N D
Liputan Kuliah • Pengasasan dawlah Uthmaniyah • Proses Perluasan Kuasa • Penaklukan Constantinople • Zaman kegemilangan • Kemerosotan Awal Dawlah Uthmaniyah • Usaha-usaha pemulihan dan pembaharuan
Pengasasan dawlah Uthmaniyah • Kuasa Islam yang muncul di Barat Laut Anatolia pada awal abad ke 14M • Menurut orang-orang Uthmaniyah mereka berasal daripada keluarga Suleymaniah iaitu pembesar Turki yang berasal dari Mahan, Timur Laut Iran • Keluarga ini melarikan diri dari serangan orang Mongol pada abad ke 13. • Anak Suleyman, Ertughrul memimpin pengikut ayahnya ke Anatolia berkhidmat dengan Kerajaan Saljuk menentang Byzantin dan Mongol • Ertughrul diganti oleh anaknya Uthman yang dianggap sebagai pengasas kerajaan Uthmaniyah
Kajian terkini menunjukkan dawlah ini diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul yang memimpin imarah Uthman di Selatan Anatolia. • Sekitar tahun 1300M Uthman menguasai Eskishehir hingga ke Nicea(Iznik) • Pada tahun 1326, Orkhan menawan Bursa dan dijadikan ibu negeri • Penempatan penduduk, sistem pentadbiran dan pembangunan ketenteraan diadakan • Orkhan meneruskan proses perluasan kuasa dengan menawan imarah Karasi pada tahun 1345 dan juga Gallipoli.
Proses perluasan kuasa • Seterusnya Murat (putera Orkhan) dapat menawan Adrianople dan dijadikan ibu negeri dengan nama Edirne • Penguasaan Edirne memudahkan usaha kerajaan Uthmaniyah untuk bertapak ke Eropah • Philipolis ditawan pada 1363, Macedonia 1371-87, Tengah Bulgaria 1382, Sofia 1385 dan Nis serta Serbia pada 1386. Manakala Kosovo pada 1389 • Murat terbunuh dalam pertempuran di Kosovo dan digantikan oleh puteranya Bayazid I
Bayazid menyerapkan imarah-imarah Turkoman di Barat Anatolia ke dalam Uthmaniyah, menawan Bulgaria dan mengepung Constantinople. • Beliau juga mengalahkan Hungary di Sungai Danube. Di atas kejayaan beliau, Khalifah Abbasiyah mengurniakan gelaran ‘Sultan’ • Pada tahun 1397, Timur Lang (Mongol-Turki) menyerang kerajaan Uthmaniyah di Anatolia dalam pertempuran Ankara • Bayazid dapat ditawan dan dikalahkan. • Perebutan kuasa berlaku di antara anak Bayazid iaitu Suleyman, Mehmed, Musa dan Isa.
Penaklukan Constantinople • Sultan Mehmed II berusaha untuk menakluki Constantinople dgn mengepungnya selama 53 hari • Pada 29 April 1453, Constantinople dapat ditawan kejayaan ini menjadi rekod penting dalam sejarah Uthmaniyah • Bandar tersebut dinamakan Istanbul, dibangunkan semula dan dijadikan ibu negeri kerajaan Uthmaniyah • Mehmed II digantikan oleh anaknya Bayazid II yang berusaha mengekalkan kekuasaan dawlah Uthmaniyah • Seterusnya Sultan Selim I berkuasa yang disokong kuat oleh golongan devsirme
Zaman Kegemilangan dawlah Uthmaniyah • Sultan Selim I digantikan oleh anaknya Suleyman yang dikenali sebagai Suleyman The Magnificent atau Suleyman al-Qanuni (1520-1566) • Dawlah Uthmaniyah mencapai zaman kegemilangannya • Empayar Habsburg di Eropah dan Kerajaan Safawiyyah di sebelah Asia menggugat Uthmaniyah • Perancis diberikan hak capitulations pada tahun 1536. • Pengkalan tentera laut yang besar diwujudkan di Suez 1517 dan Basrah 1538 untuk menangkis ancaman Portugis dalam mengukuhkan perdagangan antarabangsa di Timur Tengah
Kemerosotan Awal dawlah Uthmaniyah • Bibit-bibit kemerosotan bermula sejak pemerintahan Sultan Suleyman al-Qanuni. Di antara faktor tersebut :- • Kekuasaan Sultan semakin berkurangan • Pengaruh golongan devsirme • Peranan harem • Pertambahan penduduk
Usaha-usaha pemulihan dawlah Uthmaniyah • Usaha-usaha pemulihan dimulakan oleh Sultan Usman II pada abad ke 17 • Walaupun program pemulihan tidak begitu berjaya tetapi masih mampu menguatkan tentera Uthmaniyah dalam menghadapi ancaman Eropah • Abad ke 18 menyaksikan pelbagai perjanjian yang ditandatangani dengan Russia dan Austria ekoran dari peperangan yang berlaku dengan kuasa tersebut • Kemerosotan Uthmaniyah membawa kepada usaha-usaha pembaharuan pada abad ke 19
Usaha-usaha pembaharuan mencapai kemuncaknya di bawah Sultan Selim III • Beliau menubuhkan tentera baru iaitu Nizam al-Jadid dan kolej-kolej ketenteraan • Pemberontakan dari wilayah yang menuntut kuasa autonomi, pendudukan Perancis di Mesir dan penentangan tentera janissari membantutkan pembaharuan oleh Selim III • Perkembangan ilmu pengetahuan di kolej dan sekolah memberi ruang kepada pembaharuan yang dilakukan seterusnya pada abad ke 19M