Download
bahasa melayu n.
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
BAHASA MELAYU PowerPoint Presentation
Download Presentation
BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU

214 Views Download Presentation
Download Presentation

BAHASA MELAYU

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript

  1. BAHASA MELAYU MOHD SUFRI YAKUP PISMP PENGAJIAN SOSIAL SEMESTER 5/2011 IPG KAMPUS RAJANG SARAWAK

  2. PENDEKATAN MENGAJAR BACAAN • Pada amnya terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan untuk menyampaikan pelajaran membaca : (i)-Pendekatan Membina (Sintesis) (ii)-Pendekatan Cerakinan (Analisis) • Pendekatan Membina • Cara yang bersandarkan prinsip sintesis atau membina atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar.

  3. Contoh ayat: Nina ada baju merah. • Langkah-langkah yang digunakan: • Perkenalkan huruf (a, b ,d ,I ,j ,h ,r , u , m ,n ) • Perkenalkan suku kata (ba , ni , na , ju, rah, me, da) • Perkenalkan perkataan (baju, Nina, ada, merah) • Perkenalkan rangkai kata (baju merah, Nina ada • Perkenalkan ayat ( Nina ada baju merah) • Pada keseluruhannya, kaedah ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata

  4. (ii) Pendekatan cerakinan • Satu cara yang berlawanan prinsipnya dengan cara sintesis • Menggunakan prinsip analisa atau mencerakin atau dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. • Misalnya dalam mengajarkan ayat ‘ Nina ada baju baru’ • Langkah-langkah yang digunakan :

  5. Perkenalkan ayat (Nina ada baju baru) • Perkenalkan rangkai kata ( Nina ada, baju baru) • Perkenalkan perkataan ( Nina, ada, baju, baru) • Perkenalkan suku kata (ni, na, da, ba, ju, ru, a) • Perkenalkan huruf (n, I, a, d, j, r, u)

  6. Pada keseluruhanya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat yang digabungkan dalam kaedah pandang sebut. • Namun begitu, telah terbit satu cara yang lain yang dipercayai dapat mengurangkan masalah yang dihadapi. • Caraa ini ialah cara elektrik atau lebih dikenali dengan nama cara campuran

  7. Pendekatan elektrik • Cara mengajar bacaan dengan menggunakan kaedah campuran daripada dua cara yang terbesar iaitu cara membina dan cara cerakinan • Cara membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah suku kata. • Cara cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. Semua kaedah ini disebut kaedah pandang dengar.

  8. Kelebihan • Kaedah ini mengikut prinsip psikologi membaca • Dapat mengikut kehendak dan kebolehan murid-murid dalam pelajaran membaca dan mengikut situasi • Menyatupadukan beberapa kaedah yang sesuai dengan fonem bahasa Malaysia • Dapat menggabungkan kaedah lama dengan kaedah yang baru supaya dapat menghapuskan konflik pendapat.

  9. Cara mengajar • Tujuannya ialah untuk membolehkan muri-murid membaca ayat-ayat yang pendek, mengenal huruf, suku kata dan memehami isinya. • Bentuk huruf : huruf-huruf itu diajar dari segi bunyinya sahaja. Misalnya : -a-ayam p-payung i-ikan • Bentuk bahasa • Suku kata diajar menerusi perkataan. Misalnya: • Ba-bakul, bawang, barang • Menggunakan gambar • Alat mengajar : kad imbasan, kad ayat, kad perkataan, kad rangkai kata, kad suku kata dan sebagainya boleh digunakan. Huruf-huruf harus terang dan jelas sehingga dapat dilihat oleh semua murid.

  10. PENDEKATAN BERFORMATKAN KBSR • Ada 4 pendekatan yang dicadangkan untuk dilaksanakan dalam pengajaran mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah • Pendekatan A -kaedah campuran yang memberatkan bentuk Cerakinan -kegiatan pramembaca adalah diperlukan pada peringkat awal -dalam pengenalan huruf, penekanan adalah pada bunyi huruf itu. Pengenalan kepada nama huruf dilakukan secara tidak langsung dan digalakkan selepas bunyinya dikuasai.

  11. -Pendekatan A boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang berikut : • Tunjukkan gambar : gambar baju • Tunjukkan kad perkataan :baju • Tunjukkan kad suku kata : ba ju • Gandingkan kad suku kata : ba ju • Bunyi huruf : b (beh) a (a) j (jeh) u(u) • Bunyi suku kata : ba ba juju g) Membaca perkataan : baju

  12. 2) Pendekatan B -berasakan kepada kaedah fonik (bunyi), digabungkan dengan kaedah suku kata serta dibantu oleh kaedah pandang dan sebut. -peringkat permulaan, dua bunyi huruf diperkenalkan, iaitu /m/ dan /s/. -tujuannya adalah untuk menarik minat murid murid dan memahamkan konsep bunyi huruf. -pendekatan B boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:

  13. Perkenalkan huruf fonik : k • Sebut bunyi huruf : k k k k k • Gabungkan bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk membentuk suku kata :ka ka ka • Suku kata tertutup : kak kak kak • Gabungkan suku kata menjadi perkataan : ka..kak • Membaca perkataan : kakak • Membaca ayat : ini kakak

  14. 3) Pendekatan C -biasanya disebut sebagai pendekatan bunyi kata. -ia berdasarkan perkara-perkara berikut: • Sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistematik dan fonemik • Suku katanya adalah jelas dan mudah • Perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan telah pun diketahui maknanya oleh kebanyakan murid -pendekatan C boleh dilaksanaka mengikut langkah-langkah yang berikut :

  15. Perkenalkan bunyi huruf vokal : a, i, u • Perkenalkan bunyi huruf konsonan : k, m • Mengabungkan bunyi konsonan dan vokal : ka, ki, ku • Mencantumkan suku kata menjadi perkataan : ka + ki = kaki, ku +ku =kuku • Membaca ayat : kaki ku, kuku kaki, kuku kakiku

  16. Pendekatan D -berdasarkan prinsip sintesis atau membina iaitu menyusun bahagian-bahagian kecil menjadi Besar. -menggunakan kaedah abjad atau kaedah mengeja, kaedah bunyi huruf dan kaedah su Kata. -boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut: • Tunjukkan gambar : • Namakan huruf tunggal : b a j u • Perkenalkan kad suku kata : ba ju • Perkenalkan kad perkataan : baju • Membaca ayat : itu baju ini baju