1 / 25

FALSAFAH BAHASA MELAYU

FALSAFAH BAHASA MELAYU. FALSAFAH. Berasal daripada bahasa Yunani ‘ philosophia’ iaitu : ‘ philo’ ertinya cinta dan ‘sophia’ ertinya hikmat. Dari segi istilah : “ingin mengerti dengan mendalam” “cinta kepada kebijaksanaan”. Menurut Al-Farabi:

nico
Download Presentation

FALSAFAH BAHASA MELAYU

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. FALSAFAH BAHASA MELAYU

  2. FALSAFAH • Berasal daripada bahasa Yunani ‘philosophia’ iaitu : • ‘philo’ ertinya cinta dan • ‘sophia’ ertinya hikmat. • Dari segi istilah : • “ingin mengerti dengan mendalam” • “cinta kepada kebijaksanaan”.

  3. Menurut Al-Farabi: • falsafah adalah “ilmu tentang alam untuk menyelidiki hakikatnya yang sebenar”. • Al-Kindi : • falsafah adalah “pengetahuan tentang realiti segala sesuatu, sejauh jangkauan kemampuan manusia”. • Heraclitus : • falsafah sebagai ilmu yang membahaskan hakikat sesuatu.

  4. FALSAFAH BAHASA • Falsafah bahasa merupakan bidang yang menyelidiki kesahihan dalam bahasa. • FB meneliti dan memeriksa secara falsafah pengetahuan konsepsi yang wujud dalam fikiran secara abstrak. • Bidang kajian falsafah bahasa :

  5. Epistimologi (pengetahuan) Semantik (makna) Etika (prinsip) Estetika (kesenian) Budaya dan sosial Kosmologi (alam raya manusia) Ontologi (hakikat kewujudan) Metafizik (alam ghaib dan nyata)

  6. Hakikat bahasa • Raja Mukhtarudin (1980), berpendapat bahawa bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat untuk bergotong-royong. • Asmah Hj. Omar (1983), bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga tekak manusia

  7. Harimurti Kridalaksana (1994), bahasa adalah sistem lambang yang arbitrer yang dipergunakan oleh suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasi diri. • Ferdinand De Saussure (1993), bahasa ialah satu sistem isyarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi.

  8. Wilhelm Von Humboldt - mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi. • Ferdinand de Saussure - menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat • Charles F. Hockett - bahasa dari sudut psikologi behaviorisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit.

  9. Bahasa dan Pemikiran Melayu • Secara literal “Bahasa” bermaksud : Bunyi-bunyi suara yang diguna oleh setiap kaum untuk menyampaikan maksud-maksud mereka. • Bahasa terdiri daripada perlambangan. Ini merupakan hubungan antara tuturan dengan rujukan. (Al-Mu’jam Al-Wasit, 1972, Jld.2, Ms.831)

  10. CONTOH : RUMAH

  11. MAKAN

  12. Dalam aspek yang lain pula, perkataan seperti ‘lembu’ secara umumnya akan membuatkan kita terbayang seekor lembu.

  13. Namun, dalam masyarakat Melayu khasnya, perkataan ‘lembu’ juga membawa maksud ‘bodoh’. • Sekiranya gambaran seekor lembu terbayang apabila perkataan ‘lembu’ yang disebutkan, fenomena ini dikenali sebagai kegunaan ekstensi(luaran). • Tetapi, sekiranya ‘lembu’ itu menggambarkan ‘bodoh’, fenomena ini pula dikenali sebagai kegunaan intensi(dalaman).

  14. Begitu juga perkataan ‘jantan’ dan ‘betina’. Secara umumnya, perkataan ‘jantan’ dan ‘betina’melambangkan jantina bagi seekor haiwan. • Namun, sekiranya perkataan ‘jantan’ dan ‘betina’ digunakan untuk menunjukkan manusia, ini boleh menunjukkan sikap kurang sopan dan reaksi negatif oleh pendengar.

  15. Bahasa Dan Budaya Melayu

  16. Sejarah

  17. Gugusan pulau-pulau Melayu atau nusantara mempunyai kira-kira 350 bahasa, namun bahasa Melayu dijadikan bahasa perantaraan. • Bahasa Melayu mampu bertahan dan bersaing dengan bahasa penjajah kerana sifatnya yang berketerbukaan. Bahasa Melayu telah dapat memperkayakan kosa kata dan mampu menukarkan perkataan asing ke dalam bahasa Melayu yang disesuaikan sedikit dari segi fonologinya.

  18. Dalam usaha memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu di serantau, satu majlis yang dinamakan Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia ( Mabbim ) ditubuhkan. • Fungsi Mabbim ialah bagi mencari persamaan dan mengurangkan perbezaan dari aspek sintaksis, morfologi dan fonologi disamping meminimumkan perbezaan ejaan.

More Related