1 / 10

ULBS BAHASA MELAYU

ULBS BAHASA MELAYU. Nama : Fala sophea binti ahmad kamal Tajuk :. Definisi aids.

Download Presentation

ULBS BAHASA MELAYU

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ULBS BAHASA MELAYU Nama : Fala sophea binti ahmad kamal Tajuk :

  2. Definisi aids • “Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit” ataupun AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit. • Kuman HIV memusnahkan sel T CD 4+ yang bertanggungjawab memusnahkan penyakit yang disebabkan oleh kuman bakteria, virus dan lain-lain.

  3. Asas saintifik • HIV menyerang dengan perlahan-lahan dan memusnahkan sesetengah sel darah putih di dalam badan (sel T CD4+). • Dalam keadaan normal, sel-sel ini membantu tubuh melawan jangkitan kuman dan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria. Apabila HIV telah menyerang badan seseorang, sel-sel ini tidak lagi mampu melaksanakan tanggungjawab mereka kerana telah dimusnahkan secara perlahan-lahan oleh HIV. • Ini bermaksud bahawa HIV akan turut memusnahkan keupayaan tubuh badan untuk melawan penyakit.

  4. Penyebab • Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya boleh dipindahkan apabila bendalir badan daripada individu yang telah dijangkiti memasuki ke dalam tubuh individu yang belum dijangkiti. • HIV berjangkit melalui pemindahan sebarang bendalir dari tubuh mereka yang telah dijangkiti kepada orang lain. Virus ini boleh didapati di dalam bendalir-bendalir tubuh seperti: • Darah • Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi) • Rembesan faraj • Susu badan

  5. Transmisi virus aids

  6. TIDAK BERJANGKIT Melalui : • Menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah steril dan hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tiada risiko AIDS adalah digalakkan untuk menderma darah. • Berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk • Proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus AIDS. • Menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana virus AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia.

  7. Tanda-tanda & gejala

  8. insidens • AIDS pertama kali dilaporkan di Amerika Syarikat pada 1981. Semenjak itu, AIDS telah menjadi masalah kesihatan yang penting di seluruh dunia. • Di Malaysia, 300 kes HIV yang baru dikesan setiap bulan. Sejumlah 448 kes AIDS dan 16, 349 kes HIV dilaporkan sehingga Jun 1996. • Majoriti mereka yang dijangkiti di Malaysia (iaitu lebih kurang 84%) berada dalam lingkungan umur antara 20 - 39 tahun, manakala lebih kurang 4% lagi adalah berumur antara 13 ke 19 tahun.

  9. Inisiatif Menghindari AIDS • • Elakkan melakukan hubungan seks dengan mereka yang mempunyai latar belakang dan status kesihatan yang tidak diketahui dan diragui. • • Elakkan dari melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan atau dengan mereka yang mempunyai banyak pasangan. Ini termasuklah pelacur lelaki dan wanita. • • Elakkan diri dari melakukan hubungan seks bersama-sama mereka yang disyaki pesakit ataupun pembawa AIDS. Jika hubungan seks tidak dapat dielakkan (seperti pasangan suami atau isteri yang dijangkiti AIDS), anda dinasihatkan supaya menggunakan kondom. Penggunaan kondom boleh menurunkan risiko untuk mendapatAIDS. • • Elakkan dari menyuntik dadah • • Jangan berkongsi jarum dan picagari untuk menyuntik dadah • • Jangan berkongsi alatan peribadi seperti berus gigi, pisau cukur ataupun alatan lain yang boleh tercemar dengan darah.

More Related