1 / 29

PEMBAKUAN BAHASA

PEMBAKUAN BAHASA. MINGGU 4. SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU. Sistem ejaan bahasa Melayu telah engalami pembakuan sejak beratus-ratus tahun jika mengambil kira tulisan Jawi sebagai tulisan tradisi bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi dirumuskan sistem

annora
Download Presentation

PEMBAKUAN BAHASA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PEMBAKUAN BAHASA MINGGU 4

  2. SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU Sistem ejaan bahasa Melayu telah engalami pembakuan sejak beratus-ratus tahun jika mengambil kira tulisan Jawi sebagai tulisan tradisi bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi dirumuskan sistem penulisannya sejak awal abad ke-20. R. J. Wilkinson (1904) telah berhasil menyusun Asas sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.

  3. Za’ba kemudiannya telah memperkemasnya sehingga menjadi satu sistem ejaan yang digunakan di sekolah selama 30 tahun. Pada tahun 1972, satu ejaan terhasil melalui kerjasama dengan Indonesia. Di Malaysia, sistem ejaan itu dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu manakala di Indonesia, dikenali sebagai Sistem Ejaan Yang Telah Disempurnakan.

  4. SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU • Sistem pengejaan baharu bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua sistem, iaitu Sistem Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata jati bahasa Melayu) dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata pinjaman). Sistem Keselarasan Huruf Vokal • Keselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara dua huruf

  5. vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku berasaskan syarat yang berikut: • Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang tidak melibatkan imbuhan. • Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup. • Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

  6. Rajah Segitiga Vokal Melayu a eo ieu

  7. Pengertian Rajah • Garis penghubung menunjukkan vokal-vokal yang boleh dipasangkan dalam kata yang terdiri daripada dua suku kata. Dengan demikian, terbentuklah pola a-i, i-a, a-u, u-a, i-u, u-i, o- e taling , dan e taling – o ( 8 pola ). • Bulatan dan separuh bulatan menunjukkan masing-masing vokal yang boleh dipasangkan dengan vokal yang sama dengannya. Maka terbentuklah pola a – a, i – i, u – u, e taling – e taling, dan o – o ( 5 pola ). • Separuh bulatan juga menunjukkan bahawa vokal e taling dan o dilampaui oleh garis penghubung a – i atau i – a dan oleh garis a – u atau u – a. Pola yang wujud ialah e taling – a dan o – a ( 2 pola ).

  8. 4. Vokal e pepet diletakkan dalam segi empat dengan tiga anak panah mengarah ke vokal a, i, dan u. Pola yang wujud ialah e pepet – i, e pepet – u, dan e pepet – a ( 3 pola). Keadaan ini menunjukkan bahawa vokal e pepet hanya boleh hadir pada suku kata praakhir tetapi tidak boleh hadir pada suku kata akhir tertutup.

  9. POLA KESELARASAN HURUF VOKAL Bil. Suku Kata Suku Kata Contoh Praakhir Akhir Tertutup • a a parah, asak • a i alih, balik • a u basuh, halus • e pepet a telan, kelam • e pepet i petik, betik • e pepet u telus, keruh • i a silang, bilah • i i sirih, risik • i u sibuk, tiruk • u a usap, sukat • u I pulih, surih • u u tunduk, luhur

  10. 13. e taling a serat, dewan 14. e taling e taling heret, leceh 15. e taling o besok, elok 16. o a borang, sorak 17. o e taling boleh, korek 18. o o borong, sorok Daripada 18 pola keselarasan huruf vokal, ada 8 pola yang berubah daripada sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar tentang perubahan ini menetapkan huruf vokal I atau u yang terdapat pada suku kata akhir tertutup digunakan sekiranya huruf vokal a, e pepet, i atau u terdapat suku kata pra- akhir. Suku kata praakhir Suku kata akhir tertutup Vokal a, e pepet, i atau u i, u

  11. Ejaan Lama Ejaan Kini Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh • a – e taling aleh a – i alih • a – o batok a – u batuk • e pepet – e taling lebeh e pepet – i lebih • e pepet – o tempoh e pepet – u tempuh • i – e taling pileh i – i pilih • i – o tidor i – u tidur • u – e taling usek u – i usik • u – o untong u – u untung

  12. Tentang pola keselarasan vokal yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan vokal e taling atau o juga pada suku kata praakhir. Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup Vokal e taling atau o vokal e taling atau o

  13. Pola Ejaan Contoh 1. e taling – e taling leceh, gelek, selekeh 2. e taling - o tempoh, belok, selekoh 3. o – e taling boleh, ponteng, celoteh 4. o – o obor, corong, borong

  14. POLA KEKECUALIAN KESELARASAN HURUF VOKAL Bil. Pola Ejaan Contoh Kata Bahasa Contoh Kata Bahasa Nusantara Inggeris • a – e taling aneh, awet kabaret, jaket • a – o barong, calon atom, kontraktor • e pepet – e taling gembleng setem • e pepet – o bendok, jempol gabenor, interkom • i – e taling imlek tiket, kriket • i – o ijon, pilon diftong, transistor • u – e taling tulen, ulet subjek • u – o buron, bunglon kupon, konduktor • a – e pepet pakem teater, plaster • e taling – i - hipotesis, objektif

  15. 11e taling – u - petroleum, spektrum 12 e pepet – e pepet demdem - 13 i – e pepet iseng artikel, filem, dividen 14 o – i - fosil, polis 15 o – u - bonus, forum 16 e taling – e pepet - meter 17 o – e pepet - Oktober, broker

  16. Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Eropah Penyusunan ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang ditulis dalam huruf Roman dilakukan dengan mengikut peraturan penyesuaian huruf, contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaan a a abstrak ae ae aerial ai ai aileron, aising au au audit, automatik b, bb b lobi, hobi

  17. Bagi penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain yang ditulis dengan huruf Roman, yang dipentingkan Ialah bentuk ejaan dan bentuk visualnya. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu carbon jadi karbon bukan kaban cartoon kartun katun conductor konduktorkondakter dialogue dialog dailog institute institut institiut structure struktur strakcer

  18. Kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu atom tetap atom bukan atum bonus bonus bonos, bunus fossil fosil fosel, fusil pistol pistolpestol, pistul

  19. Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuk- nya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Penulisan gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata dikekalkan. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bl block jadi bl - blok br brake br- brek chl- chlorophyll kl- klorofil chr- chronology kr- kronologi cl- clinic kl- klinik cr- credit kr- kredit

  20. fr- franc jadi fr- franc gl- glocose gl- glukosa gr- gravity gr- graviti kn- knot kn- knot kr- krone kr- krone pl- plumbum pl- plumbum pr- practical pr- praktis ps- psychology ps- psikologi pt- ptomaine pt- ptomain sc- scandal sk- skandal scr- script skr- skrip sk- ski sk- ski sn- snooker sk- snuker sp- spectrum sp- spektrum sph- sphere sf- sfera

  21. spr- spring jadi sp- spring sq- squadron sk- skuadron st- stable st- stabil str- structure str- struktur tr- tragedy tr- tragedi tz- tzar tz- tzar

  22. Sebagai kekecualian kepada peraturan gugus konsonan, beberapa kata tertentu telah diterima mengikut sistem ejaan lama yang menggunakan huruf e pepet, sebagai contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu class jadi kelas bukan klas club kelab klab, klub glass gelas glas grant geran gran plan pelan plan stamp setem stem

  23. Penulisan huruf gugus konsonan pada akhir kata (atau pada akhir suku kata) bagi kata yang diterima bentuk gugus konsonannya adalah seperti yang berikut: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu -lf golf jadi -lf golf -lt cobalt -lt kobalt -nce science -ns sains -nk bank -nk bank -ps forceps -ps forseps -rd standard -rd standard -rm chloroform -rm kloroform -rt consert --rt konsert

  24. -x complex jadi -ks kompleks -xt text -ks teks Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan dengan penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu -ct fact jadi -kta fakta -gm paradigm -gma paradigma -ism materialism -isme materialisme

  25. Kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang sudah sebati atau telah lama terserap dalam bahasa Melayu dikekalkan ejaannya mengikut kaedah ejaan bahasa Melayu, contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bureau jadi biro bukan bureau custom kastam kustom driver drebar driber, driver modern moden modern pension pencen pension station stesen station, stasion, stesyen

  26. Semua huruf ‘g’ yang diucapkan ‘j’ dalam bahasa Inggeris tetap Diterima sebagai huruf ‘g’ juga dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agenda tetap agenda bukan ajenda gymnasium gimnasium jimnasium technology teknologi teknoloji tragedy tragedi trajedi

  27. Huruf ‘g’ yang diucapkan ‘j’ mengikut sebutan dalam bahasa Inggeris, disesuaikan menjadi huruf ‘j’ dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agent jadi ejen, agen college kolej contingent kontinjen engine enjin

  28. Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Arab Terdapat dua cara untuk mengeja kata setapan daripada bahasa Arab dalam bahasa Melayu, iaitu: • Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap atau sebati dalam bahasa Melayu dieja dalam tulisan Rumi seperti mengeja kata jati bahasa Melayu, sebagai contoh: sahabat darurat hakim izin kubur zat sabar zalim

  29. Istilah daripada bahasa Arab boleh ditulis menggunakan kaedah transliterasi huruf Arab ke tulisan Rumi, sebagai contoh: hadith kidhib isti’mal qunut riya’

More Related