1 / 49

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN. OLEH : HJH RUKIAH BT AHMAD TABON PENSYARAH JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPTI,JB Pada : 19 Julai 2008. KONSEP PENGUJIAN. SATU TEKNIK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG PERUBAHAN TINGKAH LAKU SESEORANG

MikeCarlo
Download Presentation

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN OLEH : HJH RUKIAH BT AHMAD TABON PENSYARAH JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPTI,JB Pada : 19 Julai 2008

  2. KONSEP PENGUJIAN • SATU TEKNIK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG PERUBAHAN TINGKAH LAKU SESEORANG • UJIAN - SATU SET SOALAN ATAU TUGASAN YANG MEMERLUKAN SESEORANG BERTINDAK BALAS

  3. TUJUAN PENGUJIAN • Mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai • Mengesan kemajuan yang telah diperolehi • Menentukan penempatan murid ikut kebolehan • Tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan murid dalam proses p&p

  4. PRINSIP PEMBINAAN DAN PENTADBIRAN UJIAN • Tentukan tujuan ujian • Tentukan isi kandungan ujian • Membentuk Jadual Penentuan Ujian • Menulis item/soalan • Menyemak item/soalan • Tadbirkan ujian

  5. Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) • Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&p • Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan • Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai

  6. Jadual Penentuan Ujian (JPU) • Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU) • Satu blue print ujian / test specification • Satu matrik yangterdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran • Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan • Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian • Membantu penggubal membina item soalan

  7. Tujuan JPU • Ujian tidak dibina secara sembarangan • Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian • Panduan kepada penggubal soalan • Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa • Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang

  8. Siapa yang membuat JPU • Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran • Guru-guru yang mengajar mata pelajaran

  9. Ciri-ciri Utama JPU • Ada tajuk yang hendak diuji • Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji • Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diuji • Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian • Merangka secara nyata bidang yang akan diuji

  10. Langkah-langkah Pembinaan JPU • Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji • Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran • Bina carta dua hala • Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran • Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid • Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektifkurikulum

  11. Contoh JPU • Lihat contoh

  12. DIMENSI DALAM JPU • Kandungan ujian – berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi i – skop atau kedalamannya ii – bilangan item untuk setiap tajuk iii – wajaran • Kemahiran – meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom)

  13. Jenis dan jumlah item – berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukran • Wajaran – peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk

  14. Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat ‘representative’ kurikulum sekolah

  15. aktiviti • Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester dan ujian akhir tahun

  16. Jenis Item Ujian • Ujian objektif • Ujian subjektif / esei

  17. Item Ujian Objektif • Calon dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepat • Jawapan pendek berbentuk perkataan, angka atau frasa. • Hanya satu jawapan yang betul • Mengikut Gronlund ujian terbahagi kepada item yang memerlukan calon membuat pilihan yang diberi dan memberi jawapan yang diperlukan

  18. Jenis-jenis item ujian objektif • Item pilihan jawapan bebas • Item pilihan jawapan tetap

  19. Item pilihan jawapan bebas • Memerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikan • Soalan boleh berbentuk soalan atau pernyataan tergantung • Soalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkan • Arahan yang diberi seperti isikan tempat kosong dengan … lenkapkan pernyataan berikut

  20. contoh • Item jawapan pendek i. Tuliskan dengan perkataan nombor 23 ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan solat Jumaat? i. ____________ • Item jawapan melengkapkan i. Haiwan yang memakan daging dinamakan __________ ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut a. Johor __________ b. Perlis __________

  21. Item pilihan Jawapan Tetap • Item betul/salah • Item memadankan • Item pengelasan • Item susun semula • Item aneka pilihan

  22. Item Aneka Pilihan • Bentuk soalan • Ayat tidak lengkap • Jenis jawapan terbaik • Jenis negatif • Interpretif • Cantuman

  23. Soalan Objektif Aneka Pilihan • Mengandungi dua bahagian - Stem – pokok soalan / tugasan soalan - Opsyen - pilihan jawapan yg diberi Pilihan mengandungi : Kunci – jawapan yang betul Pengganggu (distracktor) – bukan jawapan • Con: Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses A pemeluwapan B penyulingan C pendidihan D elektrolsis Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses – stem A,B,C,dan D – opsyen A,B, dan C – pengganggu D - jawapan

  24. Stem Soalan • Mungkin dalam bentuk soalan atau ayat tidak lengkap • Jelas tugasan yang diperlukan/yang perlu dijawab oleh calon • Tidak mengandungi sebarang bayangan (clues) jawapan • Tidak mengandungi maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan soalan

  25. Opsyen, Pengganggu dan Kunci • Pilihan jawapan sama dengan stem soalan • Tiap pengganggu mempunyai hubungan atau seragam • Elakan memberi bayangan • Elakan guna perkataan seperti semua di atas, tiada satu pun • Elak mengulang maklumat yang sama • Pastikan satu sahaja jawapan • Susun kunci secara rawak dan bilangan seimbang untuk tentukan A,B,C/D

  26. Jenis soalan Aneka pilihan -Bentuk soalan • Setiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu daripada pilihan itu betul • Contoh: Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah? A Ammeter B Voltmeter C Meter pH D Multi meter

  27. Ayat tidak lengkap • Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul. • Contoh : Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British memberi kesan terhadap A kemasukan buruh asing beramai-ramai B industri membuat kereta berkembang pesat C migrasi penduduk dari luar bandar ke badar D industri perlombongan bijih timah berkembang pesat

  28. Jenis Jawapan Terbaik • Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau terbaik • Contoh: Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi? A. Memeriksa soalan demi soalan B Menanda kertas jawapan dengan berhati-hati C memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapan D Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah

  29. Soalan Item Negatif • Kesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah. Yang salah inilah yang tidak dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti ‘kecuali’, ‘yang tidak benar’, ‘bukan’, dan ‘tidak’ • Contoh: Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecuali A sesuai digunakan untuk ujian sumatif B dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggi C jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektif D boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman dengan berkesan

  30. Soalan Item Interpretif • Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual, graf atau petikan karangan • Contoh: Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepada A internet B perdagangan C telekomunikasi D pengangkutan

  31. Jenis Cantuman/Gabungan • Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul • Contoh: Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu? I. Jong II. Rakit III. Perahu IV. Kapal layar A. I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

  32. Cara Menulis item Aneka Pilihan • Pokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkap • Soalan hendaklah ringkas tetapi padat • Pilihan jawapan juga perlu ringkas • Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang sama • Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang • Elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg betul • Pokok soalan tidak membayangkan jawapan

  33. Aras Item Objektif • Item-item objektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza • Mengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintisis dan penilaian

  34. Item Aras Pengetahuan • Soalan yang menguji kebolehan calon mengingat semula fakta, istilah, konsep dsb • Soalan berbentuk mudah spt apa, siapa, di mana, labelkan, dan bila • Con: Bilakah Malaysia merdeka? (A) 1957 (B) 1964 (C) 1967 (D) 1969

  35. Item Aras Kefahaman • Menguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta atau konsep atau prinsip • Bentuk soalan seperti asingkan, terangkan, bezakan • Con: Pokok padi tidak mati walaupun akarnya tenggelam dalam air kerana (A) akarnya panjang (B) batangnya lembut (C) pokoknya ada pelampung (D) ada ruang udara dalam batangnya

  36. Item Aras Aplikasi • Menguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas • Bentuk soalan seperti kirakan, gunakan, selesaian dsb • Con: Hakim mempunyai wang sebanyak RM10.00, bapa saudara m emberinya RM 2.00, manakala kakaknya memberinya RM5.00. Cari jumlah wang Hakim. (A) RM17.00 (B) RM19.00 (C) RM 21.00 (D) RM 23.00

  37. Item Aras Analisis • Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan • Bentuk soalan seperti bezakan, hubungkan dsbnya • Con: Semasa tumbuhan hijau melakukan proses fotosintis apakah bahan yang diperlukan A air dan cahaya B air dan karbon dioksida C air, oksigen dan cahaya D air, karbon dioksida dan cahaya

  38. Item Aras Sintesis • Menguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat satu rumusan. • Con: Dalam satu eksperimen, seketul batu kapur dimasukkan ke dalam bikar yang mengandungi asid. Gas yang terhasil boleh memadamkan api. Gas itu terdiri daripada gas (A) oksigen (B) hidrogen (C) nitrogen (D) karbon dioksida

  39. Item Aras Penilaian • Menguji kebolehancalon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah. • Con : Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid ialah (A) merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin (B) meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah (C) mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes salah laku (D) memupuk nilai-nilai murni serta menekankan khidmat bimbingan dan kaunseling

  40. Ujian Esei/Subjektif • Soalan yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulis • Tindak balas berbentuk terhad atau lanjutan • Memerlukan calon menulis jawapan berbentuk satu ayat, perenggan (terhad) atau esei penuh (lanjutan)

  41. Jenis soalan subjektif • Jawapan pendek • Soalan berstruktur • Soalan esei

  42. Soalan pendek/respon terhad • Terhad apa yang harus dijawab • Contoh soalan - senaraikan lima komponen utama … - nyatakan tiga kelebihan … - apakah definisi … mengikut …?

  43. Soalan Esei Tindak Balas Lanjutan • Membolehkan calon memilih, menyusun dan menyampaikan jawapan yang difikir kan sesuai • Soalan jenis ini dapat menguji kebolehan calon mengemukan pendapat, idea dan membuat penilaian secara bebas • Soalan ini dapat menguji peringkat kem. Soalan yang lebih tinggi seperti aras sintisis, analisis dan penilaian • Contoh; Huraikan peranan sektor swasta dalam usaha memajukan ekonomi negara Sejauhmanakah anda setuju dengan kenya- taan kenaikan harga minyak boleh menye- babkan inflasi

  44. Aras Item Subjektif • Mengingat semula Con: Berikan definisi … Siapakah … Apakah … • Fahaman Con: Bandingkan … Huraikan … Apakah tujuan …

  45. Aplikasi Con: Bagaimanakah … Terangkan cara … • Analisis Con: Mengapakah / apakah punca … Terangkan sejauh mana …

  46. Sintisis Con: Jelaskan Berdasarkan, huraikan • Penilaian Con: Nilaikan idea Mengikut …, apakah pendapat anda

  47. Panduan Menulis Soalan Esei • Tetapkan dahulu tugasan soalan yang hendak dibina • Mulakan setiap tugasan dengan perkata an seperti: huraikan, bandingkan dsb • Tentukan setiap tugasan soalan jelas dan tidak mengelirukan • Sebaiknya soalan dapat membezakan calon yang benar-benar belajar dapat faedah

  48. kesimpulan • JPU perlu disediakan oleh guru bila ingin membuat satu-satu ujian untuk menentu kan sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayai • Pembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diragui • Setiap guru yang mengajar dalam satu- satu mata pelajaran perlu bertanggung jawab memastikan pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan

  49. Sekian Terima Kasih Burung jelatik, burung jeladan, Membuat sarang di rumpun pandan, Yang baik jadikan teladan, Yang kurang jadikan sempadan. Gunung daik sudah terbelah, Didaki orang sambil berlari, Yang baik datang dari Allah, Yang kurang saya sendiri.

More Related