1 / 28

Kertas Cadangan Penulisan Akademik/Tesis Pascasiswazah Disiplin Sains Sosial

Kertas Cadangan Penulisan Akademik/Tesis Pascasiswazah Disiplin Sains Sosial. Oleh Prof. Madya Dr. Asmady Idris Sekolah Sains Sosial UMS 16 Julai 2008. Pengenalan. Penulisan Akademik – suatu perjalanan yang panjang….. Tetapi ada noktah penghujungnya… bila?

tana
Download Presentation

Kertas Cadangan Penulisan Akademik/Tesis Pascasiswazah Disiplin Sains Sosial

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Kertas Cadangan Penulisan Akademik/Tesis Pascasiswazah Disiplin Sains Sosial Oleh Prof. Madya Dr. Asmady Idris Sekolah Sains Sosial UMS 16 Julai 2008

  2. Pengenalan • Penulisan Akademik – suatu perjalanan yang panjang….. Tetapi ada noktah penghujungnya… bila? • Diandaikan seperti membuat sebuah rumah atau bangunan • Konsep rumah atau bangunan apa yang hendak digunapakai • Idea, perbincangan, pelan-lokasi rumah/bangunan, pelan tindakan, kos, buruh…. Terbinanya sebuah mahligai impian…

  3. Dari Pra ke Pascasiswazah • Peralihan / anjakan paradigma budaya penyelidikan dan penulisan dari pra ke pasca • Prasiswazah – Latihan Ilmiah • Pascasiswazah; Sarjana Penyelidikan & Ijazah Doktor Falsafah (PhD) • Pemahaman komprehensif – falsafah, teori, model, hubungkait dengan disiplin ilmu, sorotan karya, metod dan kaedah, data empirikal dan keaslian (PhD)

  4. Langkah2 Awal Sebelum Penulisan Akademik • a) Kenali siapa ‘PENYELIA’ anda. • Bagaimana? Melalui tulisan, karya penyelidikan-penerbitan (falsafah, teori), bekas2 pelajar? • Apa bentuk hubungan anda dengan penyelia : rakan kongsi, sahabat akademik, pelajar-penyelia? • b) Pertemuan kali PERTAMA dengan penyelia penting : cipta suasana, zahirkan keyakinan, rungkaikan kemampuan intelektual - isu-permasalahan kajian, rancangan dan tindakan susulan sistematik – positif dan berpotensi tinggi

  5. Sambungan….. • c) Kenalpasti – Persepsi berbeza – tolak-ansur dan hormat…. • Persepsi Penyelia : displin, gigih, hadir dalam setiap sesi pertemuan, draf penulisan berterusan • Persepsi Pelajar : kerap bertemu, sistematik, draf disemak dan dikembalikan • Bagaimana untuk ‘diharmonikan’ – tugas pelajar atau penyelia? Asas : hormat guru

  6. Sambungan…. • d) memilih penyelia – impian setiap pelajar jika kenali sipenyelia • Realiti – universiti tentukan berdasarkan : • i. kepakaran bidang • ii. Dana Penyelidikan • iii. Persetujuan penyelia • Pelajar MESTI membina suasana positif untuk wujudkan interaksi intim akademik dengan penyelia – Kunci Kejayaan!

  7. Menulis Kertas Cadangan Sebuah Penulisan Akademik (Tesis) • Objektif Kertas Cadangan : • i. langkah pertama hasilkan sebuah tesis • ii. Yakinkan penyelia • iii. Mengandungi falsafah, teori, metod, sorotan karya yang saling berkaitrapat dengan Disiplin Ilmu dan kajian lampau

  8. Sambungan ….. • Kertas Cadangan Penulisan Akademik MESTI ada: • i. Elemen Rasional : pemilihan tajuk, logik (don’t promise what you can’t possibly deliver) • ii. Sorotan Karya Komprehensif – cadangan berasaskan kepada analisis kajian lampau & teroka ‘dapatan ilmu’ baru • iii. Metod dan kaedah penyelidikan yang akan digunakan – Kos, sumber data dan jangkamasa riwayat sesebuah tesis, sarjana penyelidikan (2 tahun), PhD (3 tahun) – tentukan halatuju anda!

  9. Sebuah Penulisan Akademik • Tajuk • Latarbelakang Kajian – Permasalahan Kajian (Hipotesis dan Skop Kajian) • Objektif kajian • Metod dan Kaedah Penyelidikan – Perbincangan Aplikasi Teori dan Kaedah Pengumpulan & Analisis Data • Bab-Bab Perbincangan • Kesimpulan – Dapatan Kajian dan Kesinambungan objektif, teori dan Kaedah + Sumbangan terhadap Disiplin Ilmu (Body of Knowledge) : Lahirlah sebuah tesis Sarjana/PhD (Jika Tesis telah siap) • Jadual / Jangkamasa Penyelidikan

  10. Contoh Pembentangan Kertas Cadangan Bagi Sesebuah Tesis…. 1. Tajuk : “Kemiskinan di Sabah : Kajian Kes di Pulau Banggi” 2. Isu/Permasalahan utama : Definisi Kemiskinan, Tahap Kemiskinan di Sabah, Ukuran Kemiskinan, mengapa tahap kemiskinan di Sabah semakin membimbangkan, faktor-faktor, fokuskan kajian di Pulau Banggi, dari tahun?... – kenapa dipilih & adakah isu kemiskinan di kepulauan ini mampu menjawab persoalan kemiskinan di Sabah? Tesis : untuk menjawab isu/permasalahan bukan cerita novel semata2!

  11. Sambungan….. 3. Objektif kajian :……? 4. Teori yang akan digunakan – teori-teori/model kemiskinan – rujuk kajian lampau – tugas penyelidik untuk sesuaikan dan ‘mencipta’ model terbaru (teori terbaru?) berdasarkan kepada teori-teori yang sedia ada 5. Metod & Kaedah... Kualitatif [Kajian Perpustakaan, analisis dokumen)atau Kuantitatif (persampelan/populasi, statistik, tinjauan (survey) dsb]/ kombinasi dua kaedah ini… Data Primer & Data Sekunder

  12. Sambungan… 6. Sorotan karya : Kajian-kajian lampau tentang kemiskinan – kaitkan dengan kajian kes anda 7. Cadangan Bab Penulisan : • Bab 1 : Pengenalan, • Bab 2 : Teori • Bab 3 : Metod/Kaedah Penyelidikan • Bab 4-7 : Perbincangan • Bab 8 : Dapatan Kajian / Kesimpulan • *Bergantung sepenuhnya kepada sifat sesebuah tesis dan kajian kes

  13. Sambungan…. 8. Kesimpulan : • Rumusan tentang tajuk yang dipilih • permasalahan kajian • hipotesis, skop kajian & objektif kajian • aplikasi teori/model, metod & kaedah penyelidikan 9. Jadual / Jangkamasa Penyelidikan

  14. Beberapa Isu Penting….. Bagaimana memilih data empirikal? • Data Primer & Sekunder • Primer : dokumen/data yang dicipta semasa berlakunya sesuatu isu yang anda pilih untuk kaji atau individu terlibat semasa berlakunya sesuatu isu yang anda bertemu untuk mendapat data – ‘bila data tersebut dibuat, bukan apa yang terkandung dalam data tersebut’ (when it was made, not what it is)

  15. Sambungan….. • Sumber data primer pelbagai : teks bertulis (catatan diari, laporan kerajaan), objek, bangunan, filem, lukisan, kartun.. • Sumber Data Sekunder : tulisan-tulisan lampau yang dibuat berdasarkan kepada penyelidikan – data tersebut dipindahkan daripada sumber asal • Buku sejarah – data sekunder kerana ‘2 kali’ berpindah dari sumber asal

  16. Plagiat (Plagiarism) • Plagiarism – jenayah berat dalam dunia akademik – ibarat centak rompak • Plagiarism is the unauthorized use or close imitation of the language and thoughts of another author and the representation of them as one's own original work • ‘mencuri’ idea atau ‘ceduk’ tulisan penyelidik lain tanpa menyatakan sumber rujukan tersebut dan anggap idea atau tulisan tersebuat sebagai hasil kerja sipenyelidik • Pelbagai bentuk plagiat : beli esei, buat salinan, pinjam dan guna ayat, kenyataan tanpa nyatakan penulis asal – dakwa idea asli!

  17. Sambungan… Plagiarisme • Mudah untuk dikesan, kenapa? • Buku, jurnal – segala bentuk tulisan menjadi makanan ruji kedua setiap pensyarah yang sudah berpuluhan tahun dalam dunia akademik • Pelajar – mudah dikenalpasti sama ada kerja mereka sendiri atau tidak semasa ‘viva’ (pembentangan tesis akhir) • Hukuman – gagal, digantung, ditamatkan pengajian – tepuk dada tanya akal

  18. Sumber Rujukan….. • Gabungan Pengalaman Pembentang terutama semasa menyiapkan PhD : “Key Determining Factors Influencing Small States’ Relationships : A Case Study of Malaysia’s Relations with Saudi Arabia” – Discipline of International Relations • Sumber yang boleh dirujuk : • Judith Bell, Doing Your Research Project, Buckingham : Open University Press, 1999 • Sara Delamont, Paul Atkinson & Odetta Parry, Supervising the Doctorate : A Guide to Success,New York : Society for Research into Higher Education & Open University Press, 2004 • Sally Brown, Liz McDowell & Phil Race, 500 Tips for Research Students,London : Kogan Page Ltd, 1995 • Stephen Potte (ed.), Doing Postgraduate Research, London : SAGE Publications Ltd, 2002

  19. Jagalah Kesejahteraan Penyelia, • Juga…..Kesejahteraan Pelajar • Dengan demikian, peliharalah keharmonian hubungan anda dengan penyelia….

  20. thank you

More Related