AKTA- AKTA BERKAITAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
Download

AKTA- AKTA BERKAITAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

Advertisement
Download Presentation
Comments
raffaello
From:
|  
(116) |   (0) |   (0)
Views: 130 | Added: 10-06-2012
Rate Presentation: 1 0
Description:
SENARAI AKTA-AKTA YANG BERKAITAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56)Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486)Akta Alam Sekeliling 1974 (Akta 133)Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486)Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)Akta Kualiti
AKTA- AKTA BERKAITAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

An Image/Link below is provided (as is) to

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use only and may not be sold or licensed nor shared on other sites. SlideServe reserves the right to change this policy at anytime. While downloading, If for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.











- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -




1. AKTA- AKTA BERKAITAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA Oleh : HJ. MOHD. SHARIF BIN CHE DIN Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Alor Star Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

2. SENARAI AKTA-AKTA YANG BERKAITAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) Akta Alam Sekeliling 1974 (Akta 133) Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)

3. Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) Akta Pemuliharaan Tanah 1960 (Akta 385) Akta Perkhidmatan Pembentungan 1993 (Akta 508) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 (Akta 423) Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) Akta Lembaga Pembangunan Labuan 1992 (Akta 480) Akta Benda Purba 1976 (Akta 168)

4. Dalam perundangan Perancangan Bandar, selain merujuk kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172), jabatan juga merujuk kepada beberapa perundangan lain yang mempunyai IMPLIKASI KE ATAS AMALAN PERANCANGAN, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Fokus kepada hanya yang berkaitan secara langsung.

5. Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486)

6. KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA 56) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) merupakan satu akta yang terpenting erta mempunyai kuasa yang sangat luas dalam bidang pentadbiran tanah di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Tujuan utama akta ini adalah untuk memastikan wujudnya keseragaman perundangan dan polisi yang berkaitan dengan pentadbiran tanah serta penggunaanya, yang antara lain termasuk hakmilik, urusniaga dan kutipan hasil pendapatan daripadanya.

7. KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA 56) Merupakan satu Akta terpenting serta mempunyai kuasa yang sangat luas dalam bidang pentadbiran tanah di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Terdapat tiga kategori gunatanah iaitu PERTANIAN, BANGUNAN DAN PERINDUSTRIAN. Proses permohonan Tukar Syarat Tanah, Pecah Sempadan, Pecah Bahagian, Penyatuan Tanah dan Serahbalik Kurnia Semula. Namun, terdapat isu penyelarasan seperti proses Kebenaran Merancang berdasarkan Akta 172 ada terikat dengan peruntukan Kanun Tanah Negara (Akta 56) dalam Proses Permohonan Perancangan dan Pembangunan. Sebagai contoh, perkara bagi permohonan Serahbalik dan Kurnia Semula (Seksyen 204A) memerlukan kelulusan Kebenaran Merancang (Akta 172) diselesaikan terlebih dahulu sebelum pertimbangan dibuat terhadap permohonan SBKS (Akta 56)

8. KANUN TANAH NEGARA 1965 (AKTA 56) KUASA MEMBUAT UNDANG ? UNDANG Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan : Dinyatakan dengan jelas bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengikut perkara-perkara yang disenaraikan dalam jadual ke 9.

9. Bidang kuasa Kerajaan Negeri Hal Ehwal Agama Islam Perhutanan Tanah Pertanian Undang-undang berkaitan tanah seharusnya dibuat oleh Dewan Perundangan Negeri.

10. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan Hal Ehwal Luar Negeri Pertahanan Pelajaran Kesihatan Pengangkutan

11. Klasifikasi Tanah Klasifikasi tanah berdasarkan Akta ini; tanah di atas garis-pantai; dan Pinggir pantai dan dasar laut Tanah di atas garis pantai dikelaskan seperti berikut ; tanah bandar iaitu tanah di mana-mana kawasan Negeri yang diisytiharkan sebagai bandar; tanah pekan iaitu tanah di mana kawasan Negeri yang diisytiharkan sebagai pekan; tanah negeri iaitu semua tanah di atas garis-pantai selain daripada tanah bandar atau tanah pekan.

12. Kategori Kegunaan Tanah Seksyen 52(1) ? 3 kategori kegunaan tanah : Pertanian Bangunan Industri Kategori tanah disahkan mengikut subseksyen (1) pada dokumen hakmilik tanah dan ditetapkan oleh PBN pada masa tanah tersebut diluluskan.

13. Pengubahan Syarat, Sekatan dan Kategori Seksyen 124 KTN memperuntukkan bahawa tuan punya tanah milik boleh memohon kepada PBN untuk pengubahan kategori kegunaan tanah atau pengenalan kategori tanah yang baru; atau pembatalan atau pindaan syarat nyata atau pengenaan syarat nyata yang baru untuk membolehkannya menggunakan atau memajukan tanahnya bagi maksud yang lain daripada yang dibenarkan pada masa ini.

14. SEKSYEN 135 KTN PECAH SEMPADAN TANAH Definisi Tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap sama ada hak milik pejabat tanah atau hak milik pejabat pendaftar dipecahkan kepada dua atau lebih bahagian supaya setiap satunya dipegang di bawah hak milik yang berasingan oleh tuan punya yang sama atau tuan punya bersama yang sama.

15. KUASA MELULUSKAN Jika tiada apa-apa arahan bertentangan : Hak milik Pejabat Pendaftar oleh Pengarah Tanah dan Galian. Hak milik pejabat tanah oleh Pentadbir Tanah.

16. SEKSYEN 140 KTN PECAH BAHAGIAN TANAH Definisi Tanah yang dipegang di bawah hak milik tetap sama ada hak milik pejabat tanah atau hak milik pejabat pendaftar yang dipegang oleh dua atau lebih sebagai tuan punya bersama dipecah bahagikan supaya terletak hak kepada setiap seorang daripada mereka, di bawah satu hak milik yang berasingan.

17. Seksyen 124A dan Seksyen 204D KTN Permohonan tanah mengikut seksyen 124 Kanun Tanah Negara Pertimbangan permohonan tanah mengikut Seksyen 124A dan 204D Kanun Tanah Negara - permohonan dikemukakan kepada PBT untuk mendapatkan kelulusan kebenaran merancang terlebih dahulu sebelum membuat permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat di bawah seksyen 124A dan penyerahan balik dan pemberimilikan semula di bawah seksyen 204D.

18. RAJAH 3 : CADANGAN MEMPROSES PERMOHONAN SECARA SERENTAK PERMOHONAN UBAH JENIS MENGIKUT PERUNTUKAN SEKSYEN 124 KTN 1965

19. RAJAH 4 : CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROSES KEBENARAN MERANCANG SECARA SERENTAK MENGIKUT PERUNTUKAN SEKSYEN 124A DAN 204D KTN, 1965

20. AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960 (AKTA 486) Telah disemak semula pada tahun 1992 Perkara 13, Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan bahawa harta seseorang itu tidak diambil MELAINKAN SECARA PAKSA melalui Undang-Undang yang sah. Itulah Akta 486. Lazimnya, pengambilan secara paksa terlibat di dalam 3 keadaan iaitu : Untuk kegunaan awam (public purpose) Untuk kegunaan pembangunan ekonomi; dan Bagi tujuan perlombongan dan perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini terbahagi kepada 8 bab (parts)

21. Dalam prosedur Pengambilan Balik Tanah, perkara yang berkaitan ialah pada Bab 1, Seksyen 9 di mana memerlukan Pentadbir tanah mendapatkan maklumat daripada Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (Landuse Zoning, RT atau RS) serta sebarang kemungkinan tanah yang diambil terlibat di dalam Rancangan Pembangunan.

22. HAK KE ATAS HARTA Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Tidak seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi

23. Peruntukan dalam Akta 172, Subseksyen 37(6) menyebut : Mana-mana tanah yang dicadangkan hendak diambil menurut seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai diperlukan oleh PBPT; PBPT hendaklah disifatkan sebagai suatu perbadanan yang mengusahakan suatu kerja bagi kemudahan awam; dan Tanah itu hendaklah disifatkan sebagai diperlukan bagi maksud yang disebut dalam perenggan 3(1)(b) Akta 172

24. Tujuan Pengambilan Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah 1960 3(1) PBN boleh mengambil mana-mana tanah yang diperlukan :- Bagi mana-mana maksud awam; Oleh mana-mana orang atau perbadanan bagi apa-apa maksud pada pandangan PBN memberi faedah kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau kepada orang awam; atau Bagi maksud perlombongan atau bagi kediaman, pertanian, perniagaan, perindustrian atau maksud-maksud rekreasi atau mana-mana gabungan daripada maksud tersebut.

25. AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127) Antara peruntukan yang berkaitan dengan perancangan bandar melibatkan perkara Kawalan dan Larangan Pencemaran Alam (Seksyen 18 hingga 34). Memerlukan penyediaan laporan EIA mengenai kesan kepada Alam Sekeliling akibat cadangan aktiviti yang akan dijalankan. Melepaskan buangan keadaan sistem saliran dan pengairan. Larangan atas pembakaran secara terbuka. Sekatan terhadap pencemaran tanah tarikh seperti longgokan pembuangan sampah tidak terurus dan pencemaran perairan daratan yang boleh berlaku penyerapan dan pengaliran yang tidak terkawal.

26. AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127) Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) EIA merupakan alat untuk :- Mengenalpasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan-kesan kepada alam sekitar akibat daripada sesuatu cadangan projek. Mengemukakan langkah-langkah tebatan sebelum sesuatu projek berkenaan boleh dilulus dan dilaksanakan. Mengurangkan masalah alam sekitar akibat daripada sesuatu tindakan.

27. Peruntukan Keperluan EIA Subseksyen 34A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) memberi kuasa kepada Menteri yang bertanggungjawab bagi perlindungan alam sekililing setelah berunding dengan Majlis Kualiti Alam Sekeliling menetapkan apa-apa aktiviti yang mungkin mempunyai kesan yang beerti kepada alam sekeliling. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987 yang dibuat di bawah Subseksyen 34A(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Pindaan), 1985 menetapkan 19 kategori yang memerlukan penyediaan EIA.

28. Pertanian Lapangan Terbang Pengaliran dan Saliran Tebusguna Tanah Perikanan Perhutanan Perumahan Industri Infrastruktur Pelabuhan

29. Penyediaan EIA Laporann EIA disediakan oleh perunding Kelulusan EIA Proses dan kelulusan oleh Pejabat Negeri, Jabatan Alam Sekitar Negeri / Ibu Pejabat

30. AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (AKTA 171) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 76(4) menyatakan keperluan penyeragaman undang-undang bersabitan dengan aspek Kerajaan Tempatan. Antara peruntukan yang berkaitan meliputi perkara :- Kuasa menjaga dan memelihara kawasan Kegunaan Awam Kuasa mengambil tindakan sekiranya berlaku pencemaran di dalam kawasannya Kuasa menjalankan kerja-kerja pembersihan dan aktiviti yang berkaitan dengannya.

31. AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974 (AKTA 133) Akta ini diluluskan oleh Parlimen di bawah subperkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan keseragaman undang-undang di seluruh negara. Perkara ini ditegaskan dalam Preamble Akta ini, yang menyebutkan perimustahaknya dibuat satu undang-undang mengenai ?perkara-perkara kerajaan tempatan berhubung dengan jalan, parit dan bangunan? bago menentukan ?persamaan undang-undang dan dasar.? Walau bagaimanapun, Akta ini dipakai di Malaysia Barat sahaja.


Other Related Presentations

Copyright © 2014 SlideServe. All rights reserved | Powered By DigitalOfficePro