html5-img
1 / 59

AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000 (AKTA 605)

AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000 (AKTA 605). PENDAHULUAN. Tatatertib dalam perkhidmatan badan-badan berkanun terkandung dalam Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 (Akta 605). Akta

dot
Download Presentation

AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000 (AKTA 605)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000 (AKTA 605)

  2. PENDAHULUAN Tatatertib dalam perkhidmatan badan-badan berkanun terkandung dalam Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 (Akta 605). Akta ini mengandungi peraturan tentang kelakuan yang ‘dibolehkan dan yang dilarang’. Pegawai-pegawai badan-badan berkanun termasuk USIM perlu mengetahui semua peraturan ini dan sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan tatatertib. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang terakhir bagi menghukum mereka yang didapati melanggar peraturan-peraturan yang berkenaan dengan tujuan untuk memperbaiki gerak lakunya dan dalam masa yang sama dapat dijadikan pedoman dan panduan baginya dan kepada pegawai lain.

  3. MATLAMAT TATATERTIB • Supaya pegawai melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab; • Supaya pegawai meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri • Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan.

  4. TATAKELAKUAN DAN CONTOH-CONTOH PELANGGARAN

  5. Peraturan 3(1) “Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan dan badan berkanun” Contoh-contoh pelanggaran: • Sengaja membocorkan rahsia Kerajaan dan USIM. • Bersubahat dengan musuh-musuh negara. • Melanggar undang-undang atau peraturan Kerajaan atau USIM dengan tujuan untuk menentang kerajaan. • Memburukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan atau USIM. • Menghina lambang-lambang kebangsaan dengan perbuatan yang sengaja.

  6. Peraturan 3(2)(a) “Membelakangkan kewajipannya kepada badan berkanun demi kepentingan peribadinya” Contoh-contoh pelanggaran: • Menguruskan hal-hal perniagaan isteri/anak/saudara-mara dalam waktu pejabat. • Menyebelahi dan memberi keutamaan kepada saudara-mara atau rakan-rakan atau orang yang rapat dengannya dalam mempertimbangkan sesuatu permohonan. • Mengambil kesempatan menguruskan hal-hal perniagaan semasa membuat lawatan/tugas rasmi di luar pejabat. • Tidak menjalankan kewajipan rasmi seperti menyiasat gerak-geri orang yang karib dengannya yang disyaki pernah menerima rasuah.

  7. Peraturan 3(2)(b) “Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan berkanun” Contoh-contoh pelanggaran: 1. Tidak mengelakkan diri daripada menerima hadiah-hadiah yang mahal daripada kontraktor dll. • Tidak mengelakkan diri daripada terlalu rapat bergaul dengan mereka yang jelas akan dapat keuntungan besar daripada mengetahui tugas-tugas rasminya. • Menguruskan hal-hal tender yang ia ketahui saudaranya/rakannya akan mengemukakan tender berkenaan. • Menjadi salah seorang ahli panel temuduga sedangkan ia tahu orang yang akan ditemuduga adalah saudara/anaknya sendiri.

  8. Peraturan 3(2)(c)(i)&(ii) “Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa – (i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada badan-badan berkanun sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai pegawai badan berkanun; atau (ii) dia telah menggunakan kedudukan sebagai badan berkanun bagi faedahnya sendiri;

  9. Contoh-contoh pelanggaran: 1. Tidak mengambil tindakan terhadap seseorang yang telah melanggar mana-mana undang-undang negara dengan tujuan mendapat ganjaran daripadanya. 2. Menyebelahi / memberi keutamaan kepada saudara-mara / rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan. • Menguruskan perniagaan / pelaburan sendiri /ahli keluarga dalam waktu pejabat / tugas rasmi. • Menggunakan dan memandu kenderaan USIM untuk kegunaan sendiri. • Menggunakan kakitangan USIM / baranga-barang jabatan untuk hal-hal persendirian.

  10. Peraturan 3(2)(d) “Berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama badan berkanun” Setiap masa pegawai USIM hendaklah menjaga tingkah laku, perkataan atau perbuatan supaya nama USIM tidak terjejas. Contoh-contoh pelanggaran: • Disabitkan dengan kesalahan jenayah termasuk sabitan dalam Mahkamah Syariah. • Terlibat dalam penyalahgunaan dadah. • Menerima keraian yang berlebihan. • Berjudi di pejabat / waktu bertugas.

  11. Sengaja melengah-lengahkan proses permohonan-permohonan untuk mendapatkan lesen umpamanya daripada orang ramai. • Berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai seperti biadap atau menonjol-nonjolkan kepentingan diri sendiri. • Kesusahan berat kerana berhutang.

  12. Peraturan 3(2)(e) “Kurang cekap atau kurang berusaha” Contoh-contoh pelanggaran: • Tidak mempunyai daya utama dan lemah dalam daya pemikirannya. • Lalai atau berlengah-lengah dalam menjalankan tugas-tugasnya. • Malas atau cuai dalam menjalankan tugas-tugasnya. • Sebagai seorang pegawai kanan, tidak berkebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa sebelum membuat tugasnya.

  13. Peraturan 3(2)(f) “Tidak jujur atau tidak amanah“ Contoh-contoh pelanggaran: • Membuat tuntutan palsu. • Mengesahkan tuntutan lebih masa yang tidak betul (palsu) dari seseorang pekerja bawahannya dengan tujuan untuk mendapat habuan daripada pegawai itu. • Pura-pura sakit atau uzur. • Tidak melaporkan harta atau pelaburan.

  14. Peraturan 3(2)(g) “Tidak Bertanggungjawab” Contoh-contoh pelanggaran: • Menghasut kakitangan lain supaya jangan terlalu berusaha dalam menjalankan tugas-tugas mereka. • Mengambil cuti rehat di saat-saat perkhidmatannya sanga-sangat diperlukan. • Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau sebab-sebab yang munasabah. • Bersikap tidak kisah terhadap tugas dan tanggungjawab.

  15. Peraturan 3(2)(h) “Membawa atau cuba membawa pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap badan berkanun, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain badan berkanun ” Contoh-contoh perlanggaran: • Meminta orang kenamaan untuk menggunakan kuasa serta pengaruhnya untuk mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan untuk menaikkan pangkatnya. • Meminta kesatuan sekerja untuk memperjuangkan kes tuntutan peribadinya seperti rayuan tatatertib.

  16. Peraturan 3(2)(i) “Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah” Contoh-contoh pelanggaran: 1. Enggan menjalankan arahan lisan/bertulis pegawai atasannya berhubung dengan tugas-tugas rasminya. • Membantah atau melawan pegawai atasannya tanpa sebab yang munasabah. • Mencaci atau memalukan pegawai kanannya di khalayak ramai. 4. Keluar negara tanpa kelulusan

  17. Peraturan 3(2)(j) “cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya” Contoh-contoh pelanggaran: • Cuai memastikan barang-barang dibeli oleh Universiti dimasukkan dalam senarai ‘inventory’. • Menghilangkan harta Universiti dalam simpanan/jagaan pegawai. • Membawa kenderaan Universiti dengan tidak berhati-hati sehingga mendapat kemalangan. • Menghilangkan harta USIM ketika dalam simpanannya.

  18. LARANGAN-LARANGAN LAIN DALAM PERKHIDMATAN Terdapat 2 kategori. • Kategori PERTAMA iaitu yang dilarang sama sekali, yang tidak boleh mendapat kebenaran dari mana-mana pihak jika hendak melakukannya. • Kategori KEDUA iaitu kelakuan-kelakuan daripada pihak-pihak yang berkenaan jika berhajat untuk melakukannya.

  19. KATEGORI I – YANG DITEGAH SAMA SEKALI

  20. sambungan

  21. KATEGORI 2 – YANG BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARAN

  22. PENERANGAN • Membuat pekerjaan luar • Meliputi aktiviti-aktiviti menjalankan perniagaan, perusahaan perdagangan, firma-firma, syarikat-syarikat, memberi keterangan pakar, bertugas sebagai wakil pentadbir dan sebagainya – Peraturan 4. • Ketua Jabatan boleh menimbangkan (sama ada membenarkan atau tidak) kerja-kerja demikian itu untuk faedah dirinya atau saudara-mara dekatnya dengan syarat:- • Di luar waktu pejabat. • Tidak menjejaskan kegunaan pegawai tersebut. • Tidak bercanggah dengan kepentingan Jabatannya.

  23. Menerima atau memberi hadiah adalah dilarang, • Pegawai dilarang menerima / memberi hadiah jika ada kena mengena dengan pelaksanaan tugasnya • Larangan ini termasuk kepada isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara-mara – Peraturan 7. • Pungutan yuran-yuran secara spontan dan lain-lain pungutan sukarela untuk hadiah/cenderamata persaraan, perkahwinan, pertukaran dan lain-lain yang boleh dibenarkan oleh Ketua Jabatan. • Untuk menyimpan hadiah yang diterima yang sukar ditolak – perlu mendapat kebenaran dari Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan.

  24. Pemunyaan harta – Peraturan 9. • Meliputi harta alih dan tak alih • Pemilikannya hendaklah dilaporkan dan mendapat kebenaran dari Jawatankuasa Tatatertib dengan segeranya. • Laporan harta: • Pada tarikh dilantik • Pada bila-bila masa dikehendaki oleh USIM • Memperolehi harta baru dan • pelupusan Jika hendak memperolehi harta yang tidak sejajar dengan peraturan 3, perlu meminta kebenaran dengan JKTT

  25. Pernyataan awam adalah dilarang – Peraturan 18 • Secara lisan atau bertulis atau apa-apa cara lainnya yang merosakkan suatu dasar atau keputusan Kerajaan. • Kecuali dengan kebenaran Ketua Jabatan – dilarang membuat pernyataan awam yang ada kaitan dengan kerja-kerja Jabatannya yang boleh dianggap sebagai menunjukkan dasar Kerajaan. • Bergiat cergas dalam politik – Peraturan 21 “Kumpulan A” iaitu, • Seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai apa-apa lambang sesuatu parti politik.

  26. Seseorang pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh dibenarkan bertanding atau memegang jawatan atau dilantik bagi memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu parti politik, setelah mendapatkan kelulusan bertulis Universiti. • Peraturan ini tidak menghalang seseorang pegawai daripada menjadi anggota biasa mana-mana parti politik. AKTIVITI-AKTIVITI POLITIK YANG DILARANG KE ATAS PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI DAN KUMPULAN PRNGURUSAN & PROFESIONAL • Membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis yang memberikan suatu pandangan yang berat sebelah atas apa-apa perkara yang menjadi isu di antara parti-parti politik. • Menerbit atau mengelilingkan/mengedarkan buku, makalah atau risalah yang mengemukakan pandangannya yang berat sebelah atau pandangan orang lain, atas apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-mana parti politik.

  27. Terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana- mana calon pada suatu pilihanraya umum, pilihanraya kecil atau apa-apa pilihanraya untuk apa- apa jawatan dalam mana-mana parti politik. • Bertindak sebagai seorang ejen pilihanraya atau ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat untuk atau bagi pihak seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau bagi mana-mana Dewan Undangan Negeri. • Masuk bertanding untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik. • Memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik

  28. HUKUMAN TATATERTIB

  29. Peraturan 40 • Amaran • Denda • Lucuthak emolumen • Tangguh pergerakan gaji • Turun gaji • Turun pangkat • Buang kerja

  30. JKTT BOLEH MENGENAKAN MANA- MANA SATU HUKUMAN APA-APA KOMBINASI DARI DUA ATAU LEBIH DARIPADA DUA HUKUMAN TATATERTIB ATAU

  31. ASAS-ASAS JKTT MENJATUHKAN HUKUMAN JKTT DIBERI BUDIBICARA SELUAS- LUASNYA UNTUK MENIMBANGKAN HUKUMAN SESUAI DENGAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN. SETIAP KES DIPUTUSKAN ATAS "MERIT" SESUATU KES

  32. ASAS JKTT MENGENAKAN HUKUMAN 1. SETAKAT MANA KESALAHAN YANG DILAKUKAN TELAH MEMBURUKKAN ATAU MENCEMARKAN NAMA PERKHIDMATAN PERBADANAN 2. AKIBAT KESALAHAN TERSEBUT KE ATAS 'MORALE' KAKITANGAN LAIN 3. REKOD PERKHIDMATAN PEGAWAI DIAMBIL KIRA - • TARAF JAWATAN; • MATA GAJI; • EMOLUMEN. • TEMPOH BERKHIDMAT;

  33. 4. KEDUDUKAN RASMI PEGAWAI SERTA TARAF PELAJARAN YANG DIPEROLEHI 5.KEADAAN-KEADAAN PERSEKITARAN YANG BOLEH MERINGAN DAN MEMBERATKAN HUKUMAN 6. SAMA ADA KEADAAN TUBUH DAN FIKIRANNYA SEDANG MEROSOT SEBAB UMUR ATAU PENYAKIT DAN SEBAGAINYA 7. LATIHAN/KURSUS YANG PERNAH DIBERI/DIIKUTI OLEH PEGAWAI SEPANJANG PERKHIDMATANNYA 8. PENDAPATAN BERSIH PEGAWAI TERMASUK POTONGAN-POTONGAN • PINJAMAN • TANGGUNGAN • DLL

  34. SIFAT-SIFAT HUKUMAN TATATERTIB

  35. PERATURAN 40(a) - AMARAN Hukuman amaran membawa makna pegawai didapati bersalah dan mengingatkannya bahawa hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi melakukan kesalahan

  36. PERATURAN 40(b) - DENDA i. HAD DENDA - 41(2) PADA SESUATU MASA TIDAK BOLEH MELEBIHI DARIPADA 7 HARI EMOLUMEN 41(3) JIKA DIKENAKAN LEBIH SEKALI DALAM SATU BULAN TIDAK BOLEH LEBIH 45% DARIPADA EMOLUMEN BULANANNYA. 41(6) DIPOTONG DARIPADA EMOLUMEN BULANAN DAN DIBAYAR KE DALAM HASIL BADAN BERKANUN BERKENAAN

  37. PERATURAN 38(c) -LUCUTHAK EMOLUMEN 41(4) HAD LUCUTHAK EMOLUMEN - • jika dikenakan bagi kes tidak hadir bertugas: • Hendaklah dikira tempoh sebenar pegawai tidak hadir; atau • Budibicara JKTT. • 41(5) jika telah dilucutkan di bawah hal cuti di bawah peraturan 26, tidak boleh dikenakan hukuman ini lagi. • dipotong daripada emolumen bulanan

  38. PERATURAN 40(d) -PENANGGUHAN PERGERAKAN GAJI 42(1) Tempoh 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan atau 12 bulan 42(2) Kuatkuasa Pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya 42(3) Dalam Tempoh Hukuman Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji 42(4) Tarikh Pergerakan Gaji • Berubah kepada tarikh pergerakan gaji paling hampir • selepas habis tempoh hukuman • (b) Hendaklah kekal pada tarikh yang diubah sehingga mencapai tangga gaji maksimum

  39. PERATURAN 40(e) – TURUN GAJI 43(1)(a) Turun gaji secara mendatar dalam peringkat yang sama 43(1)(b) Turun gaji tidak melebihi 3 pergerakan gaji 43(1)(c) tempoh antara 12 bulan hingga 36 bulan 43(2) Kuatkuasa tarikh yang ditetapkan oleh JKTT 43(3) berubah kepada tarikh berikutnya selepas habis tempoh hukuman Tarikh pergerakan gaji Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji Dalam tempoh hukuman 43(4)

  40. PERATURAN 40(f) – TURUN PANGKAT Menurunkan gred seseorang pegawai kepada gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama 44(a) Turun gred 44(b) Penetapan gaji Matagaji diletakkan dalam jadual gaji gred yang diturunkan yang lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir yang diterima sebelum diturunkan pangkat

  41. PERATURAN 38(g) - BUANG KERJA • pegawai dikeluarkan/ dibuang daripada perkhidmatan perbadanan ii. tarikh budibicara JKTT • Tidak boleh dibelakangkan daripada tarikh Mesyuarat JKTT. iii. Akibatnya hilang hak sebagai pegawai perbadanan

  42. CONTOH PERLAKSANAAN HUKUMAN i. TANGGUH PERGERAKAN GAJI ii. TURUN GAJI iii. TURUN PANGKAT

  43. PERLAKSANAAN HUKUMAN TANGGUH PERGERAKAN GAJI

  44. ANDAIAN PEGAWAI Y DAN Z : N41 • GAJI PADA 1.2.2003 P1T8 = RM 1,841 • TARIKH PERGERAKAN GAJI : 1 APRIL • JKTT BERSIDANG PADA 1.2.2003 (i) Y = TANGGUH PERGERAKAN GAJI SELAMA 3 BULAN (ii) Z = TANGGUH PERGERAKAN GAJI SELAMA 6 BULAN • HUKUMAN BERKUATKUASA MULAI 1.4.2003

  45. PERLAKSANAAN 2003 TAHUN 5 7 3 6 8 10 4 9 BULAN .. .. .. .. .. .. MENDATAR : 1907 1841 .. .. .. .. .. 1907 1841 EN. Y (3 BLN) 1841 .. .. .. .. .. 1841 1841 EN. Z (6 BLN) 1907

  46. KESAN HUKUMAN (i) TARIKH PERGERAKAN GAJI BERUBAH EN. Y = 1 APRIL1 JULAI EN. Z = 1 APRIL1 OKTOBER (ii) KERUGIAN • EN. Y RM 66 X 3 = RM 198.00 • EN. Z RM 66 X 6 = RM 396.00

  47. PERLAKSANAAN HUKUMAN TURUN GAJI

  48. ANDAIAN PEGAWAI X, Y, Z ---- N41 GAJI PADA 1.2.2003 TARIKH PERGERAKAN GAJI X = RM 1,577 (P1 T4) 1 JANUARI Y= RM 1,577 (P1 T4) 1 JULAI Z = RM 1,880 (P3 T6) 1 OKTOBER - LTT PADA 2.3.2003 X = TURUN GAJI 2 PERGERAKAN GAJI SELAMA 1 TAHUN BERKUATKUASA PADA 2.3.2003 Y = TURUN GAJI 2 PERGERAKAN GAJI SELAMA 1 TAHUN BERKUATKUASA PADA 1.4.2003 Z = TURUN GAJI 3 PERGERAKAN GAJI SELAMA 3 TAHUN BERKUATKUASA PADA 2.3.2003

  49. PERLAKSANAAN T1 T3 T4 T5 T2 T6 1445 1511 1643 1709 .. X P1 1577 1379 .. Y 1379 1445 1511 1643 1709 1577 P1 .. Z P3 1520 1592 1664 1736 1808 1880

  50. KESAN HUKUMAN (i) KERUGIAN Pegawai X (i) Tempoh Hukuman (ii) Kerugian Wang Kerugian Sebenar = (2.3.03 1.3.04) + (2.3.04 31.3.04) = 13 bulan = RM 1,577 - RM 1,445 = RM 132) x 13 bulan = RM 1,716 =RM1,716+ (Kenaikan gaji mulai 1.1.04) Pegawai Y (i) Tempoh Hukuman (ii) Kerugian Wang Kerugian Sebenar = (1.4.03 31.3.04) = 12 bulan = ( RM 1,577 - RM 1,445 = RM 132) x 12 bulan = RM 1,584 =RM1,584+ (Kenaikan gaji mulai 1.7.03)

More Related