1 / 33

PERSIAPAN SEBELUM PERBICARAAN

PERSIAPAN SEBELUM PERBICARAAN. DR. HJ. MOHD. NA’IM HJ. MOKHTAR 2007. KETERANGAN [S.100&101]. Dua cara: Lisan di Mahkamah terbuka Afidavit. SEPINA [S.102-111]. Permintaan melalui borang MS20 difailkan di Mahkamah mengandungi nama dan alamat pihak yang meminta

nolcha
Download Presentation

PERSIAPAN SEBELUM PERBICARAAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PERSIAPAN SEBELUM PERBICARAAN DR. HJ. MOHD. NA’IM HJ. MOKHTAR 2007

  2. KETERANGAN [S.100&101] • Dua cara: • Lisan di Mahkamah terbuka • Afidavit

  3. SEPINA [S.102-111] • Permintaan melalui borang MS20 difailkan di Mahkamah mengandungi nama dan alamat pihak yang meminta • Bentuk sepina borang MS21, 22 dan 23 perlu dimeteraikan • Sepina dokumen – nama seorang sahaja, hanya perlu kemukakan dokumen tanpa hadir sendiri

  4. (Sambungan) • Kesilapan pada nama atau alamat dan sepina belum disampaikan – boleh minta kali kedua sepina yang dimeteraikan dan dicatatkan perkataan “Dipinda dan dimeterai semula” • Penyampaian kediri dilaksanakan dalam masa 12 minggu selepas tarikh disepina

  5. (Sambungan) • Tempoh kuatkuasa – hingga tamat pendengaran keterangan saksi • Pegawai Mahkamah tidak boleh disepina untuk kemukakan rekod. Permintaan boleh dibuat melalui permohonan kepada Pendaftar Mahkamah dan rekod tersebut tidak boleh ditandakan. • Banduan sebagai pihak dan saksi- notis permohonan ex-parte. Borang MS24 dan perintah dalam borang MS25. Kos membawa dibayar oleh Pemohon. • Saksi tidak boleh dipaksa hadir sehingalah jumlah wang yang munasabah telah ditawarkan kepada beliau • Afidavit penyampaian – difailkan sebagai bukti penyampaian

  6. AFIDAVIT [S.112-118] • Maksud: dibuat dengan sumpah di hadapan: • Hakim Syarie atau Pendaftar di WP • Hakim Syarie atau Qadhi di negeri-negeri lain • Mana-mana pegawai Islam Kedutaan Malaysia atau Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia atau Konsulat atau Misi Tetap yang diberi kuasa untuk mengendalikan sumpah.

  7. (Sambungan) • Borang MS26, ketakakuran boleh diterima mengikut budi bicara Mahkamah • Exhibit dilampirkan, dikenal pasti dan diperakui melalui Borang MS27 • Kuasa Mahkamah menolak afidavit yang sukar dibaca/ difahami dan cacat • Afidavit yang telah difailkan tidak boleh dipinda kecuali untuk betulkan kecacatan bentuk/ kesilapan tulisan. Kemudian failkan Afidavit Pembetulan.

  8. (Sambungan) • Afidavit Tambahan boleh difailkan sebelum perbicaraan • Bicara mula – tidak boleh fail kecuali dengan kebenaran. Keengganan Mahkamah berikan kebenaran tidak boleh dirayu serta merta.

  9. (Sambungan) • Pemeriksaan balas [s.118 WP & s.112 EPS] – 2 cara: • Notis hasrat • Kehendak Mahkamah • Gagal hadir – tolak afidavit/ tidak ambil kira • Contoh notis

  10. PENDENGARAN/ PERBICARAAN [S.119-129] • Lokasi : • Saman – Mahkamah Terbuka • Permohonan – Kamar Hakim • Kehadiran – sendiri, melalui peguam, penjaga ad litem • Ketidakhadiran: • Buang tindakan – satu pihak pun tidak hadir • Mendengar dan memutuskan tanpa kehadiran Defendan dengan syarat ada bukti penyampaian dan sumpah istizhar Plaintif • Buang tindakan Plaintif dan dengar tuntutan balas Defendan – Plaintif tidak hadir • Plaintif atau Defendan lebih seorang – boleh dengar terhadap yang hadir dan yang tidak hadir boleh diputuskan mengikut a, b atau c.

  11. (Sambungan) • Budi bicara Mahkamah untuk perintah tangguh. • Penggantungan, penarikan balik, pembatalan atau pembuangan tidak menghalang pendengaran dan pemutusan tuntutan balas • Set off bagi tuntutan bersama

  12. (Sambungan) • Semasa perbicaraan Hakim perlu rekodkan: • Keterangan setakat yang didapati perlu • Penghujahan undang-undang termasuk apa-apa bantahan terhadap keterangan • Apa-apa memerhatian tentang tingkah laku saksi dan perkara material yang lain • Tandakan dokumen/ exhibit lain dan simpan hingga habis tempoh rayuan • Dokumen yang ditolak juga hendaklah ditanda bagi tujuan pengenalpastian

  13. SUSUNAN UCAPAN • Plaintif/ Defendan buka kes sebelum mengemukakan keterangan atau: • Hakim boleh arahkan susunan ucapan, Cuma yang memulakan berhak memulakan penggulungan kes • Bila Plaintif telah kemukakan keterangan bagi kesnya, Hakim hendaklah memanggil Defendan untuk buat pilihan samada: • Mengemukakan keterangan atau • Mengemukakan hujah tiada kes untuk dijawab

  14. (Sambungan) • Jika Defendah pilih a, Hakim hendaklah rekodkan keterangan dan setelah selesai arahkan Defendan membuat penghujahan menutup kesnya. Apabila Defendan tutup kes, Mahkamah hendaklah arahkan Plaintif mengemukakan hujah balas dan menutup kesnya. Dalam keadaan ini juga, Mahkamah boleh arahkan pihak-pihak failkan hujah bertulis mengikut apa-apa susunan dan dalam tempoh yang ditetapkan.

  15. (Sambungan) • Jika Defendan pilih b, Hakim hendaklah rekodkan hujah tiada kes untuk dijawab DAN memerintahkan Defendan supaya mengangkat sumpah menafikan tuntutan Plaintif DAN jika enggan, Mahkamah hendaklah mendengar dan merekodkan hujah Plaintif dalam menutup kesnya dan memerintahkan Plaintif supaya mengangkat sumpah dan jika enggan, Mahkamah hendaklah buang kesnya dan sekiranya bersetuju, Mahkamah hendalah membuang kes Defendan dan membenarkan tuntutan Plaintif.

  16. KUASA MAHKAMAH Demi kepentingan keadilan, pada mana-mana peringkat, Mahkamah boleh memanggil pihak-pihak untuk mengemukakan keterangan dan boleh memeriksa mana-mana tempat atau barang.

  17. PERBICARAAN BELUM BERAKHIR • Dengan persetujuan pihak-pihak, Hakim lain boleh menyambung dan memberikan penghakiman. • Jika tidak, perbicaraan semula akan diadakan.

  18. PENANGGUHAN DAN PEMINDAHAN Mahkamah boleh menangguhkan perbicaraan dari masa ke masa dan memindahkan lokasi perbicaraan dari satu tempat ke tempat yang lain dan juga boleh mengenakan syarat.

  19. PENGHAKIMAN DAN PERINTAH • Rujuk nota bacaan kes/ Teks Penghakiman • Penghakiman bertulis – tafsiran dalam s.2 • Disampaikan dalam Mahkamah Terbuka kecuali prosiding permohonan di dalam Kamar • Hakim lain/ Pendaftar boleh bacakan • Sebahagian daripada rekod • Penghakiman persetujuan boleh direkodkan pada bila-bila masa

  20. (Sambungan) • Mahkamah perlu tetapkan terma-terma dengan jelas • Tiga jenis perintah: • Perintah pembayaran • Perintah menghendaki perbuatan dilakukan • Perintah menghantar serahkan

  21. PERINTAH PEMBAYARAN • Perintah pembayaran ansuran bermula daripada hari pertama bulan berikutnya dan bulan berturutan. • Penghutang Penghakiman (PHP) boleh memohon: • Kebenaran bayaran secara ansuran • Bayaran ansuran yang lebih rendah kalau ada perintah bayaran ansuran • Sekiranya perintah bayaran ansuran tertunggak melebihi satu bulan, perintah dianggap terbatal dan Pemiutang Penghakiman (PMP) boleh menjalankan pelaksanaan ke atas semua amaun. • Mana-mana pihak boleh memohon batal perintah ansuran, tambah atau kurangkan amaun ansuran.

  22. PERINTAH PERBUATAN • Masa bila perbuatan perlu dilakukan perlu dinyatakan dalam perintah • Kalau tidak dinyatakan, 7 hari daripada traikh penghakiman • Penyampaian perintah/ penghakiman tidak perlu kalau pihak/ peguam syarie hadir semasa penghakiman dibacakan • Tiada prosiding penangkapan dan pengkomitan boleh diambil terhadap pihak yang tidak hadir/ diwakili sehingalah sesalinan perintah dan notis dalam Borang MS28 disampaikan

  23. PERINTAH MENGHANTAR SERAHKAN • Harta alih • Perlu dinyatakan amaun wang yang perlu dibayar sebagai ganti jika penghantar serahan tidak perlu dibuat • Kedua-dua jenis perintah di atas hendaklah diberikan tarikh dan berkuatkuasa daripada tarikh penghakiman/ perintah diberikan

  24. RAYUAN • Bagi semua rayuan (drpd MR kpd MT dan selanjutnya ke Mahkamah Rayuan), notis rayuan hendaklah diberi dalam Borang MS 29 • Rayuan yang dibuat boleh melibatkan seluruh keputusan atau mana-mana bahagiannya – s.139(3) perlu dinyatakan dalam notis rayuan.

  25. NOTIS RAYUAN • Hendaklah difailkan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan dibuat – s.139(4). Setelah menerima notis rayuan, Mahkamah berkenaan hendaklah membekalkan kepada Perayu (selepas bayaran dijelaskan),satu salinan sah penghakiman yang telah dibuat olehnya. • Hendaklah disampaikan oleh Perayu kepada semua pihak yang terlibat dalam rayuan itu atau kepada Peguam Syarie masing-masing – s.139(8)

  26. DEPOSIT Mahkamah (dari mana rayuan itu dibuat) hendaklah kemudian meminta deposit (sejumlah wang) bagi menampung kos menyediakan salinan rekod rayuan bagi kegunaan Mahkamah yang mendengar rayuan daripada pihak-pihak yang terlibat dengan kes rayuan –s.139(7).

  27. Petisyen rayuan • Hendaklah diserahkan dalam 5 salinan kepada Pendaftar dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan pemberitahuan siapnya salinan sah penghakiman – s.141(1). • Jika Perayu menghendaki salinan nota keterangan yang dicatat oleh Hakim bicara, Perayu hendaklah memasukkan petisyen rayuan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh notis siapnya salinan nota keterangan diterima olehnya – s.141(1).

  28. (Sambungan) • Setiap petisyen rayuan hendaklah menyatakan: • Isu ringkas keputusan yang dirayu • Butir yang jelas mengenai undang-undang atau fakta yang mengenainya rayuan dibuat • Semasa rayuan didengar, Perayu tidak boleh merujuk kepada alasan-alasan lain selain apa yang telah dinyatakan dalam petisyen rayuannya itu, kecuali Perayu diberi izin oleh Mahkamah yang mendengar

  29. REKOD RAYUAN • Perlu disediakan di bawah s.142(1) • Mengandungi salinan perkara-perkara berikut: • Surat guaman yang berkaitan ( Pliding) • Nota keterangan • Alasan hukuman (penghakiman bertulis) • Keputusan (lengkap merangkumi segala perintah atau hukuman) • Notis rayuan • Petisyen rayuan (merangkumi alasan rayuan) • Semua dokumen yang menjadi ekshibit dan dokumen lain yang difikirkan berkaitan

  30. (Sambungan) • Bila rekod rayuan sudah siap, Mahkamah hendaklah memaklumkan perkara itu kepada Perayu melalui notis dalam Borang MS 32 - s.143(2) • Apabila bayaran yang dikenakan telah dibayar oleh Perayu, mahkamah boleh bekalkan salinan rekod rayuan kepada Perayu (sebanyak mana olehnya) – s.143(3). • Satu salinan rekod rayuan hendaklah dihantar oleh Mahkamah berkenaan kepada Pendaftar Mahkamah yang boleh mendengar rayuan tersebut – s.228(4)(b).

  31. KESAN NOTIS RAYUAN Notis rayuan yang difailkan tidak berkuatkuasa menggantung pelaksanaan hukuman atau perintah yang dibuat oleh Mahkamah terhadapnya, tetapi Mahkamah boleh (atas permohonan Perayu dan dengan sebab yang munasabah) menggantung pelaksanaan perintah itu tertakluk kepada syarat-syarat yang difikirkan patut – s.229

  32. KEPUTUSAN MAHKAMAH MENDENGAR RAYUAN • Apabila Mahkamah yang mendengar rayuan telah membuat keputusannya dan ianya telah dimaklumkan kepada Mahkamah dari mana rayuan dibuat, Mahkamah itu hendaklah melaksanakan semua yang diputuskan atau diperintahkan oleh Mahkamah yang mendengar rayuan tersebut – s.230

  33. (Sambungan) • Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah yang mendengar rayuan tersebut hendaklah disertakan dengan alasan-alasannya – s.231(1) • Suatu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan Syariah adalah muktamad – s.231(2)

More Related