1 / 40

TUGAS KEKHALIFAN DALAM MENGIMARAHKAN BUMI

Khutbah Jumaat (Multimedia). Siri 44/2008. TAJUK KHUTBAH. TUGAS KEKHALIFAN DALAM MENGIMARAHKAN BUMI. 1 Zulkaedah , 1429H bersamaan 31 OKTOBER, 2008M. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu http://www.jheat.terengganu.gov.my. Pesanan Khatib.

liz
Download Presentation

TUGAS KEKHALIFAN DALAM MENGIMARAHKAN BUMI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KhutbahJumaat (Multimedia) Siri 44/2008 TAJUK KHUTBAH TUGAS KEKHALIFAN DALAM MENGIMARAHKAN BUMI 1 Zulkaedah, 1429H bersamaan 31 OKTOBER, 2008M Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu http://www.jheat.terengganu.gov.my

  2. PesananKhatib • Bertaqwalah kepada Allah dengan sebaik-baiknya. • Beramal ibadatlah untuk bekalan di hari Akhirat nanti. • Sebaik-baik bekalan adalah bertaqwa kepada Allah.

  3. PANCARAN CAHAYA AL-QURAN - Memecahkan kebuntuan tentang hakikat sebenar kewujudan manusia. • Menjelaskan tentang matlamat dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah Taala. • Melaksanakan pertanggungjawaban Allah Taala dengan sebaik-baiknya.

  4. Firman Allah DalamSurah Al-BaqarahAyat 30:- وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ. Maksudnya:- “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seseorang khalifah di muka bumi. Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata) :”Adakah Engkau (Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu seorang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensuciMu? Tuhan berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

  5. KETAHUILAH, bahawa. . . . . Amanah Kekhalifahan dipertanggugjawabkan kepada semua manusia bagi mengurus dan membangunkan bumi ini mengikut acuan ilahi dan manusia hendaklah ketahui “Asma” maksudnya berilmu pengetahuan.

  6. Gelaran ”KHALIFAH” • Diciptakan manusia oleh Allah Taala sebagai Khalifah. • Perkataan asal ”Khalifah” bererti di belakang sesuatu menggantikan tempat sesuatu yang lain. - Penganti iaitu pemimpin selepas wafat Nabi Muhammad S.A.W. • Khalifah juga dikenali sebagai ”Amirul Mukminin” bermaksud ”Pemimpin Orang Yang Beriman”

  7. Perumpamaan Perkataan Khalifah Dalam Al-Quran Merujuk Kepada Manusia dan Selainnya Maksudnya:- “Dan Dialah yang menjadikan malam dan siang silih berganti, untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya) atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmat itu). Firman Allah DalamSurahAl-FurqanAyat62:- وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ خِلْفَةً لِّمَنْ أَرَادَ أَن يَذَّكَّرَ أَوْ أَرَادَ شُكُورًا

  8. Perkataan Khalifah Untuk Manusia Mengcakupi KEBAIKAN dan KEBURUKAN Maksudnya:- “Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menuruti hawa nafsu (dengan melakukan maksiat) maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka)”. Firman Allah DalamSurahMariamAyat 59:- فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاَةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

  9. Firman Allah Dalam Surah Al-Aaraf Ayat 169:- فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ وَرِثُواْ الْكِتَابَ يَأْخُذُونَ عَرَضَ هَـذَا الأدْنَى وَيَقُولُونَ سَيُغْفَرُ لَنَا وَإِن يَأْتِهِمْ عَرَضٌ مُّثْلُهُ يَأْخُذُوهُ أَلَمْ يُؤْخَذْ عَلَيْهِم مِّيثَاقُ الْكِتَابِ أَن لاَّ يِقُولُواْ عَلَى اللّهِ إِلاَّ الْحَقَّ وَدَرَسُواْ مَا فِيهِ وَالدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ

  10. Maksudnya:- “Maka mereka kemudian digantikan oleh keturunan-keturunan yang jahat yang mewarisi kitab Taurat, mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil mereka berkata: “Aku diampunkan kelak dosa kami” padahal jika datang kepada mereka kebendaan (yang hina) seperti itu, mereka akan mengambilnya lagi. Bukanlah telah diambil perjanjian setia daripada mereka dalam Kitab Taurat bahawa mereka tidak memperkatakan yang terkandung didalamnya? Dan (juga mereka mengetahui bahawa) negeri Akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mahu mengerti?”

  11. PERSOALAANNYA…….Apakahsemuamanusiaitu KHALIFAH Allah? • BukansemuamanusialayakbergelarKhalifah Allah kecualiorang-orang yang SOLEH, BIJAKSANAdanADIL. • Khalifahbukanseorang yang fasikdanpembuatkerosakan, walaupunpenciptaanmanusiaitusebaik-baikpenciptaan.

  12. Firman Allah DalamSurahAl TinnAyat 4- 6:- لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ. ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ. إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ. Maksudnya:- “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang sebenar-benarnya (nereka), melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya”.

  13. ANUGERAH ALLAH • Manusia mampu berperanan sebagai Khalifah Allah di muka bumi. • Manusia wajib menggunakan potensi kemanusiaan serta nikmat yang disediakan untuk meningkatkan kemhambaan kepada Allah. • Manusia wajib membangun dan mengimarahkan bumi dengan kehidupan bertamaddun. • Kegagalan manusia dalam memelihara dan memanafaatkan potensi menyamakan manusia seperti binatang dan lebih buruk lagi.

  14. Firman Allah DalamSurahAl-AarafAyat 179:- وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ. Maksudnya:- “Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakkan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah); dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah): dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah); mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.

  15. CIRI-CIRI UTAMA MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH • Berilmu Maksudnya:- “Dan Dia (ALLAH) mengajarkan kepada Adam a.s. Asma (nama benda-benda) seluruhnya, kemudian dia mempertunjukkannya kepada para malaikat lalu berfirman (kepada para malaikat) sebutkanlah kepada –Aku Asma’ (nama benda-benda) itu, jika kamu memang orang-orang yang benar?”. Firman Allah DalamSurahAl-BaqarahAyat 31:- وَعَلَّمَ آدَمَ الأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلاَئِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَآءِ هَـؤُلآءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ.

  16. SHEIKH MOHAMAD ABDUL menafsir bahawa... 1) Pengertian Asma’ • ilmu pengetahuan atau kemampuan untuk memahami dan mengembangkan pengetahuan. 2) Beriman dan beramal soleh • Firman Allah Dalam surah An-Nur Ayat 55 وَعَدَ اللهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لاَ يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ.

  17. Maksudnya, “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang semakin kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam), yang telah diredhainya untuk mereka, dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan dari ancaman musuh, mereka terus beribadat ku dengan tidak mempersekutu dengan sesuatu yang lain denganKu dan ingatlah sesiapa yang kufur ingkar selepas itu maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”.

  18. Allah menjanjikan orang-orang yang beriman an beramal soleh sebagai khalifah menguasai dan memimpin dunia selagi manusia itu beriman dan beramal soleh di muka bumi ini. 3) Membuat keputusan dengan kebenaran • Firman Allah Dalam Surah As-Saad Ayat 22-23 يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلاَ تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ.

  19. Maksudnya, “Wahai Daud, sesungguhnya kami telah menjadikan mu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang wahyikan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkan mu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang perit, disebabkan mereka melupakan hari (jalan Allah itu)”. • Seorang Khalifah harus benar dan adil dan tidak menurut hawa nafsu.

  20. Firman Allah Dalam Surah As-Saaffaat Ayat 22-23 :- احْشُرُوا الَّذِينَ ظَلَمُوا وَأَزْوَاجَهُمْ وَمَا كَانُوا يَعْبُدُونَ. مِن دُونِ اللهِ فَاهْدُوهُمْ إِلَى صِرَاطِ الْجَحِيمِ. Maksudnya; “(Allah berfirman kepada Malaikat) ; “Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkenaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah, yang lain daripada Allah, serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka”.

  21. 4) Amar Makruf dan nahi Mungkar • Firman Allah Dalam Surah Al-Imran Ayat 104 وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ. Maksudnya; “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian, ialah orang-orang yang berjaya”.

  22. SERUAN KEBAIKAN/ MENCEGAHKAN KEMUNGKARAN • Perlu digarapkan secara Lisanul Hal iaitu khidmat bakti melalui contoh teladan. • Perlu kritikan yang jujur dan membina dengan serta rasional. • BUKANNYA dengan mengeluarkan dengan kata-kata kesat, menghina dan provokatif.

  23. أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِيَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ. Maksudnya; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan rasulnya (Muhammad s.a.w) dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui (salahnya)”.

  24. DOA ANTARA DUA KHUTBAH Amin Ya Rabbal Aalamin Tuhan Yang Memperkenankan Doa Orang-Orang Yang Taat, Berilah Taufik Kepada Kami Di Dalam Mentaatimu, Ampunilah Kami Dan Muslimin Seluruhnya, Ampunilah Dosa Mereka Yang Mengatakan “Ampunkanlah Aku Ya Allah” Dan “Ampunkanlah Kami Ya Allah”.

  25. Khutbah Kedua

  26. PESANAN KHATIB • Bertaqwalah dengan sebenar-benar Taqwa kepada Allah. • Bersiap sedia dengan bekalan ke akhirat. • Sebaik-baiknya adalah Bertaqwa.

  27. TUJUAN PENCIPTAAN MANUSIA • Untuk mengabdikan diri kepada Allah • Firman Allah Dalam Surah Adz-Dzaariyaat Ayat 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ Maksudnya; “Dan ingatlah aku tidak meciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku”.

  28. INGATAN ALLAH KEPADA GOLONGAN MANUSIA BERPALING DARIPADA MAKSUD SEBENAR KEWUJUDANNYA • Firman Allah Dalam Surah Muhammad Ayat 12: إِنَّ اللهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَّهُمْ. Maksudnya; Dan orang-orang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang ternakan makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka”.

  29. GOLONGAN MANUSIA YANG BERLUMBA MENCARI KESENANGAN HIDUP DAN PERHIASAN DUNIA • Firman Allah Dalam Surah Ali Imran Ayat 14 :- زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

  30. Maksudnya; “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benad yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang tanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

  31. KENCAMAN ALLAH KEPADA MANUSIA YANG MENCETUSKAN HURU HARA, KEROSAKAN DAN SUASANA TIDAK SELAMAT • Firman Allah Dalam Surah Al-Baqarah Ayat 204-205 :- وَمِنَ النَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ. وَإِذَا تَوَلَّى سَعَى فِي الأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيِهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ وَاللهُ لاَ يُحِبُّ الفَسَادَ.

  32. Maksudnya; “Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya (kepadamu)”. Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya) berusahalah ia dibumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan”.

  33. KENALI DIRI….. • Memahami tujuan kehidupan. • Menjadi hamba Allah yang patuh dan taat. • Menjadi Khalifah yang jujur dan amanah. • Mendapat ketenangan dan kebahagian di dunia dan akhirat.

  34. Ya Allah, Ampunilah orang mukmin lelaki dan perempuan,muslimin lelaki dan perempuan samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Dengan rahmat Mu, wahai tuhan yang amat penyayang.

  35. Ya Allah, Peliharakanlah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah Dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Peliharakanlah Zuriat-zuriatnya Serta Kaum Kerabatnya.

  36. Ya Allah, Peliharakanlah Pemangku Raja, Tengku Mohammad Ismail Ibna Al-Wathiqi Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Dan Peliharakanlah Jua Pemimpin-Pemimpin nya,Ulama’-Ulama’nya, Pekerja-pekerjanya Serta Seluruh Rakyatnya Dari Kalangan Umat Islam Dengan Rahmatmu Wahai Tuhan Yang Amat Penyayang.

  37. Ya Allah,Muliakanlah Islam Dan Orang-orang Islam, Hinakanklah Kesyirikan Dan Orang Yang Syirik,hancurkanlah Musuh-musuhmu Dan Musuh Agama, Ya Allah Bukakanlah Pintu Kebenaran Di antara kami. Dan Engkaulah Sebaik-baik Pembuka. Ya Allah,Kurniakanlah Kepada Kami Kebaikan Di Dunia Dan Kebaikan Di Akhirat Serta Hindarilah Kami Dari Seksa Neraka.

  38. Wahaihamba-hamba ALLAH… Sesungguhnya ALLAH menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya.

  39. Maka Ingatlah Allah Yang Maha Agung Nescaya Dia Akan Mengingatimu Dan Bersyukurlah Di Atas Nikmat-nikmatnya Nescaya Dia Akan Menambahkan Lagi Nikmat Itu Kepadamu, dan Pohonlah Dari Kelebihannya, Nescaya Akan Diberikannya Kepadamu. Dan Sesungguhnya Mengingati Allah Itu Lebih Besar (Faedah Dan Kesannya) Dan (Ingatlah) Allah Mengetahui Apa Yang Kamu Kerjakan.

  40. أَقِيْمُوْا ألصَّلآَة.....Marilahdirikansolat…….. “Lurus Dan RapatkanSafAndaKeranaSaf Yang SamaTermasuk Di DalamKesempurnaanSolat.”

More Related