1 / 51

BAB 2 : AMALAN PENGURUSAN PEMBINAAN

BAB 2 : AMALAN PENGURUSAN PEMBINAAN. SUB TOPIK. 2.1 Sistem jawatankuasa 2.2 Struktur Pasukan Kerja 2.3 Maklumat Dalam Pengurusan Pembinaan 2.4 Perlaksanaan Kontrak 2.5 Maklumat Dalam Operasi Pembinaan 2.6 Maklumat Arahan Penguasa 2.7 Penyiapan dan Penyerahan Kerja.

lita
Download Presentation

BAB 2 : AMALAN PENGURUSAN PEMBINAAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 2 : AMALAN PENGURUSAN PEMBINAAN

  2. SUB TOPIK • 2.1 Sistemjawatankuasa • 2.2 StrukturPasukanKerja • 2.3 MaklumatDalamPengurusanPembinaan • 2.4 PerlaksanaanKontrak • 2.5 MaklumatDalamOperasiPembinaan • 2.6 MaklumatArahanPenguasa • 2.7 PenyiapandanPenyerahanKerja

  3. SISTEM JAWATANKUASA PENGURUSAN PEMBINAAN Jawatankuasa Projek Jawatankuasa Penyelaras Tapak Bina Jawatankuasa Penyelaras Kontraktor • Jawatankuasa projek pembinaan bermula daripada pelanggan hinggalah kepada pengurusan kecil untuk projek pembinaan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik • Jawatankuasa lantikan dari kontraktor yang berjaya dalam merebut tender kontrak pembinaan • Dibentuk oleh kontraktor utama dan dibantu oleh jawatankuasa projek induk JKR dan sub kontraktor • Jawatankuasa yang biasanya dibawah kelolaan kontraktor utama yang dilantik oleh kontraktor perunding. • Biasanya terdiri daripada sub kontraktor dan pekerja yang terlibat ditapak bina

  4. JAWATANKUASA PROJEK

  5. SISTEM JAWATANKUASA PENGURUSAN PEMBINAAN

  6. JAWATANKUASA PENYELARAS KONTRAKTOR

  7. STRUKTUR PASUKAN KERJA

  8. PROSES PENGURUSAN PEMBINAAN Skop pengurusan pembinaan secara umumnya merangkumi aktiviti diperingkat penawaranrekabentuk pembinaan sehinggalah penyerahan kepada pelanggan dan penutupan projek dimana peringkat aktiviti asas adalah seperti berikut : • Peringkat persediaan awal • Peringkat perancangan pembinaan • Peringkat perlaksanaan pembinaan • Peringkat pengujian dan pertauliahan • Peringkat produk dan serahan • Peringkat tanggungan kecacatan Selain itu proses ini juga boleh dikelaskan kepada 2 iaitu ; pra kontrak dan pos kontrak.

  9. i).Perkhidmatan Pra-Kontrak • Menyediakan dan menyemak anggaran awal termasuk butir-butir permulaan. • Menyedia dan menyemak Dokumen Meja Tawaran. • Menyedia dan menyemak Dokumen Tender. • Memanggil Tender. • Menilai, membuat laporan tender dan menghadiri Mesyuarat Tender. • Menyediakan cabutan butir-butir seperti yang ditawarkan (ATDA). • Menyedia, membincang dan menyerah/menghantar Surat Setujuterima Tender dan juga mengendalikan Majlis Menandatangani Surat Setujuterima Tender. 

  10. ii).Perkhidmatan Pos-Kontrak • Menyedia dan menyemak kontrak utama dan kecil. • Menyedia dan menyemak tawaran dan memanggil tawaran untuk kerja-kerja sub-kontrak (P.C. Sum). • Menyemak tuntutan bayaran kemajuan kontraktor, penilaian di tapak dan penyediaan Bayaran Kemajuan. • Menyemak segala tuntutan kontraktor, menyediakan APK dan Perakuan Muktamad. • Menghadiri Mesyuarat Tapak. • Menilai dan mengesyorkan keatas tuntutan "Loss and Extra Expense" yang dibuat oleh Kontraktor. • Memberi nasihat keatas bayaran Juruperunding. • Memberi nasihat kepada Pengarah JKR /Pegawai Penguasa mengenai masalah-masalah yang berkaitan dengan kontrak, termasuk kelewatan dan lanjutan masa, ganti rugi yang tertentu dan ditetapkan banyaknya, pemansuhan kontrak dan sebagainya. • Membantu dalam Timbangtara dan dakwaan Mahkamah.

  11. BEKALAN (perolehan yang bernilai >RM50,000, tetapitidak melebihi RM200,000) KERJA (perolehan yang bernilai RM20,000 tetapitidak melebihi RM200,000) PERKHIDMATAN (perolehan yang bernilai RM50,000 tetapitidak melebihi RM200,000) Sebutharga

  12. tender AM • Tender untuk kerja melebehi RM200,000 • Prosedur bergantung pada sumber pembiayaan . • contohnya bank dunia syarat pinjaman/peraturan mereka. • Had Nilai Memanggil Tender • Bagi sumber pembiayaan tempatan, • tidak melebihi RM10 juta hendaklah ditawarkan khusus kepada syarikat yang seratus peratus (100%) milik tempatan (warganegara);

  13. tender • Tender Terbuka • Biasa diamalkan oleh kerajaan dan badan berkanun. • Motif utama bagi mendapatkan harga yang munasabah dan bersaing. • Bilangan kontraktor ramai. • Menerusi iklan tawaran • Tender Terhad/ Terpilih • Terhad untukkontraktor Bumiputera sahaja atau kontraktor yang telah disenarai-pendek. • Bilangan kontraktor terhad. • Motif memilih kontraktor yang berkelayakan, berkualiti dan penjimatan kos dokumentasi tender.

  14. tender • Tender Perundingan • Klien menghantar surat kepada kontraktor yang terpilih (kontraktor wibawa) untuk membuat rangka belanjawan bagi projek dicadangkan. • Motif memberi peluang kepada kontraktor mendapatkan projek yang besar pada harga yang baik. • Tender Prakelayakan • Hanya untuk projek tertentu dan khas. • Pembinaan sukar dilakukan oleh kontartor biasa. • Syarat kelayakan : Memerlukan kepakaran kerja, modal pusingan besar dan penggunaan teknik yang moden dan terkini. • Notis tender akan diiklan dalam akhbar tempatan

  15. Syarat-syarat tender Penerimaan Tender • Semua tender akan dibuka oleh jawatankuasa pembukaan tender dan disenaraikan mengikut tender yang rendah. • Selepas analisa dan ulasan dibuat dan dimajukan kepada Lembaga Tender, surat akan dikeluarkan kepada kontraktor berjaya. • Surat perlu dikeluarkan sebelum tamat tempoh laku tender. • Tempoh Sah Tender ialah 90 hari. Menarik Diri • Setelah tender ditutup, tender kontraktor akan laku selama 90 hari, dan kontraktor tidak boleh menarik diri. • Kontraktor tidak boleh menarik diri dan akan dikenakan penalti jika engkar • Penalti – kesalahan pertama [ gantung lesen selama 2 tahun], kesalahan kedua [ gantung lesen selama 5 tahun] , kesalahan berikutnya [pendaftaran terbatal ]

  16. Syarat-syarat tender Tender Ditolak atau Gagal • harga tender terlalu tinggi atau terlalu rendah • projek semasa banyak dan melebihi had kewangan • rekod kerja dahulu kurang memuaskan • tidak mematuhi syarat-syarat tender • butir-butir tender tidak diisi dengan betul dan meragukan Tender Dipanggil Semula • harga yang ditender semuanya terlalu tinggi atau rendah atau jauh dari anggaan jabatan. • terdapat kesilapan dalam dokumen tender • tiada peruntukkan atau peruntukkan tidak mencukupi.

  17. MAKLUMAT DALAM PENGURUSAN PEMBINAAN Maklumat yang perludiketahuidalampengurusan pembinaanadalah : • DokumenTawaran • DokumenKontrak • LaporanLawatanTapak • PemilikanTapak • Kadar Harga • Kos Pengurusan (Over head) • Kadar Keuntungan • Program Pembinaan • SebutHarga • LaporanKepadaPengurusan

  18. DOK CERITO DARI TAK DI NI…. Siapakah penerima tender??? SAMA DOK NGAN…. Penerimaan Tender???

  19. DokumenTawaran • Merupakan dokumen yang disediakan oleh Juru Ukur Bahan untuk kegunaan pemborong atau kontraktor bagi meletakkan harga tawaran. • Dokumen tawaran akan dibeli oleh kontraktor apabila panggilan tawaran dibuat melalui papan kenyataan jabatan seperti JKR atau melalui akhbar.

  20. DokumenKontrak • Kontrak ialah satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk menerima tawaran dari satu pihak yang lain. • Tujuan kontrak adalah untuk menjalin perhubungan antara klien dan kontraktor dalam bentuk kenyataan yang jelas dan syarat serta dinyatakan had-hadnya. • Pada asasnya perjanjian kontrak perlu dibina pada prinsip –prinsip berikut :- • Tawaran • Penerimaan • Balasan • Niat • Persetujuan yang sah dari segi undang-undang • Ikatan kontrak boleh dilaksanakan • Tiada kecacatan bagi kedua-dua pihak

  21. Kandungan Dokumen Kontrak • Perkara-perkara Perjanjian (Borang Kontrak Setara) • Borang Tender • Surat Penerimaan Tender/ Surat Setuju Terima • Spesifikasi Kerja • Senarai Bahan • Lukisan Kerja • Lampiran • Borang Kedudukan Kewangan Kontraktor (pengesahan pihak bank) • Borang Latar Belakang Kontraktor

  22. Apakah dokumen tender dan apakah Dokumen Kontrak? Jelaskan definisi dan perbezaannya.

  23. LaporanLawatanTapak Tujuan Bagi memberi gambaran yang jelas kepada kontraktor mengenai keadaan muka bumi dan keadaan sekeliling yang mungkin mempengaruhi kerja binaan kelak. Kepentingan Kepada Kontraktor • Kontraktor dapat mengetahui keadaan sekeliling tapak cadangan projek beserta halangan yang perlu dilalui. • Sebagai langkah persediaan kontraktor bagi membuat pra-perancangan kerja. • Sebagai strategi kepada kontraktor untuk meneruskan pembelian dokumen tender dan sebagainya. • Mengetahui dengan jelas lokasi sebenar tapak cadangan. • Mengetahui bentuk jalan/ kemudahan/ acess sediada ke tapak cadangan. • Jika melibatkan kerja-kerja tanah ia membantu dari segi bentuk sokongan sementara, jenis tanah asal, sumber tanah import, dsb. • Sumber kesediaan pekerja tempatan, bahan binaan dan jentera binaan.

  24. PemilikanTapak Persediaan Kontraktor Sebelum Memulakan Kerja Sebelum kontraktor memulakan kerja, terdapat beberapa perkara yang perlu dikemukakan iaitu : • Menandatangani Surat Penerimaan Tawaran dan dipulangkan semula kepada klien. • Mengemukakan jaminan perlaksanaan (performance bond) dalam bentuk tunai/deposit perbendaharaan/gerenti bank sebanyak 5% daripada Harga Kontrak. • Polisi-polisi Insuran dengan nilai seperti yang dinyatakan dalam Surat Penerimaan Tawaran. • Maklumat/ butiran terperinci pekerja yang layak dikenakan caruman bagi PERKESO (Selepas mesyuarat pra-pembinaan 1) • Senarai pekerja dan jentera yang bakal digunakan bagi perlaksanaan kerja binaan. • Program Kerja Induk. • Carta Organisasi • Senarai skop tugas dalam struktur organisasi (kakitangan di tapak bina)

  25. Kadar Harga • Adalah satu set jualan kadar harga yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan (JKR Ukur bahan) untuk menyelaraskan kadar harga semasa bagi kerja-kerja pembinaan di Malaysia. • Jadual kadar harga ini sudah merangkumi peratus kenaikan harga, pembaziran, lokasi pembinaan dan sebagainya. • Kadar harha yang dikemukakan oleh kontraktor adalah berdasarkan kepada jadual kadar harga yang telah disertakan dalam dokuman tender berdasarkan lawatan tapak yang dilakukan oleh kontraktor

  26. Kos Pengurusan • Merupakan kos tidak langsung yang wujud dari kontrak pembinaan. • Merupakan kos yang perlu dikeluarkan oleh kontraktor walaupun tidak dinilaikan dalam kontrak. • Antara kos pengurusan adalah gaji pekerja pejabat, bil-bil, kos luar jangka, minyak kenderaan, road tax, tax pengurusan dsb. • Kos pengurusan perlu dikawal dengan baik agar tidak melampaui kerja-kerja pembinaan. • Pihak kontraktor biasanya memperolehi kos pengurusan daripada profit margin, mark-up kos peminaan dan keuntungan dari mengelakkan pembaziran.

  27. Kadar Keuntungan • Kadar keuntungan yang tinggi merupakan impian semua kontraktor. • Kadar keuntungan bagi kerja-kerja biasanya diperolehi daripada profit margin projek. • Pihak pelanggan atau majikan telah menetapkan sebahagian dari kos pembinaan kepada keuntungan kepada syarikat, tetapi pihak kontraktor perlu menguruskannya dengan baik bagi memperolehi keuntungan yang optimum. • Kadar keuntungan yang biasa diperolehi adalah antara 15% hingga 25%

  28. Program Pembinaan • Membuat keputusan tentang bagaimana dan bila kerja akan dijalankan disebut perancangan. • Seringkali terdapat kecenderungan diperingkat awal kerja pembinaan untuk mempercepatkan pengambilan buruh, loji dan bahan ke tapak bina. • Program pembinaan adalah dokumen yang penting dan harus dibincangkan dan dipersetujui oleh semua yang terlibat sebelum kerja dimulakan (pra-pembinaan) • Program ini dalakukan oleh pekerja yang berpengalamandalam kerja-kerja pembinaan untuk membuat perancangan yang sesuai. • Antara program pembinaan yang digunakan adalah program carta bar, lengkung ‘s’, CPM, Microsoft project dsb. • Untuk membolehkan sesuatu kemajuan selari dengan program pembinaan yang dirangcang, pengawasan yang baik diperlukan oleh Jurutera Tapak. • Program pembinaan mestilah merangkumi perancangan masa, kos, bahan, pekerja dan loji.

  29. SebutHarga • Merupakan jumlah kos yang ditaksirkan oleh kontraktor mengenai tender yang ditawarkan. • Taksiran yang dibuat oelh kontraktor ini adalah berdasarkan lawatan tapak yang dibuat • Sebut harga yang dinyatakan oleh kontraktor adalah berbeza bagi setiap kontraktor yang menawarkan sebut harga dalam tender projek. • Senarai nama kontraktor yang masuk tender akan disenaraikan mengikut susunan dari terendah sehinggalah kepada yang paling tinggi.

  30. LaporanKepadaPengurusan • Perlu dilakukan oleh pengurus tapak bina untuk melaporkan kemajuan kerja sebenar atau masalah yang melanda projek tersebut • Dikenali juga sebagai laporan kemajuan kerja dan dibentangkan kepada pengurusan ataupun wakil pelanggan semasa sesi mesyuarat tapak dilakukan. • Laporan ini penting bagi memastikan kelicinan perjalanan kerja-kerja pembinaan ataupun untuk membuat perubahan kerja bagi kerja-kerja yang terlewat atau pun perubahan kerja yang dirasakan perlu. • Dalam laporan kerja ini, rekod-rekod kemajuan kerja seperti foto, rekod tert pile, rekod test konkrit dan sebagainya di sertakan. Biasanya pihak JKA menyediakan buku harian tapak untuk merekodkan kerja-kerja pembinaan, cuaca, penerimaan bahan, ujian, pelawat dan sebagainya sebagai bukti laporan.

  31. MAKLUMAT DALAM PERLAKSANAAN KONTRAK Maklumat yang perludiketahuidalam Perlaksanaankontrakadalah : • SkopdanKuantitiKerja • PekerjaLangsung Dan PekerjaKontrak • JadualKeperluanBuruh

  32. SkopdanKuantitiKerja • Skop dan kuantiti kerja telah ditetapkan dalam dokumen kontrak dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak semasa perjanjian kontrak • Skop dan kuantiti kerja ini terkandung pada tajuk dan adenda yang dibekalkan. • Contoh skop dan kuantiti kerja adalah “Cadangan Membina Dan Menyiapkan 2 Blok 3 Tingkat Bangunan Sekolah dan 1 Blok kantin Di Sekolah Kebangsaan Teluk Jering, Tumpat, Kelantan. • Selain daripada cadangan projek yang boleh dijadikan had-had kerja pelan spesifikasi, lukisan piawai, adenda dan kontrak juga merupakan skop dan kuantiti bagi kerja kontraktor.

  33. PekerjaLangsungAtauKontrak • Pekerja atau buruh merupakan sumber penting dalam industri pembinaan. • Ia biasanya dikelaskan kepada buruh mahir dan separa mahir. Juga kepada pekerja langsung dan pekerja kontrak. • Pekerja langsung – bekerja dengan pihak kontraktor utama seperti pekerja dibahagian pengurusan ataupun pekerja mahir. • Pekerja kontrak – diambil bagi kerja-kerja khusus dan tidak diperlukan sepanjang masa di tapak bina seperti pekerja konkrit dan pekerja besi. • Penggunaan pekerja ini secara baik dapat menjimatkan kos pengurusan dan menambahkan kecekapan pekerja

  34. JadualKeperluanBuruh • Merupakan satu daripada kaedah kawalan masa kerja-kerja pembinaan. • Pengawalan ini penting bagi melicinkan kerja-kerja pembinaan. • Jadual ini disediakan oleh pengurus projek untuk keperluan pekerja kepada kerja-kerja yang akan dilaksanakan. • Jadual ini disediakan sebaik mungkin bagi memastikan kerja-kerja dapat dijalankan sebagaimana perancangan asal. • Contohnya Jadual perancangan kerja konkrit yang menetapkan masa, bilangan pekerja, lokasi dan sebagainya.

  35. MAKLUMAT DALAM operasipembinaan Maklumat yang perludiketahuidalamOperasi Pembinaanadalah : • BukuharianTapak • RekodKemajuanKerja • MesyuaratTapak • TuntutanKemajuanKerja • RekodPengukuranSemula

  36. MAKLUMAT arahanpenguasa 1. Peruntukkan Fasal JKR 203 • Fasal 13 Borang Kontrak Setara JKR 203 2. Jenis / Bentuk Arahan • Semua arahan dari P.P hendaklah secara bertulis. • 2 bentuk arahan yang berbeza dari P.P iaitu • Arahan berbentuk kesilapan pembinaan atau kerendahan mutu kerja atau bahan atau pembaikan kerja tidak mengikut spesifikasi. • Arahan yang mempunyai implikasi tuntutan kewangan samada tambahan atau potongan dan implikasi tuntutan lanjutan masa.

  37. MAKLUMAT arahanpenguasa •  Contoh Arahan Penguasa mengenai : • pindaan kerja • kesilapan di dalam atau di antara Dokumen Kontrak. • Mengeluarkan bahan/ barang yang dimasuk olek kontraktor keluar semula dari tapak dan menggantikan semula bahan/barang itu. • Meroboh dan/ atau bina semula kerja yang telah dilaksanakan. • Penukaran pekerja yang tidak kompeten. • Pembukaan kerja tertutup untuk pemeriksaan. • Meminda dan membaikki kecacatan • Sistem penyimpanan rekod yang baik oleh kontraktor perlu.

  38. MAKLUMAT arahanpenguasa 3.Obligasi Kontraktor • Arahan kontraktor hendaklah bertulis. • Arahan secara lisan hendaklah diterima tetapi mengesahkan dengan menulis kembali kepada P.P • Dalam tempoh 7 hari selepas arahan itu diterima dan tiada bantahan dari P.P maka arahan itu akan berkuat-kuasa dari tarikh akhir tempoh tersebut. Arahan ini akan perlu dipatuhi. • Kegagalan kontraktor akan diberikan surat tunjuk sebab dan tindakan seterusnya akan dikenakan.

  39. PENYIAPAN DAN PENYERAHAN KERJA Rekod Kerja Siap • Kontraktor perlu menyerahkan semua rekod-rekod kerja di tapak bagi semakan dan bagi pengesahan arahan perubahan kerja. • Pelarasan Pelarasan Jumlah Harga Kontrak (PPJHK) akan dikeluarkan setelah semua rekod-rekod kerja simpanan kontraktor dikemukakan. • Pastikan rekod kerja di tapak telah diperakukan oleh wakil P.P. • Jika dinyatakan dalam Kontrak berkenaan penyediaan ‘As-Build Drawing’ pastikan ia dibuat oleh Jurukur Tanah yang diperakukan dan perlu diserahkan kepada P.P.

  40. PENYIAPAN DAN PENYERAHAN KERJA Kerja Dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan • Ia merujuk kerja –kerja pembaikan selepas kerja-kerja secara praktikal siap dan berakhirnya tempoh pembinaan. • Satu pemeriksaan bersama di antara kontraktor, klien dan lain-lain pihak berkuasa tempatan akan dilakukan. Selepas pemeriksaan ini satu Jadual Kecacatan akan dikeluarkan yang menyenaraikan kerja-kerja yang memerlukan kepada pembaikkan semula. • Tempoh masa tanggungan kecacatan bergantung kepada Perjanjian Kontrak dan biasanya 6 atau 12 bulan. • Kos kerja-kerja pembaikan ditanggung sendiri oleh kontraktor.

  41. PENYIAPAN DAN PENYERAHAN KERJA Perakuan Kerja Siap • Perakuan Siap Kerja akan dikeluarkan apabila tempoh pembinaan berakhir dan kerja kontraktor siap secara praktikal. • Perakuan Siap Membaiki Kecacatan akan dikeluarkan apabila berakhirnya Tempoh Tanggungan Kecacatan dan kecacatan telah diperbaikki. • Pelepasan Wang Tahan / Jaminan Perlaksanaan akan dilepaskan secara berperingkat. • Bagi membolehkan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan oleh P.P kontraktor dikehendakki membuat suatu Perjanjian Siap Kerja yang ditandatangani dan diperakukan oleh Magistrate.

  42. PENYIAPAN DAN PENYERAHAN KERJA Lanjutan Masa 1.Peruntukkan Fasal Kontrak JKR 203 • Tempoh masa tertentu yang diberikan selepas tempoh masa siap kerja sebenar tamat. • Fasal 43, JKR 203 2. Rasional Lanjutan Masa • Bantuan dan kemudahan kepada kontraktor bagi meneruskan kerja walaupun tempoh masa sebenar telah tamat .

  43. PENYIAPAN DAN PENYERAHAN KERJA Lanjutan Masa 3. Alasan Lanjutan Masa • Sebab lanjutan masa sepertimana di dalam Fasal 43, JKR 203 ialah : • Force Majeure ( keadaan / kejadian tidak dapat dihindari) • Cuaca luar biasa • Arahan P.P yang melibatkan pindaan. • Lewat terima butiran atau arahan P.P • Pergaduhan umum atau mogok • Kelewatan kerja kontrak lain menghalang perlaksanaan Kontrak. • Kelambatan kerja Subkontraktor Dinamakan • Lewat terima tapak

  44. PENYIAPAN DAN PENYERAHAN KERJA Lanjutan Masa 4. Prosedur Mendapatkan Lanjutan Masa • Tentukan punca kelewatan dan senaraikan. • Dapatkan bukti sokongan seperti : • Arahan Tapak oleh P.P yang melibatkan perubahan kerja . • Buku Harian Tapak • Rekod cuaca sebenar dari Jabatan Kajicuaca. • Gambar foto. • Minit mesyuarat tapak berkaitan. • Rujuk Fasal Kontrak dan cari sebab-sebab yang bersesuaian. • Rujuk kes Undang-Undang. • Buat carta kelewatan kerja lengkap dengan julat masa kelewatan. • Buat carta perancangan aktiviti kerja dalam tempoh lanjutan masa. • Serta ‘cover note’ lanjutan polisi insuran.

More Related