1 / 59

JUALAN BARANG-BARANG

JUALAN BARANG-BARANG. Akta Jualan Barangan, 1957 dan Seksyen 5 (2) Akta Undang-undang Sivil, 1956. DEFINISI. Seksyen 4(1) Akta Jualan Barangan – penjual memindah milik atau bersetuju memindah milik terhadap barang kepada pembeli dengan balasan (harga)

Download Presentation

JUALAN BARANG-BARANG

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. JUALANBARANG-BARANG Akta Jualan Barangan, 1957 dan Seksyen 5 (2) Akta Undang-undang Sivil, 1956

  2. DEFINISI • Seksyen 4(1) Akta Jualan Barangan – penjual memindah milik atau bersetuju memindah milik terhadap barang kepada pembeli dengan balasan (harga) • Seksyen 4(3) Akta Jualan Barangan – jualan berlaku apabila hak milik ke atas barangan dipindahkan daripada penjual kepada pembeli tetapi “perjanjian untuk menjual” berlaku apabila hak milik ke atas barangan hanya akan berpindah pada suatu masa hadapan atau setelah sesuatu syarat dipenuhi

  3. Seksyen 4(4) Akta Jualan Barangan- “persetujuan untuk menjual” akan menjadi “jualan” apabila masa yang ditentukan telahpun luput atau syarat-syarat telahpun dipatuhi • Seksyen 9 Akta Jualan Barangan- harga boleh ditetapkan oleh kontrak itu sendiri atau boleh ditentukan mengikut cara yang dipersetujui oleh kontrak. • Seksyen 10 Akta Jualan Barangan- jika harga ditentukan oleh pihak ketiga, tetapi pihak ketiga gagal berbuat kemudian, kontrak jualan barang-barang akan menjadi tidak sah melainkan jika barangan itu telahpun diserahkan kepada pembeli

  4. Kontrak Jualan Barang-Kontrak lain • Barter (pertukaran barang) Kontrak J/B (melibatkan wang) • Kontrak sewaan- bukan harga barang, tapi nilai sewaan • Kontrak sewabeli- bermula dengan kontrak sewaan sehingga perjanjian (klausa) dipenuhi.

  5. Kontrak Jualan Barang-Kontrak lain • Kontrak upah- pembayaran upah sahaja. Jika melibatkan perkara lain (eg:bahan mentah)-kontrak lain • Cagaran-bukan kontrak J/B kerana barangan yang dicagar tidak dipindah milik. Wang yang dibayar ialah pembayaran semula wang yang digunakan.

  6. DEFINISI BARANG • Seksyen 2 Akta Jualan Barangan,”barang” ertinya setiap jenis harta alih selain daripada tuntutan boleh dakwa dan wang; dan termasuklah stok dan saham, tanaman yang hidup, rumput dan benda-benda yang bercantum kepada tanah atau membentuk sebahagian daripada tanah yang diakui keras sebelum jualan atau di bawah kontrak jualan

  7. cont’ • Harta alih-yg boleh di alih (point A-B) • Wang-sebagai balasan (pembeli kepada penjual)

  8. cont’ • Seksyen 6(1) Akta Jualan Barangan- barang-barang yang menjadi perkara pokok boleh merupakan sama ada barang-barang sedia ada, dimiliki oleh penjual, atau barang-barang hadapan. • Seksyen 2 Akta Jualan Barangan, sesuatu barangan itu akan menjadi “barang tertentu” setelah ia dikenalpastidan dipersetujui semasa kontrak jualan dibuat. Manakala “barang yang belum ditentukan” pula ialah barang yang dikenali dengan deskripsi sahaja.

  9. TERMA-TERMAKONTRAK JUALAN BARANG Dibahagi kepada 2 1.Syarat 2.waranti Seksyen 12(2) Akta Jualan Barangan Syarat adalah suatu janji yang penting kepada maksud utama kontrak. Jika syarat dilanggar, ia memberi hak kepada pihak yang terkilan untuk tolak kontrak tersebut.

  10. SAMBUNGAN……… • Seksyen 12(3) Akta Jualan Barangan • Waranti adalah suatu janji kolateral kepada maksud utama kontrak. • Pelanggaran waranti hanya memberi hak kepada pihak yang terkilan untuk tuntut ganti rugi tetapi tiada hak untuk tolak barang atau ia dianggap sebagai ditamatkan.

  11. SAMBUNGAN…. • Seksyen 13(1) Akta Jualan Barangan • Pihak yang terkilan boleh pilih untuk menganggap kemungkiran syarat sebagai suatu kemungkiran waranti. • Cth kes Tham Cheow Toh lwn Associated Metal Smelters(1971)

  12. TERMA-TERMA TERSIRAT • Hanya akan terpakai jika penjual dan pembeli tidak membuat terma nyata sebaliknya dalam kontrak mereka ataupun jika hal keadaan kontrak itu tidak menunjukkan suatu tujuan yang lain. • Terbahagi kepada 2 1. Syarat tersirat 2. Waranti tersirat

  13. SYARAT TERSIRAT MENGENAI HAK MILIK • Seksyen 14(a) Akta Jualan Barangan • Wujud apabila penjual mempunyai hak milik yang sah terhadap barang yang dijual dan dalam perjanjian untuk menjual. • Seorang penjual telah mempunyai hak milik ke atas barang yang dijual, dia dianggap sebagai telah melanggar syarat tersirat.

  14. SAMBUNGAN….. • Seksyen 12(2) Akta Jualan Barangan • Pelanggaran syarat ini memberi hak kepada pihak pembeli untuk menamatkan kontraknya. • Contoh kes Rowland lwn Divall (1923)

  15. SYARAT TERSIRAT MENGENAI JUALAN MENGIKUT PERIHAL / DESKRIPSI • Berlaku apabila pembeli tidak melihat barang sebenar dan sekadar bergantung kepada deskripsi yang diberikan oleh penjual. • Cth: buat pesanan melalui katalog • Seksyen 15 Akta Jualan Barang • Syarat tersirat wujud bahawa barang barangan sebenar yang dijual hendaklah bersamaan atau bertepatan dengan deskripsi yang diberikan.

  16. SAMBUNGAN…… • Seksyen 12(2) Akta Jualan Barangan • Kegagalan penjual untuk menyediakan barangan sebenar yang secocok dengan apa yang telah diperihalkan sama ada oleh penjual atau oleh pembeli ia memberi hak kepada pihak pembeli untuk menolak kontrak tersebut. • Cth kes Beale lwn Taylor (1967)

  17. SYARAT TERSIRAT MENGENAI MUTU ATAU KESUCIAN • Tanggungjawab seseorang untuk berhati-hati semasa membeli barang. • Seksyen 16(1) Akta Jualan Barangan • Prinsip caveat emptor menegaskan tidak wujud sebarang syarat atau waranti tersirat mengenai mutu atau kesucian bagi barang yang dibekalkan dibawah kontrak jualan.

  18. Pengecualian Kepada Prinsip Am Terdapat 2 pengecualian terhadap prinsip am iaitu:

  19. 1. Jika pembeli secara nyata atau tersirat memberitahu penjual maksud tertentu dia mengkehendaki barang itu, yang mana dia menunjukkan bahawa dia bergantung kepada kepakaran dan penghakiman penjual, dan barang itu adalah daripada jenis yang biasa dibekalkan penjual (sama ada dia adalah pengilang atau pengeluar atau tidak), maka wujudlah syarat tersirat bahawa barang itu hendaklah sesuai atau memenuhi maksud pembeli itu. Walau bagaimanapun, jika barang itu dijual mengikut paten atau jenama, syarat tersirat sedemikian tidak terpakai.

  20. Contoh Kes: • Griffith lwn Peter Conway Ltd (1939) ~ seorang wanita beli sepasang pakaian yang diperbuat daripada tweed. Tetapi wanita tersebut mempunyai alah terhadap tweed dan mengalami gatal kulit setelah memakai pakaian tersebut. ~ keputusan mahkamah, kerana keadaan alahan tidak diberitahu kepada penjual, dan bahan tersebut secara umumnya sesuai bagi orang ramai, tidak berlaku pelanggaran syarat tersirat mengenai kesesuaian maksud.

  21. Ashington Piggeries lwn Christopher Hill Ltd (1922). ~ penjual adalah seorang pembekal makanan binatang mink. Beliau tidak pernah menjual makanan binatang tersebut daripada jenama ‘X’. ~ mahkamah memutuskan, walaupun penjual tersebut tidak pernah menjual makanan binatang itu daripada jenama berkenaan, menjual makanan binatang adalah urusan biasa perniagaan beliau. Justeru, penjual termasuk dalam kategori ‘ jenis barangan yang dijual itu termasuk dalam perniagaan biasa penjual’.

  22. Baldry lwn Marshall (1925) ~ pembeli meminta pendapat penjual mengenai kereta yang sesuai digunakan untuk bersiar-siar. Penjual mencadangkan kereta daripada jenama Bugatti dan pembeli setuju untuk beli. Pembeli kemudiannya mendapati bahawa kereta tersebut tidak sesuai digunakan untuk bersiar-siar. ~ keputusan mahkamah, tindakan pembeli membeli kereta yang dijual mengikut jenama tidak bermakna pembeli tidak bergantung kepada kemahiran penjual dalam memilih kereta yang sesuai. Daripada bukti yang ada, pembeli menunjukkan kebergantungan kepada kemahiran penjual dalam membuat pilihan. Justeru, penjual didapati telah melanggar syarat tersirat mengenai kesesuaian maksud.

  23. Medicon Plastic Industries Sdn Bhd lwn Syarikat Cosa Sdn Bhd (1995). ~ plaintif beli mesin acuan dan pengawal suhu untuk membuat botol-botol plastik daripada defenden. Plaintif dakwa kedua-duanya tidak bersesuaian dengan tujuan ia dikehendaki tetapi defendan kata, oleh kerana barangan itu dijual mengikut paten atau jenama, bukan menjadi tanggungjawab penjual untuk memastikan barangan tersebut bersesuaian dengan kehendak pembeli. Plaintif juga tidak menunjukkan dia bergantung kepada kepakaran defendan ketika membuat pembelian.

  24. ~ keputusan mahkamah, bukti jelas menunjukkan bahawa plaintif bergantung kepada kepakaran defendan dan oleh itu, defendan mestilah memastikan barangan tersebut bersesuaian dengan tujuan yang dinyatakan. ~ mahkamah juga memutuskan bahawa situasi dalam kes ini berbeza dengan pembelian barang-barang berjenama popular yang dijual dengan meletakkan ia di atas rak-rak di kedai. Pengecualian di bawah Seksyen 16(1)(a) Akta Jualan Barangan terpakai ke atas barangan berjenama yang dijual dengan cara ini tetapi tidak dalam kes ini.

  25. 2. Jika pembeli membeli barangan secara deskripsi daripada penjual yang biasa menjual barangan itu (sama ada penjual adalah pengilang atau pengeluar ataupun tidak), wujud syarat tersirat bahawa barangan itu hendaklah mempunyai kualiti boleh dagang, kecuali jika pembeli telah memeriksa barangan tersebut, yang dalam keadaan sedemikian tidak terdapat syarat tersirat berkenaan dengan sebarang kekurangan yang boleh dilihat dengan pengamatan atau pemeriksaan itu.

  26. Contoh Kes: • Bristol Tramways lwn Fiat Motors Ltd (1910). ~ sesuatu barangan itu dikatakan mempunyai kualiti boleh dagang sekiranya barangan itu adalah sedemikian mutu dan dalam sedemikian keadaan hinggakan seseorang yang munasabah, bertindak secara munasabah akan, setelah memeriksa barangan itu, menerimanya sebagai memenuhi tawarannya untuk membeli. ~ ringkasnya, kualiti boleh dagang bermaksud sesuatu barangan itu haruslah memiliki kualiti atau kebaikan yang sesuai untuk didagangkan, iaitu tidak terdapat padanya sebarang kecacatan yang membuatnya tidak sesuai untuk dijual.

  27. Seng Hin lwn Arathoon Sons Ltd (1968). ~ mahkamah menyatakan, untuk menunjukkan bahawa sesuatu barangan itu tidak berkualiti boleh dagang seperti yang dimaksudkan oleh Seksyen 16(1)(b) Akta Jualan Barangan, mestilah dibuktikan bahawa barangan tersebut tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan yang lazimnya ia digunakan. ~ dalam kes ini, penjual telah menjual sepuluh tan tepung ubi kayu berjenama ‘Gold Medal’. Penjual tidak tahu tujuan tepung itu dibeli dan tidak dimaklumkan bahawa tepung itu akan dieksport ke German.

  28. ~ penjual telah menandakan karung-karung yang mengandungi tepung itu dengan tulisan Cina dalam dakwat merah. Dakwat ini telah meresap ke dalam karung menyebabkkan sebahagian tepung bertukar warna. Tiba di German, tepung itu diisytiharkan sebagai tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia. Penjual merayu atas keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya bayar ganti rugi kepada pembeli kerana gagal mematuhi syarat tersirat di bawah Seksyen 16(1)(b). ~ Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan memandangkan pihak pembeli gagal membuktikan bahawa tepung itu tidak berkualiti boleh dagang, kerana tepung itu masih boleh dijual sebagai kanji.

  29. Wilson lwn Ricket, Cockerall & Co Ltd (1954) ~ seorang wanita memesan minyak pembakar atas nama perniagaannya ‘coalite’. Barangan itu telah dikirimkan tetapi satu letupan telah berlaku di tempat pembakar api. ~ mahkamah putuskan bahawa kiriman barangan itu pada keseluruhannya tidak bermutu perniagaan, ia mempunyai kecatatan yang menjadikannya tidak layak untuk pembakaran. • Grant lwn Australian Knitting Mills Ltd (1936) ~ pembeli telah beli pakaian dalam yang mengandungi sulfat. Pembeli telah mengalami dermatitis kerana memakai pakaian dalam tersebut tanpa membasuhnya terlebih dahulu. ~ mahkamah putuskan, pakaian dalam tersebut tidak bermutu dagangan walaupun penjual mengatakan bahawa sulfat itu boleh hilang sekiranya pembeli mencucinya terlebih dahulu sebelum memakainya.

  30. Syarat tersirat bahawa barangan mestilah mempunyai kualiti boleh dagang tidak akan terpakai sekiranya pembeli telah memeriksa barangan tersebut terlebih dahulu dan terdapat kecacatan yang boleh dilihat dengan pandangan kasar, tetapi pembeli gagal melihatnya semasa pemeriksaan tersebut. • Walau bagaimanapun, sekiranya kecacatan yang terdapat pada barangan tersebut adalah kecacatan dalaman yang tidak akan kelihatan melalui pemeriksaan mata kasar, syarat tersirat mengenai kualiti boleh dagang akan terpakai semula. • Kesimpulannya, dalam kedua-dua pengecualian ini, sekiranya penjual gagal mematuhi syarat-syarat tersirat yang telah ditetapkan, mengikut Seksyen 12(2) Akta Jualan Barangan, pembeli berhak menamatkan kontrak tersebut,

  31. Syarat tersirat berkenaan jualan mengikut sampel • Jualan mengikut sampel adalah suatu jualan yang mana pembeli membeli berdasarkan sampel yang ditunjukkan oleh pihak penjual. • Mahkamah jelaskan…(kes: Drummond lwn Van Ingen, 1887) • Sampel adalah untuk memperlihatkan maksud • Niat sebenar penjual mengenai barang yang hendak dijual. • Ada ketikanya sukar bagi seseorang untuk menyatakan sesuatu melalui kata.

  32. Seksyen 17 (2) Akta Jualan Barang*syarat tersirat untuk jualan gunakan sampel… Keseluruhan barangan mestilah sama dengan sampel dari segi mutu; Pembeli mempunyai peluang yang munasabah utk mmbandingkan keseluruhan barangan dengan sampel sblm buat penerimaan; Barangn itu hendaklah terpelihara drpd sebarang kecacatan yg boleh mnjadikannya tidak bermutu dagangan, yg mana kecacatan tersebut tidak ketara semasa pemeriksaan munasabah ke atas sampel itu.

  33. Seksyen 12 (2) Akta Jualan Barang • Seksyen di atas memberikan hak kepada pihak pembeli untuk menamatkan atau menolak kontrak. • Contoh kes: • E & S Ruben Ltd lwn Faire Bros & Co Ltd (1949). • Godley lwn Perry (1960) • Polenghi Brothers lwn Dried Milk Co Ltd (1904)

  34. Seksyen 14 (b) Akta Jualan Barang*Waranti tersirat mengenai milikan aman barangan • Pembeli hendaklah mempunyai dan menikmati milikan aman terhadap barangan yang dibeli. • Pembeli berhak guna barangan tanpa sebarang gangguan drpd pihak pnjual, ejennya @ pihak ketiga. • Seksyen 12 (3) Akta Jualan Barang Kegagalan penjual mengikut waranti tersirat tidak memberi hak kpd pmbeli untuk menamatkan kontrak tetapi pembeli hanya boleh menuntut ganti rugi.

  35. Contoh kes: Microbeads A.G lwn Vinhurst Road Marking Ltd (1975) • Tanpa pengetahuan seorang penjual, dia telah menjual sejenis mesin kpd pembeli yg mana pihak ketiga sedang dlm proses mendapatkan hak paten ke atas mesin tersebut. • Pembeli mendakwa penjual • Penjual telah langgar syarat tersirat mengenai hak milik krn tidak mempunyai hak yg sah terhadap mesin tersebut.

  36. Contoh kes: Heng Long Motor Co lwn Osman bin Abdullah (1994) • Osman telah beli van drpd plaintif berharga RM 13,500 dan telah mendepositkan sebanyak RM 5,500. • Bakinya telah dibayar kepada syrkt kewangan atas dasar terma-terma sewa beli. • Pd Mei 1985, van telah dirampas oleh pihak Kastam krn dipercayai terlibat dalam satu penyiasatan kes. • Osman dan syrkt kewangan telah mendakwa plaintif atas kemungkiran waranti berdasarkan Seksyen 14 (b) Akta Jualan Barangan. • Mahkamah putuskan bahawa Osman dan Syarikat kewangan tersebut berhak dapat tuntutan ganti rugi. • Gangguan tidak semestinya drpd penjual, bahkan dr pihak ketiga juga.

  37. Seksyen 14 (c) Akta Jualan Barang*Waranti tersirat bahawa barangan bebas daripada sebarang gadaian @ bebanan • Penjual yg gagal memaklumkan kpd pembeli bahawa barangan yg hendak dijual itu tertakluk kpd mana-mana gadaian

  38. Contoh kes:Steinke lwn Edwards (1935) • C beli kereta dari B yg kemudiannya jual kpd D. Tanpa pengetahuan semua pihak, cukai jalan kereta tersebut belum diselesaikan oleh pemilik sebelumnya A. • Mahkamah memutuskan, berlaku pelanggaran waranti tersirat bahawa barangan adlh bebas drpd sbrg gadaian atau bebanan. • Maka,D berhak mendapatkan kembali sejumlah wang yg dibayar kpd pihak berkuasa drpd C. • C boleh menuntut drpd B dan B boleh menuntut drpd A.

  39. PEMINDAHAN HAK MILIK DALAM BARANGAN • Kontrak jualan berlaku untuk memastikan saat dan ketika hak milik barangan itu berpindah daripada penjual kepada pembeli. • Pemindahan hak milik adalah berbeza bagi barangan yang belum dikenal pasti dan barangan yang sudah dikenal pasti.

  40. Pemindahan Hak Milik Dalam Barangan Yang Belum Dikenal Pasti • Seksyen 18 Akta Jualan Barangan memperuntukkan kontrak jualan barangan yang belum dikenal pasti, hak milik dalam barangan itu tidak akan berpindah kepada pembeli kecuali barangan itu telah dikenal pasti. • Kes Re RC Goldcorp Exchange Ltd (1994), pembeli membeli jongkong emas daripada RC Goldcorp Exchange Ltd (RCG). RCG kemudiannya diishtiharkan bankrap dan pembeli menuntut jongkong-jongkong emas itu. Mahkamah memutuskan pembeli gagal dalam tuntutannya kerana jongkong-jongkong emas tersebut merupakan barangan yang belum dikenal pasti dan hak milik ke atas jongkong emas itu masih belum dipindah milik kepada pembeli.

  41. Pemindahan Hak Milik Dalam Barangan Yang Telah Dikenal Pasti • Seksyen 19 Akta Jualan Barangan, pemindahan hak milik berlaku pada masa yang dihasratkan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak. • Seksyen 20 Akta Jualan Barangan, jika kontrak itu adalah suatu kontrak jualan barangan yang telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan boleh dihantar serah, hak milik dalam barangan itu berpindah kepada pembeli semasa kontrak dibuat, tidak kira sama ada masa pembayaran harganya atau masa untuk penghantarserahan atau kedua-duanya ditangguh.

  42. Seksyen 2 Akta Jualan Barangan, pembeli adalah terikat untuk menerima penyerahan atau mengambil milikan di bawah kontrak jualan berkenaan. • Kes Underwood Ltd lwn Burgh Castle Brick and Cement Syndicate (1992), penjual menjual jentera seberat 30 tan yang melekat secara tetap di lantai kilangnya. Jentera itu rosak sewaktu kerja-kerja ini dilakukan. Mahkamah memutuskan, oleh kerana jentera itu telahpun rosak apabila tiba di tangan pembeli, jentera itu tidak berada dalam keadaan boleh hantar serah. Justeru, hak milik tidak berpindah kepada pembeli dan masih kekal pada penjual.

  43. Seksyen 21 Akta Jualan Barangan, hak milik dalam barangan itu tidak akan berpindah kecuali sesuatu itu dilakukan dan pembeli mengetahui tentangnya. • Kes Chop Why Joo Hak Lee lwn Official Assignee (1928-41), pihak apellan menjual 102 beg lada pada harga 99.25 sen sepikul dan ia telah disimpan di gudang X. X kemudiannya diishtiharkan bankrap dan hartanya termasuklah beg-beg lada milik apellan diambil oleh Official Assignee. Apellan menuntut beg-beg lada tersebut. Mahkamah memutuskan, memandangkan pemeriksaan kerajaan ke atas beg-beg lada belum dijalankan, hak milik tidak berpindah kepada pembeli. Justeru, apellan berhak mendapatkan kembali beg-beg lada berkenaan.

  44. Seksyen 22 Akta Jualan Barangan, jika kontrak jualan barangan telah dikenal pasti dan boleh dihantar serah, tetapi pihak penjual harus menimbang, menyukat, menguji atau melakukan perbuatan-perbuatan lain dalam menentukan harganya, hak milik dalam barangan itu tidak akan berpindah kecuali perbuatan-perbuatan itu telah dilakukan dan pembeli mengetahuinya.

  45. Pemindahan Hak Milik Dalam Barangan yang Dihantar Atas Persetujuan atau “Untuk Dijual atau dikembalikan • Seksyen 24(a) Akta Jualan Barangan, jika barangan dihantar serah kepada pembeli atas persetujuan atau “untuk dijual atau dikembalikan,” hak milik hanya akan berpindah kepada pembeli apabila pembeli menyatakan persetujuannya atau penerimaannya atau melakukan apa-apa tindakan yang menunjukkan penerimaannya.

  46. Kes Kirkham lwn Attenborough (1897), plaintif telah menyerahkan barangan kemas kepada X atas urusniaga “untuk dijual atau dikembalikan.” X, tidak menyatakan penerimaannya telah menggadaikan barangan tersebut kepada defendan. Mahkamah memutuskan bahawa perbuatan menggadaikan barangan kemas itu oleh X menunjukkan X bersetuju untuk membelinya. Justeru, hak milik berpindah kepada X dan kemudiannya berpindah kepada defendan. • Seksyen 24(b) Akta Jualan Barangan, hak milik akan berpindah kepada pembeli jika dia tidak menunjukkan persetujuan atau penerimaannya tetapi menyimpan barangan tersebut tanpa memberi sebarang notis penolakan, maka jika suatu masa telah ditetapkan bagi pemulangan barangan itu, atas keluputan masa itu dan jika tiada masa ditetapkan, atas luputnya masa yang munasabah.

  47. Kes Poole lwn Smith’s Car Sales (Balham) Ltd (1962), pada Ogos 1960, P, seorang jurujual kereta telah menjual sebuah kereta Vauxhall terpakai kepada Smith’s Car Sales (Balham) Ltd (SCSB) atas dasar “jual atau dikembalikan.” P menulis surat kepada SCSB menyatakan jika SCSB tidak menyatakan persetujuan untuk membeli atau mengembalikan kereta itu sehingga 10 November, SCSB dianggap membeli kereta tersebut dan kereta itu tidak dipulangkan sehingga hujung bulan itu. Mahkamah memutuskan SCSB dianggap membeli kereta tersebut dan hak milik kereta telah berpindah kepada SCSB sebab SCSB gagal memulangkan kereta tersebut pada masa yang ditetapkan.

  48. PEMINDAHAN RISIKO • Mengikut Seksyen 26 Akta Jualan Barangan, risiko terhadap barangan masih terletak pada penjual selagi hak milik barangan tersebut tidak berpindah kepada pembeli. • Apabila hak milik telah berpindah,risiko barangan tresebut akan berpindah kepada pembeli sama ada hantar serahan telah dihantar ataupun tidak. • Sekiranya serahan dihantar lewat disebabkan oleh salah laku penjual latau pembeli, maka risikonya terletak pada pihak yang melakukan salah laku tersebut dan pihak tersebut perlu menanggung kerugian oleh salah laku tersebut.

  49. PEMINDAHAN RISIKO • Sebagai contoh, A bersetuju membeli sebuah motorsikal terpakai daripada B pada harga RM2,000 yang mana A mengkehendaki B menggantikan kedua-dua tayar berkenaan dan B telah memberitahu si A setelah dia berbuat demikian. Kedua-dua pihak bersetuju hantar serahan dibuat pada hari selasa. Tetapi, pada hari rabu, motosikal masih belum dihantar serah kepada A.Sementara itu, bengkel B telah diceroboh pencuri dan motosikal A telah dibawa lari oleh pencuri tersebut. • Dalam kes ini, apabila tayar diganti dan A telah menberitahu mengenainya,hak milik dan risiko telah berpindah kepada kepada A berdasarkan Seksyen 21 Akta Jualan Barangan. Tetapi kecurian motosikal berpunca daripada B yang menhantar serah lewat kepada B. Maka, Seksyen 26 Akta Jualan Barangan, risiko dan kerugian ke atas motosikal ditanggung oleh B.

  50. PEMINDAHAN RISIKO • Dalam kes Demby Hamilton. Co Ltd lwn Barden(1949), penjual bersetuju menjual 30 tan jus epal yang mana hantar serahan dibuat pada setiap hujung minggu.Hantarserahan ini dijangkakan selesai pada Febuari 1946 tetapi hantar serahan telah ditangguhkan oleh pembeli pada Disember 1945.Penghantaran semula dilakukan oleh penjual pada Januari dan April 1946.Selepas itu pembeli tidak dapat menerima hantar serahan lagi sehinggalah Nov 1946 yang mana baki jus yang ada telah mengalami kerosakan. • Mahkamah memutuskan, kerugian yang dialami adalah berpunca daripada pihak pembeli yang mana mengarahkan penangguhan penghantaran serahan lewat.Justeru,risiko terletak pada pembeli dan perlu menanggung kerugian tersebut. • Dalam urus niaga”untuk dijual atau dikembalikan” risiko berada pada penjual sehinggalah hakmilik barangan tersebut berpindah kepada pembeli melainkan kerosakan atau kemusnahan barangan diusebabkan oleh pembeli itu sendiri.

More Related