1 / 38

Konsep Negara Islam Dan Hubungan Antarabangsa

Konsep Negara Islam Dan Hubungan Antarabangsa. PENDAHULUAN. Pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam perkara tuntutan Fardu Kifayah.

hachi
Download Presentation

Konsep Negara Islam Dan Hubungan Antarabangsa

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Konsep Negara Islam Dan Hubungan Antarabangsa

  2. PENDAHULUAN Pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam perkara tuntutan Fardu Kifayah. Kepentingan tentang pembentukan negara Islam ada kaitannya dengan perlaksanaan syariah, kerana syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa ada negara dan kedaulatan politik. Tuntutan perlaksanaan syari‘ah adalah wajib ke atas Muslim, maka mewujudkan negara Islam adalah suatu yang wajib.

  3. PENGENALAN Konsep Negara Mengikut Undang-Undang Perlembagaan dan Undang-Undang Antarabangsa, negara bolehlah di definisikan sebagai: "Satu kumpulan manusia yang tinggal tetap di suatu kawasan tertentu, mempunyai seorang pemerintahatau ketua dan mengandungi undang-undang dan peraturan yang mesti dipatuhi oleh rakyat serta kebebasan berpolitik."

  4. Dari definasi di atas antara rukun sebuah negara adalah: a) Satu bangsa yang tinggal tetap di satu tempat tertentu. b) Seorang ketua yang dilantik oleh meraka sebagi pemerintah. c) Undang-Undang yang menerangkan tentang peraturan pemerintahan. d)Kebebasan berpolitik di kalangan rakyat.

  5. Islam sendiri menyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kewajipan dan hak yang wajib ditunaikan oleh pemerintah dan rakyat. Oleh yang demikian jelaslah bahawa Islam tidak memisahkan antara agama dan negara. Berdasarkan inilah umat Islam pada zaman yang pertama di zaman Rasulullah telah mendirikan negara dan menjalankan pemerintahan mengikut Syariat Allah. Maka tertubuhlah sebuah Negara Islam yang pertama di Madinah.

  6. Negara yang telah didirikan wajib menjalankan pemerintahan dan perundangan yang berlandaskan Syariat Islam dan akan dipatuhi oleh kesemua rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. Sehubungan dengan itu maka perlantikan seorang pemerintah atau ketua negara adalah satu kewajipan bagi rakyat.

  7. SUMBER AUTORITI PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM Keperluan Ketua Negara Islam adalah suatu yang tidak dapat dinafikan. Mawardi ada menjelaskan tentang ini katanya, “ Ketua Negara (Imamah) digelar sebagai Kahlifah Rasulullah dalam urusan agama dan urusan dunia, pemilihan orang yang akan menjalankan tugas ini adalaah wajib mengikut ijmak kecuali pendapat Asam”(20)m/s 18. Ibn Hazm berkata bahawa sepakat di kalangan semua ulama ahl- Sunnah, Murjiah, Syiah dan Khawarij tentang wajib diadakan pemimpin negara.

  8. Umat wajib mematuhi imam yang adil yang berupaya menegakkan hukum-hukum Allah dan memerintah berdasarkan hukum-hukum syara’ yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Qur’an. Sunnah menegaskan tentang wajib kepada pemilihan ketua negara, antaranya firman Allah s.w.t. bermaksud: “Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul serta pemimpin-pemimpin urusan kamu, demikian juga hadith-hadith sahih banyak yang memerintah supaya taat kepada ketua negara dan wajib memilih ketua negara.

  9. SYARAT KELAYAKAN KETUA NEGARA ISLAM • Ketua Negara Islam dipanggil dengan berbagai gelaran seperti Khalifah Amir al-Mu’minin dan Imam. • Para ulama ada menentukan beberapa syarat untuk melayakkan seseorang memegang jawatan ketua negara. • Syarat-syarat itu ada yang disepakati oleh mereka dan ada pula syarat yang mereka tidak sepakati pendapat. • Antara syarat-syarat tersebut ialah: a) Keupayaan jasmani; seseorang itu mestilah sempurna pancaindera dan selamat anggota badannya, tidak ada sebarang kecacatan yang boleh menghalang tugasnya sebagai ketua negara.

  10. b) Kelayakan undang-undang sempurna iaitu seseorang memenuhi syarat-syarat berikut: i)Seseorang Islam; kerana tugas utama ketua negara ialah untuk melaksanakan syariat. Tugas ini hanya dapat dilakukan oleh ketua negara Muslim. ii)Merdeka; iaitu dia bukannya hamba, kerana hamba tidak mempunyai kelayakan undang-undang. iii)Seorang lelaki; Ijmak ulama berpendapat bahawa jawatan khalifah hanya sah dipegang oleh lelaki, kerana jawatan ini disegi beban tugasnya tidak sesuai dengan keadaan kaum wanita. iv)Cukup umur; iaitu dia seorang Mukallaf yang terikat dengan kewajipan hukum syara’ (taklif), bukannya kanak-kanak yang tidak terikat dengan kewajipan hukum syara’.

  11. c) Kelayakan ilmiah; iaitu kelayakan dalam bidang ilmu yang sampai ke tahapmampu berijtihad. d) Adil; iaitu seorang yang tinggi budi pekerti dan akhlaknya yang merangkumi ciri-ciri taqwa dan wara’. e) Menguasai ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran. f) Keturunan Quraisy; Syarat ini diterima secara ijma’ oleh jumhur ulama. Seseorang yang dipilih untuk menjadi ketua negara mestilah dari keturunan Quraisy, kerana syarat ini telah disetujui secara ijma’ oleh sahabat dalam pemilihan Abu Bakar sebagai Khalifah di Saqifah.

  12. Walau bagaimanapun, syarat tentang keturunan Quraisy telah diperbahaskan disebabkan oleh penentangan daripada golongan Khawarij. • Manakala syarat kelayakan ilmu sampai ke tahap ijtihad juga diperbahaskan. Syarat ini dirasakan tidak mudah untuk dicapai. • Terdapat di kalangan ulama yang berpendapat seorang ketua negara tidak semestinya mampu berijtihad tetapi hendaklah dibantu oleh seorang yang mempunyai kelayakan ilmu sampai ke tahap ijtihad untuk menyelesaikan keperluan dan perlaksanaan hukum Allah.

  13. KERAKYATAN NEGARA ISLAM • Kerakyatan negara Islam diasaskan di atas dua asas: i)kepercayaan agama. ii)ikatan perjanjian kemasyarakatan di mana seseorang itu berada. • Kerakyatan bagi Muslim ialah kerana kepercayaan agama dan bagi bukan Muslim kerakyatannya melalui ikatan perjanjian kemasyarakatan yang dipanggil “Aqd al-Dhimmah”. • Dengan perjanjian ini mereka menjadi rakyat negara Islam seperti Muslim yang mendapat hak dan menanggung tanggungjawab.

  14. Adapun golongan bukan Islam yang datang ke negara Islam untuk mendapat perlindungan maka mereka diletakkan di bawah perjanjian khas yang dipanggil “Adq al-Musta’min”. Dengan perjanjian ini mereka diberi perlindungan dan mereka hidup mengikut ajaran agamanya. Golongan bukan Islam yang mendapat taraf kerakyatan diberi kebebasan bersuara dan memberi pendapat, bebas beragama, boleh melakukan ibadat di rumah mereka dan menghayati syiar agamanya.

  15. PRINSIP-PRINSIP NEGARA ISLAM • Prinsip Syura • Asas kepada prinsip syura ini ialah firman Allah s.w.t. Maksudnya: “Bermesyuaratlah dengan mereka dalam satu-satu urusan” dan firmanNya yang bermaksud, “Dan urusan mereka hendaklah bermesyuarat di antara mereka” . • Ayat-ayat ini memerintahkan supaya bermesyuarat dalam perkara yang melibatkan urusan orang-orang Muslim.

  16. Prinsip Keadilan (Justice) Keadilan yang dimaksudkan di sini,ialah keadilan mutlak yang digariskan oleh Islam yang mengatasi segala kepentingan peribadi,keluarga,kelompok dan sebagainya,sekalipun terhadap musuh dan terhadap golongan non-muslim. Allah berfirman maksudnya,”Apabila kamu memberi saksi hendaklah dengan adil sekalipun hal itu mengenai keluarga.Janji Tuhan hendaklah kamu patuhi. Itulah yang dipertingkatkan kepada kamu,mudah-mudahan kamu ingat”.

  17. Rasullah s.a.w. bersabda maksudnya,”Siapa yang menyakiti Dhimmi akulah musuhnya”. Maka prinsip keadilan ini menjadi asas dalam amalan pemerintahan Islam yang melibatkan seluruh golongan dalam masyarakat. Kebebasan Prinsip kebebasan juga menjadi asas amalan dalam pemerintahan Islam. Kebebasan itu diberikan kepada rakyat yang tunduk dibawah pemerintahan Islam sama ada dari golongan Muslim atau bukan Muslim. Oleh sebab manusia diberi hak kebebasan memilih maka hal ini perlu diberikan kepada semua individu.

  18. Islam memberi kebebasan beragama, kebebasan dalam memiliki harta, kebebasan bergerak dan berpindah. Kebebasan bercakap dan memberi pendapat hendaklah dalam ruang yang tidak mencabuli kepentingan undang-undang syara’ dan ketenteraman kehidupan masyarakat yang menjadi asas kepada undang-undang negara. Kalau pendapat itu tidak lagi diberi peluang,kerana itu akan menjejaskan autoriti dan masyarakat Islam. Kebebasan itu adalah dengan falsafah negara, sistem politik dan perundangannya. Lantaran itu mereka yang murtad dalam negara Islam dianggap sebagai pengkhianat .

  19. Persamaan Prinsip persamaan ini ialah setiap kaum adalah sama sebagai rakyat di antara satu sama lain dalam hak,kebebasan dan tanggungjawab di hadapan undang-undang. Islam dalam melaksanakan prinsip ini secara umumnya berlaku dalam kehidupan rakyat negara Islam tetapi dalam beberapa hal ada perbezaaannya di antara rakyat yang mendokong negara dan rakyat yang tidak mendokong ideologi negara tetapi patuh kepada pimpinan negara.

  20. Prinsip equality ini diterima oleh Islam dalam konteks penyelarasan dalam perhubungan manusia secara umum. Allah berfirman maksudnya, “Hai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu dari golongan lelaki dan perempuan. Kami jadikan kamu dari berbagai bangsa dan suku kaum,supaya kamu dari berkenalan,sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu disisi Tuhan ialah bertaqwa”. Manusia tidak ada bezanya di antara satu dengan yang lain dalam penilaian Allah di segi keturunan,warna kulit,bahasa dan kebudayaan,tapi perbezaan itu terletak kepada ketaqwaannya.

  21. MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM Berdasarkan kepada pandangan Muhamad Abu Zahrah yang meletakkan cirri negara Islam berasaskan kepada majoriti penduduk Muslim dan keamanan, maka Malaysia juga merupakan sebuah negara Islam bukan sahaja dilihat di segi pendudukan majoriti Muslim dan keamanan, tetapi juga dilihat daripada pengalaman sejarah, kedudukan undang-undangnya serta pemimpin negara Muslim.

  22. HUBUNGAN ANTARABANGSA Hubungan antarabangsa bermaksud hubungan sesuatu negara dengan negara lain dari segi politik, ekonomi dan sosial Hubungan ini berkait rapat dengan dasar luar sesebuah negara Dasar luar digubal untuk memelihara kepentingan negara

  23. DASAR LUAR MALAYSIA • Dasar luar Malaysia boleh dibahagikan kepada dua tempoh, iaitu: • Tahun 1957 – 1969 • Pro barat • Menyokong Komanwel • Anti Komunis • Tahun 1969 – kini • Berkecuali • Regionalisme

  24. TAHUN 1957 - 1969 Malaysia merupakan ahli Komenwel sejak 1957 dan mempunyai perjanjian pertahanan dengan United Kingdom Ini kerana Malaysia menghadapi darurat dan Konfrontasi Indonesia pada ketika itu dan memerlukan bantuan ketenteraan Oleh itu, Malaysia berpegang teguh pada dasar luar pro-barat ketika itu

  25. TAHUN 1957 - 1969 Malaysia juga mengamalkan dasar luar anti-komunis kerana menghadapi ancaman komunis Selain itu, Malaysia turut giat menentang dasar aparteid yang menyaksikan Afrika Selatan meninggalkan Komanwel pada tahun 1961

  26. TAHUN 1957 - 1969 Malaysia merupakan ahli perintis Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967 dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1969, yang mana Tunku menjadi Setiausaha Agung pertama OIC pada tahun 1971.

  27. TAHUN 1969 - KINI Pimpinan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn menyaksikan Malaysia mengalihkan dasarnya ke arah pendirian berkecuali. Tahun 1971, ASEAN mengeluarkan Deklarasi Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (Zone of Peace, Freedom and Neutrality, ZOPFAN) yang berfahamanan berkecuali dan anti-nuklear

  28. TAHUN 1969 - KINI Pada tahun 1974, Malaysia mengiktiraf Republik Rakyat China, sebuah negara komunis Dasar ini diteruskan oleh Tun Mahathir bin Mohamad yang mengetengahkan dasar regionalisme dan pro-Selatan Kini, Malaysia memandang kerjasama serantau sebagai asas dasar luarnya

  29. PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM ORGANISASI ANTARABANGSA • Malaysia turut mengganggotai organisasi antarabangsa seperti: • Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) • Persatuan Negara-negara Asia Tenggara(ASEAN) • Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) • Komanwel • Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

  30. PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) • Matlamat PBB mengikut piagam PBB adalah: • mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat • menegaskan hak asasi manusia yang utama • menjamin rasa hormat terhadap undang-undang antarabangsa • memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia

  31. PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) • PBB dibahagikan kepada enam elemen utama: • Perhimpunan Agung • Majlis Keselamatan • Majlis Ekonomi dan Sosial • Majlis Peramanahan • Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) • Sekretariat • Malaysia pernah menjadi anggota Majlis Keselamatan

  32. PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA(ASEAN) • ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 oleh Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand • Penyertaan Malaysia dalam ASEAN adalah untuk menjalin hubungan dengan Indonesia agar dapat menyelesaikan perbalahan politik antara dua negara • Sidang Kemuncak Kedua ASEAN diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1977

  33. PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA(ASEAN) • Matlamat penubuhan ASEAN: • Mempercepat pertumbuham ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya serantau • Memupuk keamanan dan kestabilan serantau • Memupuk kerjasama serantau • Persidangan Menteri-menteri luar ASEAN pada 1971 telah meluluskan Deklarasi Kuala Lumpur yang menetapkan bahawa rantau Asia Tenggara dijadikan sebuah zon yang aman dan mengamalkan dasar berkecuali

  34. PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC) • OIC merupakan satu organisasi antarabangsa di kalangan negara-negara Islam • OIC ditubuhkan pada 25 September 1969 di Rabat, Maghribi di mana Malaysia merupakan ahli perintis • Matlamat utama OIC adalah untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam dari segi kerjasama sosial, ekonomi, budaya dan saintifik

  35. PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC) Tunku Abdul Rahman merupakan Setiausaha Agung OIC yang pertama (1971 - 1973) Persidangan kesepuluh OIC diadakan pada 2003 di Putrajaya

  36. KOMANWEL • Ditubuhkan pada tahun 1931 • Anggotanya terdiri daripada negara-negara yang pernah dijajah oleh Britain • Tujuan penubuhan Komanwel: • Mengeratkan perpaduan negara anggota • Membentuk kerjasama antara negara anggota • Manjaga kebajikan negara-negara ahli • Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara-negara anggota

  37. KOMANWEL • Peranan Malaysia dalam Komanwel: • Menentang dasar Apartheid di Afrika Selatan • Menyokong sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan • Manganjurkan CHOGM di Kuala Lumpur yang membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dengan mengeluarkan Deklarasi Langkawi

  38. Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) • NAM ditubuhkan pada 6 September 1961 • NAM terbentuk hasil daripada perang dingin (cold war) • Sidang Kemuncak NAM ke-13 diadakan di Kuala Lumpur pada 20-25 Februari 2003 • Tujuan penubuhan NAM: • Memupuk kerjasama negara anggota • Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan isu-isu semasa • Memperjuangkan hak negara-negara membangun • Meningkatkan kesepakatan di kalangan anggota melalui rundingan

More Related