1 / 18

سيستم توليسن جاوي

سيستم توليسن جاوي. ﭬرتموان برسمو ک ڤ . ج . ج يڠ ﭬرتام ا دي يسران عبدالعزيز. 'Saya jatuh cinta seni tulisan Jawi' – BH 29/6/08. Prof. Dr. Kang Kyoung Seok. EJAAN TRADISI.

emilia
Download Presentation

سيستم توليسن جاوي

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. سيستم توليسن جاوي ﭬرتموان برسموک ڤ.ج.ج يڠ ﭬرتام ادي يسران عبدالعزيز

  2. 'Saya jatuh cinta seni tulisan Jawi' – BH 29/6/08 Adi Yasran BBM3402

  3. Prof. Dr. Kang Kyoung Seok Adi Yasran BBM3402

  4. EJAAN TRADISI • Ejaan yang menggunakan sistem baris sekurang-kurangnya pada satu suku kata yang sepatutnya dilambangkan dengan huruf vokal tetapi tidak termasuk dalam jenis ejaan Lazim atau Mengikut Hukum (sila lihat contoh berikut). Adi Yasran BBM3402

  5. EJAAN TRADISI Adi Yasran BBM3402

  6. EJAAN LAZIM • Ejaan Lazim ialah ejaan yang menggunakan sistem vokal kecuali: • Bunyi e pepet di tengah kata seperti ‘telah’ (تله). • Bunyi a dalam suku kata KVK kecuali apabila berlaku homograf seperti lentik (لنتيق) - lantik (لانتيق) • Bunyi a dalam kata satu suku kata yang bermula dengan wau seperti ‘wang’ (واڠ) dan kata ‘dan’ (دان). Adi Yasran BBM3402

  7. EJAAN MENGIKUT HUKUM • Darlung • Luar Darlung • Ka dan Ga • Ra-ma • Ha dan Aha • Lampau Hukum Adi Yasran BBM3402

  8. HUKUM DARLUNG • Ejaan Jawi mengikut hukum darlung berlaku apabila memenuhi syarat berikut: • Kata Melayu jati dan kata serapan selain Arab/Parsi • Suku kata akhir dan praakhir adalah suku kata terbuka yang diakhiri dengan vokal /a/. • Suku kata akhir dimulai dengan salah satu huruf darlung, iaitu dal, ra, lam, wau, dan nga. • Mengikut hukum ini huruf alif hendaklah ditambah di akhir kata, kecuali pada ejaan Jawi tradisi seperti ada, tiada, pada, kepada, dan daripada. Adi Yasran BBM3402

  9. HUKUM LUAR DARLUNG • Hukum luar darlung adalah berdasarkan syarat yang sama seperti hukum darlung, kecuali suku kata akhirnya dimulai dengan salah satu huruf selain daripada huruf dal, ra, lam, wau, dan nga. • Mengikut hukum ini, huruf alif tidak diletakkan pada akhir kata kecuali jika berlaku homograf atau untuk mengelakkan berlaku kekeliruan seperti puas (ﭬواس) - puasa (ﭬواسا). • Contoh hukum luar darlung: daya (داي), hama (هام), jata (جات), kaca (كاچ), kana (كان), masa (ماس). Adi Yasran BBM3402

  10. HUKUM KA DAN GA • Hukum ka dan ga ialah hukum yang melibatkan kata yang berakhir dengan bunyi /ka/ atau /ga/ dalam bahasa Melayu jati. Huruf kaf dan ga pada akhir kata tersebut tidak diberi lambang alif seperti suka (سوک), duga (دوگ) • Kaedah ejaan ini tidak termasuk kekecualian disebabkan ejaan yang menimbulkan kekeliruan seperti ketiadaan huruf vokal pada suku kata praakhir, misalnya teka (تكا), lega (لڬا), dan sega (سڬا) (licin berkilat), masalah homograf seperti beg (بيگ) - bega (بيڬا), bek (بيک) - beka (بيكا), kata serapan seperti giga yang dieja ڬيڬا, akronim seperti tabika yang dieja تابيكا dan kata nama khas seperti Afrika yang dieja افريكا. Adi Yasran BBM3402

  11. HUKUM RA (را) MA (ما) • Hukum ini juga digunakan bagi perkataan yang berakhirkan suku kata terbuka ra yang diikuti oleh ma. Kedua-dua suku kata tersebut menerima huruf alif. •  Contoh: Asrama (اسراما), irama (ايراما), rama-rama (راما۲), panorama (ﭬانوراما), drama (دراما), gimrama (ڬيمراما), diorama (ديوراما). Adi Yasran BBM3402

  12. HUKUM KATA DASAR LEBIH DUA SUKU KATA • Bunyi vokal [a] di suku kata pertama terbuka pada kata dasar tiga suku kata atau lebih (bagi kata Melayu jati) biasanya tidak ditulis dengan huruf alif. • Contoh: Harimau (هريماو), haloba (هلوبا), halilintar (هليلينتر), haruan (هروان), halaman (هلامن), habuan (هبوان), haluan (هلوان) – dijelaskan sebagai hukum ha dalam modul, Baharu (بهارو), Bahagi (بهاڬي), Cahaya (چهاي), Bahasa (بهاس), Bahaya (بهاي), Dahaga (دهاگ) – dijelaskan sebagai hukum aha dalam modul, dahulu (دهولو), paduka (ﭬدوک). Adi Yasran BBM3402

  13. LAMPAU HUKUM • Selain daripada lima hukum di atas, ada sesetengah perkataan yang dieja terkeluar dari hukum-hukum tersebut. • Oleh itu, perkataan yang terkeluar daripada lima hukum di atas dikategorikan sebagai lampau hukum. • Lampau hukum ini termasuklah paha (ڤها), maha (مها), mama (ماما) yang termasuk dalam lampau hukum luar darlung. Adi Yasran BBM3402

  14. Ralat dalam Modul Halaman 15: “Bentuk تتكال (tatkala) ini...semestinya berkembang sehingga sampai kepada تتكالا” . diubah kepada: “Bentuk تتكال (tatkala) ini telah berkembang menjadi تتكالا dalam ejaan sekarang”. Adi Yasran BBM3402

  15. Ralat dalam Modul Halaman 33: “Huruf Jawi yang diambil daripada huruf Arab itu pada mulanya mempunyai 30 abjad termasuk huruf ta marbutah (ة). ...Dengan yang demikian huruf Jawi kini berjumlah 36 huruf.” diubah kepada: “Huruf Jawi yang diambil daripada huruf Arab itu pada mulanya mempunyai 31 abjad termasuk huruf ta marbutah (ة), hamzah (ء), dan alif maqsurah atau ye (ى), tetapi tidak termasuk lam alif (لا). ...Dengan yang demikian huruf Jawi kini berjumlah 37 huruf.” Adi Yasran BBM3402

  16. Ralat dalam Modul Hal. Perkataan Perubahan 46 Beta Demikian 61 Wahyu Talu 64 Pola u + i Pola u + u 67 Gu Gol 70 Seru Serbu 74 Panaroma Panorama 75 Habuan (Dimasukkan ke dlm. senarai pertama) 75 Haluan (Dimasukkan ke dlm. senarai pertama) 76 Dirgahayu (Dipadamkan) Adi Yasran BBM3402

  17. KESIMPULAN • Nota kuliah pertemuan bersemuka pertama dan peperiksaan pertengahan semester merangkumi unit 1 hingga 3 dalam modul BBM3402. • Jika terdapat percanggahan antara modul BBM3402 dengan nota/tugasan terkini yang disediakan pensyarah, sila gunakan nota/tugasan terkini. • Semoga pelajar yang belajar bersungguh-sungguh dan jujur dengan ilmu akan berjaya. • Nota dalam talian boleh dicapai VOD UPMET. Adi Yasran BBM3402

  18. والله اعلم سكيان، تريما كاسيه

More Related