1 / 14

ISLB 113 ISLAMIC STUDIES (SYARIAH ISLAMIYYAH)

ISLB 113 ISLAMIC STUDIES (SYARIAH ISLAMIYYAH). SYARIAH ISLAMIYYAH. 1.0 DEFINISI Bahasa Syariah adalah berasal daripada kata nama / root word (shara'a) yang memberi makna: jalan lurus yang membawa manusia kepada kebaikan.

brand
Download Presentation

ISLB 113 ISLAMIC STUDIES (SYARIAH ISLAMIYYAH)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ISLB 113 ISLAMIC STUDIES (SYARIAH ISLAMIYYAH) aziz@uniten

  2. SYARIAH ISLAMIYYAH 1.0 DEFINISI Bahasa Syariah adalah berasal daripada kata nama / root word (shara'a) yang memberi makna: jalan lurus yang membawa manusia kepada kebaikan. punca/sumber air mengalir yang menjadi tempat tumpuan kepada semua hidupan Istilah Syariah adalah segala perkara yang digariskan oleh Allah kepada hambaNya merangkumi seluruh hukum-hakam yang pelbagai sama ada dalam bentuk praktikal ataupun kepercayaan bagi memastikan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat ( aqidah, ibadat, perundangan, akhlak, muamalat dan sistem kehidupan seluruhnya ). aziz@uniten

  3. SYARIAH ISLAMIYYAH 1.1SYARIAH / AL-DEEN / AL-MILLAH Syariah Hukum-hakam ini dinamakan al-syariah berdasarkan kepada komitmen / istiqamah serta ketelusan terhadap kebenaran dan kebahagian bagi kehidupan sejagat. Al-Deen / Al-Millah Berdasarkan kepada ketundukkan dan pengabdian kehidupan sejagat di atas muka bumi ini hanya kepada kekuasaan Allah semata-mata. Manakala perkataan Islam pula membawa maksud ketundukkan dan kepatuhan yang mutlak kepada segala perintah dan suruhan Allah semata-mata. aziz@uniten

  4. SYARIAH ISLAMIYYAH 1.2 SYARIAH ISLAMIYYAH ISTILAH Maka pengertian Syariah Islamiyyah pada istilah ialah : " Segala hukum-hakam yang disyarakkan Allah ke atas hambaNya yang terkandung di dalam Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w." Perbezaan Syariah dengan Kanun Terdapat perbezaan dari sudut pengertian dan kandungan perkataan Syariat dan perkataan Kanun yang digunakan dewasa kini. aziz@uniten

  5. SYARIAH ISLAMIYYAH 1.3 Perbezaan Syariah dengan Kanun Walaubagaimanapun para ulama Islam kini telah menjadikan istilah kanun bagi menggantikan perkataan Syariat (kanun samawi dan kanun wadh'ie) kerana bertujuan untuk memudahkan pemahaman di kalangan masyarakat umum. Sedangkan perkataan syariat mempunyai makna yang lebih luas daripada kanun. Ini adalah kerana perkataan kanun itu sendiri adalah perkataan yang berasal daripada latin - canon yang memberi erti "sekumpulan kaedah / asas-asas / dasar dan sistem yang digubal oleh cerdik pandai sesuatu masyarakat guna untuk menyusun sistem kemasyarakatan, ekonomi dan sosial sejajar dengan tuntutan dan keperluan mereka." aziz@uniten

  6. SYARIAH ISLAMIYYAH 1.3 Perbezaan Syariah dengan Kanun Oleh yang demikian kita dapati bahawa fokus kanun hanyalah  Dalam perkara yang melibatkan zahir semata-mata.  Terdapat perbezaan antara individu masyarakat / antara satu negara dengan negara yang lain.  Tidak membicarakan soal aqidah dan kepercayaan yang merupakan fitrah manusia.  Mengenepikan sistem nilai / akhlak dalam kehidupan manusia. aziz@uniten

  7. SYARIAH ISLAMIYYAH Sebaliknya dalam Syariat telah membicarakan seluruh aspek kehidupan manusia sama ada ianya berbentuk luaran / fizikal atau dalaman / spiritual. Oleh yang demikian kita dapati syariat Islam adalah merupakan satu-satunya sistem kehidupan yang benar dan lurus kerana ia mampu menjaga manusia daripada penyelewengan, kezaliman, keburukan dan hawa nafsu ( luaran dan dalaman ) demi untuk menungkatkan kualiti hidup manusia di dunia dan akhirat.  Syariah Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia.  Datangnya daripada dan ciptaan Allah yang maha berkuasa  Tiada kepentingan peribadi.  Sesuai untuk semua bangsa dan sepanjang zaman.  Menekankan permasalahan akhlak yang menjadi agenda utama kepada kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi.  Mampu untuk menguasai manusia sepenuhnya aziz@uniten

  8. SYARIAH ISLAMIYYAH Perbincangan dalam Syariah Islamiyyah mengandungi seluruh tata laku kehidupan manusia yang merangkumi isu-isu berikut: a. Akidah - Membincangkan persoalan ketuhanan berasaskan kepada kepercayaan kepada Allah, keimanan kepada Malaikat, Rasul, Akhirat, (perkara-perkara ghaib / samawi). b. Ibadat - Membincangkan tentang konsep perhubungan antara hamba / manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa toharah dan lain-lain. c. Akhlak - Membincangkan tentang tatasusila kehidupan manusia yang terbaik, sistem pemerintahan, etika dan budaya hidup yang murni antara manusia dan Allah, manusia dan manusia, manusia dan alam sarwajagat. aziz@uniten

  9. SYARIAH ISLAMIYYAH d. Muamalat - Membincangkan aspek pergaulan dan perhubungan dua hala antara sesama insan, hak-hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Seperti dalam kontrak, perjanjian, perekonomian, kewangan dan seumpamanya e. Jenayah - Membicarakan tentang aspek perlakuan manusia sama ada melibatkan pencabulan dan balasan. f. Kekeluargaan - Membicarakan tentang sistem kekeluargaan yang bahagia, hak-hak dan tanggungjawab antara suami dan isteri, anak-anak, penceraian, pusaka, silaturrahim dll. aziz@uniten

  10. SYARIAH ISLAMIYYAH aqidah akhlak ibadah SyariahIslamiyyah jenayah muamalat kekeluargaan aziz@uniten

  11. 1.4 Matlamat Syariah Islamiyyah • Matlamat utama Syariah Islamiyyah adalah untuk menentukan supaya ummat manusia mendapat kebahagian hidup di dunia dan akhirat sejajar dengan peruntukan dan keredhaan Ilahi. • Maka matlamat Syariah Islamiyyah dapat disimpulkan adalah untuk : •  Memelihara Agama Allah • Memelihara akal fikiran • Menjaga nyawa • Menjaga maruah dan nasab keturunan • Menjaga harta SYARIAH ISLAMIYYAH aziz@uniten

  12. 1.5 Hubungan antara Syariah dengan Fiqh Fiqh pada bahasa ialah : mengetahui sesuatu serta faham. Manakala pada istilah syarak pula fiqh didefinisikan sebagai : " Mengetahui hukum-hukum syarak yang berkaitan secara langsung dengan perbuatan dan tindakan manusia daripada dalil-dalilnya yang terperinci". Oleh yang demikian maka kita dapati bahawa hukum-hukum syarak yang mempunyai hubungan secara langsung dengan perbuatan manusia malah menjadi obligasi kepada mereka terbahagi kepada :  Wajib  Haram  Sunat  Makruh  Harus Manakala hukum yang berkaitan dengan perbuatan manusia sama ada ianya menepati perintah Allah atau sebaliknya terbahagi kepada Sahih dan Batil. SYARIAH ISLAMIYYAH aziz@uniten

  13. Perbezaan Merujuk kepada pengertian fiqh di atas maka kita dapati fiqh adalah merupakan sebahagian daripada hukum syarak di mana hukum syarak Lebih luas perbincangan dan skopnya. Ini dapat kita lihat daripada perbezaan yang wujud pada skop dan kandungannya. SYARIAH ISLAMIYYAH Syariah merangkumi semua jenis hukum - hukum syarak sama ada perkara-perkara yg melibatkan kepercayaan (akidah) ataupun praktikal (ibadat, muamalat, jenayah, akhlak dll). Manakala hukum fiqh hanyalah merangkumi perkara - perkara yang berkaitan dengan amali / praktikal sahaja seperti ibadat, muamalat, jenayah, akhlak dan seumpamanya. aziz@uniten

  14. Perbezaan SYARIAH ISLAMIYYAH Syariah Islamiyyah adalah hukum yang diturunkan Allah (anugerah Allah) dan merupakan perundangan yang lengkap untuk kehidupan manusia. Hukum fiqh adalah berdasarkan kepada istinbat para ulama daripada dalil-dalil syarak (bersifat zanni) Hukum Syarak tidak berubah dari dahulu, sekarang dan sampai bila-bila. Ini berbeza dengan hukum fiqh di mana kita dapati sebahagian daripada hukumnya boleh berubah mengikut suasana dan tempat. aziz@uniten

More Related