1 / 27

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

BAB 1. PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN. OBJEKTIF. Memahami maksud perakaunan secara umum dan perbezaannya dengan simpan kira serta sedikit latar belakang sejarah kewujudan bidang perakaunan. Mengenalpasti pengguna dalaman dan pengguna luaran maklumat perakaunan. Mengetahui cabang perakaunan.

borka
Download Presentation

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

  2. OBJEKTIF Memahami maksud perakaunan secara umum dan perbezaannya dengan simpan kira serta sedikit latar belakang sejarah kewujudan bidang perakaunan. Mengenalpasti pengguna dalaman dan pengguna luaran maklumat perakaunan. Mengetahui cabang perakaunan. Mengetahui jenis-jenis penyata kewangan. Mengenalpasti entiti dan aktiviti perniagaan. Menerangkan tiga badan perakaunan di Malaysia.

  3. Definisi Perakaunan Bahasa Perniagaan. Perakaunan merupakan satu proses Mengenalpasti Merekod dan mengkelas Meringkas Melapor Mentafsir maklumat kewangan kepada pengguna-pengguna luaran dan dalaman.

  4. Pengguna Maklumat Perakaunan Pengguna Dalaman - Pengguna yang berada dalam organisasi dan terlibat dalam proses membuat keputusan bagi organisasi tersebut. Pengguna Luaran - Pengguna yang menggunakan maklumat bagi kepentingan individu dan organisasi lain.

  5. Contoh Pengguna Maklumat Perakaunan. Pengguna Dalaman Pihak Pengurusan - menilai keputusan pengurusan yang lepas. - membuat keputusan untuk masa depan. Audit Dalaman - pengesahan sistem pengurusan dan sistem kewangan sesebuah syarikat adalah mematuhi piawaian perakaunan.

  6. Pengguna Luaran Pelabur Sedia Ada - ketahui nilai modal yang dilaburkan. - jumlah dividen yang diterima - ketahui sumber kewangan perniagaan. Pihak Bank / Pemiutang - nilai kebolehan perniagaan untuk bayar balik hutang serta faedah atas pinjaman. Lembaga Hasil Dalam Negeri - untuk tentukan jumlah cukai yang perlu dibayar ikut keuntungan perniagaan. Bakal Pelabur - untuk lihat prestasi perniagaan sebelum membuat keputusan. Pekerja / Kesatuan Sekerja - untuk mengetahui keupayaan sesebuah organisasi bagi kenaikan gaji atau bonus dan sebagainya. Pelanggan - untuk mengetahui keupayaan sesebuah organisasi dalam tuntutan pelanggan seperti jaminan / waranti.

  7. Perbezaan antara Perakaunan dan Simpankira Perakaunan Adalah proses merekod, meringkas, mengelas, menganalisis dan mengkomunikasi maklumat-maklumat dari peristiwa ekonomi. Simpankira Sebahagian daripada perakaunan, dimana ia merupakan proses merekod, mengelas dan meringkas urusniaga dalam nilai wang kepada bentuk penyata kewangan.

  8. Cabang Perakaunan Perakaunan Kewangan Pengguna luaran dan dalaman Peristiwa lepas Laporan ringkas berkenaan dengan firma secara keseluruhan Mengikut standard perakaunan. Perakaunan Pengurusan Pengguna dalaman Peristiwa lepas dan masa hadapan Laporan adalah secara terperinci berkenaan jabatan, bahagian atau cawangan. Tiada standard yang perlu dipatuhi.

  9. Pemilikan Tunggal Dimiliki oleh seorang individu Bersaiz kecil dari segi modal dan operasinya Liabiliti tidak terhad kerana pemilik menanggung semua hutang Perkongsian Mengikut Akta Perkongsian 1966 Mempunyai potensi untuk berkembang dengan mudah Liabiliti tidak terhad dimana pekongsi secara peribadi menanggung semua hutang perkongsian Syarikat Pendaftaran dibuat dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)/ CCM (Companies Commission of Malaysia) mengikut Akta Syarikat 1965. Terbahagi kepada Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad. Liabiliti Terhad dimana pemegang saham tidak menanggung beban hutang syarikat. Berpotensi untuk berkembang kerana saham diterbitkan untuk mendapatkan dana tambahan. Jenis-jenis Milikan Perniagaan

  10. Perkhidmatan Tidak melibatkan penjualan barangan. Berikan contoh? Pembarangan Melibatkan pembelian dan penjualan barang siap. Berikan contoh? Perkilangan Terlibat dalam proses penukaran bahan mentah kepada barang siap. Berikan contoh?

  11. Jenis-jenis Penyata Kewangan - Penyata Pendapatan - Penyata Ekuiti Pemilik - Kunci Kira-kira - Penyata Aliran Tunai

  12. Penyata Pendapatan Item-item yang dimasukkan ialah hasil atau pendapatan kepada perniagaan dan perbelanjaan yang terlibat untuk mendapatkan hasil berkenaan. Tujuan: Untuk melaporkan kejayaan atau keberuntungan dalam operasi perniagaan syarikat atau firma dalam satu-satu tempoh perakaunan.

  13. Contoh: Perniagaan Usahamaju Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2006 Hasil 140,000 (-) Belanja (103,240) Untung Bersih 36,760

  14. Penyata Ekuiti Pemilik Untuk mengetahui jumlah ekuiti yang dimiliki oleh sesuatu perniagaan. Contoh: Perniagaan Usahamaju Penyata Ekuiti Pemilik Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2006 Ekuiti Pemilik: Modal 40,000 Untung Bersih 36,760 (-) Ambilan (10,000) Jumlah ekuiti pemilik 66,760

  15. Kunci Kira-kira Disediakan untuk melihat kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada satu-satu tarikh. Didalamnya disenaraikan baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

  16. Penyata Aliran Tunai Berapa banyakkah tunai yang diterima dan digunakan oleh perniagaan dalam tahun yang dinilai? Melaporkan penerimaan tunai, pembayaran tunai dan perubahan dalam tunai hasil daripada aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan sesuatu organisasi untuk suatu tempoh mengikut format tertentu yang boleh menyelaraskan baki awal dan akhir tunai.

  17. Perniagaan Usahamaju Penyata Aliran TunaiBagi Tahun Berakhir 30 Jun 2006 Aliran Tunai dari Aktiviti Operasi: Tunai diterima untuk hasil xx Tunai dibayar untuk belanja xx xx Aliran Tunai dari Aktiviti Pelaburan: Belian aset xx Jualan aset xx xx Aliran Tunai dari Aktiviti Pembiayaan: Terbitan saham xx Bayaran dividen xxxx Pertambahan dalam Tunai Bersih xx Baki Tunai Awal xx Baki Tunai Akhir xx

  18. - Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) - Institut Akauntan Malaysia (MIA) - Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) Badan-badan Perakaunan Malaysia

  19. Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) Dibentuk sebagai sebuah badan autoriti untuk membangunkan dan menerbitkan standard perakaunan bagi Malaysia. Tujuannya untuk memastikan kualiti dan penguatkuasaan standard-standard perakaunan. Mempunyai satu badan penasihat yang dikenali sebagai ‘Financial Reporting Foundation’ (FRF) yang berperanan sebagai penasihat perkara pelaporan kewangan, mengawasi operasi MASB, menyediakan dan meluluskan dana untuk pembiayaan operasi.

  20. Institut Akauntan Malaysia (MIA) Ditubuhkan pada 1967, sebaik sahaja Akta Akauntan 1967 dikuatkuasakan. Diberikan kuasa mutlak dalam pengiktirafan kelulusan untuk 10 buah badan perakaunan luar negara dan satu badan perakaunan tempatan (MICPA) serta kesemua ijazah perakaunan dari IPTA terpilih. Menjadi badan untuk mengawal selia para akauntan supaya mematuhi peraturan dan etika profesion perakaunan. Mengendalikan peperiksaan kelayakkan bagi mereka yang berkelulusan perakaunan yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakkan MIA.

  21. INSTITUT AKAUNTAN BERTAULIAH MALAYSIA (MICPA) Ditubuhkan pada 1958. Bertanggungjawab melatih akauntan-akauntan bertauliah. Terlibat secara aktif dalam penyelidikan, pembangunan dan pengumuman berkaitan dengan perakaunan, pengauditan dan standard-standard pelaporan sejak tahun 2002.

  22. SOALAN: Objektif laporan penyata kewangan adalah menghubungkan maklumat perakaunan kepada penggunan. Anda dikehendaki kenalpasti dua kumpulan pengguna dan terangkan bagaimana maklumat perakaunan berguna kepada mereka. Nyatakan tiga (3) pengguna maklumat perakaunan. Terangkan mengapa setiap satu daripada pengguna tersebut memerlukan maklumat kewangan sesebuah perniagaan.

  23. Nyatakan tiga ciri bagi setiap jenis pemilikan perniagaan Berikan tiga perbezaan di antara perkongsian dengan syarikat. Berikan 4 fungsi MIA.

  24. JAWAPAN

  25. Perbezaan Antara Perkongsian Dan Syarikat

  26. Fungsi MIA: mengiktirafkan para akauntan bertauliah memastikan pengamal perakaunan mengikut peraturan menganjurkan seminar/ceramah yang berkaitan dengan bidang perakaunan menetapkan syarat untuk menjadi akauntan bertauliah

More Related